Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Wilma kini berkuasa kembali sebagai ketua buletin. Perkara pertama yang dilakukan, diarahkan semua ahli-ahli menemuramah The Wannababes dan menetapkan tajuk buletin seterusnya sebagai 'Edisi Gosip Terhangat Sri Bangsar'.

Walaupun ramai tidak setuju, tetapi masing-masing perlu akur dengan ketetapan ketua senior kuku besi itu. Betty pula didatangi kumpulan koir sekolah yang meminta pertolongannya untuk menulis berita tentang pencarian penyanyi utama kumpulan koir sekolah. Ini kerana penyanyi utama kini mengalami sakit tekak yang teruk dan tonsil yang membengkak. Kemungkinan besar tidak boleh menyertai pertandingan koir peringkat kebangsaan!

Betty sememangnya prihatin, membawa aiskrim ke rumah penyanyi utama ini tetapi terserempak dengannya yang sedang memarahi kucing yang berak di laman rumah dengan suara nyaring.

Kenapakah penyanyi utama itu mengatakan suaranya hilang, padahal sebenarnya okey sahaja menjerit pada si kucing yang terberak cirit? Mengapa beri alasan sedemikian, sedangkan Pertandingan Koir Kebangsaan yang sangat penting... bakal berlangsung dalam masa 2 minggu lagi?

Memandangkan Betty sudah tidak memegang jawatan ketua editor, beliau terpaksa bergerak sendirian menyiasat perkara ini.

256 pages, Paperback

First published January 1, 2014

64 people want to read

About the author

Ain Maisarah

131 books418 followers
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (57%)
4 stars
7 (33%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Noor Hanis.
188 reviews
February 26, 2016
Ternyata buku ini sudah dibaca dahulu. Patutlah seakan-akan pernah dibaca.

Wilma masih lagi tidak habis-habis memperdajalkan Betty. Kasihan juga ya pelajar tingkatan 4 dibuli oleh senior.

Saya teruskan kepada nilai yang diterapkan dalam novel ini. Berkisarkan mengenai hiburan yang berpada-pada dan orang yang sombong akan nikmat keduniaan pasti akan jatuh juga satu hari nanti. Seperti The Wannababes yang angkuh dan hidung tinggi.

Seperti yang saya katakan pada buku Ain Maisarah yang terdahulu, diri saya sudah tidak lagi sesuai membaca buku sebegini. Insya-Allah sesiapa yang ingin memiliki buku beliau boleh dapatkan daripada saya dengan harga mampu milik.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews