“Kalau nak, semua boleh buat.” “Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?” “Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”
Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!
“Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”
Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.
Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?
“Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat...” “Nak!” “16 saat dah... Dah lewat!” “Abang! Na cakap nak la...”
Finished in 1 sitting. Simple, sweet, humorous n straight to the point with not many antagonist. Just the usual writer's forte. I like it! However... I must say, its a good thing that I read this before watching the drama coz honestly, if I have watched the drama first, I would not have the inclination to read it.
Anyway, thin n fun read... You should try it!
P/s: I like her father... the Interpol guy. Very2 entertaining. :)
alahai cutenya cerita ni suka sangat bila baca tak boleh stop dan rasa teruja gila rasa nak selak je page belakang sekali hehehe ok mmg MB selak tak boleh tahan XD mcm tak percaya shj tapi ok lah suka huhu style penulis ni mst suruh pembaca imagine sdri ending dia macam mana
Menghiburkan. Itu yang boleh diperkatakan mengenai novel CST ini. Fikiran kusut pun boleh hilang bila membaca keletah Aerna dan Carl. Masing-masing punya kesengalan tersendiri dalam mengungkap kata cinta. Ditambah lagi dengan watak-watak yang ada disekeliling mereka menjadikan plot penceritaan Cik Serba Tahu ini sangat menyeronokkan.
Cik Serba Tahu, Aerna Isyqee, pandai menguruskan hal semua orang tapi hal diri sendiri di abaikan. Dunianya hanya untuk bapanya, polis Interpol.pencen, dan kerja. Sehingga dia berjumpa dengan Carl Adham. Dunia rasa tunggang terbalik. Carl pandai ambil hati bapanya, pandai merajuk, pandai mengugut dan 'a hopeless romantik'. Lama-kelamaan hatinya mula terbuka untuk Carl. Sementara dia dikejar oleh Carl, Aerna sempat mencari jodoh untuk Encik Bun dan selesaikan masaalah Encik Ben. Akhirnya, hati Aerna dapat dicairkan oleh Carl dengan pertolongan dari bapanya, Encik Bun, Encik Ben dan Cik Maira.
Aerna dan Carl ...kerana peristiwa aerna hampir melanggar kereta porsche Carl akhirnya mengikat dia dengan Lelaki itu..
Sudahlah tersepit di antara Ben Dan Bun ..ditambah pula lagi dengan Carl Adham yang baru pertama kali berjumpa sudah mengajak berkahwin
Ditambah lagi sokongan kuat bapa aerna..maka bermulalah misi menambat hati Cik serba Tahu dan menjadikan Carl pula sebagai Encik serba tahu apabila aerna tidak seperti gadis lain
Ditambah pula dengan kehadiran Sarah Nadine...bekas tunang Carl...kuatkah aerna dan mampukah carl membuka pintu hati cik serba tahu tapi x tahu tentang perasaan sendiri
kalau buku syamnuriezmil memang jangan mengharap sesuatu yang kebaboms.. buku puan penulis ni sesuai untuk jiwa yang stress.. nak senyum sorang-sorang, nak release stress leh baca. takdenya cerita cinta tangkap leleh tapi seronok ketika membacanya. dialog yang bersahaja dan penceritaan yang ringkas. antara lagi satu sebab suka dengan karya puan penulis ni kerana banyak menekankan kisah kekeluargaan....
aerna juga dikenali sebagai cik serba tau berkhidmat bukan saja sebagai PA untuk encik ben tetapi juga untuk en bun dan datuk azli, sekali harung satu keluarga bila datin pun hazirah juga adakalanya memerlukan khidmatnya. perkenalan dengan sepupu ben dan bun iaitu carl secara tidak sengaja ketika menghantar encik bun balik sebab demam. carl juga mempunyai permulaan niat yang tidak baik, mahu mengenakan aerna. cumanya sesuatu yang terjadi membuatkan carl bertukar fikiran mahu menjadikan aerna menerima lamarannya. banyak adegan yang mencuit hati berlaku... nak tahu, sila cari, beli, pinjam tak kisahla macam mana janji leh baca... hehe....
best tp tak puas la..part bun sedih skit plus skit sgt..sian kt bun.. Carl..ermmm...ok la kot..tp part bapak best..sempoi giler...Carl ngn bapak pn ngam..mula2 mmh xtau la Na ngn sape kan..sume watak laki kita suka..ok la ending dia tu
Dan buku ni jugak telah diadaptasi. Tapi disebabkan para pelakonnya boleh tahan, so, kita pun boleh la baca. Hahaha .
Cerita tentang Aerna yang digelar Cik Serba Tahu. Sebab dia bukan sekadar setiausaha di pejabat, tapi dah merangkap pembantu kepada seluruh keluarga Dato, termasuk Datin, Ben dan Bun. Semua masalah, dia akan selesaikan, termasuklah cinta tiga segi antara Ben, Maira dan Bun. .
Walaupun Aerna ni serba tahu, tapi dia gagal membaca hati dan perasaannya sendiri. Bila Carl cuba masuk 'line', Aerna ni tak faham pula. Dia asyik duk ingat yang Carl ni nak main-main disebabkan permulaan perkenalan mereka. Dan Carl ni pulak cepat sangat merajuk. Haihhh..lelaki merajuk. 3 hari kenal, asyik merajuk je kerjanya. Bila nak pujuk, bersyarat pulak. Hahaha .
So, bagi aku, buku ni santai dan nipis je. Boleh habis baca in one sitting. Dan ni memang style penulis la. Kalau nak cari kelainan, tak jumpa la kot. Eh ada! Buku ni guna sikit je loghat utara. Hehe..biasanya buku Acik banyak je. Tapi yang ni, secukup rasa je.
Cerita pendek, siap baca in 1 sitting. Ngam betul saya pilih buku ni untuk penghujung 2017. Cerita dia simple, sweet, dan asyik tersenyum dan tergelak saja sepanjang membaca. Watak2 dia pun best. Haih, senaman mulut betul! 😁😁😁
dah habis baca buku yang serba ringkas dan serba tahu ni... kelakar mmg ketawa lah dengan Na tu... kan dah kena denga abam Kaka... kalau dah jodoh kenal sehari pun dah tentu tak kemana... iya tak?
3.75⭐️ from me. Okay buku ni sesuai untuk bacaan santai. Saya akui Carl dan Aerna kelakar dan sempoi antra satu sama lain. Cuma bagi saya agak tidak logik jumpa sehari terus masuk meminang. Ye nama pun novel tapi biarlah logik sikit.
Ben dan Bun bos yang baik pd Aerna. Pada awalnya saya fikir salah seorang dari mereka yg akan menjadi hero tapi sangkaan saya meleset. Carl Adham sepupu kepada Ben dan Bun yg menjadi watak utama dalm novel ni
Penulis kerap kali menggunakan ayat “dah habis fikir?” Pada mulanya sy okay tapi lama kelamaan saya agak bosan dengan ayat tersebut (no hate pls).
Saya boleh bygkan diri sy sbgai Aerna dan sy boleh faham rasa yg bosan dan agak penat bila kena melayan yang hampir setiap masa nak merajuk
Ada beberapa bahgian saya terharu dan menangis. Carl sangatlah romantik selain dpd kuat merajuk. Dia ada ciri lelaki idaman. Konflik yang ringan dan tak membebankan
Overall saya dapat menghabiskan baca buku ni dlm masa 3/4 jam
Tak terasa masa berlalu bila baca novel ini.. Jalan cerita yang unik dan kelakar.. Memang trademark penulis.. Sentiasa ada kelainan dalam setiap novel.. Kelakar dan menyentuh jiwa.. Walaupun cerita nya nampak ringkas tapi bermakna.. I like.. #cikserbatahu #syamnuriezmil #october #novelmelayu #novelcinta #lovenovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaandisember2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu #ebook
Sebuah bacaan novel yang ringan. Hanya berpaksikan cinta. Cinta yang dikejar Carl Adham terhadap Aerna Isyqee, cinta antara Maira, Encik Ben & Encik Bun. Sebuah novel yang komedi romantik. Bila baca novel ni, ayat sentiasa terngiang di fikiran "dah habis fikir?" 😂
Sweet straight simple 3S Suka dgn watak2 dlm novel ni. Bapak yg sporting Bun N Ben yg saya simpulkan mcm Big Brother to Aerna Carl yg irritating..hahaah Jalan cerita yg santai.. Sekejap je ambik masa read novel ni...
Adik Kiki? Abg Kaka? Hahahaha...tak boleh blah nama panggilan ni. Tapi memang cute lar si Carl ni. Yg bagusnya, dia straight to the point, tak perlu nak kawan lama²...jumpa je terus jatuh cinta. Hebat². Lagi 1, he is hopelessly romantic. Hahaha..
Sesiapa Yg Ckp X Best Citer Ni !!! DAH ABIS FIKIR KER Sesiapa Yg X Tersengih2 !!!!! DAH ABIS FIKIR KER Sesiapa Yg X Melting with Carl!!! DAH ABIS FIKIR KER Sesiapa Yg X Tabik Spring kat Pak Itam!!! DAH ABIS FIKIR KER Sesiapa Yg X bagi 5 Star Rating!!!! DAH ABIS FIKIR KER
best.. cerita dia simple je. suka watak hero dia si carl adham. cepat sangat suka aerna. bapak pon best,polis interpol. siap aerna nk jodohkan bapak dgn mak siti :) nasib bun akhirnya jumpa jodoh jugak.