Naluri keibuan Syidah telah menimbulkan keinginannya untuk mempunyai anaknya sendiri. Tetapi sukar buatnya kerana dia mempunyai masalah fibroid yang serius dan dia bukanlah muda lagi. Sebelum tertutup terus peluang Syidah untuk mendapatkan zuriatnya sendiri, Syidah mesti kahwin dengan segera!
Akhirnya, Zulfakar (musuh ketat Syidah) sudi membantu Syidah merealisasikan impiannya. Dia sanggup menolong Syidah kerana dia ingin lari dari desakan Marissa dan Syafina agar berkahwin dengan mereka. Perkahwinan ini adalah jalan keluar untuknya. Dia akan dapat zuriatnya sendiri tanpa melibatkan soal hati dan perasaan dengan Syidah.
Perkahwinan ini menguntungkan kedua-dua belah pihak. Namun, tak mudah menjalani hidup secara marriage of convenience ini.
“Apa?! Ingat aku takut dengan kau? Kau main tipu bolehlah. Depan-depan, kau ada berani?” balas Syidah balik. “Lelaki tak guna! Pengecut! Guna dadah bolehlah!” “Heiii!” Zulfakar tidak tahan dengan mulut celopar Syidah. Patut dibiarkan sahaja Syidah kena dengan Adrian malam semalam. Baru kurang sikit keegoan dan keangkuhan dalam diri perempuan itu. “Kalau aku hilang sabar, sia-sia aje nanti!” “Pak su… pak su… sabar, pak su. Sabar. Mak su ni bukannya betul-betul okey, pak su. Dia mamai lagi tu. Dadah tu ada kesan lagi agaknya.” Ain Safiah cuba menenangkan Pak Su Zulnya pula. “Tak. Mana ada? Mak su dah okeylah! Hei, binatang! Mana memori kad? Mana video yang kau ambil? Bak sini!” tengking Syidah yang masih belum surut marahnya. “Mak su, cuba mak su bertenang sikit. Mak su nikan… orang bersusah payah tolong mak su, mak su pergi marah pak su. Lepas tu mak su belasah dia. Apalah mak su ni…” keluh Ain Safiah. “Belasah? Zul kena belasah? Hah? Ha ha ha!” Husin ketawa. “Cik Syidah belasah dia? Patutlah dia marah sangat. Ha ha ha!” “Abang Husin ni kenapa gelak pulak? Orang serius ni…” tegur Ain Safiah. Geram pula dia tengok Husin ketawakan Pak Su Zulnya. “Oh… tapi kenapa Cik Syidah belasah Zul? Dia dah bersusah payah tolong Cik Syidah dari semalam lagi,” ujar Husin yang sudah berhenti ketawa. “Yelah. Susah-susah pak su tolong mak su!” sokong Ain Safiah pula. “Eh? Bukan dia ke yang bawa mak su ke sini? Bukan dia ke yang buat semua ni pada mak su? Habis tu macam mana mak su boleh berada di sini? Mak su yakin mak su nampak muka dia semalam. Mak su ingat dia yang tolak mak su dan … dan…” Syidah tidak meneruskan kata-katanya. Dia menjeling sahabat Zulfakar itu. Malu hendak cakap apa yang Zulfakar telah lakukan kepada dirinya semalam.
Kehadiran Khairul membuatkan Zulfakar ragu-ragu tentang kandungan Syidah dan nyawa Syidah terancam akibat diganggu oleh Marissa dan Syafina. Bolehkah Syidah dan Zulfakar mengharungi badai dan dugaan dalam marriage of convenience meraka ini?
“Sedetik aku kecapi bahagia ini bersamamu, selamanya akan kuhargai walaupun tanpamu di sisiku.”
i) Intipati cerita dengan plot yang biasa-biasa, tapi diluarbiasakan oleh penulis melalui teknik penceritaan dan langgam bahasanya.
ii) Intipati cerita denga plot yang luar biasa, tapi dinafikan keluarbiasaannya oleh teknik penceritaan yang mendatar dan langgam bahasa yang kejung dan kaku.
Kedua-dua karya tersebut boleh dihadam kerana salah satu faktor yang ada mampu memikat pancaindera yang membaca dan jiwa yang merasa.
Buku untuk dilepaskan RM20 (tidak termasuk pos). Sila PM
Cik Pah asyik terbayangkan Dewi Yusra dan Raden Amzar dalam Dia isteri luar biasa.. belum baca novel tu.. hanya menonton drama adaptasi sahaja... kedua-dua cerita adalah berkaitan perempuan lanjut usia yang berkahwin sebab nak anak sahaja. Selepas bersalin rela diceraikan.
Dalam kisah PSMS, Syidah mengalami masalah senggugut yang teruk setiap kali datang bulan. Akhirnya apabila berjumpa doktor, barulah dia mengetahui bahawa dia mengalami masalah fibroid dan rawatannya adalah hysterectomy pembedahan buang rahim. Sejak detik itu, dia mula terfikir untuk mempunyai anak sendiri sebelum membuat hysterectomy. Masalahnya, dengan siapa dia nak berkahwin kerana dia tiada teman lelaki dan sikapnya yang garang membuat orang lelaki fikir banyak kali untuk mendekatinya.
Blind date dengan 2 orang lelaki mengecewakan Syidah. Akhirnya dia memberi tawaran kepada teman sepejabat, Khairul yang muda beberapa tahun daripadanya adalah staff bawahan dan merupakan suami orang. Tanpa Syidah ketahui, Khairul yang disangkakan teman sepejabat yang baik sebenarnya hanya ingin mengikis Syidah sahaja. Lagi 2 minggu majlis perkahwinan berlangsung, rahsia Khairul terbongkar apabila anak saudara , Ain dan paksu Zul mendengar sendiri rencana Khairul. Syidah yang tidak mengetahui perkara sebenar kecewa apabila Khairul terpaksa menarik diri kononnya di saat akhir isterinya tidak izinkan. Syidah yang tiada pilihan terpaksa menghubungi semula Andrian lelaki yang dia temui dalam blind date. OMG! Andrian lagi teruk! Perangkap wanita-wanita yang terdesak seperti Syidah dengan memeras ugut duit mereka selepas merakam video terlarang.
Zulfakar muncul menyelamatkan Syidah tapi dah jadi salah faham. Syidah dan Zulfakar memang tak boleh berjumpa. Macam anjing dan kucing. Musuh tradisi kerana mulut berbisa Zulfakar dan sikap garang Syidah sepanjang perkenalan mereka melalui hubungan kekeluargaan suami Ain. Apabila paksu bertemu maksu, PSMS bermula. :)
Teruja juga bila nampak characters utama cerita ini adalah Maksu Syidah dan Paksu Zul yang merupakan rivals dalam "Menantu Datin Izzah". Bukan mudah membawa kisah watak Syidah yang almost watak villain tu. Dia bukan watak tipikal lead dalam novel. Memasangkan syidah dan zul bukannya mudah namun aku boleh terima alasan mereka berkahwin. Facts mengenai fibroid, iui, ivf sgt informatif.
Aku okay saja dgn pembawaan penulis sepanjang kisah ini sehinggalah part diorang ke kuala pilah, syidah cabut pokok bga melur, dato marrissa culik syidah semua tu terasa plot cerita jadi tidak solid dan aku dah tak kisah how the story end up. Aduh sayang nya. Watak Zul dan Syidah sgt complicated.
Aliza Haidar ni nama baru dalam koleksi bacaan saya. Ini pertama kali saya membaca hasil penulisan beliau. Memula baca PSMS ni saya rasa cam agak boring kerana dok citer pasal period pain. Pada sy apalah signifikannya asyik dok citer pasal period jer ni. Igt nak tinggal jer buku ni simpan dlm rak , tapi sy paksa diri baca lagi dan lagi. Yg peliknya sy xleh stop baca. Naper ye... Ok nama heroin dia Syidah( sy suka sgt sbb sy nyampah baca novel yg nama moden2 ni. Sorry ye pd author yg hero/ heroin yg nama ranggi tu )& nama hero dia Zulfakar. Nama yg selalu sy dengar
kisah ni sambungan menantu datin izzah.Kali ni kisah maksu ain syidah dgn paksu haziq zulfakar. zulfakar kawen dgn syidah sbab syidah nak ank. syidah ni nak ena operate. sblum operate dia nak ank. syidah Dan zulfakar pun kawen Dan kerap gaduh. DLM ni yg saya menyampah bila shafiena Dan marissa yg terlalu taksub dgn zulfakar mengganggu syidah.kita yg baca pun jadi stress.zulfakar pun melayan. overall o.k walaupun tebal. ada part yg annoying tapi saya abaikan. syidah dpt sepasang ank kembar.
Geram betul dengan watak utama novel ni. Susah bagi saya menjelaskan. Dua character yg punya pendidikan yg tinggi dan pekerjaan yg bagus tapi dalam soal hati..hampa betul. Dah tua tapi daya pemikiran sungguh macam budak lepasan universiti. Itu yg orang kata age is not a factor. Just a number..experiences are and how u dealt with it.
Saya lebih suka ngan watak Paksu Zul di dalam Menantu Datin Izzah..so cool. Disini pula dia asyik memikirkan kekasih yg telah tiada dan pernah membandingkan Shidah dengan arwah. Sampai Shidah bersihkan bunga yg dah mati pun diherdiknya depan orang ramai..Dah tu asyik berkepit ngan dua Ms Gediks tanpa memikirkan perasaan Shidah. Dia juga terlalu rapat dengan keluarga arwah sampai malam raya pun bermalam ngan keluarga arwah..manalah si Shidah tu tak bingit atau makan hati..Keluarga arwah pula macam takde lelaki lain yg dia nak suruh kahwin ngan anak dara dia yg lagi seorang..Zul tu juga dia cari..hailah...dunia..dunia..
Maksu Shidah pula perangai dia sungguh menjengkelkan. Dari awal suka sangat berprasangka..dah tahu si Khairul tu penipu masih boleh percaya apa yg disampaikan..ini yg merosakkan lagi hubungan yg baru berputik. Tapi boleh nampak juga kesabaran dia dalam melayan karenah Zul..itupun susah nak bertahan sebab si Zul ni kepala angin.
Yg best, kelahiran twins dan finally Zul admitted his mistakes and feeling towards Shidah..Yahoo!
Apapun saya sedang nantikan cerita Maximo dan WB pula. Author takde update pun..:(
Geram dengan Khairul kaki kikis. Bahaya manusia macam ini kerana mencari kesempatan atas kesenangan orang lain. Nasib baik Syidah tak kahwin dengan dia. Huuuu.😪
Dato Marissa harap nama jer ada title Dato tapi peragai ermmm...
Wow ku bernasib baik kerana telah menghabiskan MDI sblm PSMS...So harus baca MDI sblm PSMS..Ini kerana citer ini merupakan kisah Maksu dan paksu yang telah diperkenalkan dalam MDI....Mmg menjadi gaya penulisan si penulis,citer ini juga bukanlah citer sweet muit yang boleh buat ku leleh....Kisah dugaan Maksu tempuh untuk mengecap bahagia...Kredit buat cik penulis yang memilih tajuk yg sgt tepat PINTA SAYANGMU SEDETIK (PSMS) dan cover yang cun!!!Namun agak grrrrrrrrrrrm dengan watak utama PSMS. Masing-masing ego demi merungkaikan masalah...Pinjamkan telingamu duhai si suami dan isteri demi bahagia rumah tangga kalian...Fuhhh lega ending yang tidak mengecewakan. Namun padaku naskah ini kurang adil kerana hanya si hero yang mempunyai ramai langau menempel..Sakit hati betuii. . Watak Maksu hanya seorang perempuan yg berkarier tanpa kelebihan spt watak heroin lain(masak tak pandai, rupa pun biasa shj)...Sepatutnya penulis memberikan sedikit kredit pada heroin...Padaku gambaran kecantikan maksu kurang jelas dan "rasa sesuatu" tidak sampai dalam naskah ini. akan lebih superb jika ending part lebih membuai perasaan...biarlah si isteri menangis bahagia di dlm dakapan si suami tatkala bahagia milik mereka. lebih sweet rasanya..hahaha emo plak aku...Memang terbukti naskah ini hanya meminta syg sedetik cuma tetapi derita yang lama...huhuhu
SUKA..SUKA..SUKA!!! citer ni..walaupun kisahnya x sweet overdose...tp jalan ceritanya yang tersendiri buat cerita ni memikat hati...kalau baca PSMS mesti rasa nk singkap balik novel Menantu Datin Izzah..kat dlm novel tu ada kisah pertemuan pertama Syidah dan Zulfakar yg tidak ditulis dlm PSMS...x sangka penulis betul2 jodohkan mereka dlm PSMS....;)
nape aku bagi 3/5 erk…. aku bosan sebab lmbt sgt dorg jatuh cinta… pastu love hate dorg mcm x menjadi… ni pendapat aku… lain org lain citarasa… tapi ilmu bab fibroid tu aku dpt tahu dri novel ni… walau xbnyk..
kisah pak su n mak su ni merupakan kesinambungan dr novel menantu datin izzah (MDI). jujurnya apabila sy tahu akn ada smbungan utk pak su & mak su sy jd teruja sbb sememangnya sy menyukai watak kedua2 mereka wlwpun mereka bknlah watak utama dlm MDI. (watak dr MDi still ada but mostly ain safiya n sbb ain bru wujud psms ni. kna bca sndiri kalau nk tau....**wink..) Jarang sebenarnya nk bca kisah org2 yg agk berumur ni dlm novel nk2 lg dua2 msih bujang. biasanya janda duda@ hnya salah seorang je yg tua. but sometimes tua2 pon sgt sweet. membaca kisah ni ada msa sy geram sgt dgn pak su trutama slps mereka kahwin sebagaimana sy geram dgn perangai mak su di awal cerita. tp saya juga sometimes suka sgt dgn pak su (am i bipolar? hahaha). even like that, sy still fikir most of thing that happen sbb miscommunication & ego kedua-duanya. watak2 langau xsgt sbb mostly salah faham je n sbb pak su ni tak reti nk bertegas dgn prmpuan mcm syafina & marissa. both of them really psycho terutama marissa. mmg ptut pon pak su lempang dia sbb sy pon rsa nk sepak dia. anyway sy suka dgn smbungan dr MDI ni sbb sy tau kdg2 novel yg ada smbungan ni agk mengecewakan sbb pembaca biasanya akn compare kn keduanya. namun PSMS tidak mengecewakan bg sy. ada part yg agk kurang tp overall sy sgt berpuas hati dgn novel ini wlwpon sy sbnrnya agk berharap akn ada happy ending utk watak aiman sabri dr MDI. well may b next times....^^
akhirnya...suka...!!!wlaupn awl2 tu agak boring..mmg susah la nak hadam..mengambil masa beberapa hari utk terus kan baca..tapikan lepas baca...fuhhh..x boleh nak stop tau..menyampah btol ngn mak su..kasar memanjang..benci paksu..sbb asik nak ikot ckp mak su je..marah tp ikot gak..haha..dpt anak twin..naseb gne ivf..boleh la percaya dpt anak kembar..klo ikot novel melayu mmg kembar je..haha..bila dah baca..mmg x lepas kot..tetiba muncul plak sakinah..y p.usu ni plak saje je kan nak sakitkan hati m.usu...x puas ngn marissa kan..geram...!!
Gila banyak yuni skip cerita ni. Sorrylah. Cannot with all the childish behavior. Kata umur dah lepas 30 tapi perangai sama je macam anak sedara yang umur 20-an. Next please
Lupa ini kisah sambungan dari Menantu Datin Izzah, pasal pak su & mak su depa yg sering bergaduh setiap kali berjumpa.. hmm mungkin cara seseorang berkawin berbeza antara satu sama lain.. ada yg cinta bangat, ada yg aturan keluarga dan macam2 lagi.. begitu juga hal dgn mereka berdua.. walau apa2 pun alasan yg sebenar dah memang JODOH depa.. perkahwinan sebenarnya boleh jadi ladang kumpul pahala & ladang kumpul dosa... so terserah pada kepandaian pasangan mengemudi perkahwinan. sikap berterus terang & komunikasi amat penting dalam perkahwinan.. penatlah asyik nak bergaduh jer.. walaubagaimanapun, ni pendapat ni hanya pendapat saya.. setiap kita mempunyai pendapat yg berbeza dan ini yang membuatkan dunia penuh dengan warna warni..
andartu dan bujang terlajak... hebat idea puan penulis Alina Haizar... mula pembacaan dok andaikan mungkin kisah lucu tapi sebenarnya berat alkisah yang digarap rupanya. watak utama - syidah yang dah berumur tiga puluhan, garang mengalahkan singa, berpangkat besar, yang belum berkahwin, yang keras kepala, degil, cakap dia aje yang betul, bencikan zulfakar.. watak utama kedua- zulfakar yang putus cinta kerana cinta hati dah innalillah, yang suka sangat nak jaga hati orang, orang lain banyak buat keputusan untuk dia, bencikan syidah...
alkisah yang buat mereka berkahwin sebab si syidahla.. Dahla nyaris kena tipu dengan rakan baik merangkap rakan seofis, si khairul yang kononnya bersimpati dengan sakit fibroid syidah rupanya sebenar hanya nak duit. Kemudian dengan si kasanova adrian yang nyaris dapat memalukan syidah. Zulfakar yang dapat tahu keinginan syidah mahukan anak sendiri akhirnya bersetuju dengan saranan anak buahnya ain supaya berkahwin dengan syidah. Lagipun dia mahu melarikan diri dari marissa dan syafina yang obses mahukan dirinya...
Kawin semata-mata sebab nak anak jer, dasat kan? Wanita yang terpelajar dan berpangkat tinggi memang ada yang sebegini di dunia nyata ini. Tak mengharapkan suami, just nak anak jer... Jangan tak percaya sebab pernah jumpa kes macam ni.. Lagipun mana syidah ni nak tahan bila asyik kena ganggu dengan marissa dan syafina. Si zulfakar pulak dah macam jantan pengecut jugak bila tak mampu nak leraikan perempuan berdua tu. Even zulfakar pun punya silap bila dia sangka khairul bapa pada anak dalam kandungan syidah. Bengong zulfakar. Dalam pada baik hati sangat, bila syidah nak terangkan hal sebenar taknak pulak dengar... Hiishhh.... Sakit jiwa baca gelagat laki bini yang asyik nak pentingkan diri sendiri jer...
Bila dah berumahtangga perlu ada kasih sayang yang berpanjangan, saling percaya, jangan cepat nak wasangka dan jujur.. Two way communication penting, jangan nak asyik nak harap orang lain jadi penyampai.. Suka dengan perjalanan kisah, olahan yang kemas walaupun menyakitkan hati.. Hehe... Alah, sakit hati dengan perangai ketegaq diorang berdua la.. Apa jadi ya dengan mereka? Terpisahkah kembar dengan ayahnya zulfakar bila ibu mereka syidah patah hati? Suka dengqn penerangan yang jelas tentang sakit puan... All the best buat puan penulis untuk yang seterusnya...
lama dah beli novel ni. dok peram je. liat nak baca. baca awal few chaps, xmampu nak teruskan, baca ending. hahahah... novel ni terlalu tebal nak habiskan.
pada aku, ending je yg menarik. dok ulang2 baca. tp tabahkan jugak hati baca semua dari awal. not bad jugak la sebenarnya.
plot ada, cuma rasa penat membaca. some parts, boleh rasa mainan jiwa menusuk2. some part macam tak dak rasa. ada situasi yang sangat straightforward penceritaan dia. spoil mood.
i know this is not the 1st novel by this writer. hopefully, ada improvement utk novel akan datang.
hurm... 1st part baca mcm teringat cerita raden amzar.. isteri separuh masa.. ann syidah mcm nak anak.. tp lpas mngandung dia nk bercerai.. bg saya just not bad.. cuma x berkenan ngn 2 -2 watak utama sbbnya asyik nk bergaduh jer.. ada part sweet.. hint2 yg dorang meant for each other.. and x nampak keadilan di situ untuk syidah yg die mcm x laku.. x dirungkai kecantikannya.. yg si zulfakar.. begitu dlm dirungkainya.. ending biasa.. happy ending.. tp part terpekik menjerit tu.. kalau ada kat real life gitu laki bini.. tru cerai kot.. haha