Empat remaja hilang tanpa jejak. Tiada permintaan wang tebusan, tiada saksi, tiada petunjuk.
Lebih menakutkan, selepas bertahun-tahun hilang, mereka muncul seorang demi seorang tanpa sebarang luka dengan memori yang terpadam, menutup ruang untuk meneruskan penyiasatan. Kes terpaksa ditutup. Empat remaja itu pula kembali meneruskan hidup seperti biasa.
Namun beberapa tahun selepas itu, berlaku beberapa kes pembunuhan kejam yang mengejutkan negara sehingga menyebabkan Inspektor Razi mengesyaki sesuatu dan memulakan penyiasatan rahsianya.
Apakah kaitan kehilangan empat remaja itu dan siri pembunuhan yang berlaku itu? Mengapa mereka diculik kemudian dibebaskan begitu sahaja? Dan mengapa pula kes penculikan dan pembunuhan ini begitu hampir?
Suspek Tanpa Jejak karya Fitri Hussin adalah sebuah novel thriller penuh misteri dan persoalan. Berhadapan dengan kes penculikan dan pembunuhan yang berlaku serentak, Inspektor Razi membuka penyiasatan rahsia untuk menjejaki suspek licik yang sentiasa berada selangkah di hadapannya.
Diingatkan, ini hanya pendapat saya sebagai someone yang menggemari genre thriller, khususnya crime-thriller. Kita boleh agree to disagree sebab setiap orang akan ada selera dan pandangan masing-masing.
Kirah ada expectation yang tinggi untuk novel thriller keluaran Rumaa kali ini sebenarnya based on promotionnya yang bagi Kirah, antara yang terbaik dan menarik. In terms of pemasaran, Rumaa atau Iman tidak pernah mengecewakan.
Daripada segi gaya bahasa apa semua tidaklah bermasalah bagi Kirah. Cuma yang membuatkan Kirah akhirnya DNF pada bab 17 adalah kerana plot dan watak terutama dalam kalangan anggota polis yang tak terasa macam menyiasat dengan betul.
Penaakulan Inspektor Razi sangatlah lemah, seperti dia baru saja direkrut menjadi anggota. Sedangkan cerita itu ada potensi yang menarik.
Investigation dia hanya based on monolog dan intuisi hati (so far). Kalau pun dia pergi menyiasat, contoh ada satu bahagian ini dia pergi bertanyakan sesuatu kepada tiga orang informer dari 'pasaran gelap'. Tiga-tiga situasi tu hanya duduk saja dan segala soalan, cara jawab, semua sama. Tak variasi dan mencabar fikiran kita sebagai pembaca.
Malah, ada bahagian yang secara logiknya tak berkait antara satu sama lain pun dalam situasi itu, tapi for the sake of plot line, Inspektor Razi kaitkan semuanya dan buat teori dan hipotesis yang bagi saya, out of nowhere.
Untuk beginner, yes. Mungkin akan enjoy the story tapi sebagai penggemar cerita-cerita sebegini, saya agak kecewa dengan plot yang berlangsung setakat ini.
Buat masa sekarang, saya DNF dulu sampailah datang seru untuk kembali sambung bacaan.
Ini komen saya sepanjang pembacaan. Ianya mungkin terjawab dalam bab-bab selepas itu tapi ini merupakan komen semasa sampai bab 17 sahaja. Ada SPOILER:
~ Bab 1, description dan execution mengenai lokasi Nadira agak confusing. Dia sudah turun ke tingkat bawah sekali atau belum sebenarnya masa dia confront lelaki berhud tu? Saya assume dia dah turun ke bawah sekali dan nak pergi dekat bawah tangga tu. Dan kalau sudah, perenggan akhir, dikatakan Nadira turun tangga sekali lagi. Kalau dia sudah di bawah, kenapa dia turun tangga lagi? Atau pergerakan dia macam mana, saya sukar nak bayangkan di sini.
~ Dan penculik tu niat asal cekik dan nak bunuh kucing, macam mana dia boleh ada bahan kimia yang boleh buat Nadira pengsan? Ada juga dalam bab 4 dikatakan Nadira dipengsankan semula lepas disuntik sesuatu bahan. Hanya akan relevan kalau penculik tu dapat akses kepada bahan kimia tersebut.
~ Bab 1, Page 13, Alia kata penculik tu tak pernah dedahkan muka dia dan masa kejadian, pemandu Grab pakai topi besbol, pelitup muka. Tapi masa dia masuk ke dalam Grab, takkan Alia tak rasa aneh kalau pemandu Grab bertutup semuanya? Malah dikatakan, dia berasa selamat naik dengan pemandu tu disebabkan oleh penampilan tersebut. Tapi instinct gadis normal, rasanya itu bukan penampilan yang buatkan kita rasa selamat, sebaliknya rasa curiga apatah lagi masa tu kita seorang diri pada lewat malam.
~ Bab 1: Plot bila situasi cemas berlaku dan masa itulah telefon mati, sudah terlalu klise bagi saya. Apatah lagi dikatakan telefon Alia mati sendiri walaupun bateri masih penuh.
~ Bab 1, page 20: Kenapa Nizam ikut saja lelaki itu pergi masuk hutan bila lelaki misteri 'suruh balik'. Unless, dia dipukau masa ini.
~ Bab 1: Ada mention 'modus operandi' paling bersih termasuk kes Nizam sehingga menyukarkan polis untuk jejaki suspek. Tapi Nizam punya kes, ada saksi (peniaga air) yang nampak lelaki yang bercakap dengan Nizam. Jadi, macam tak kena kalau dikatakan keempat-empat kes itu, 'paling bersih'.
~ Bab 2, page 33: Kalau dikatakan orang yang tempah Grab tidak dapat dijejaki kerana 'menandakan tiada jejak penggunaan telefon yang dapat dikesan untuk mengaitkannya dengan mana-mana pengguna.' Tapi tempahan Grab memang kena dibuat guna peranti, kan? Ayat di atas macam indicate tak ada penggunaan peranti sama sekali.
~ Bab 4: Dialog tag sepatutnya untuk ayat tanya tapi dibuat dialog tag untuk ayat penyata. Page 53 – beritahu
~ Bab 6: Kurang sesuai bila Inspektor Razi memanggil inspektor-inspektor lain yang in charge kes penculikan tergempar tersebut dan diskas di rumah kediaman inspektor itu sendiri. Failnya sahaja dah dikategorikan sulit. Tempat perbincangan tidak 'profesional'.
~ Bab 6: Bila kes penculikan ini diisytiharkan sebagai 'cold case' sebab tak ada penemuan bukti baharu tapi tempoh masa baru sahaja berlaku (dalam novel jumpa mangsa penculikan, soal siasat dan terus declare cold case sebab tak jumpa bukti dan saksi baharu) ... Saya rasa macam kurang sesuai.
Pernah terbaca sebelum declare cold case, paling kurang selepas a few months atau 1-3 tahun tak jumpa bukti baharu, baru boleh declare benda tu cold case especially dalam kes yang besar seperti penculikan bersiri ini. Kecuali dalam kes rogol iaitu bila selepas 72 jam baru pergi buat report dan bukti dah hilang pada mangsa, barulah akan di-declare sebagai cold case.
~ Asif pemilik kedai gunting rambut duduk di kondominium, dan dalam rumah dia ada penceroboh? Tapi bukan ke akses dan sekuriti di kondo jauh lebih bagus dan selamat? Kena ada point yang kukuh kenapa ada orang boleh masuk ke kondo dia masa tu.
~ Bab 10: Inspektor Razi merasakan kematian Asif dan Steven berkait. Kalau ikut logik seorang inspektor polis, saya tak rasa dia akan terfikir kes tu berkait. Sebabnya, Asif dibunuh di rumah dan disyaki diracun. Manakala, Steven pula dibunuh kerana dipukul (serangan fizikal) di kelab malam. Tak ada motif atau benda yang boleh mengaitkan dua kes ini pun. Macam mana inspektor polis boleh terfikir yang ianya berkait? Lainlah ada motif atau modus operandi yang sama.
~ Page 139, saya rasa plot yang mengaitkan pembunuh tu tak berasas dan ayat yang digunakan pula, seperti spitting the fact iaitu 'pembunuh buat persediaan, pembunuh tahu apa yang dilakukan, pembunuh memastikan tiada jejak yang tertinggal.' Kenapa perlu statekan benda yang memang dah terang lagi bersuluh? Karakter dan penaakulan Inspektor Razi seperti baru saja direkrut menjadi anggota.
~ Begitu juga dengan page 140: Pembunuh profesional? — andai kata profesional, tidaklah pembunuh tinggalkan kesan pada mayat mangsa seperti Steven ada kesan kecederaan fizikal yang lead to his death.
~ Page 140-141, dikatakan Inspektor Manan mention dia tak tolak yang penculikan tu dirancang tapi tolak teori yang penculikan tu dilakukan oleh penculik yang sama, yang juga bertindak membebaskan keempat-empat mangsa.
Secara logiknya, memang patutlah dia sebagai inspektor consider teori tentang penculik yang sama tu ada benarnya, sebab corak penculik tu sama iaitu keempat-empat mangsa dibebaskan dan dilepaskan di kawasan yang hampir sama dengan tempat mereka diculik dulu. Malah, gap masa penculikan dan pembebasan mereka pun tak jauh mana antara satu sama lain. Kenapa dia sebagai inspektor drop teori tu?
~ Bab 10, page 152, kenapa Inspektor Razi mention kes semasa yang tengah dia siasat tu mungkin akan membawa dia kepada kebenaran yang dia cari selama ini. Kalau berkaitan kakak dia yang hilang berpuluh tahun yang lepas, atas motif apa dia nak kaitkan dengan kes semasa? Banyak lagi kes culik berlaku sepanjang tempoh itu, kan? Kenapa mesti semasa kes ini sahaja dia mention kes tersebut akan bawa dia kepada kebenaran yang dicari selama ini? Kalau kes culik lain, tidak ke?
Kes kakak dia pula, kakaknya hilang dan terus tak balik semula (so far yang dibacalah). Manakala, kes Alia and the geng ini, mereka diculik dan dibebaskan. Manakala, Asif dan Steven kes bunuh. Tiga kes yang berbeza. Jadi, kenapa dia sebagai inspektor macam cuba nak kaitkan semua kes yang wujud dalam novel, agar semuanya bersangkut paut?
Mengikut logik, kesemua kes (kakak dia-empat orang-Asif dan Steven tu) based on bukti dan progress semasa yang mereka tengah jalankan, tak ada perkaitan pun pada awalnya (selain daripada nanti for the sake of plot line, mungkin perkaitan itu akan diwujudkan).
~ So far sampai bab 10, novel ni tak macam buku penyiasatan yang betul-betul memerah fikiran atau menimbulkan debaran dan tanda tanya. Sebab kebanyakan ayat, bukan memaparkan pihak berkuasa mereka menyiasat tapi lebih kepada monolog dalaman Inspektor Razi dan pertanyaan-pertanyaan obvious dia sahaja.
~ Bab 11: Pertemuan dengan tiga orang berbeza (dadah, pelacuran, kongsi gelap), scenenya repetitive. Even nak indicate konklusi yang sama iaitu Asif dan Steven tak terlibat dalam tiga aspek tu, tapi cara penyiasatan dengan berjumpa, bertanya dan menjawab soalan tu tak variasi. Jadi, tak ada kepelbagaian dalam penyiasatan di situ dan statik saja duduk setempat. Kurang menarik.
~ Page 164-165 dikatakan Inspektor Razi tersenyum puas. Lagaknya seperti seseorang yang berjaya merungkai petunjuk terbesar dalam siasatan sebab girlfriend Steven mention, Steven ada kondominium mewah di Singapura. Inspektor Razi mention juga dalam monolognya, sesiapa yang mengenali atau mengetahui kehidupan kedua Steven, orang itulah pembunuhnya.
Kenapa Inspektor Razi boleh conclude-kan pembunuh dan petunjuk dengan seenteng itu? Saya tak rasa karakter dia ni munasabah sebagai seorang inspektor polis.
~ Bab 12: Macam too good to be true bila Inspektor Razi tunggu depan kondo untuk seludup masuk dan kebetulan ada penghuni kondo yang mabuk masuk ke dalam, dan dia menyelinap masuk sekali.
Usually bukan nak masuk ke dalam kawasan tu pun kena go thru pondok pengawal dulu ke dan kena go thru palang automatik, tag RFID? Takkan dia dapat akses mudah lepas daripada security guard? Dan kalau orang mabuk tu masuk ke kediaman dia, takkan dia jalan kaki dari situ?
Plus, bukan ke kalau ada kereta lain masuk, kena berhenti dekat guard house, guard akan interkom penghuni kondo etc? Dikatakan dalam novel, kondominium ini antara yang paling mahal dan berprestij, tapi kenapa aksesnya begitu mudah sekali?
~ Page 177-178: Saya tak nampak relevancy kenapa Inspektor Razi kaitkan kes Asif dan Steven ada harta yang banyak dengan kes penculikan. Even kalau betul pun pada akhirnya, tapi macam mana dia boleh terfikir untuk kaitkan kes yang tak ada kaitan langsung ini? Rasanya sebagai inspektor, teori ni yang paling tak kena langsung.
~ Kes Nizam bawah kendalian Inspektor Manan. Bukan under Inspektor Razi dan anak buahnya Sarjan Rahman dan Lans Koperal Hafiz. Tapi isunya, bukan ke mereka akan ada tugasan hakiki masing-masing tapi kenapa mereka ada masa nak siasat kes bawah kendalian orang lain? Tanpa arahan rasmi, kebenaran bertulis ... Bukan setiap hari anggota akan ada tugas-tugas yang dia perlu siapkan dan laporkan ke? Kenapa mereka ada masa siasat kes lain dan rela hati nak tolong sedangkan perbuatan tu boleh lead kepada tindakan tatatertib ke atas diri mereka?
~ Saya paling tak boleh relate how Inspektor Razi boleh kaitkan Alia bunuh mangsa ketiga tu hanya sebab Alia (mangsa culik) merupakan pengunjung tetap dekat kafe yang ada link between Asif dan Steven. Dan mangsa ketiga tu pula menepati ciri-ciri yang Alia pernah mention sebelum ini (memiliki pistol dan pernah menembak) dan Inspektor Razi syak Alia pembunuh disebabkan itu? Macam tak ada alasan atau bukti kukuh lain yang boleh membuatkan dia terfikir teori seperti itu.
Setakat ini, itu saja yang dapat saya simpulkan based on pembacaan semasa. Mungkin pertanyaan-pertanyaan tu akan terjawab dalam bab-bab seterusnya. Cuma, buat masa sekarang, saya terpaksa hentikan pembacaan dahulu untuk cool down daripada rasa kurang senang dengan cara Inspektor Razi dan anggota polis yang lain bekerja.
Apa pun, sekali lagi diingatkan, ini hanya pendapat saya sahaja. Maaf andai terkasar, terlebih, terkurang dalam resensi. Insya-Allah, sampai waktu yang tepat nanti saya cuba baca lagi.
Disebabkan novel ini berstatus DNF, saya memang takkan rate bintang di GR 🙏🏻.
Thriller bukan genre F but since this is a novel by Fitri Hussin, a familiar name in the writing field... F decided to give it a try. Plus, the book has been receiving quite high ratings so F was curious to see what the hype was about.
First of all, bahasa penulis ni simple dan mudah difahami. F tak perlu perah otak untuk memahami jalan cerita or keep going back to previous chapters to figure things out. F cuma perlu baca dan follow the investigation because most of the questions raised eventually get their answers. F like that the story doesn't leave me completely clueless.
However, there are a few things that left me wondering.
F masih tertanya² macam mana Inspektor Razi boleh mengaitkan kehilangan empat orang remaja dengan empat kes pembunuhan tersebut. What exactly connected the dots for him? F mungkin terlepas something but the connection didn't feel entirely clear to me.
Another thing, macam mana Inspektor Razi boleh membawa pulang fail² sulit untuk disemak di rumah? Is that even allowed? Setahu F, dokumen sulit berkaitan siasatan bukanlah sesuatu yang boleh dibawa pulang sesuka hati. Maybe ada prosedur tertentu yang F tak tahu but this part did make me pause and question the investigation process.
Ada one thing yang F sangat² musykil. Since when can the police rely solely on their gut feeling when conducting an investigation? Gerak hati mungkin boleh menjadi petunjuk awal but surely an investigation should be based on evidence and facts not merely assumptions. After all, a gut feeling is not evidence and suspicion alone doesn't prove anything.
Overall, there are still questions in my head especially when it comes to certain investigative details. But considering thriller bukan genre yang F selalu baca, F would say this was a pretty decent reading experience.
The best part? F was hooked enough to keep turning the pages until the very end. Walaupun ada beberapa perkara yang F persoalkan, F tetap nak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana semuanya akan berakhir.
So, boleh tahanlah untuk percubaan F membaca thriller. An okay read.
Suspek Tanpa Jejak merupakan salah satu karya thriller keluaran terbaharu daripada sub imprint RUMAA. Sebelum baca pun, I dah letak expectation maybe elemen thriller tu akan tone down supaya jadi safe read untuk semua golongan. I tak pernah baca karya penulis ni tapi I heard nothing but good things about his works before.
And yes....my prediction was right 😆 Memang it was a very safe read walaupun buku genre thriller. But I'm not mad about it at all.
As someone yang suka baca genre crime-mystery-thriller (I mean, I can handle extreme violence and gory details so…), secara keseluruhan, the idea is so refreshing!
4 suspek remaja diculik, muncul secara mengejut selepas beberapa tahun & 4 pembunuhan berlaku yang dikaitkan dengan mereka. Kebetulan atau bukan? Itulah tugas Inspektor Razi dan anak-anak buahnya untuk siasat!
I suggest for you to go into it blindly. Just like I did and you might be surprised. The plot transition is smooth walaupun pada awalnya ada kronologi mengikut timeline dan banyak karakter yang diperkenalkan. However, I think the problem lies in the flow or investigation process. It feels surface like an iceberg & tak cukup mendalam. Contoh: Terlalu mudah dapat leads and clue, senang masuk property suspek and so on. It does feel laid back sedikit lah. But despite all that, I still enjoyed the read.
Not gonna lie, I kept flipping the pages. There's something about this author's writing that kept me going even though ada part that you were hoping for more but, maybe sebab I rasa puas bila teori yang I predict tu tepat pula eh #lahbangga😂 I patut bergandingan dengan Inspektor Razi untuk siasat kes tu 🤣 Okay tapi kalau kita go deeper, I suka backstory semua mangsa dengan realiti yang mereka hadapi dalam present timeline. Ada rasa cubit kesakitan sikit termasuklah cerita Inspektor Razi.
Like oh gosh, sedih weh sebenarnya and I wish these parts had been fleshed out even more 🥲 Jadi, sayang sikitlah dekat situ.
The psychological thriller elements was well-written walaupun tiada extreme violence, gore ataupun lengthy action scenes. The author plays around with the emotion dan jenayah tu jadi lagi thrilling untuk difahami apabila karakter 'AJ' tu reveal dia punya motif. That part was good! In the end, I happy bila that person ended the cycle although in an inappropriate way.
Best ke tidak? Bagi I best walaupun thriller dia agak friendly hehe 🥳
Novel ni mindblowing! Novel thriller terbaik! Thriller novel ini tak datang daripada kejam pembunuhan atau suspen pemburuan. Tapi daripada penyiasatan! Aku rasa sesuatu yang lain untuk penulis sebab sebelum ini novel-novel dia kebanyakkanya dipacu oleh pembunuhan, penderaan, aksi kejar-mengejar dll. Kena baca sampai habis untuk menikmatinya. Sebab siasatan novel ini hingga ke muka surat terakhir. Semua yang kau fikir tak logik ada jawapannya di belakang. Semua yang kau fikir kau tahu rupa-rupanya bukan begitu. Aku baca sambil cari-cari dalam google time setting novel ni dengan timeline sebenar, impressive - semua on point., masa ni aku teringat bukan ke waktu ni zaman Covid atau penghujungnya. Lagi satu yang menarik ialah konflik Inspektor Razi. Dia terperangkap antara kisah silam dengan siasatan. Itu konflik yang aku rasa tense. Susah nak cari kelemahan novel ni. Penulis begitu teliti dalam menulis cerita ni. Rate pribadi aku 100/10
Novel ini novel penyiasatan kedua aku baca dalam bulan ni. Plotnya bergerak dari kehilangan 4 orang remaja. Selepas sahaja babak yang mendebarkan tu selesai, aku ingat mesti plotnya bergerak kepada siasatan hingga tertangkapnya penculik, tapi rupa-rupanya jangkaan aku meleset sama sekali. Tiba-tiba kita dibawa beberapa tahun lepas tu... mereka ni kembali! Sihat walafiat! Lepas tu yang lagi buat tertanya-tanya, berlaku pula beberapa siri pembunuhan... Masa ni kepala aku macam nak pecah dah, apa yang jadi ni? Barulah Inspektor Razi, watak u=yang paling aku suka dan simpati terlibat penuh dalam penyiasatan. Penyiasatan dia dengan side kick dia ditulis dengan smooth. Plot kemas. Debaran tu secukup rasa. Gempak betul tulisan penulis kali ini. Dia berjaya angkat debaran dalam penyiasatan, thrill dalam penemuan, bermain tarik tali dengan pembaca yang mencari siapa suspek yang menjadi mastermind (yang ni mindblowing! Ingatkan dah settle bab mastermind tu, rupa-rupanya tidak) Pandai betul penulis simpan tentang mengapa semua tu berlaku hingga ke saat-saat akhir. Puas hati! Ada satu sahaja yang aku rasa kurang kepada pembaca macam aku yang sudah baca beberapa novel penulis ini. Babak gore boleh dikatakan tiada langsung. Babak bunuh dan gaduh pun macam diredamkan. Tapi bagi aku, it's okay sebab kepuasan lain yang aku dapat dari thrill penyiasatan, penemuan dan plot twist mindblowing yang bukan sekali tapi dua tiga kali. Tahniah penulis kerana berjaya menghasilkan novel penyiasatan terbaik!
4 kehilangan, 4 tarikh berbeza, 4 lokasi berlainan. Bila diamati tidak menunjukkan syak wasangka kerana kesemua kes berlaku bukan dalam masa yang terdekat. Namun, Inspektor Razi tidak berfikir sebegitu. Dia yakin pasti ada yang tidak beres, cuma bila rakan setugas menyangkal kenyataannya maka dia nekad utk bergerak dgn pasukannya sendiri. - Bayangkan bila 4 individu hilang tanpa jejak. Tanpa khabar berita. Tanpa sebarang petunjuk. Akan tetapi, 4 tahun kemudian mereka muncul kembali dgn ingatan yg samar-samar tanpa ada sebarang kecederaan.
Nadira, Alia, Haris dan Nizam membuka cerita bagaimana mereka melalui detik hitam dalam kehidupan masing-masing ketika menjadi tahanan. Cumanya kisah yang diceritakan agak aneh, ada yg kata diculik buninan, ada yg kononnya menyertai kumpulan sesat dan dua lagi cerita kedengaran normal tetapi masih memberikan bayangan yg tidak jelas.
Akibat itu segala peristiwa bertukar “cold case”. Cuma hanya sorang sahaja masih tidak berpuas hati iaitu Inspektor Razi. Apabila trauma sendiri belum diubati maka makin “haus” jejaka ini utk menyelongkar kebenaran. - Suspek Tanpa Jejak menceritakan bagaimana sekumpulan pihak berkuasa terpaksa meneliti satu persatu bagaimana kes itu terbentuk kerana klu yg diberikan seperti tidak wujud dan hanya andaian menjadi peneman mereka.
Bila disangka sudah menemui jalan benar, mereka kembali terngada kerana seperti ada dinding yang menghalang utk penyiasatan diteruskan. Sehinggalah, wujud pula kes pembunuhan yang menjadikan operasi semakin rumit.
Lagi menyukarkan apabila 4 kes pembunuhan tersebut seperti sudah dirancang. Yang terlibat juga kelihatan terlatih dan sangat profesional.
Akhirnya, Inspektor Razi sedar ini bukan lagi permainan biasa. Ada mastermind yang lagi berkuasa sedang tergelak disebalik skrin melihat kebodohan mereka seperti berputar di tempat yang sama tanpa ada hala tuju. - Naskhah ini sememangnya “page turner”. Rasa sangsi dan rasa ingin tahu membuatkan buku ini susah ingin diletakkan. Walaupun begitu, tidak sukar utk meneka siapa pelaku sebenar.
Namun, objektif individu itu sendiri yang membuatkan buku ini menjadi persoalan sampai ke muka surat akhir. - Tapi akhirnya bila kebenaran terbongkar semuanya menjadi masuk akal. Hanya disebabkan rasa ingin tahu insan yg tidak berdosa menjadi mangsa.
Sifat curiosity yang kononnya kills the cat, rupanya boleh menjadi racun kepada manusia yang cuma inginkan kehidupan bahagia. Dari satu kegagalan, ia bertukar menjadi sesuatu yang obsessif. Sehinggalah mendorong membuat satu keputusan yang diluar nalar.
Yang matanya tertutup pasti tidak dapat menjejaki si suspek utama. Tetapi, bagi individu yg pernah berhadapan dgn trauma akan sentiasa dapat menghidu lubang yang cuba ditutup.
Aku suka buku ni! Aku bukanlah bijak pandai dalam dunia penyiasatan, tapi aku memang syok layan dunia psycho-thriller yang dibawakan dalam cerita ni. 😆
Aku punyalah yakin penjenayah dah berjaya ditangkap. Sekali, rupanya orang lain! Cis! Memang terkena aku dibuatnya. 🤦🏻♀️🤣
Kesian Inspektor yang berusaha mencari kakaknya, Annum. Kerjaya dia pun bermula disebabkan kakaknya. Sedih bila fikir macam mana kehilangan seseorang dalam keluarga boleh mengubah kehidupan kita 100%. Bukan dia seorang yang terkesan, malah banyak keluarga turut menjadi mangsa angkara Mr. A.
Setan betullah Mr. A ni! Kajian apa benda yang kau buat sampai jadi sekejam dan segila ni? Rasa nak cekik je dia! 🤬🤬🤬 Watak dia memang berjaya buat aku geram dengan segala kehancuran yang dibawanya dalam kehidupan orang lain.
Kredit juga untuk pereka buku. Ilustrasi cantik, susun atur pun kemas. Memang sedap mata memandang! 👏🏻
Genre: Psycho-thriller
Kesimpulannya, kalau korang suka cerita penyiasatan yang penuh kejutan dengan watak yang psycho dan kejam, boleh cuba baca buku ni. Tapi bersedialah nak geram dengan Mr. A! 😤
Saya sebenarnya mengharapkan lebih banyak fokus kepada 4 orang yang hilang ni. Like, how they operate. Itu part yang menarik pada sayalah. Atau mungkin saya lebih suka kisah misteri, instead of thriller polis-polis ni haha.
Apapun, it’s just a matter of taste. Penulis memang dah prolifik bab menulis thriller.
Doneee ✅ It was ok..not bad..cerita best, plot pon best juge.. But narration style, hmm.. for me it’s a little too rigid..for me lah..and I wish we get more of Ins Razi..like on personal level..sbb as the main character..macam too one dimensional… But overall ok!
Aku baca novel ni dua kali. Gigih betul! Semuanya kerana sebab penulis ada tulis di Threads, Inspektor razi ni ada terlepas petunjuk. Kalau petunjuk ni dia sedari, penyiasatannya akan lebih smooth. Bila aku baca balik dengan lebih teliti, aku tak jumpa. Paututlah aku gagal masuk Pulapol dulu. Bacaan kali kedua buat aku lebih faham terutamanya tentang Inspektor Razi, watak hot pembaca ni. Boleh kata aku dapat go deep watak ini terutamanya kenapa dia obses dengan kes-kes ni hingga sanggup menyiasat secara rahsia supaya dia kawalan penuh terhadap penyiasatan tanpa diganggu oleh orang atasan dan inspektor lain. Ada beberapa sebab utama.
1) Dia menyiasat dengan beban kisah silam. Kisah silam ni hampir membuatkan dia sanggup buat apa sahaja. Termasuk membuat siasatan rahsia yang pastinya tanpa pengetahuan orang atas. Melanggar SOP. Masuk ke kawasan IPD lain dan sebagainya. Penulis ada mention tentang ini di bab belakang. Ketika babak backstory dia. Masa dia ditanya oleh cikgu dan ketika dia sudah menjadi pegawai polis iaitu dia mencari kakanya dalams etiap kes orang hilang.
2) Inspektor Razi mahu menyelesaikan kes Alia. Dia jadi io untuk kes Alia semasa kehilangan dia dahulu. Jika ikut perbualan Sarjan Rahman dan LKPL Hafiz, mereka bergosip kerana kes penculikan Alia yang tak selesai itu yang menjadikan Inspektor Razi tak naik pangkat.
3) Inspektor razi tercabar dengan persoalan Inspektor Manan : "kenapa penculik tu bebaskan mereka?" Rasa kecewa dan dimalukan dalam pertemuan rahsia tu menjadikan dia bertekad untuk mencari jawapan dan mensahkan hiotesisnya tentang keempat-empat kes penculikan dan kemunculan itu ada kaitan.
4) Intuisnya selalu tepat. Ini ada ditunjukkan melalui Sarjan Rahman dengan satu kes di mana intuisi tepat Inspektor Razi dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan.
4 sebab inilah yang menyebabkan dia terus menyiasat kes ini dan sebarang petunjuk (walaupun kecil dan tidak munasabah pada mulanya) + beban kisah silam + gerak hati yang tepat selalu + persoalan/perlecehan Inspektor Manan dan inspektor lain hingga dia dimalukan yang menggerakkan cerita ini.
Aku rasa ini semua legit terutamanya apabila dia mengaitkan kematian Asif dan Steven dengan Alia dan Nizam hanya kerana dua orang ni muncul di kafe favorite Asif sebelum mati. Asif mati selepas minum minuman yang dibeli di kafe tu. Perkara ini ada dijelaskan oleh Inspektor Razi kepada Sjn Rahman dan Lkpl Hafiz tentang ada banyak tempat dua magsa culik tu boleh pergi tapi kenapa ke kafe kegemaran Asif tu pada waktu yang sama. Dia rasa itu bukan kebetulan. Aku rasa perkara ini memang boleh mencetuskan syak dan hipotesis dia tentang penglibatan mereka berdua tu. Banyak je petunjuk yang dianggap kecil dan remeh telah menyelsaikan banyak kes besar dalam dunia ni.
Jadi bila aku baca novel ni, aku lebih faham bagaimana dia capai hipotesis dan kenapa dia bertindak begitu. Aku percaya sebenarnya gerak hati Inspektor Razi memang dah berteori yang Asif dan Steven tu penculik mangsa-mangsa culik tu dan mangsa-mangsa culik tu bunuh penculik mereka. Macam tu saje? Ya, kehadiran Alia dan Nizam di kafe kegemaran Asif tu memang macam petunjuk yang tak relecan tapi tidak bagi dia yang didorong oleh 4 sebab tu, Tapi dia pun masih was2 dengan gerak hatinya sendiri dan lakukan juga siasatan untuk mengesahkan teorinya. Ini teori akulah. Sebab apa? Jika betul mereka tu penculik, kemungkinan dia boleh mendapat jawapan tentang kehilangan kakaknya dahulu melalui mereka kerana kes kehilangan kakaknya dahulu sama coraknya, tiada jejak. Walaupun kakaknya tidak pernah kembali seperti empat remaja tu. That's why dia senang hubungkan keempat2 mangsa pembunuhan itu dengan penculik keempat2 mangsa culik. Itu kajian aku tentang psyche Insp Razi. Akhirnya intuisinya + petunjuk kecil itu memang dapat menyelesaikan masalah. Seorang pegawai penyiasat yang baik tidak pernah meremehkan petunjuk kecil terlepas dan tidak pernah menolak detective instinct-nya.
Ini semua hasil kajian aku terhadap psyche Inspektor Razi selepas membaca novel ni dua kali. 😂 Aku mungkin betul, mungkin juga salah sebab penulis sahaja yang tahu cerita dia.
Tahniah, Fitri Hussin kerana bikin novel yang berjaya buat aku baca dua kali. Satu perkataan untuk novel ni - Mantap!
4 remaja diculik. Tiada saksi. Tiada petunjuk. Tiada tebusan diminta. Tiada sebarang jejak. Tetapi mereka muncul semula selepas beberapa tahun kemudian, dalam keadaan yang baik-baik saja dan tanpa memori yang jelas tentang penculikan.
Selepas mereka kembali, berlaku pula 4 pembunuhan yang sebenarnya langsung tidak terlihat apa-apa perkaitan pada awalnya. Tapi tidak bagi Inspektor Razi. Dia tetap mencari. Dia tetap menyiasat. Walaupun rakan-rakan inspektor yang lain berhenti merungkai. Walaupun kerjayanya menjadi taruhan.
Bagi saya, untuk sebuah novel thriller, novel STJ sudah cukup rasa. Premis cerita menarik dan dibalut dengan teka teki dan jawapan yang cukup menjawab persoalan saya. Untuk pembaca yang baru nak cuba baca novel thriller pun sangat sesuai sebab tak melibatkan scene yang gore atau memualkan.
Apa yang saya suka, bahasa yang digunakan tak terlalu susah untuk dihadam. Jadi, mudah untuk faham. Untuk readers yang baru nak cuba baca genre thriller pun sangat sesuai sebab tak terlalu memeningkan. Penulisan yang straight-forward.
Walaupun watak ramai, tetapi setiap watak bukan dimunculkan tanpa sebab. Masing-masing ada peranan, ada fungsi kenapa mereka ditulis, sehingga mudah diingat dan dibezakan dengan watak-watak yang lain. Semua watak memainkan peranan sebagai kepingan puzzle yang melengkapkan cerita.
Cuma, penyiasatan Inspektor Razi terasa kurang intense dan kurang tekanan. 4 kes penculikan yang disiasat oleh beberapa orang inspektor yang berbeza. Apabila langsung tiada klu, jejak dan petunjuk, semua inspektor sepakat untuk tutup kes kecuali Inspektor Razi. Dia mula menyiasat kes-kes yang ditutup secara rahsia bersama dua orang anak buahnya.
Untuk sebuah penyiasatan rahsia, saya mengharapkan lebih intense, lebih banyak cabaran dan risiko. Mungkin konflik antara inspektor bila inspektor lain curiga Razi siasat kes mereka. Mungkin konflik tekanan orang atasan sebab Razi tak ikut prosedur. Atau anak buah Razi leak information kepada inspektor lain.
Razi bukan hanya siasat kes kelolaannya sendiri, tetapi kes inspektor lain juga. Tapi, inspektor lain seolah-olah tak sedar langsung tentang tindakan Razi. Sedangkan masing-masing ialah inspektor, mesti ada naluri penyiasat yang cukup hebat untuk menghidu tindak tanduk Razi.
Sebenarnya, waktu scene Inspektor Manan terjumpa Razi di kedai makan, saya fikir itulah yang akan cetuskan konflik tambahan dalam penyiasatan Razi. Saya menjangkakan Manan sudah tahu Razi sudah melanggar prosedur penyiasatan. Tetapi, scene itu terhenti macam itu saja.
Secara keseluruhannya, STJ menarik untuk dibaca. Saya bila sudah mula baca, lebih 100 pages in one sitting. Setiap bab tak meleret dan tak membosankan. Ada saja trigger untuk push saya baca bab seterusnya. Pace tak slow. Mudah dihadam setiap klu yang membuat saya mudah sambungkan dot-dot yang ada.
Saya sangat suka penulis tunjukkan keadaan keluarga mangsa culik dan apa kesan kejadian tersebut kepada keluarga mangsa. Dan semua kesan ke atas keluarga mangsa, memang rasa dekat dengan kehidupan nyata.
Saya suka plot twist di hujung. Memang tak dijangkakan. Saya ingat tekaan saya sudah mengena 100%. Rupa-rupanya tidak.
Tahniah untuk penulis!
Novel ini buatkan saya nak baca karya lain daripada penulis ni.
Saja nak flex. Saya place order tepat 9 malam waktu launching & jadi 80 orang terawal. 😎
This entire review has been hidden because of spoilers.
tbh, i do love thriller, but i rarely read it, soo for a beginner, this book is kinda good. hshshs
walaupun after reading a few of the reviews, i kinda get it what are they talking about on how the execution of the plot as they were made for easy and safe read.
and yes, they are and i kinda like it. especially when you dive in blindly into the plot. 🤧
tapi walaupun laa clue and evidence dia senang and jelas sebenarnya, bila otak kau tak berfungsi sepenuhnya and sel-sel tak berhubung, jadi susah juga laa nak selesaikan HAHAHAHHA sebab awalnya aku rasa haa betul dah apa yg aku sangka.
Sekali nahhhhhh plot twist is twisting and lepas dah habis baca baru sel-sel otak aku bersambung to connect all the dots.
Tapi ending dia, buat aku sedih. ☹️ for both Insp. Razi and the main suspect. 😭
Suspek Tanpa Jejak @fitri_hussin_official terbitan @rumaa.books
4 penculikan. 4 pembunuhan.
4 remaja diculik, hilang bertahun-tahun tanpa klu. Tiba-tiba mereka muncul kembali, namun dengan cerita aneh.
Seorang kata mereka diculik bunian, seorang lagi percaya dirinya diculik kultus sesat.
Tak berapa lama, berlaku pula 4 pembunuhan.
Di tengah-tengah keributan ini, pembaca diajak menyiasat bersama Inspektor Razi mencari jawapan.
Apa yang saya suka dengan novel ini?
Watak novel ini ramai. Tetapi semua berperanan baik dan menerima spotlight.
Kenapa mereka di situ. Bagaimana mereka di situ. Semuanya dijelaskan tanpa ada tertinggal.
Apa sahaja soalan pembaca, penulis akan pastikan sekurangnya ada jawapan.
Klu-klu yang ditinggalkan juga senang diikuti.
Saspen yang cukup. Ceritanya bergerak sebagaimana sebuah novel seriau.
Ada konflik polis vs penjenayah yang jelas, namun tidak terlalu binari putih/hitam.
Sebaliknya kekelabuan dilema moral ada menambah drama.
Untuk saya ia adalah novel yang cukup serba serbi.
Dengan 536 muka surat, saya harap payoff dia lebih kuat. Saya nak rasa lebih invested dalam penyiasatan, lebih attached dengan watak, and lebih puas bila misteri terbongkar.
Namun terasa semacam “tidak cukup. It’s there, almost.
Adakah ini bermakna Suspek Tanpa Jejak tidak bagus?
Nope.
It’s a good story that gives you an interesting mystery to unravel, with plenty of characters and plot threads to keep you reading.
Cuma for me, the story needed more depth. I wanted to understand the characters better, feel more invested in their struggles, and experience a stronger emotional payoff when the mysteries were finally revealed.
Tapi kalian patut baca sendiri and tentukan.
Mana tahu, apa yang saya rasa kurang tu, kalian sebenarnya enjoy!
Tahniah @fitri_hussin_official kerana menjadi salah seorang daripada dua penulis debut thriller bersama Rumaa Book, sekali gus membuka lembaran baharu buat @rumaa.books dengan penerbitan thriller pertama mereka!
Ni first thriller book dari Rumaa books so i should give a try la kan.. okay laa for me, jalan cerita tu ada.
At first bole agak dah siapa killers ni actually tp tak sangka mastermind dia adalah ******. Ingatkan mastermind dia Haris.. hebat eh ****** dia plan tak kantoi langsung even partners yg dia racun pemikiran pon boleh terpedaya.. Dalam tempoh 4 tahun hilang, totally dia berjaya diprogramkan to be a killer..
inspektor Razi n the gang pon power eh buat keje sorang pon tak sedar. Mantap sangat sampai anggota lain tak de syak wasangka dekat dorang 3 org nih 🤣 Ingatkan ade kerjasama dgn pengawai penyiasat lain, skali dia sapu bersih kes nih.
A solid thriller yang buat aku keep turning the pages! Jalan cerita penuh misteri, banyak persoalan, dan buat kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.
But honestly, Inspektor Razi is my favourite part of this novel! A flawed protagonist with a grey side, and definitely not your typical investigator. Ada something about this character that makes you want to know more.
Highly recommended untuk peminat thriller penyiasatan. Especially for the beginner.
Tak suka buku thriller sebenarnya tapi terpengaruh weh dengan email kak Iman. Pandai betul marketing dia. Tak pasal2 aku beli & baca habis terus. Menarik betul weeeh. Akhirnya habis terjawab semua persoalan aku.
Misteri dalam buku ni macam terungkai satu per satu macam kuih lapis. Satu terjawab tapi tiba2 ada lapisan lain lagi. Gitu.
A gripping investigative thriller that keeps you guessing. Loved how the mystery unfolds and how every clue makes you question what you thought you knew. Definitely a page-turner with mind-blowing twists and an unexpectedly heartbreaking side.