Seperti yang kita sedia maklum, Malaikat Jibril adalah malaikat yang sering disebut namanya bukan sahaja dalam Al-Quran tetapi juga dalam hadis Nabi Muhammad SAW . Kedudukannya cukup mulia disisi Allah SWT. Dia merupakan perantara antara Allah dan Rasulullah sebagai pembawa berita dan wahyu. Malah menjadi pemimpin daripada sekian banyak malaikat . Rasulullah pernah melihat Jibril dalam rupanya yang sebenar sebanyak dua kali. Jibril mempunyai 600 sayap. Setiap sayapnya menutupi ufuk langit dan berguguran daripada sayapnya pelbagai warna mutiara serta yaqut (batu mulia). Jibril juga mempunyai kekuatan yang sangat hebat sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Najm ayat 6 & 7 . Olahan, susunan dan rujukan yang disediakan pada buku ini amat menarik dibaca. Ianya buku yang pada kita dipenuhi dengan pelbagai info dan ilmu yang baru 🥰 Seronok! Sebab banyak yang kita tak tahu rupa-rupanya. Buku ini bukan sahaja menceritakan mengenai malaikat Jibril sahaja tetapi ada diselitkan juga mengenai malaikat-malaikat lain yang sering mendampingi manusia. (Kalau sesiapa pernah perasan, kita ada post di ig story mengenai malaikat Qarin) . Paling sedih kita baca ialah pada Bab ke-6, mengenai Peperangan Badar. Bagaimana sengitnya keadaan disaat tentera Muslimin (314 orang) berperang dengan tentera kaum musyrik Quraisy yang begitu besar bilangannya (1000 orang). Ditambah pula dengan gangguan syaitan. Namun kehadiran beribu malaikat yang diketuai oleh Jibril dan Mikail diturunkan oleh Allah SWT membantu tentera Muslimin ketika itu mengubah suasana peperangan. Hingga ada dikalangan sahabat Nabi yang menyaksikan sendiri kebanyakan kepala tentera kaum musyrik tiba-tiba berputar dan terlempar tanpa diketahui siapa menebasnya 🗡 . Malah pada bab akhir buku ini turut diceritakan mengenai kisah kematian Jibril AS dan para malaikat yang lain 😭 . Sesungguhnya... di dunia ini mahupun di mana sahaja, tiada satu pun yang kekal kecuali Allah SWT 🤲🏻 . TERDAPAT INFO YANG SEDIKIT MENGELIRUKAN PADA BUKU INI NAMUN TIDAK MENGGANGGU KESELURUHAN BUKU
⚠️ M/s 81 - Rujukan yang disertakan antara Hadis Rasulullah SAW dan Firman Allah SWT di dalam tajuk/bab ini tidak bersaling kait dan berbeza tafsiran. Di mana, hadis yang dinyatakan ialah tentang keadaan malaikat yang meletakkan sayapnya untuk para penuntut ilmu itu adalah bentuk sikap rendah diri malaikat terhadap mereka. Namun tafsiran mengenai ayat Al-Quran (Surah Al-Isra : 24) yang disertakan bersama pula, adalah berkaitan menjaga hubungan dengan kedua ibu bapa dengan cara rendah diri dan penuh kasih sayang. Tiada langsung menyebut tentang malaikat (sebagaimana yang dinyatakan melalui Tafsir Ibnu Kathir)