What do you think?

Aku Mahu #8
Aku Mahu Lawan Hantu
Kelepasan daripada belajar di sekolah selama seminggu memang suatu berita yang menyeronokkan! Namun, The Wannababes menerima berita ini dengan rasa was-was dan sangsi. Selama seminggu itu mereka terpaksa menghadiri kem pasukan sorak di Universiti Selatan Malaysia. Sebuah universiti yang letaknya di ceruk hutan. Mereka akur dengan mengikuti kem itu kerana tidak mahu dilucutkan jawatan. Pelbagai perkara aneh berlaku sejak awal perjalanan dimulakan. Kisah gelanggang misteri. Segalanya terlerai seketika kerana The Wannababes gembira diberikan sebuah rumah tamu yang besar seperti banglo sebagai tempat tinggal selama seminggu itu. Kegembiraan itu tiba-tiba dirampas apabila datangnya sebuah tim debat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Siput Sedut yang akan berkongsi rumah dengan mereka. Pelbagai aksi buli-membuli dilakukan The Wannababes kerana mahu menyerlahkan kekuasaan mereka. Tim debat cuba bersabar. Suatu hari The Wannababes beria-ia mahu berbaik dengan tim debat kerana tidak tahan diganggu semula perkara-perkara aneh dan menyeramkan. Kesempatan diambil daripada tim debat kerana mereka arif tentang menghalau makhluk halus. The Wannababes diminta mengamalkan perkara-perkara yang tertulis dalam senarai yang disediakan oleh tim debat untuk mengelakkan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu.
240 pages, Paperback
First published January 1, 2011
About the author
Ain Maisarah
135 books429 followersGraduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
February 26, 2024
Kisah The Wannababes yang menyertai kem sorak di Universiti Selatan Malaysia. Dapat pula tinggal serumah dengan Geng Tudung Labuh yang mewakili pasukan debat sekolah.
Pertembungan kedua-dua kumpulan yang bagaikan langit dan bumi menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati kedua-dua pihak. The Wannababes yang sememangnya terkenal dengan sikap gedik dan mendominasi, sentiasa mencari peluang untuk membuli Geng Tudung Labuh. Namun, kejadian-kejadian aneh mula berlaku di rumah tamu yang mereka perlu inapi selama seminggu.
Buku ini terselit unsur dakwah dan membetulkan salah faham masyarakat Melayu khususnya tentang cara yang sebenar untuk melindungi diri daripada anasir dan gangguan jahat.
Cuma unsur keseraman itu saya rasa boleh di'seramkan' lagi.

October 15, 2022
Mcm best tapi mcm mana NK baca
This entire review has been hidden because of spoilers.
March 29, 2016
Seronok kot baca novel nie.. Watak2 dalam cerita ini adalah mengenai kumpulan anak2 sekolah yang sangat angkuh dan berlagak.. Watak utama yang agak berlainan dari novel2 yang sedia ada.. Seronok melihat mereka belajar mengenai sesuatu yang baru dan berubah mengikut keadaan.. Banyak pengajaran dan tauladan yang boleh diambil bila membaca novel remaja ini..
August 21, 2015
BUKU UNTUK DIJUAL PADA HARGA RM12!
Peminat Ain Maisarah sudah pasti menggemari buku ini. Agak menyeramkan pada akhir cerita. Tetapi banyak pengajaran terselit dalam novel ini.
Peminat Ain Maisarah sudah pasti menggemari buku ini. Agak menyeramkan pada akhir cerita. Tetapi banyak pengajaran terselit dalam novel ini.
April 28, 2017
best...
Displaying 1 - 5 of 5 reviews