Sudah lama aku tak bagi buku 2 bintang.
Setelah membaca sinopsis di belakang buku ini, aku dapat tahu yang asalnya Budak Tomato ini seorang Blogger dan posts di blognya mendapat attention sebuah syarikat publisher, maka terjadilah buku Esc. ni.
Sejujurnya aku agak terkejut apabila aku jumpa page buku ini di Goodreads dan mendapat tahu average ratingnya 4+. Kiranya kalau dah 4+ buku ni bagus lah, best lah, dapat respond yang bagus from readers or buyers.
I'm not a buyer but I'm a reader. Intro buku ni and sinopsisnya yang di belakang agak promising so aku punya expectations agak tinggi maybe so mungkin tu lah sebab aku disappointed gila setelah habis membaca.
Sejujurnya aku tak tahu apa purpose buku ini ditulis. Terdapat ibrah di dalam buku ni, ya. That cannot be denied. But hmm-hmm...
Aku mengagak yang buku ni genrenya adalah 'santai', kalau genre tu wujud. Sebab ia asalnya tulisan blog so lantaklah nak tulis apa kan?
Buku ini bukan buku cerita dan sudah tentunya bukan buku motivasi or anything yang ada kaitan ngan ilmiah or ilmu berguna.
Ia umpama membaca diari seseorang. Membaca diari seorang lelaki. Yang bunyinya agak emo (in my view, anyway). And aku memang paling tak suka lelaki yang emo, yang jiwang2 ni (*coughs Nami Cob Nobbler *coughs).
Buku ni umpama published with no actual purpose. Just catatan. That's all. Like I said, buku santai.
But on the
bright side
, buku ni entertaining in a way (or if you try). Contohnya, short stories about Chad and Qiden. Ada gak satu part tu aku nangis, so that's an up point for you, Budak Tomato. Short stories tu serious entertaining.
Lagi satu, mungkin aku start bias ngan buku ni time aku terbaca ada satu puisi yang cakap tentang orang tu buat tattoo. Haha, aku kalau lelaki buat benda 'nakal' cam rempit, rokok, vape, minum arak, tattoo, etc., memang bias aku keluar terus. Tahlah. Mungkin sebab seumur hidup aku, aku terlalu sheltered hingga tak sedar rupa-rupanya masyarakat sebegitu wujud.
And mungkin aku tak puas hati apabila terbaca satu line yang goes somewhere along "...aku tak suka kalau orang cakap lelaki sepatutnya begini, bergitu...". Sejujurnya aku nak tau gak apa yang sepatutnya lelaki buat or how-to-be hingga mamat jiwang ni tak puas hati.
Another thing, time dia mention ..."...aku nak kawen ngan pompuan yang sanggup poligami..". Writer tu bukan cakap pasal literally poligami. Tapi aku kalau mention je perkataan ni memang fuhh. Hati start panas.
Tapi I hope others tak affected lah by what I typed here. Sebaiknya korang belek2 dulu buku ni baru judge samade korang nak ke tak buku ni ada at bookshelf korang. Jangan sebab aku tak suka, korang nak ikut tak suka. And jangan pulak disebabkan average ratingnya 4+ korang terus anggap buku ni best. No. Belek dulu. Just baca sinopsis tak cukup.
Notes: Permulaan aku bersama buku ini starts on a day di mana aku pergi ke rumah sepupu aku. Pada malam hari itu, abang sepupu aku hendak bertolak ke US (sambung belajar). Sambil itu aku belek rak buku sepupu aku and aku terjumpa buku ni. Awalnya aku pegang je, then tah cane sepupu aku muncul dari belakang and promote buku ni gegiles. Cakap buku ni best lah, etc. So aku ni memang pantang dengar orang cakap buku best sebab biasanya last2 jadi best gak.