Kes #1: Untuk mengetahui siapakah perempuan misteri yang kerap hadir di dalam mimpi berulangnya, Mahmud terpaksa menerima pertolongan dari Suzana.
Kes #2: Kes kehilangan makhluk paranormal kian meruncing kerana setiap insiden pasti diakhiri dengan kematian tragik. Yang pasti, itu bukan kerja manusia biasa. Norin dan Jimmy harus pantas!
Dengan bantuan Detektif Rina ― manusia biasa yang naif tentang perihal paranormal — dan Leon ― makhluk Troll yang gila-gila — siasatan demi siasatan dijalankan dan menyatukan halatuju kedua-dua kes itu. Semuanya mengheret IDBW Investigations ke dalam permainan paranoia yang dicaturkan Raja Kegelapan yang datang untuk menjajah dan meluaskan empayarnya!
Short stories: - Burger Bola Special published in Buku Antologi Bola (October 2012) -- Fixi. - Takdir published in Buku Antologi KLCC (April 2013) -- Fixi. - Kumpulan cerpen Kapal Terbang Imaginari (March 2015) -- Nubook. - Tivi Misteri published in Cerpen Hari Jumaat vol. 1 (June 2016) -- Fixi. - Katrij Pelepas Geram published in Cerpen Hari Jumaat vol. 2 (December 2016) -- Fixi. - Woof! Woof! published in Cukaria website on February 2017.
Aku tak letak expectation tinggi pun untuk buku ni. Tapi aku lagi suka Paranoia berbanding Paranormal. Aku rasa seronok bila HS menerangkan dunia-dunia paranormal yang diciptanya. Aku rasa teruja bila dorang dapat keluar masuk ke dalam dunia lain tu. *gelak*
Aku rasa penceritaan Paranoia lebih baik dan agak tersusun berbanding Paranormal yang nampak agak messy. Dalam Paranoia juga fokus para watak lebih tepat dan tak menjengkelkan.
Cuma rasanya ada benda yang tak payah diceritaka kut. Benda-benda yang tak menyokong cerita dan sekadar nak tambah page buku saja.
Aku rasa watak antagonisnya sangat comel. (Mungkin aku sorang je yang rasa macam tu. Jadi abaikan yang ini. *gelak*)
Satu lagi, aku suka persahabatan dorang semua. Untunglah ada kawan-kawan yang sentiasa ada dan ambil berat dalam susah senang.
sambungan paranormal yang lebih kemas, lebih tersusun & lebih nampak power yang ada pada diorang. ada improvement compare dengan paranormal yang biasa2 je.
tapi, still beberapa part macam tak kena, dunia2 yang macam tak selari pun ada.
adakalanya terlalu ikut komik2 pun ye.
permulaan ok, tapi ending macam .. n tak paham motip nak pg prae untuk ambik senapang light semata kan.. ingat nak tolong orang2 kt sane...
Perasaan aku bila dah habis baca buku ni seolah2 gabungan novel omputeh Animorphs (kisah budak2 sekolah yang transform jd binatang..terbitan tahun 1996.)dan jugak tv drama Stargate Atlantis yg gunakan gajet (alat penghubung) utk masuk ke dunia2 lain selain BUMI yg penuh ngn makhluk paranormal or aliens. Yg membuatkan aku utk hbiskan buku ni sbb dialog nya yg bleh tahan lawak. Kuasa2 "paranormal" dan ajaibnya taklah hebat sgt. Mcm lebih kebudak2an. Bila part bertarung hati aku ckp 'tu je ke? biasa je kot'.. Lgpun aku lupa2 ingat jalan crita buku Paranormal so mgkin agak keliru sikit bila baca sambungan Paranoia ni..
Banyak nye yg berlaku nk masok bab 30+ sampai habis 😭😂 tapi so far it's an okey read too for me laaa.. boleh lah enjoy juga la baca buku looking forward utk book 3..
P/s: I want to see more romance between jimmy and Suzana please 🥺 I ship them so much😭😻❤️🔥
haaa... sambungan dari PARANORMAL... yang kali ni lebih kemas lebih menarik dan punya jawapan pada persoalan kisah yang tergantung dalam PARANORMAL.. arahtuju penceritaan pun tak bersepah dan tak buat pembaca tertanya-tanya.. apa?... kenapa?... sebaliknya.. laa... ye ke.. macam ni ke... ooo.... idea yang diolah juga menarik... siapa yang suka final fantasy memang boleh hadam buku nie....
dunia paranormal, rupanya banyak yang berselindung dibalik topeng manusia.. dunia juga digambarkan mempunyai dunia selari, kegelapan, keamanan... kali ni mereka berhadapan dengan raja kegelapan, el-goazil yang merancang menakluk alma a.k.a. bumi, dunia keamanan.. menarik.. mampukah norin, jimmy, mahmud, fairuz, suzana, leon, moses dan dibantu dengan mustafa dan sofie serta detektif rina melawan kejahatan?.. siapakah DALANG sebenar?...
Pernah tonton Ceplos? Drama tu mendapat tempat di hati saya sebab tema dia menarik. Hantu berkawan dengan manusia untuk tangkap hantu. Ala-ala Ghostbusters tapi hantunya semua timur. Ada le kot sesat dracula sekor.
Jadi masa Paranormal, itu harapan saya. Bezanya manusia kawan dengan manusia jadian untuk selesaikan kes misteri ala X-files gitu. Dan Alhamdulillah itu yang saya dapat.
Tapi untuk Paranoia, dah berubah jadi sains fiksyen pula. Selain bumi kita yang dikenali sebagai Alma, ada tiga lagi bumi lain. Keempat-empat bumi ni dihuni oleh manusia dan juga bukan manusia cuma bezanya penduduk tiga bumi lain lebih terbuka menerima bukan manusia ni.
Kes hantu stoking tu pun tak dikembangkan. Walaupun ada closure tapi macam sekadar nak tutup kes saja. Dan paling saya kecewa closure untuk kes Ridwan. Sungguh saya tak dapat terima. Takkanlah masa Fairuz tua hantar Ridwan, dia tak tau kes empat bumi ni? Kesian kat Ridwan dewasa dan Ridwan kanak-kanak.
Kalau ada lagi buku ketiga (sekarang macam musim trilogi pula), saya harap sangat penulis kekalkan macam formula pertama dan kedua, siasat dua kes serentak. Tapi biarlah kedua-duanya menarik dan sama rata berbanding fokus lebih pada satu kes saja dan kes kedua tenggelam camtu saja dengan closure setakat nak bagi closure.
Aku boleh cakap, ni buku yang bagi ending yang paling menggembirakan, melegakan, memuaskan bagi aku yet still logic. Semua plot cerita connected baik punya dalam sambungan paranoia ni.
Pasal Ridhwan pun terjawab. Walaupun aku harap more scene pasal Ridhwan. But still tak mengubah kesedapan cerita ni.
Aku bagi ngam soi 5 ⭐, sebab ni buku pertama yang aku baca aku gembira dengan watak² dia semua. Watak diorang hidup bagi aku. Persahabatan diorang power dan kisah percintaan yang tak menonjol sangat romance tu yet still "sweet betui" . Kira macam dia cringe tapi tak draggy a bagi aku. Dia menambahkan kesedapan cerita ni.
Walaupun ada beberapa perkara yang kurang contohnya penggunaan tatabahasa yang kadang rasa geram je baca. Tapi still nilai persahabatan dan jalan cerita tu yang memenangi hati aku sampai aku bagi 5 ⭐!
Sambungan yang ohsem.. Novel ini sambungan dari Paranormal.. Kisah yang lebih detail dab meluas mengenai makhluk-makhluk pelik.. Perlawanan menentang kejahatan.. #paranoia #hanisuraya #hadiahGA #fixi #fantasynovel #bacaanseptember2017 #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Sekuelnya lebih hebat. Kali ini dengan kewujudan dunia parallel. Tak sangka dia macam tu rupanya. Kali ini puas sebab dapat tengok dia yang sebenar. Terbitan
Jalan cerita lebih menarik.. Sikit-sikit persoalan di PARANORMAL dijawab dalam buku ni.. Pendapat, PARANORMAL dan PARANOIA perlu di baca sekali baru nampak keseronokannya..