Salmah ditugaskan oleh bapa saudaranya, Datuk Azlan, untuk mengendalikan resort yang sedang dalam proses pembinaan di sebuah pulau di Laut China Selatan bersama pengurus projek bernama Bahar. Pada hari yang dijanjikan, bertolaklah Salmah ke Pulau Aur, tempat di mana resort ini didirikan. Setelah siap sepenuhnya, Salmah telah menga dakan majlis reunion untuk teman-teman sekolahnya di pulau ini.
Rosie, Sherry, Kartina dan Hazmiza telah dijemput khas untuk majlis reunion ini. Malang tidak berbau, sebelum majlis reunion itu berlangsung telah berlakunya tragedi yang amat mengerikan. Seorang demi seorang petugas di situ terkorban dalam pembunuhan misteri yang tidak dirancang. Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan teman-teman Salmah dan seorang wartawan bernama Linda.
Keempat-empat teman Salmah melakukan siasatan tentang pembunuhan misteri ini, tapi sayang, seorang demi seorang turut terkorban.
Adakah pulau ini berpuaka? Apakah pembunuh misteri itu diupah? Apa pula tindakan Salmah seterusnya? Semua akan terjawab dalam novel ini.
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
maaf la, terlalu lambat untuk mencapai klimaksnya.
terlalu banyak watak yang diperkenalkan, terlalu banyak subplot.
walaupun semua disusun sebaiknya, namun tetap terasa lambat untuk mencapai moodnya. penceritaan menjadi menarik ketika mereka berada dipulau. sebelumnya, lebih banyak subplot yang saya kira meleret2.
apapun, tahniah untuk penulis. Kisah thriller yang digarap dengan baik saya kira.
Ketebalan sesuatu buku bukan bergantung pada bilangan halaman tetapi bilangan patah perkataan, menurut seorang teman. Dengan erti kata lain, zon selamat untuk sesuatu buku, bergantung pada genre dan syarikat penerbitan juga, ialah 80ribu ke 100ribu patah perkataan. Andaikan satu halaman mengandungi 250 patah perkataan, maka halaman yang sesuai ialah 320 ke 400 sahaja.
Saya bangkitkan isu ini kerana kelemahan terbesar buku ini, pada pendapat saya, ialah bilangan halamannya melebihi 400 untuk genre misteri triler. Tapi sejujurnya, apa genre sekalipun, kalau melebihi 400 halaman, memang susah untuk saya hadap.
Kalau anda pernah menonton Blok 404 dan Kem 505, anda dah boleh bayangkan perjalanan ceritanya. Plot twist pun begitu juga, orang yang tak dijangka itulah rupanya pelakunya. Tapi ending cerita ni sedikit dejavu sebab saya pernah baca buku dengan ending hampir sama tapi tak ingat tajuknya. Puas juga cari di GR tapi tak jumpa.
Tapi, selain dari filem vcd di atas, ada juga Zon 606 yang sehingga kini saya tak tahu jadi apa. Tapi berdasarkan sinopsis filem vcd tu, saya rasa ianya lebih match dengan Trauma
Alang-alang dah promosi filem vcd, saya promosi juga Bilik 303 yang boleh dibaca di Wattpad. Err Skrip 7707 tu saya tak rasa masuk kategori sama. Maaf, dah menyimpang jauh pula review ni.
Boleh tak nak skip terus ke akhir? Terpulang pada anda sebagai pembaca. Kalau anda tak minat pembunuhan kejam. Tapi sejujurnya, buku ni tak masuk kategori seram pun. Tapi itu pendapat saya. Sebab terlalu panjang, maka editor pun terlepas pandang maka berlaku mix-up nama watak.
Hazmiza terkenang kembali kenangan hitam yang cuba dilupakan setelah mendapat tahu berita kehilangan saudara kembarnya. Manakala Salmah yang ditugaskan di sebuah resort yang bakal dibuka bercadang mengundang rakan-rakan lamanya ke situ. Namun perjumpaan mereka bakal menjadi satu tragedi.
Lambat betul nak sampai ke klimaks cerita. Sangat perlahan dan lewah di mana-mana. Isu trauma yang sepatutnya menjadi persoalan utama hanya dikupas di permukaan sahaja. SH rasa cerita ini boleh diringkas dan dipadatkan lagi untuk mendapat cerita thriller yang mampu membuatkan pembaca menelan air liur.
Plot twist dan perjalanan cerita dah dapat SH teka. Tiada kejutan yang menarik di dalam naskah ini. Elemen thriller juga hanya muncul di hujung cerita dan sangat-sangat pendek.
Penceritaan yang agak perlahan dengan nama watak yang boleh tahan banyak. Sampai kadang saya terlupa apa function watak ni ya. Susah nak mendalami cerita ni. Boleh habiskan tapi lelah sikit sementara nak tunggu klimaks.
Reunion sekolah yang berdarah. Satu demi satu dibunuh. Peristiwa hitam kembali menghantui miza. Ada juga sedikit loopholes, tapi maybe saya yang terlepas pandang. Buku ini lebih kepada pembunuhan berbanding seram.
Walaupun banyak orang beritahu aku buku ini adalah terbitan semula buku KLON (keluaran tahun 2000) tetapi ianya bukan.
Aku pernah baca buku KLON dan aku suka betul. Aku sampai semua kedai buku kat tempat aku ni cari buku tu, tak jumpa. Aku pujuk sepupu suruh pinjamkan sebab dia yang empunya buku tu bila aku pertama kali baca. Tapi, dia tak bagi. Sabar aja lah.
Lepas tu, orang rekomen buku ni. Aku beli tapi bila aku baca, aku kecewa tahap dewa. Aku baca ulasan pembaca lain sebab tak puas hati kenapa cerita ini macam mendatar saja dan lain semacam. Makin aku kecewa bila buku ini ada pasal penyembahan syaitan. I mean, tak boleh ke benda lain? I am definitely not impressed.
Penulisan pun tidak konsisten. Saya jumpa banyak perenggan/ayat mengelirukan. Saya kena patah balik baca sekali sampai faham, tu buang masa.
Ada tu suatu hari kelak, saya jumpa ni asal buku KLON saya ambil beli terus dan baca puas puas. Tak kisah la secondhand asalkan hati ni puas dan happy. Buku ni pula aku letak kat perpustakaan kecilku dan dilupakan. Ada tu orang di masa hadapan kasihankan ia tu nanti.
Hasil tulisan penulis seram legend ni tak payah dipertikaikan lagi. Langsung tak ada cacat cela. plot serta jalan cerita yang diatur kemas. Setiap watak yang ada dalam buku ni seolah 'hidup'. Motif pembunuhan yang jelas. Penulisannya memang ringkas dan senang faham. Paling peting, Thriller yang boleh menghantui. Gambaran perempuan yang mati disebabkan tulang lehernya yang patah akibat dipulas dengan kuat, sampai sekarang terbayang-bayang dekat mata. Babak seram yang kurang tapi sekali babak seram muncul, terus tutup buku. Terasa ada orang duduk sebelah. Kesimpulannya mudah, Dan Brown pun akan terasa tecabar bila dia baca karya Zaifuzaman Ahmad ni. Terbaik!!!
Jalan cerita yg menarik walaupun tiada unsur seram dlm cerita ni......ak x sangka masa Miza dtg ke pulau bersama rakan2nya itu bkn Miza sbnrnya ...bile pencerita memberitahu ayat 'gadis berambut pendek' baru lah ak tau yg tu Niza bkn Miza...Kasturi ak x sangka die bersekongkol dgn Niza utk membunuh kwn2 Miza di pulau tu...btw jalan cerita utk smpai ke pulau tu terlalu jauh tp menarik..
Aku bagi 5 bintang sebab buku ni memang layak menerima rating penuh.
Buku ini lebih kepada misteri dan persahabatan. Kalau baca sinopsis belakang, rata-rata semua akan fikir plot di dalam buku ini akan memfokuskan tentang kisah Salmah dan rakan-rakannya di pulau. Tapi silap.
Penulis mulakan cerita dengan memperkenalkan setiap watak dalam buku ini dengan lebih mendalam. Aku kira ianya agak "slow-burn". Jadi kalau tidak penyabar, jangan baca buku ini ok.
Sebelum kita menjadi lebih tertanya-tanya apa yang terjadi kepada semua orang di pulau, kita diperkenalkan kepada watak Salmah dan rakan-rakannya.
Salmah merancang untuk membuat majlis reunion untuk mempertemukan rakan-rakannya dari sekolah menengah.
Di sini, penulis mula memperkenalkan watak Hazmiza yang mempunyai kisah silam yang sukar dilupakan, Katrina pula seorang pelakon yang membuat nama, Sherry dan Rosie bersama-sama menyewa rumah yang sama.
Watak lain termasuk juga Datuk Azlan yang ternyata bapa saudara kepada Salmah. Kenapa aku terkejut? Sebab rupanya dia lah yang tergila-gilakan Katrina. Aku pun penat juga baca setiap kali ada babak antara dia dan Katrina. Katrina pun satu asyik melayan orang tua tu. Poneng den.
Selain tu, misteri yang digarapkan dalam buku ni menepati cita rasa aku. Banyak juga tragedi terjadi dalam buku ni. Aku sendiri rasa seram sejuk.
Penambahbaikan yang boleh dibuat adalah proofread perlu dibuat lebih teliti lagi sebab banyak kali juga tersalah nama. Sepatutnya orang lain yang mengangguk, tapi nama lain pula yang dibaca.
Sinopsis pun mungkin boleh tukar kepada yang lebih sesuai dengan plot buku. Mula-mula aku baca, aku fikir tak lama lagi dorang akan ke pulau dan bermulalah tragedi seorang demi seorang hilang. Tapi lambat pula rasanya sebelum aku tiba ke muka surat itu. Jadi rasa macam ditipu oleh sinopsis pula.
Permainan warna pun boleh dibaiki lagi sebab warna merah dan hitam ni tak nampak sangat. Aku baca sinopsis di belakang tu macam pening-pening lalat sikit.
Secara keseluruhan, buku ni berjaya menambat hati aku. Cukup elemen la semua sebab aku rasa semua cerita pada awal tu penting untuk kita memahami watak-watak dalam buku ini.
"Trauma" bukan sekadar cerita pembunuhan di sebuah pulau. Ia mengupas luka lama, trauma mendalam dan konflik jiwa yang membalut watak-wataknya, terutamanya Hazmiza.
Pada permulaan, pembaca disajikan dengan teka-teki misteri yang mencetuskan rasa ingin tahu. Namun, seiring dengan perkembangan cerita, kita dibawa masuk ke dalam dunia yang penuh kegilaan – seorang wanita yang terperangkap dalam dunia taksubnya dan ia akhirnya mencetuskan pembunuhan demi pembunuhan di pulau tersebut.
Ya, aku akui… Ada bahagian yang terasa panjang dan seolah-olah dileretkan. Memang menyeksakan untuk dihadam, tapi aku faham niat penulis – untuk benar-benar menunjukkan kesan trauma yang menghantui Hazmiza. 70% daripada keseluruhan cerita sebenarnya adalah perjalanan emosinya: luka yang tak sembuh, konflik dalaman yang membarah, dan perasaan ingin melarikan diri dari ‘sesuatu’ yang memburu – sama ada pembunuh, atau kenangan silamnya sendiri.
Watak Kartina dan yang lain-lain hadir sebagai pelengkap – penyokong kepada naratif utama tentang trauma Hazmiza. Setiap satunya membawa dimensi konflik yang berbeza, menjadikan kisah ini bukan semata-mata thriller atau misteri biasa.
Kenapa patut baca? Kerana buku Trauma bukan tentang dikejar pembunuhnya semata, tapi tentang bagaimana seseorang yang gila dan pentaksub menyebabkan kematian keluarganya sendiri.
Kisah silam Hasmiza kembali menghantui dengan kemunculan orang yang paling tidak diingininya untuk bertemu kembali. Ia sejarah hitam yang ingin dilupakan, namun tiba-tiba kembali menghantui sehingga menjejaskan hidupnya.
Reunion telah dirancang oleh Salmah untuk menyatukan kembali bibit persahabatan dengan bekas kawan seasramanya. Namun ia menjadi tragedi hitam yang tidak terlupakan.
Secara keseluruhannya, cerita ini agak meleret-leret. Ia bermula dengan satu kisah tragedi yang ngeri dan meninggalkan kesan trauma mendalam pada Hasmiza.
Namun, terlalu banyak babak yang seolah dipanjang-panjangkan hingga mengganggu mood thriller untuk berkembang kerana terlalu banyak drama dialog yang tidak begitu penting terutama di antara ASP Zubir dan Inspektor Anita, juga antara Datuk Azlan dan Kartina.
Hanya pada saat akhir adegan thriller dipanaskan enjinnya. Semoga karya akan datang ceritanya lebih padat dan tidak dibazirkan dengan drama yang tidak perlu.
Ini buku pertama yang saya baca dari hasil Zaifuzaman Ahmad. So far dah separuh buku, dah jalan cerita sangat exciting. Rasa macam kejap je buku ni saya selak. Macam biasa, review saya kurang akan menyentuh isi cerita sebab saya tak nak baca spoilers pada sapa2. Cukup untuk saya catatkan di sini, kepada sesiap peminat genre seram/thriller, sila dapatkan buku ini sebab dia tak mengecewakan. Cara pengolahan sangat baik. Setiap helaian sungguh exciting. Thumbs up!!!
Update : yes! Finally i managed to complete this book. I have a bad habit of reading books halfway (except a real good ones), dan dengan bangga saya ingin nyatakan bahawa buku ini terbaik. Syabas zaifuzaman. Love this book so much!
Sejujurnya, aku dah pernah baca novel ini sebelum ini, kalau tak silap, waktu aku Form 1 atau Form 2. Saja baca balik sebab nak ingatkan plot bila terjumpa novel ini semula, tambahan sebelum novel ini dilepaskan sebagai preloved. - Bagi aku, plot ini memang lain daripada yang lain. Mungkinlah kalau bab-bab resort dan pulau itu macam tak logik sangat tapi aku suka cara penulis nak sampaikan tentang satu ajaran sesat yang boleh membunuh nyawa orang ramai. Aku tak tahu sama ada kumpulan ajaran itu betul-betul wujud atau tak, tapi ia tetap membuka mata aku yang kalau seseorang itu dah taksub dengan satu-satu ajaran, apa pun dia boleh buat asalkan dia dapat buktikan 'kesetiaan'dia itu.
Seramlah juga bila baca pasal Hazniza (si jahat) ini sanggup membunuh ahli keluarga dia sendiri hanya disebabkan matanya dah dibutakan dengan ajaran yang kononnya boleh buatkan dia bahagia. Ngeri dengan cara dia bunuh mangsa-mangsanya. Kesian Hazmiza (kembarnya yang baik) yang terpaksa kena hadap dan saksikan semua itu dengan mata kepala dia sendiri. Dan kesian kawan-kawan dia yang juga terperangkap dalam trauma tragedi hitam kat pulau itu.
Bagi akulah kan, kalau novel ini diadaptasi jadi filem Korea mesti seronok. Tak pun, kalau ada direktor Malaysia yang hebat-hebat buat filem macam ini, mesti gempak. Selain daripada tayangkan filem misteri dan thriller, filem macam ini boleh juga beri pengajaran kat orang luar sana.
Oh ya, dan aku salute Inspektor Anita (+ ASP Zubir) sebab diorang ini memang tak pernah putus asa nak selesaikan masalah yang timbul. Tambahan, Imspektor Anita sangatlah berpengetahuan tinggi dan masih tak malu nak menyelidik untuk selesaikan kesnya.
Keseluruhannya, aku suka novel ini dan masih berharap ada filem macam ini kat Malaysia.
Membaca trauma mengundang satu perasaan insaf dalam diri.. Mendidik anak-anak sekiranya terleka boleh mengundang sesuatu yang tidak disangka.. Kata kunci trauma tu sendiri memainkan peranan dalam keseluruhan cerita ini.. Trauma yang dirasakan oleh watak Utama terbawa-bawa ke dalam diri Sha.. Bukan senang mengolah cerita yang bermain dengan emosi.. Walaupun Sha dapat menjangka yang dijumpa Arfa bukanlah Miza tapi hati tetap menidakkan mewujudkan Niza.. Bila pembunuhan demi pembunuhan berlaku.. Kehilangan demi kehilangan.. Yang jahat dan kejam mula menonjolkan diri.. Terleka je kita dari memantau anak boleh menyebabkan mereka jauh terpesong.. Pengajaran yang diberikan Trauma kepada Sha memang sangat dalam.. Meninggalkan kesan yang x mungkin hilang.. Tahniah Encik Zaifuzaman Ahmad atas penulisan yang memberi peringatan..
Secara ringkasnya perihal kes seorang psychopath yg membunuh keluarga sendiri demi ajaran sesat yang dianutinya.
Suka - Idea utk jalan cerita
Tak berapa suka - Pengolahan cerita agak mendatar, detail tapi tak padat, berulang-ulang dan tak berapa kemas. Beberapa kali tertukar watak. Plot twist tak berapa nak plot twist sangat..
Kesimpulannya, sebagai percubaan pertama penulis dlm genre psiko.. masih banyak ruang utk peningkatan. #dongibab