Ok.. Buku yg santai unt dbaca..tp pnceritaan dan intipati dlm buku nie sgt mdalam dan tkesan..(kalau x sentap,xtahu lah korang) Pada awalnya, ku ingat buku ini mceritakan tntang kisah2 Adam Corrie ketika mdalami ilmu Islam,Pnglaman slepas mmeluk Islam dan dugaan yg mlanda dalam pjalan hidup bliau.. Tp buku ini bnyak mcarita kn macam mana kita nk mjadi Umat Islam yg betul2 Islam.. Bukan hanya Islam atas Nama.. Banyak kata2 indah yg Adam Corrie 'share' dlm buku nie..Maybe dri laman sosial beliau.. BTW,buku ini xrugi unt dmiliki.. Bang kata Adam Corrie "Ada Iman,Baru Syok,Ada Fight!!" Sy bg 3.6★..
Koleksi kata-kata Adam Corrie. Kemungkinan besar, status-status media sosial beliau.
Humble. Dan menyenangkan. Pandangan beliau sangat mudah tetapi relevan dan tepat.
Cuma saya fikirkan pada mulanya, buku ini kisah perjalanan hidup beliau sebelum dan selepas memeluk Islam. Rupanya, secebis sahaja. Banyak kisah selepas.
Tahniah Adam. Jangan selalu rasa rendah diri. Saya, sehingga hari ini, tidak pernah berhenti kagum dengan mualaf (atau mukalaf), yang benar-benar kembali kepada fitrah. Saya yakin, mereka ini lebih "Islam" dari saya yang Islam keturunan ini.
Kadangkala, mereka yang lebih baru dengan Islam lebih banyak mengajar kita sesuatu berbanding dengan mereka yang telah sekian lama mengucap dua kalimah syahadah.
Dimanalah agaknya kita berada ya? Ada atau tidak kita kongsikan ilmu yang kita ada ataupun hanya disimpan untuk kegunaan sendiri saja? Dimana ya tahap kita?
Buku yang membuatkan kita selalu muhasabah diri kita sendiri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah Islam.
Terima kasih abang Adam Corrie untuk ole-ole yang bermanfaat ini.
Saudara Adam Corrie mementingkan dakwah melalui akhlak. Walaupun kita mempunyai ilmu setinggi gunung everest tapi, akhlak ke laut, orang takkan hormat kita. Justeru, perbaikilah akhlak kita sentiasa.
Setiap kata-kata yang dituturkan lahir tulus dari hatinya, seperti yang pernah Adam Corrie katakan bahawa setiap kata-kata itu adalah dakwah. Sangat terkesan dengan kata-kata yang bersahaja tetapi mampu menyentuh jiwa.
Bukan senang untuk mereka yang baru kembali fitrah untuk kenal agama yang indah seindah agama Islam. Saya kagum dan teruja membaca di setiap 144 helaian penceritaan tentang perincian perjalanan seorang saudara baru yang mencari dan terus mencari keistimewaan agama Islam di hatinya. Itulah saudara baru kita semua, Adam Corrie. Coretan dan kata-kata hikmah beliau dalam penulisan sulungnya membuatkan saya lebih tahu apa yang saya tidak pernah tahu. Jadi, saya belajar sesuatu yang penting dalam penulisan beliau.
"Jangan banyak komplen dan merungut, banyak merungut itu tandanya kurang bersyukur - Adam Corrie"
Buat saudara Adam Corrie - Ada iman | Baru syok | Ada fight | Naskah Terbaik |