Kematian mahasiswi cemerlang, Teja, ditutup sebagai kes bunuh diri. Namun, Dr Jasmeen tahu itu bukan kes pertama di Universiti Dar Ilmi - sebuah kampus yang menuntut kesempurnaan daripada pelajar dengan cara yang kejam.
Setiap kesalahan membawa hukuman. Setiap gerak-geri diawasi. Dan kini, dron memenuhi ruang udara universiti.
Apabila Dr. Jasmeen mula membongkar sistem tidak manusiawi ini dengan mengkaji pelaksanaanya, dia pula menjadi sasaran. Terdesak, dia terpaksa bekerjasama dengan seorang yang dibencinya - Dr Haz Azri, profesor berpengaruh yang baru pulang dari Switzerland.
“Masa kita tak banyak, Dr Haz”
“That’s not my prolem. Kajian ini kena lebih baik, kalau tak macam mana awak nak bawa ke pihak atasan”
Pada saat nyawa ramai pelajar terancam, mampukah mereka mengetepikan persengketaan sebelum terlambat?
Dan apakah sebenarnya yang terjadi di Universiti Dar Ilmi - sehingga pelajar lebih sanggup memilih kematian?
Sebenarnya premis cerita buku ini menarik tau. Saya teruja tengok promosi buku ni di Instagram rumaa books. Tapi sayang betul sebab execution cerita kurang sekali bagi saya. Genre buku thriller distopia tapi saya kurang merasa vibes 'thriller' dan 'distopia' pada buku ini. Ia lebih kepada romance sebenarnya dan ditambah dengan sedikit subplot iaitu thriller dan distopia tetapi seperti kurang 'rasa' disitu.
Ada satu kepelikkan yang saya jumpa juga sebab setting cerita ni pada tahun 2060 atau 2065 maaf saya cepat lupa hshshs.. tapi dalam cerita ni ada sebut yang pelajar² tersebut gen z, generasi strawberry. Persoalan saya bukan sepatutnya tahun tu gen lain dah ke? Gen z semua dah tua pada tahun tersebut tiada yang masih muda dan belajar di universiti. Jalan cerita pula bagi saya mediocre. Tiada wow factor dan banyak yang perlu diperbaiki dari segi storyline dan execution.
Walaubagaimanapun, saya respect kepada penulis sebab cuba untuk keluar dari comfort zon beliau. Jangan mengalah, next time boleh cuba lagi. Secara keseluruhan, maaf buku ini bukan untuk saya. Ini adalah pendapat jujur dari saya terhadap karya ini, saya cuba susun kata2 dengan sopan. Maaf kalau saya ada tersilap kata atau terkasar bahasa. Mungkin saya akan cuba baca buku penulis yang lain since bila saya baca scene romantik dalam buku ni penulis seperti lebih arif dengan genre cinta. Itu sahaja dari saya. Sekian terima kasih.
Maaf penulis. For me, the attempt to venture into the thriller genre didn't quite land. Mungkin perlu cuba lagi kerana F rasa Konspirasi Elitis lebih menyerupai kisah percintaan berlatarbelakangkan kampus distopia berbanding sebuah thriller yang mampu membuatkan pembaca tertanya² dan berdebar menanti apa yang bakal berlaku.
F went into this book expecting tension, suspense and a plot that would keep me on edge. Unfortunately, F struggled to find the thrill in this supposed thriller.
The premise caught my attention. Penggunaan AI dalam sebuah institusi akademik yang akhirnya membawa kesan negatif kepada pelajar merupakan idea yang menarik. AI Immersion sepatutnya membantu proses pembelajaran tetapi bagaimana pula apabila sistem tersebut mula memberikan kesan buruk terhadap emosi dan kesejahteraan pelajar? The concept had so much potential to explore the darker side of technological dependence.
Unfortunately, the execution fell short of my expectations.
Saya faham apa yang penulis cuba sampaikan melalui pengalaman para pelajar dan pensyarah. The consequences of excessive AI immersion were there but F didn't feel the impact strongly enough. Krisis yang sepatutnya menjadi nadi utama cerita terasa agak ringan. F kept waiting for something that would make me go wow but that moment never really came.
Konflik antara Dr Nourel dengan pihak 3 stooges juga terasa kurang meyakinkan bagi F. Ada kalanya, perbalahan mereka lebih menyerupai pertengkaran budak² daripada konflik dalam sebuah institusi yang dikatakan mempunyai sistem dan individu berpengaruh.
Apa yang membuatkan F lebih tertanya² ialah bagaimana Provost boleh mempercayai Dr Nourel bulat²? With so much at stake, wouldn't there be proper investigations, questions and accountability? F mengharapkan lebih banyak permainan kuasa, strategi dan konflik kepentingan yang benar² menunjukkan betapa seriusnya situasi tersebut. Sebaliknya, beberapa perkara terasa terlalu mudah diterima tanpa penelitian yang mencukupi.
Kes Teja juga antara bahagian yang F harapkan dapat diterokai dengan lebih mendalam. Adakah benar kematiannya berpunca daripada tekanan akibat pelaksanaan AI Immersion? Atau ada perkara lain yang sebenarnya berlaku? F berharap akan ada penyiasatan yang lebih menyeluruh untuk merungkai persoalan ini. However, the investigation and its implications didn't feel substantial enough to create that sense of mystery and urgency.
Another thing is the romance between Dr Jasmeen and Dr Haz. I enjoyed seeing how their relationship developed but at times, F couldn't help feeling that the romance took centre stage while the central conflict faded into the background.
F rasa hampir 90% fokus cerita lebih menjurus kepada romance berbanding thriller.
Still, credit to Emmiyya for exploring a new genre.
Tahniah Emmiyya untuk percubaan pertama menulis thriller ✨
Secara jujurnya, saya tak rasa Konspirasi Elitis ini cukup thriller untuk saya. 😭 Idea dan premisnya memang ada — kematian mahasiswa yang dianggap bunuh diri, sistem universiti yang terlalu menuntut kesempurnaan, pengawasan dron dan konspirasi yang semakin terbongkar.
Bab permulaan? YES. Cukup untuk buat saya terus selak halaman demi halaman. Tapi sepanjang perjalanan menghabiskan 512 halaman ni, saya mengharapkan debaran yang lebih konsisten. Saya nak rasa “apa benda yang akan jadi lepas ni?!” hampir setiap kali selak page, tapi thrill itu tak sentiasa sampai kepada saya.
Mungkin juga sebab cerita ini bukan hanya fokus kepada misteri dan konspirasi. Ada elemen kekeluargaan, kasih sayang dan hubungan antara watak yang buat ceritanya terasa lebih manusia. Dan honestly, ayat-ayat yang menyentuh sisi kemanusiaan watak antara perkara yang paling saya suka. 🥹
Watak utama pun bukan calang-calang — Dr Jasmeen, Dr Haz dan Dr Liam, semuanya daripada dunia akademik. Sebagai pembaca, saya suka bila novel buat saya belajar sesuatu yang baru. Selalunya baca watak doktor perubatan, kali ni doktor akademik pula. 👀
Dan walaupun ini bukan novel romance, penulis berjaya buat saya tersengih dengan beberapa act of service Dr Haz. Contohnya bila dia minta Jasmeen masuk ke dalam rumah dulu sebelum dia bergerak pulang.
Dikira act of service lah kan? HAHAHA. 😭 Terus saya: “Awwww, begitu rupanya.”
Bab Maya pula… bila Maya peluk Jasmeen, saya terus rasa AWWWWWW. 😂 Bila penulis masuk ke genre makanan dia, babak-babak macam ni memang menyerlah dan terasa lebih natural.
Saya cuma berharap elemen thriller dan konspirasinya boleh diberi lebih banyak ruang untuk buat saya rasa DEBAR sepanjang pembacaan. Mungkin expectation saya juga agak tinggi sebab siapa penulisnya. 👀
Tapi kalau korang baru nak berjinak dengan genre thriller dan nak sesuatu yang ada elemen misteri, akademik, keluarga dan sedikit kemanisan di celah-celah cerita, boleh cuba baca.
3.8/5 ⭐️ — Enjoy, tapi saya expect more.
Sekian dari saya yang kentang goreng 🍟 Phew, habis 512 pages in one day? HAHAHAHA.
Ini merupakan kali pertama Kirah baca buku daripada penulis dan Kirah dah nampak banyak review mengenai buku ini sebenarnya. Tapi Kirah masuk ke dalam cerita ni tanpa expectation apa-apa.
Ceritanya mengenai Dr. Jasmeen iaitu seorang pensyarah telah menghadapi kehilangan pelajar yang rapat dengannya disebabkan sistem akademik baharu yang diperkenalkan oleh Universiti Dar Ilmi iaitu menggunakan kaedah AI Immersion sebagai medium utama kurikulum.
Beberapa pelajar sudah mati, tertekan, tenaga dan prestasi merudum disebabkan tuntutan pembelajaran yang semakin 'keras' dan tiada kompromi. Malah, komunikasi dua hala dengan para pendidik juga tidak berjalan dengan begitu baik semenjak wujudnya sistem tersebut.
Jasmeen dan Liam, mereka membuat satu kajian yang mahu dibentangkan kepada pihak atasan, Provost bagi mendedahkan bahawa sistem ini masih belum cukup 'matang' untuk diaplikasikan baik kepada para pensyarah mahupun pelajar itu sendiri.
Namun, usaha mereka sentiasa dibangkang dan tidak dipersetujui oleh dekan dan kebanyakan orang atasan. Dengan bantuan Dr. Haz, kajian tersebut tetap diteruskan dan pengakhirannya ... Adakah sistem robotik ini mampu menandingi sistem tradisional dalam pembelajaran?
Overall, Kirah sedikit surprise dengan penggunaan bahasa dan writing style yang smooth daripada penulis. Sebab ini merupakan cerita pertama daripada penulis yang Kirah baca, Kirah rasa mudah untuk masuk ke dalam ceritanya disebabkan gaya penulisannya cantik dan mudah untuk dibaca. Smooth saja. Cover juga menarik dan memang reflect educational element yang wujud dalam naskhah ini.
Dimaklumkan bahawa ini merupakan karya pertama penulis dalam genre selain daripada 100% cinta jadi Kirah faham je akan ada flaws yang mungkin boleh diperbaiki dalam karya yang akan datang.
Kirah faham kenapa ramai cakap buku ini tiada unsur thriller seperti yang dipromosi dan dilabelkan. Ya, tiada thrill dalam cerita ini. Ianya lebih kepada dark academia dan surprisingly, ada unsur cinta yang quite heavy.
Bagi Kirah, objektif utama seperti yang dipromosikan sebagai thriller tu dah lari jauh. Antara yang boleh diperbaiki misalnya (SPOILER ALERT):
Dalam Bab 19 sebagai contoh, dikatakan bahagian data semua dah selesai dan responden semua dah bagi feedback. Tapi actual scene tu tiada. Sebenarnya point ni boleh di-twist-kan dengan unsur thriller di mana Jasmeen, Haz dan yang lain face the struggle untuk mendapatkan segala feedback secara senyap-senyap, hampir tertangkap oleh Provost, ada yang memerhati dalam diam dan jadi tali barut misalnya, ada yang cuma nak gagalkan misi, data contamination ke, bagi maklumat atau feedback palsu untuk menampakkan AI immersion ni bagus sedangkan mereka dibayar oleh pihak atasan untuk gagalkan misi Jasmeen, Liam dan Haz.
Apa-apa sahaja yang boleh membangkitkan thrill dalam cerita ini. Atau pelajar diugut dan dipaksa untuk beri feedback palsu semasa sesi survey tapi tingkah laku mereka yang menggigil, tak buat eye contact dan tergagap buat Jasmeen, Haz, Liam curiga sampaikan mereka rasa ada yang tak kena dan mula menyiasat kenapa jadi macam tu.
Anything as long as idea berpotensi ni dapat dikembangkan menjadi sebuah naskhah yang dijanjikan dan dipromosikan sebagai kisah yang berkonsepkan thriller.
Contoh dekat bab 29 pula dikatakan Haz dan yang lain dah kumpulkan petisyen daripada 5,000 orang pelajar yang tak bersetuju dan terkesan dengan pembangunan baharu yang dijalankan mengenai sistem akademik mereka.
Tapi ini dalam konsep 'telling', tak ada actual scene tersebut, tiada POV pelajar itu sendiri yang struggle, kita tak berada dalam demontrasi dan bantahan itu juga. Kalau ada actual scene, mungkin boleh selitkan unsur thriller di dalamnya. Idea sudah ada cuma sayang, ianya tidak dikembangkan dengan baik.
Apa tindakan Dr. Nourel dalam usaha mereka? Kalau nak selitkan unsur thriller, perlu wujudkan watak villain yang lebih mendominasi dalam cerita dari awal lagi.
Apa yang Dr. Nourel boleh buat untuk sabotaj kajian tersebut, mungkin dialah mastermind dalam mengugut pelajar untuk bagi respons palsu tadi, ugut pelajar dengan motif-motif peribadi yang membuatkan pelajar tu takut kalau rahsia dia bocor bila dia berlaku jujur mengenai AI Immersion, maka dia pun berikan respons palsu semasa sesi collection of data yang dijalankan Jasmeen dan yang lain.
Selain daripada menyajikan plot mengenai kenyataan yang Dr. Nourel paparkan dekat hologram mengenai false accusation terhadap Jasmeen dan yang lain dan sabotaj keratan video rusuhan semata-mata. Sebab itu pun, hanya dinyatakan sahaja. Tiada tindakan sebenar yang kita nampak from POV Dr. Nourel itu sendiri.
Kalau prolog atau bab pertamanya lebih cangkuk, ada POV daripada pelajar dan villain, mungkin akan jadi jauh lebih mendebarkan dan menarik. Sebab most of the time, POV Jasmeen mendominasi keseluruhan jalan cerita.
Kesilapan kecil seperti elipsis yang digunakan di tengah ayat agak pelik, 4 titik. Bukan sepatutnya 3 ke kalau di tengah ayat? — pada awal-awal cerita, selepas itu kembali normal.
Kalau guna perkataan telefon, tak perlu ulang dalam keseluruhan manuskrip yang ianya telefon bimbit atau telefon pintar sebab zaman sekarang kita tahu, yang kita gunakan tu memang telefon pintar. Just tulis sebagai telefon sahaja untuk penggunaan kedua dan seterusnya.
Bab 4, bahagian tablet macam dah dua kali dihulurkan dalam masa yang berbeza. Part 1 dah hulur, part 2 baru nak hulurkan tablet sedangkan part 1 sudah diberikan kepada Prof. Azhar.
Apa pun, ini sekadar constructive feedback daripada saya sebagai someone yang memang menggemari buku-buku thriller. Kalau penulis keluarkan buku berkonsepkan ini lagi, saya tetap akan cuba baca in future. Nice try sebenarnya untuk someone yang tak pernah menulis naskhah thriller.
Apa pun, disebabkan executionnya tidak memberikan kepuasan thrill dan hala tuju ceritanya sudah lari jauh, ini rating jujur saya. Tapi ini sekadar pandangan saya saja, orang lain pasti berbeza.
Cerita yang menarik kerana membawa isu semasa mengenai penggunaan AI. Terlalu memaksa dalam teknologi menyebabkan pelajar mendapat kesan sampingan yang tidak sihat dari segi kesihatan mental. Ada yang murung, putus asa dan bertindak membunuh diri.
Kajian dibuat untuk menyelamatkan keadaan oleh Jasmeen, Liam dan Haz. Tapi, tidak semudah itu. Saya rasa kurang wow factor dalam usaha membongkar kelemahan sistem. Tapi ada elemen misteri bila buat saya ternanti-nantikan kemunculan Provost.
Pada saya buku ni kurang fokus pada thriller tapi lebih sesuai dikategorikan sebagai sci-fi. Serba ringan untuk dibaca. Ancaman terhadap Jasmeen juga tidak berat. Ada berlaku rusuhan dan tindakan agresif pelajar tapi sedikit cuma.
Saya memang kurang puas sebagai peminat genre thriller. Tiada saspen dan debaran. Ada ketidakpuasan hati dan rusuhan yang berlaku pun masih ringan. Selingan kemunculan Maya dan diasuh oleh Jasmeen buat cerita hilang fokus. Sesetengah terms yang digunakan perlu dicari tahu sendiri kerana tidak disediakan vocab.
Apapun, saya tetap enjoy the story sebab penulisan yang sedap dan fast pace. Tahniah buat penulis atas cubaan yang baru. Idea memang terbaik. Memahami gejala kesihatan mental pada teknologi. Teruskan berkarya!
Kematian seorang pelajar cemerlang di kampus Dar Ilmi telah menimbulkan pelbagai teori. Sebagai pensyarah pelajar tersebut dan antara orang terakhir yang menghubunginya, Dr Jasmeen tahu masalah ini sudah berakar sedalam-dalamnya, dan tidak mustahil akan menuntut mangsa yang seterusnya.
Universiti Dar Ilmi, kini menjadi salah satu mercu menara gading yang semakin meningkat naik dan mendapat julukan berprestij tinggi - bukan sembarangan. Namun, kaedah pengajaran dan pembelajaran baru yang dilaksanakan dengan mengaplikasi 𝘈𝘳𝘵𝘪𝘧𝘪𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘭𝘭𝘪𝘨𝘦𝘯𝘤𝘦 (𝘈𝘐) 𝘐𝘮𝘮𝘦𝘳𝘴𝘪𝘰𝘯 telah mula membebankan pelajar. Dron-dron yang terbang mengelilingi kampus mengawal tingkahlaku pelajar dan kurangnya interaksi sosial apabila semua aktiviti berpaksikan teknologi seolah menghilangkan sifat kemanusiaan.
Dr Jasmeen tahu dia perlu buat sesuatu. Dia perlu mencari akar yang mencambahkan semua ini terjadi. Apatah lagi, dia memang sudah separuh jalan membuat kertas kerja kajian tentang pelaksanaan baru ini. Namun, apabila dia mula mengorak langkah lebih panjang, mencarigali maklumat dan bertemu pelajar, dia menjadi sasaran orang-orang tertentu yang seolah-olah tidak mahu dia megetahui perkara ini dengan lebih dalam. Seperti ada rahsia yang mahu disembunyikan.
Mahu tidak mahu, Dr Jasmeen harus bekerjasama dengan seorang lagi pensyarah yang baru pulang bertugas dari luar negara, Dr Haz Azri. Dr Haz Azri amat berpengaruh di Dar Ilmi dan dikenali peringkat atasan universiti berbanding Dr Jasmeen yang baharu sahaja dua tahun berkhidmat. Namun ada sesuatu tentang Dr Haz yang lebih berpengalaman dalam bidang penyelidikan itu yang menjengkelkan Jasmeen, jadi bagaimana dia mahu melaksanakan kajiannya ke peringkat yang seterusnya?
Masa sudah semakin suntuk. Pelajar-pelajar juga sudah mula memberontak dan terbahagi antara kumpulan yang menyokong pelaksanaan universiti dan tidak. Pihak universiti pula seperti tidak cakna keadaan semasa pelajar. Dapatkah Dr Jasmeen dan Dr Haz menyelesaikan konflik kemanusiaan sejagat ini?
Saya sebenarnya terpempan apabila menghabiskan mukasurat terakhir cerita ini kerana saya tidak tahu mahu meletakkan novel ini di dalam kategori genre yang bagaimana kerana saya berpendapat tidak sesuai ia diletakkan dalam kategori 𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭𝘦𝘳. Ini pertama kali saya baca hasil penulisan penulis ini dan saya tahu ini bukan hasil penulisannya yang pertama. Terus-terang, saya tertarik dengan tajuk, sinopsis dan corak pemasaran buku ini - terus membeli.
Saya rasa penceritaan bermula dengan baik. Saya rasa teruja dan penuh suspen kerana 𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭𝘦𝘳 memang genre makanan saya. Misteri kematian berlatarkan kampus universiti berdasarkan teori konspirasi sangat memberikan 𝘥𝘢𝘳𝘬 𝘢𝘤𝘢𝘥𝘦𝘮𝘪𝘢 𝘷𝘪𝘣𝘦 untuk menjadi 𝘩𝘰𝘰𝘬 yang boleh menarik minat pembaca.
Masalah bermula setelah kehadiran Dr Haz. Jalan cerita terus berubah menjadi perkenalan antara Dr Jasmeen dan Dr Haz dan tumpuan cerita mula bertumpu pada kisah mereka berdua. Pada pendapat saya juga, plot berkenaan aplikasi sistem AI dalam jalan cerita juga banyak 𝘭𝘰𝘰𝘱𝘩𝘰𝘭𝘦𝘴 kerana ada 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘪𝘯𝘶𝘪𝘵𝘺 yang tidak selari walaupun banyak terma-terma kecerdasan buatan digunapakai. Cerita digambarkan berlaku pada zaman distopia (menurut sinopsis) tetapi tiada deskripsi yang menyeluruh dalam penceritaan yang menggambarkan suasana itu. Penceritaan 𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭𝘦𝘳 juga tidak sampai kerana watak-watak utama hanya banyak mencari maklumat melalui internet dan tiada elemen misteri dalam penyelesaian konflik. Lebih menarik sekiranya watak Dr Nourel ataupun Prof Azhar dapat dikembangkan menjadi antagonis yang lebih menyerlah.
Bukanlah saya ingin mengatakan hasil penulisan tidak bagus. Konsepnya menarik namun sedikit kekurangan pada 𝘦𝘹𝘦𝘤𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯. Mungkin kalau dapat dibuat perkaitan antara jalan cerita kisah Dr Jasmeen dan Dr Haz dan teori konspirasi berlaku akan menghasilkan penceritaan yang lebih menarik. Tetapi, saya hanyalah seorang pembaca dan mungkin penulis mempunyai alasan tersendiri mengapa jalan ceritanya begitu.
Mungkin jalan cerita ini lebih dekat dengan pembaca yang meminati 𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭𝘦𝘳 𝘳𝘰𝘮𝘢𝘯𝘤𝘦 berbanding saya.
Mengisahkan tentang Dr. Jasmeen, salah seorang pensyarah yang menjalankan kajian untuk membongkar bahaya di sebalik teknologi AI yang digunakan di tempat kerjanya, Universiti Dar Ilmi. 🤖🏛️ AI learning system yang diperkenalkan di universiti itu sebenarnya memberi kesan buruk kepada para pelajar sehingga menyebabkan salah seorang mahasiswi mengambil keputusan untuk bunuh diri akibat tekanan. 💔
Malangnya, kajian Jasmeen ditolak dan diragui oleh pihak universiti. Disebabkan itu, dia terpaksa bekerjasama dengan Dr. Haz Azri, seorang profesor berpengaruh yang baru pulang dari Switzerland. 🇨🇭📚
Okay, Rael memang suka how this story begins. 🖤 Dari awal lagi dah penuh dengan persoalan, and the way Universiti Dar Ilmi was described really caught my attention. 🏙️ Bangunan yang gah, teknologi yang canggih, and everything looked so futuristic. That's exactly why it's called "Elitis". ✨ Tapi siapa sangka di sebalik semua kecanggihan tu, ada sesuatu yang slowly menghancurkan emosi dan mental para pelajarnya. 🥀
Bagi Rael, character Jasmeen ni memang relatable dengan situasi anak muda sekarang. 🌷 Kita bekerja keras untuk mencari penyelesaian, tapi masih ada golongan yang lebih mementingkan keuntungan dan cepat melabel Gen Z sebagai "strawberry generation". 🍓 Part tu memang buat Rael geram because at least our generation is more aware of how important mental health really is. 🫂
Disebabkan kesungguhannya untuk mencari kebenaran, Jasmeen digantung kerja dan diwajibkan menghadiri sesi kaunseling. 📝 Mujur Dr. Haz Azri muncul. Walaupun first impression dia agak kasar (especially masa communicate through Google Docs 😂), lama-kelamaan mereka mula mengenali antara satu sama lain sebagai Haz dan Jasmeen, bersama Maya, anak Haz Azri. 🤍
Cuma, Rael rasa flow cerita sedikit perlahan dekat bahagian pertengahan. 📖 Mula-mula cerita sangat fokus pada Universiti Dar Ilmi, kajian, dan misteri di sebalik AI learning system. 🤖 Then bila masuk bahagian Haz dan Jasmeen, it feels like the story took a short break from the thriller before jumping right back into it. 👀
Lepas mereka berdua sedar yang selama ni mereka sebenarnya bekerjasama dalam research yang sama, cerita terus jadi menarik balik. 🔥 We finally get more of the mystery, the conspiracy, and the twisted truth behind the AI technology used at Universiti Dar Ilmi. 🕵🏻♀️ Especially bila melibatkan Nourel, memang buat Rael lagi curious. 😮
Honestly, the riot scene was really intense. 🚨 Cuma Rael berharap dapat baca POV Fayyad juga sebab rasa macam lagi menarik kalau dapat tengok situasi tu daripada perspektif dia. 👀
Overall, Rael memang enjoy membaca novel dystopian ni. ❤️🔥 Rael suka dengan world building, setting Universiti Dar Ilmi, penggunaan dron, and how the dystopian element blends so well with the mystery. 🚁🏛️ At the same time, buku ni juga menunjukkan yang teknologi AI yang terlalu advance shouldn't be introduced without proper understanding and testing on the people who will actually use it. 🤖⚠️ Walaupun tujuannya untuk memudahkan pembelajaran, tanpa kajian dan persediaan yang betul, kesannya boleh memberi tekanan yang sangat besar kepada seseorang. 💭
Rael memang recommend buku ni kepada korang yang sukakan dystopian, mystery, dan thriller. 📚🖤 It's a story that doesn't just entertain, but also makes you think about how far we should rely on technology before truly understanding its consequences. 🖤
Thank you Kak Emmiyya for creating such an interesting idea. 🌹 And thank you juga kepada Iman & Rumaa for publishing this unique thriller. 🖤✨
Bila pengunaan Ai ingin dikuatkuasakan, ada yang menyokong dan ada pula berdalih. Namun, bila asas pengunaan tidak dikaji dan langsung diterapkan ada jiwa terkorban disebabkan perubahan mendadak. Maka tercetuslah dua kumpulan berbeza fahaman.
Persoalannya siapa yang betul dan siapa pula terpaksa mengaku kalah? - Konspirasi Elitis mengangkat fenomena Al bagaimana teknologi ini telah memerangkap pelajar sehingga mereka mula hilang pendirian diri. Genre yang ditujukan pula adalah Dystopian Thriller which is my fav main course bila menelaah pilihan membaca.
Akan tetapi, semakin lama saya menempuhi perjalanan cerita bersama Jasmeen dan juga Haz semakin tenggelam genre yang cuba ditonjolkan. - Permulaan cerita sangat menarik apabila terkorbannya salah seorang pelajar disebabkan penggunaan teknologi Al yang mula diterapkan oleh pihak Universiti. Akan tetapi, saya perlukan penegasan yang jelas apakah bentuk proses Al yang diperkenalkan oleh pentadbir sehingga pelajar tertekan sedemikian rupa sehingga wujudnya provokasi.
Yang bermaksud, saya nak tahu jenis teknologi Al yang diterapkan sehingga ia menjerumus tekanan kepada pelajar? Sebab cabang Al tersangat luas, jikalau ia hanya disentuh melalui pembelajaran atas talian sahaja sehingga menjerumus kepada isu tersebut, mungkin konflik yang cuba diangkat kelihatan lemah. - Selain itu, saya sangat berminat ingin tahu objektif utama Dr Nourel sangat bertegas dalam pendiriannya menyokong Al diperkenalkan dalam pembelajaran. Mungkin dia ada keperluan sehingga bersungguh menyokong? dan mungkin ada objektif lain yang perlu dia genggam di masa akan datang, dan dasar dari universiti itu merupakan satu permulaan. Tetapi sayang sekali tidak ada argument tersebut sehingga muka surat terakhir.
Semakin saya selak naskhah ini semakin saya merasakan genre romance kerap overshadow the main genre. Ngl, saya sangat enjoy chemistry di antara Jasmeen dan juga Haz yang penulis cuba nukilkan. Tetapi, saya perlukan main characters yang lantang dan cepat bertindak. Bukanlah saya katakan the research paper itself tidak membantu untuk mengangkat penindasan yang berlaku.
But I need something more "umph" from both of them agar penceritaan lebih menarik dan tidak mendatar. Akan tetapi dari satu sudut, saya faham ini merupakan percubaan penulis pertama kali mengolah genre sebegini dan disebabkan itu saya ingin memuji tindakan berani beliau untuk keluar dari genre romance yang selalu disajikan kepada pembaca.
Akhir kata, Konspirasi Elitis tidaklah menyajikan penindasan dunia Dystopian yang terlalu "tebal" dan bagi saya ia hanya disentuh secara surface sahaja dan tidak terlalu mendalam. Namun, tidak boleh dinafikan isu kesihatan mental dan kesejahteraan pelajar dalam nashkah ini tidak boleh diambil mudah kerana ia merupakan satu isu yang perlu dipandang berat oleh masyarakat di luar sana.
Naskhah yang sedap tetapi jikalau dikembangkan dengan lebih terperinci saya pasti ia akan jadi lebih menarik! Apapun tahniah kepada penulis untuk nukilan yang luar biasa ini, sudah pasti saya merupakan salah satu pembaca yang sangat looking forward karya dari penulis.
Buku ini merupakan sebuah Academic Dystopian Thriller yang mengangkat tema konspirasi elitisme dalam dunia pendidikan tinggi. Kisahnya berkisar tentang sebuah universiti yang memperkenalkan sistem berasaskan AI dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan tujuan meningkatkan kecekapan dan prestasi akademik. Namun, di sebalik kecanggihan teknologi tersebut, sistem itu sebenarnya telah menjadikan para pelajar semakin tidak efisien, hilang autonomi dalam pembelajaran, serta terdedah kepada tekanan emosi dan kemurungan.
Apa yang menjadikan novel ini menarik ialah kritikan yang tajam terhadap sistem penilaian yang terlalu bergantung kepada data dan algoritma sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan serta empati. Pelajar dinilai berdasarkan angka dan prestasi semata-mata, tanpa mengambil kira latar belakang, cabaran peribadi, atau potensi mereka sebagai individu. Konflik yang timbul bukan sahaja melibatkan para pelajar, malah turut melibatkan pensyarah yang mula mempersoalkan keberkesanan sistem tersebut. Ketegangan semakin memuncak apabila hasil kajian yang dijalankan bagi membantu kebajikan dan pembangunan pelajar bertembung dengan kepentingan pihak tertentu yang mahu mengekalkan sistem sedia ada.
Penulis turut bijak menyelitkan elemen romantik melalui kisah dua hati yang berkembang di tengah-tengah konflik yang mencengkam. Sentuhan ini memberikan keseimbangan kepada jalan cerita, sekali gus mengelakkan novel daripada terasa terlalu berat atau sarat dengan isu akademik dan teknologi. Hubungan yang terjalin antara watak-watak utama memberi ruang kepada pembaca untuk bernafas dan terus menikmati perjalanan cerita.
Secara keseluruhannya, novel ini membawa mesej yang sangat relevan dalam era kecerdasan buatan masa kini. Ia mengingatkan pembaca bahawa di sebalik kecanggihan AI, boleh wujud kelompok eksklusif yang menggunakan teknologi untuk menentukan siapa yang layak berjaya dan siapa yang perlu diketepikan. Melalui plot yang penuh misteri, konflik intelektual dan ketegangan emosi, buku ini berjaya mengangkat persoalan tentang keadilan, kemanusiaan dan kuasa dalam sistem pendidikan moden.
Kematian seorang pelajar, sistem AI yang dipertikaikan dan pihak atasan yang enggan mendengar suara pensyarah. Apa sebenarnya yang sedang berlaku di Universiti Dar Ilmi?
Semuanya bermula apabila Jasmeen kehilangan Teja, pelajarnya sendiri, yang sebelum kematiannya sempat meluahkan kebimbangan tentang sistem AI yang bakal diwajibkan di universiti.
Jasmeen mula sedar ramai pelajar yang tertekan dengan sistem tersebut sehingga menjejaskan kesihatan mental dan hubungan sesama mereka. Bersama Liam, Jasmeen cuba memperjuangkan hasil kajian mereka, tetapi usaha tersebut ditolak oleh pihak atasan. Dr Nourel pula mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Jasmeen. Namun, kemunculan Prof. Dr. Haz Azri membuka jalan kepada perjuangan mereka untuk membongkar kesan sebenar penggunaan AI yang berlebihan.
Tapiii, di sebalik isu serius ni, Muni makin seronok bila cerita mula melibatkan Jasmeen, Haz dan anaknya, Maya. 😂 Hubungan mereka yang semakin rapat, ditambah pula dengan Haz yang tak tahu Jasmeen sebenarnya pensyarah yang sedang dibantunya, buatkan Muni nak tahu apa yang akan jadi seterusnya.
Muni suka cara author mengetengahkan isu AI dalam novel ni. Zaman sekarang, kita memang banyak bergantung pada AI dalam pelbagai perkara. Tapi, bagaimana kalau kebergantungan itu sampai membuatkan kita hilang sifat manusiawi, terlalu mengejar kesempurnaan dan mengabaikan hubungan sesama manusia?
Cuma, Muni rasa novel ni kurang sikit dari segi elemen thriller sebab expectation Muni agak tinggi. Muni mengharapkan lebih banyak babak yang mendebarkan, dan untuk closure Teja pula, Muni masih rasa tak puas hati. Tapi, overall Muni memang suka jalan cerita dia! Plot dia smooth, tak susah nak ikut dan isu AI yang dibawa pun menarik. Bagi Muni, kekuatan novel ni lebih kepada isu yang diketengahkan tentang kebergantungan manusia terhadap AI dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kehidupan kita.
Kalau Muni berada di tempat Jasmeen, Muni pun akan tetap berjuang untuk pelajar-pelajar dia sampai isu ni selesai.
Pertama kali baca penulisan Emmiyya untuk genre thriller, jujurnya pada permulaan cerita buat saya betul2 invest, rasa nervous dan nak tahu lebih lagi. Jadi tak boleh stop baca.
Menarik sangat bila cerita berkisarkan sebuah universiti yang menggunakan AI dalam bidang pendidikan, saya dapat bayang macam mana struggle student nak catch up semua benda, dah tu ada pula yang boleh detect tahap fokus student tu. Fuh kita tak senang duduk tau nervous nak tahu macam mana Dr. Jasmine berjaya dengan kajian beliau utk bantu student2 lain.
Tapi bila masuk je Haz Azri, saya rasa macam dah lost sikit. Awal2 tu okay lagi sbb Haz bantu Jasmine utk semak kajian, tapi bila mula pasal Maya, family dan Jasmine yang macam senang rasa berdebar bila berjumpa dengan Haz, saya hold dulu dan sambung esok pula 😅
Saya enjoy baca, cuma kalau lebih banyak pasal AI Immersion, konflik antara Dr. Nourel, Provost dan mereka bertiga mesti lebih thrill. Apa pun percubaan yang bagus untuk Emmiyya, romance antara Haz dan Jasmine last last tu memang buat hati saya rasa berbunga bunga 😆
Apa terjadi jika sistem AI Immersion berjaya dilaksanakan? Community ahli akademik agak berbeza dari segi hujahan, bantahan dan pandangan. Inilah yang cuba disampaikan oleh penulis apakah cabaran yang perlu dihadapi oleh akademia. Mungkin thriller yang dimaksudkan adalah perjalanan untuk menyampaikan sesuatu masalah itu sehingga dipanjangkan kepada provost. Sebab community universiti adalah dalam golongan cerdik pandai yang mana perlu disertakan fakta yang bernas, bukti yang adil.
Waima kita perlu bijak memilih mana satu jalan yang benar. Cumanya bagi saya thriller itu kurang uurrmm sikit sebagaimana peminat thriller mengharapkan. Apa pun tahniah buat penulis kerana berani mengetengahkan isu ini. Isu depression dan gejala digital fatigue dikalangan pelajar telah menjadi satu kerisauan beberapa tahun lalu sejak kemunculan covid19.
Gaya susunan bahasa yang cantik dan setiap idea diselangi dengan fakta. Tambahan watak Dr.Haz dan Maya telah menghidupkan lagi elemen kasih sayang mereka dengan Dr Jasmeen.
Saya sukaaa. Baca dalam masa 10 jam je habis. Cuma bila sampai separuh jalan tu tetiba cerita jadi romance pulak dah. Tak expect lah ceritanya sebab saya beli buku thriller. Setakat ni, tak pernah baca buku thriller yang ada elemen cintan cintun.
Buku ni distopia, ya. Thriller tak sangat. Boleh kata tak rasa berdebor sangat pun lah. Thriller dia macam malu2 gitu je. Tapi untuk aku yang tak suka buku thriller sangat, senang lah nak terima. Beli buku ni pun terpengaruh dengan trailer email Kak Iman sebenarnya 😂.
Recommended untuk orang yang tak suka thriller tapi teringin nak cuba.
Basically, I like the concept berkaitan penggunaan AI dalam pembelajaran pelajar Uni secara total ni memberi kesan pada mental pelajar.. Digital Fatigue.
Kalau ikutkan, saya tak rasa sangat part thriller tu. Awal2 tu adala pasal kematian Teja tapi after that dia dah tak thriller dah.
Hopefully, author boleh tambah baik lagi akan dtg.. cerita dia some part for me sedap dibaca.