Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kerana Dia Manusia Biasa

Rate this book
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil

“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

761 pages, Paperback

First published August 1, 2015

215 people are currently reading
1979 people want to read

About the author

Wan Nur Najihah

16 books85 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
132 (31%)
4 stars
88 (20%)
3 stars
90 (21%)
2 stars
57 (13%)
1 star
55 (13%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
September 10, 2015
2.5 Bintang

Phewwww ...... habis jua akhirnya

Mula2 rasa kisah ni agak drama tapi tak lah dramatik sgt tapi di hujung2 tu wow sgt drama dan tekaan saya salah.

Nurin Aira terpaksa menjaga anak kakak angkatnya(Nora),igtkan sehari dua tapi rupanya kakak angkat Nurin hilang tanpa khabar.Nasib baiklah ada rakan2 serumah yg membantu mcm pelik je kan student U boleh jaga seorang bayi *taklehnakbayangkan lagi pon penulis terus lompat ke 5 tahun kemudian.

Kisah Tengku Shamil pulak
Kehilangan Isteri kerana kes Ragut.
yg lebih memeranjatkan kes ragut tu ada kaitan dgn Nurin.

Mereka diperangkap terpaksa berkahwin.
Nurin yg menyimpan rahsia.
Tengku Shamil yg berdendam dan tiada pilihan.


Komen Saya

1.Menyampah dgn sikap Nurin bila dia merahsiakan indentiti Alia dan x cari taw apa sebenarnya berlaku bila Nora hilang mcm tu je padahal kan sekampung kenal ahli keluarga Nora,tu belum lagi bab dia berdolak-dalik dgn mak mertua dan suami sendiri.
2.Tengku Shamil cepat sangat terpengaruh dgn fitnah bukan nak siasat dulu.
3.Saya suka bila mana di hujung cerita ada sesuatu yg diluar jangkaan berlaku tak sangka Alia tu anak siapa dan tak sangka juga Nora tu sebegitu
Pengakhiran watak Syakira ermmm..

P/S Mungkin kerana ni buku pertama penulis dan katanya di tulis ketika masih di alam persekolahan jadi masih byk yg perlu diperbaiki.Saya tak dpt rasa permainan emosi watak-watak yg ada semuanya sgt mendatar,Maaf
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
October 18, 2020
[118-2020]

#KeranaDiaManusiaBiasa #WanNurNajihah

Bolehlah buat isi masa lapang. Plot penceritaannya klise. Cuma kisah Alia yang ada 'twist'nya membuatkan cerita ini agak menarik pada saat cerita menghampiri ke penghujungnya. Selebihnya, sekadar diisi untuk menebalkan buku. Barangkali disebabkan ini percubaan pertama penulis, jadinya semangat menulis tu agak tinggi. Apa-apa pun, novel ini masih dalam kategori 'boleh hadam'.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
November 2, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Maaf, tidak menepati citarasa N. Pada N, cerita ni sangat sloooooooowwww. Mostly N baca setakat skim through the pages jer. But good effort for a first-time writer.
Profile Image for W.Sya.
2 reviews2 followers
October 1, 2015
Kisah kahwin tanpa cinta, kawin selepas nikah atau seumpamanya memang menjadi pilihan penulis novel, tapi bagi aku cara pengolahan yang baik yang akan memberi impak pada sesebuah novel...Kisah si gadis, namanya Nurin Aira, dan si rajanya Tengku Shamil Zaquan(aku membayangkan muka suami kawan aku, sebab nama dia sama, tapi figura tak kot, haha) dinukilkan di atas sebuah novel.Permulaan yang sangat best ditambah jalan penceritaan yang baik, tetapi di pertengahan aku seakan berada di atas kapal sambil menunggu bot penyelamat (hiperbola sungguh!?) .Aku tidak mahu bercerita lebih, baca dan hadam dulu ya.Overall, novel ini boleh dibaca,dan aku yakin untuk next novel, pasti jalan penceritaan lebih logik dan menarik, serta dekat di hati pembaca.

:>>> for those who are interested untuk beli novel ni , boleh pm guwa at 0162066270, rm 20 inc postage, nanti guwa boleh beli novel lain pulak, hew,hew
242 reviews11 followers
February 7, 2017
ada yang tak logik bila part anak hilang. kata kaya tapi kenapa tak iklankan di surat khabar. part lain o.k. masih boleh dihadam.
6 reviews
September 12, 2021
sorry to say tapi storyline tak kena dan tak masuk akal sikit. banyak dah skip pages
Profile Image for Wan Suraya Nadia.
54 reviews5 followers
May 24, 2016
Setiap manusia tidak sempurna, kerana kite manusia biasa..
Kemunculan Alia secara tiba2, mengubah terus status Nurin Aira menjadi seorg ibu.. bayi itu diserahkan oleh Nora kpd Aira utk dijaga sementara, tpi dimane silapnya.. hingga Alia berusia 5thn Nora tidak pernah muncul2 utk mengambil anak itu. Tekad Aira jika Nora menuntut Alia suatu ari nnt, dia tidak seskali akan menyerahkan..kerana syg ye pada Alia sehabis nyawa..
Kehilangan seorg isteri yg dicintai krn kes ragut, mmbuatkan Tengku Shamil berdendam dgn si perlaku itu..dendamnya harus dibalas walau dia tahu si peragut telah meninggal dunia..
Shakira punye adenga sndiri, Shamil harus mnjadi milikkinya.. tapi, kuasa tuhan yg mentukan sglanya..rancangan utk dia ditangkap basah bersama Shamil menjadi sebaliknya bkn dia, tapi Aira yg terkane.. Aira yg hanya mengikut kwn baik dia Suraya ke program syarikat Shamil hanya mampu mengalirkan airmata dgn nasibnya saat itu.. Kata putus dibuat oleh ibu Shamil, mereka harus berkahwin..
Perkahwinan berlangsung tanpa kerelaan yg ikhlas dri hati, Shamil yg masih berdendam pd peragut isterinya melepaskan segala marah pada Aira krn Aira adalah kakak kpd peragut itu.. Salah yg dibuat oleh Nazim, terpaksa ditanggung oleh Aira mcm2 yg Shamil buat tuk seksa Aira..
Nak tahu ape yg jdi pada Nora? Btul ke Alia tu anak Nora? Sejauh mane dendam shamil pada Nazim akan dibalas pada Aira? Selamaya ke hidup Aira terseksa? Apelagi onar yg dibuat oleh Shakira?
Semua terjawab dlm novel g bce sndiri..
Byk lagi watak2 yg ade, tpi tak mampu nak tulis, kang jdi panjang berjela2..hihihi..
Novel ni berjaya buat ku tak senang duduk, nak tahu ape yg terjadi lagi dan lagi hingga tamat..
Suke dgn persahabatan Aira, Suraya dan Najwa, kwn susah senang bersama..
Jalan cerita yg baik, tak terlalu sedih tapi tetap memainkan emosi..
Tahniah penulis, hasil pertama yg menarik dan best..
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
October 6, 2018
Sebuah cerita yang sarat konflik. Kecekalan Nurin Aira yang terpaksa menjaga seorang bayi. Kedengaran agak klise, akan tetapi bila dah baca bab demi bab, karya pertama tulisan Wan Nur Najihah ini harus diambil perhatian. Cara penulisan yang jujur dan cermat!

Mengetengah kisah persahabatan (Nurin Aira, Suraya dan Najwa), kisah suami dan isteri (Tengku Shamil dan Aishah). Ia dianyam dengan begitu baik biarpun ada satu situasi yang agak kurang logik berkaitan penculikan bayi dalam novel ini. Pada penghujung cerita, plot twist menanti! Biarpun tajuk nampak biasa, namun saya berani jamin, keseluruhan cerita ini menjadikan cerita ini luar biasa dari segi penulis merancang plot dan menulis sehingga ke perkataan tamat!

5 bintang untuk Kerana Dia Manusia Biasa!
Profile Image for Aiya Kasmeen.
6 reviews
November 29, 2015
Alhamdulillah... dah habis baca.cerita yg boleh membuatkan saya menitikan air mata.sedihhh... sbb dia tak tau apa yg berlaku.alih2 kne tuduh macam2 ngan husband dia.sedih lagi bila husband dia halau drpada rumah.si husband pulak tak siasat dulu.
Kesian kat heroin,disebabkan kesalahan org lain dia yg kne tanggung semua tu.
Ending2 nya best... Alhamdulillah... bhagia.
Suka dengan pengakhiran cite ni.
194 reviews9 followers
November 8, 2016
cerita ni meleret2. boleh dimaafkan sebab penulis muda, baru 1st novel.

cumanya:
1) tak berapa gemar dgn watak Aira yg sgt suka berangan
2) tak logik la syamil tak tau isteri dia perawan bukan janda. naif sungguh utk seorang duda. zzzz
3) senang je Aira maafkan Syamil.. lembut hati sungguh..
Profile Image for Anis Che.
19 reviews2 followers
March 15, 2016
dua bintang kerana jalan cerita dia unik sedikit. Tapi cara pengunaan ayat sedikit kurang.
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.