Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog ET - Kembara Afghanistan

Rate this book
Buku ini mengisahkan cerita pengembaraan luar biasa Siti Noridah Ab. Rahaman yang telah ke negara bergolak Afghanistan secara solo pada musim luruh 2014 yang lalu. Beliau pernah ditangkap dan disoal siasat oleh askar Afghanistan dan dituduh sebagai agen perisik dari Pakistan.

Semangat untuk mengembara ke tempat yang jarang dikunjungi membawa beliau ke sana untuk melihat sendiri realiti kehidupan warga Afghanistan yang telah lama terasing daripada dunia luar selepas era peperangan.

Perkara yang biasa kita dengar di berita utama dunia hanyalah tentang bom berani mati, puak Taliban, konflik politik dan peperangan. Tapi ternyata, ada sesuatu yang manis dan indah boleh ditemui di Afghanistan.

Semoga kisah beliau menjadi teladan dan juga inspirasi kepada mereka yang ingin menjejakkan kaki di Afghanistan juga satu hari nanti.

184 pages, Paperback

First published August 1, 2015

2 people are currently reading
110 people want to read

About the author

Siti Noridah Ab. Rahaman

5 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
45 (32%)
4 stars
62 (45%)
3 stars
24 (17%)
2 stars
3 (2%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
November 7, 2016
Antara negara yang paling tidak terfikir untuk seorang perempuan mengembara solo bagi saya adalah Afghanistan - kalau bukan kerana perang pun, negara itu bagi saya sangat berbeza kod layanannya terhadap para wanita. Pengembara wanita yang bersendirian itu, barangkali ada orang di Afghanistan menganggapnya 'wandering darwisyah' yang punya karamah tersendiri :) (saya jadi terkenang buku The Forty Rules of Love).

Antara yang menjentik hati kecil mengenai catatan kembara ini adalah keberanian pengarang yang luar biasa, minat orang Afghanistan terhadap aktiviti membaca dan buku (terasa ditarik-tarik mahu tahu apa buku-buku yang dihadam mereka), keprihatinan orang Afghanistan tentang menjaga maruah dan keselamatan wanita asing yang kembara bersendirian serta keindahan muka bumi Afghanistan.

Saya juga suka dengan sikap pengembara ini, yang keluar bersiar-siar ke pelbagai arah berbeza untuk menikmati dan menyerap suasana tempatan. Ini juga yang dilakukan oleh SN A Samad Said, yang disebutkan dalam Warkah Eropah.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
November 10, 2015
Travelog pertama yang aku baca,dan ternyata tak sia-sia. satu penemuan baru buat aku yang selama ini hanya membaca (love story) Hasil pengalaman dan pengetahuan seorang penulis meredah mencari sesuatu yang bernilai. dia memepertaruhkan keberanian dia, dan paling penting dia menyerahkan segala-galanya kepada sang pencipta, setelah berusaha.

Baca saja travelog ini buatkan rasa seolah-olah aku yang pergi. Dan sudah pasti 'rasa' yang aku rasa tak sama dengan rasa si penulis. Bahaya yang diredah, seram sejuk yang menggigit diri, Keseronokan pabila bertemu sesuatu yang dicari, keindahan Afghanistan disebalik momokan keganasan. kekecewaan diri tatkala perancangan tidak menjadi, semuanya dia olah dengan baik.

Tiga jam pembacaan yang berlalu, berlalu dengan penuh rasa teruja, rasa ingin tahu, rasa seronok. Rasa yang tak dapat dirasa dengan pancaindera sendiri. bertuah penulis mendapat kepercayaan dari keluarga dan bertekad untuk kembara Afghanistan.

kadang-kadang wanita itu lebih 'berani' untuk sesuatu yang dia inginkan.
Profile Image for Nita Abdullah .
13 reviews
October 17, 2015
Pengalaman perjalanan yang sungguh menarik yang dikongsi bersama. Bagi saya ia sesuatu pengalaman yang amat bernilai dan sukar dilupakan oleh penulis. Perkara yang membuatkan saya cemas dan ingin tahu cerita selajutnya apabila penulis ditahan dan disoal siasat oleh askar Afgahistan dan dituduh sebagai agen perisik daripada Pakistan.. Selain itu kisah penulis yang berani keluar pagi-pagi buta menaiki van dari Kabul ke Bamiyan. Ada lagi kisah-kisah lain yang menarik perhatian saya.

Manakala yang buat saya teruja adalah tempat menarik yang dikunjungi penulis. Siapa sangka sebuah negara yang bergolak ni mempunyai tempat yang menarik dan cantik.

Tahniah dan syabas buat penulis..
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 2, 2015
Sebelum membaca buku ini, saya terlebih dahulu membaca Selimut Debu. Tentang bumi Afghanistan juga. Jadi, sudah tentu saya tidak dapat lari daripada membuat perbandingan antara keduanya.

Yang saya suka, buku ini secara fizikalnya saya rasakan amat baik. Ringan, dan pilihan kertasnya saya selesa. Font yang dipilih juga mesra dengan mata. Gambar-gambarnya menarik, cuma seperti Selimut Debu, gambarnya "dilonggokkan" dalam helaian tertentu.

Yang boleh diperbaiki; ejaan. Walaupun sedikit, tetapi bagi saya ianya boleh diperbaiki. Penggunaan kata sendi juga perlu hati-hati. Perkataan "daripada" yang digunakan untuk merujuk kepada tempat adalah sesuatu yang sangat jelas kesilapannya, malahan berulang-ulang. Penceritaan, bagi saya agak mendatar. Kisah ditahan polis/tentera itu sepatutnya mendebarkan, tetapi saya tidak merasa demikian. Begitu juga hal tidak mendapat Visa ke Iran, bagi saya ianya agak panjang bagi buku yang hanya mempunyai 181 mukasurat ini.

Tetapi yang pasti, saya cemburu dengan keberanian, kecekalan penulis ini yang mengembara sendirian ke Afghanistan. Apatah lagi beliau seorang wanita, di mana saya kira jarang ada wanita seberani itu di Malaysia. Atau, mungkin saya yang tidak tahu.

Oh ya! Penulis ini seperti tidak langsung mempunyai masalah dengan kewangan. Jadi, agak mudah untuk beliau bergerak dan menginap di sana sini. Ya, sekali lagi saya membandingkannya dengan Selimut Debu.

Maafkan saya, ya. :)
Profile Image for Husna Musa.
67 reviews
June 5, 2016
Aku terkesima dengan keberanian ET yang mengembara seorang diri di tanah Afghanistan ini.

Sebuah pengalaman yang aku kira memang tiada tukar ganti. Terima kasih kerana berkongsi dalam siri Travelog ET ini.

Bahagian separuh akhir buku ini cukup saspens dan dek kerana itu, tiba-tiba pembacaanku menjadi lebih laju; tidak mahu langsung melepaskan buku sehinggalah menamatkannya.

Bagi aku, tulisan ET ini sungguh deskriptif, informatif, penuh saspens dan berjaya mengusik jiwa yang membaca.

Tahniah!
Profile Image for Plainqoma.
702 reviews17 followers
December 15, 2019
Always love her style of writing and experience while travelling. Afghanistan secara solo must be an adventure of a lifetime.
Profile Image for Hasa.
19 reviews4 followers
May 30, 2016
'What a strange lady', this is what I'm thinking from the beginning until I completed reading this book. From many other countries that many travelers explored, this lady chose..what? Afghanistan? bizarre.. isn't?
The only thing that was lacking from this book is picture. But the author describe every details of what she saw and felt very well, enough for me to imagine and experience the adventures.
I also didn't quite understand, what actually the things that she look for, and what make her so determined to cross the borders to go to Iran.
So 'sayang' that she can't really mingle with the people there because of the language and also the culture that women there seem to be not really comfortable with foreigner.

The author is indeed A TRUE TRAVELLER.
..and we should brave enough to follow our dreams.
Profile Image for thewayfarer11.
76 reviews17 followers
October 13, 2015
Jujur, bila baca tajuk buku ni, soalan pertama yang keluar WHAT SO SPECIAL ABOUT AFGHANISTAN? Is it gonna be about taliban? Haha

Tapi sebab aku jenis suka baca buku travel, I decided to give a try and read the book.

Bab 1: "okay"
Bab 2: "aduh kakak ni biar betul".
Bab 3 : "ahhh berani nye kakak ni"
Bab 4 : omaigod2!

Dan sampai lah bab final, aku duk impress dengan kakak ni. Dialog2 kat atas tu aku dah tapis ( which was yang keluar dari mulut ni asyik "GILA LAH") . How can she be so awesome. What kind of the past that she had that turns her to be so BOLD, RISK TAKER and anything yang sinonim dengan nya.

Lepas dah habis baca, baru aku faham kenapa Afghanistan is so special dimata penulis. Aku yg membaca ni pun rasa Afghanistan special and awesome. Syabas penulis.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews57 followers
February 17, 2016
Sampai ke sudah saya tidak faham kenapa penulis memilih untuk bercuti ke Afghanistan. Buat kerja gila mengembara secara solo di Afghanistan. Memilih jalan darat dari menaiki pesawat.

Penulis bijak menulis. Membaca catatntannnya seperti membaca novel thriller penuh drama. Macam tak percaya ianya kisah benar penulis.

Saya cuma berharap pengakhiran buku ini lebih baik, tetapi baik juga dihabsikan begitu. Terkejut macam masa mula membacanya juga.

Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
May 18, 2016
I can understand why the author decided to explore dangerous terrain.
Personal issues make one do crazy sh*t.
Overall, a good read.
Keep on walking, sister!
Profile Image for Haziqah Idris.
81 reviews20 followers
November 4, 2020
Best!
Cuma aku dapat rasa kekecewaan bila ET tak dapat masuk Iran melalui jalan darat.
Sebab secara tak rasmi dia dah masuk Iran tapi nak dapat kan cop dekat passport dia rasa sedih gila..kalau aku jadi ET time tu, aku dah nangis beserta kata-kata makian. hihihi. Pengalaman yang ET alamai itu unik, tapi cara dia tulis bila aku selak helaian demi helaian ada ngantuk sikit, tapi finally, dapat juga habis baca.
Profile Image for Zul Q.
1 review
August 24, 2021
Pernah mengikuti perkembangan penulis di media sosialnya beberapa tahun yang lalu, namun kali ini tergerak hati untuk membeli travelog yang ditulis disebabkan oleh rasa ingin tahu akan situasi-situasi harian di Afghanistan, berikutan pengambilalihan pentadbiran oleh pihak Taliban yang kini sedang berlaku (Ogos 2021).

Bagi mereka yang ingin mengetahui perihal Taliban dengan lebih mendalam sebagaimana yang dikupas di laman ‘Facebook’ penulis, travelog ini mungkin bukanlah yang terbaik dalam menyediakan fakta-fakta tersebut kerana hanya beberapa perkara yang berkaitan dengan puak Taliban yang disentuh. Namun, bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menjelajah negara Afghanistan, ini mungkin travelog yang terbaik yang perlu dimiliki. Penulis menggambarkan situasi yang dilalui dengan cukup baik, dengan penggunaan kata yang tersusun dan teratur, serta beberapa rakaman gambar yang diselit bersama. Saya sejujurnya berjaya menghabiskan travelog ini hanya dalam tempoh beberapa jam kerana begitu asyik dengan gaya penceritaan dan pengembaraan yang dilalui oleh penulis. Semestinya akan meneruskan ‘pengembaraan’ ini dengan buku-buku travelognya yang lain!
8 reviews
November 27, 2025
Sejujurnya saya mengambil masa beberapa hari untuk menghabiskan bacaan tentang Kembara Afghanistan ini. Bagi saya penulis berjaya membawa pembaca berjalan bersama-sama merentasi segala onak duri dan cabaran ketika berada di Afghanistan.

Momen-momen yang menyedihkan adalah ketika penulis mahu merentasi sempadan Afghanistan- Iran tetapi tidak berjaya sedangkan penulis mempunyai passport yang tertera VOA. Maknanya penulis dalam cerita ini gagal sebanyak dua kali mahu merentas menggunakan jalan darat di sempadan Khyber Pass dan kedua di sempadan Afghanistan- Iran.

Saya juga serba sedikit merasai pengalaman penulis yang geram dengan pemandu Afghanistan yang sudah ditunjukkan arah ke hotel yang mahu dituju tetapi pemandu tersebut membuat keras kepala dengan berhenti beberapa kali supaya penulis bertanya pada hotel yang lain.

Secara kesimpulannya, buku yang disajikan adalah sangat menarik. Saya juga belajar beberapa tempat yang menarik seperti Band E Amir, Patung Buddha berdiri dan banyak lagi
Profile Image for Min Khiari.
20 reviews
May 25, 2021
Saya tak dapat berikan lima bintang kerana bagi saya ada sedikit kekurangan atau rasa tidak puas apabila menikmati kembara saudari ET.

Satunya, jika setiap catatan kembara diselitkan dengan peta, gambaran keadaan di sana maka akan lebih menyeronokkan, (bahasa mudahnya, lebih terperinci) kerana pembaca akan sama-sama dapat "mengembara" dan meneroka Afghanistan.

Kedua, terlalu banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan dalam setiap bab.

Tapi, jujur saya katakan, saya masih seronok menikmati travelog saudari, malahan saudari ET merupakan antara idola saya untuk tidak berhenti bermimpi untuk mengembara ke seluruh pelosok dunia.
Profile Image for Edziani Nabila.
59 reviews7 followers
June 20, 2025
Kerana 'kedegilan' penulis, saya dapat menikmati satu kisah perjalanan tentang Afghanistan!

Tak sangka, selama ini pemikiran saya didoktorin Afghanistan negara yang berbahaya, hanya wujud kemiskinan, cebisan runtuhan bangunan dan pelbagai lagi.

Pengembaraan ke Afghanistan ternyata satu perjalanan yang melelahkan, terutama buat pelancong wanita solo seperti penulis. Harus berdepan dengan pemeriksaan keselamatan setiap masa, rasa terasing, kepayahan berkomunikasi.

Namun, ternyata sangat berbaloi. Satu pengalaman yang mahal.

Dan paling saya teruja apabila penulis menyatakan rakyat di Afghanistan suka membaca, dan terdapat kedai buku terpakai di sana.
Profile Image for Azida Ishak.
28 reviews7 followers
September 5, 2021
Kagum dengan kekuatan dan keberanian penulis untuk travel seorang diri ke Afghanistan. Saya tertarik hendak membaca travelog ini selepas jatuh cinta dengan novel A Thousand Splendid Suns dan The Kite Runner tulisan Khalid Hosseini.

Seronok membaca catatan penulis. Terasa seperti saya sendiri yang menempuh cabaran hendak merentasi bumi Afghanistan. Berbaloi sangat memiliki naskhah ini. Saya doakan semoga penulis diberi kesempatan untuk travel ke tempat2 rare (sebab saya nak baca buku macam ni lagi).
2 reviews
February 1, 2021
The Journey to Afghanistan by Siti Noridah. Since its movement control order (MCO) i decided to re-read this book. It’s so adventurous, tough but unforgettable journey by author from her observations in a foreign land, the description on the cultural at Afghanistan & her challenge on crossing the borders. Siti Noridah’s journey to Afghanistan is amazing & I learned a lot from her simple writings, attached with some pics taken along the journey.
Profile Image for Lin.
145 reviews6 followers
April 7, 2018
HEBAT!! Satu pengembaraan yang penuh dengan cabaran dan yang tak pernah dijangka dapat dilakukan oleh seorang perempuan secara solo. Seronok betul baca kisah pengembaraan penulis seolah kita turut mengembara sekali.
Profile Image for Mohd Zaidi.
4 reviews
November 9, 2018
Travelogue kedua tulisan Siti Noridah yang saya baca.

Saya lebih menikmati bacaan kali ini berbanding catatan travelog ke Pakistan.

Syabas kadar penulis dan diharap dapat terus berkongsi pengalaman, budaya dan suasana di negara orang.
Profile Image for Muhammad Rushdi.
13 reviews13 followers
February 4, 2018
Buku yang sangat ringkas tapi sudah cukup untuk menggambarkan situasi di Afghanistan yang tidak ditunjukkan di media.

Buku ini sesuai untuk orang yang mahu bacaan ringan.
Profile Image for Nis Kr.
62 reviews1 follower
May 27, 2018
I enjoyed reading it. I am amazed by her will power to visit Afghanistan, alone without any Chaperone!!

masha Allah kudos to her!!!!
2 reviews
November 20, 2020
Woww sangat cerita ni. Perasaan bercampur baur. Teruja, kagum, cemas segalanya ada. 👍👍
Profile Image for Azlinah Awang.
25 reviews4 followers
November 25, 2015
Travelog yang boleh dihabiskan baca dalam beberapa jam. Kisah keberanian seorang wanita, memilih berhenti kerja dan memulakan pengembaraan di bumi Afghanistan.

Bumi afghanistan yang kita bayangkan sebuah negara perang dan serangan berani mati. Beliau memilih bumi Afghanistan kerana keyakinannya mana mungkin sebuah negara tidak ada satu perkara pun yang menyenangkan. Mustahil.

Pengalaman termahal yang dikongsikan beliau apabila disoal siasat askar Afghanistan kerana disyaki perisik hanya kerana dia mengambil gambar di hari-hari awal sampai di bandar Kabul, Afghanistan.

Seronok membaca buku travelog kerana kita dibawa mengenali tempat-tempat baru. Khyber Pass-Bamiyan-Band E Amir- Herat. Dan membuatkan rasa ingin tahu dan mahu melihat keindahan yang ada ditempat tersebut.

Rupanya di Bamiyan, Afghanistan pernah ada patung Buddha terbesar di dunia yang telah dimusnahkan oleh Taliban. Hanya tinggal tapak runtuhan. Cuma persoalan yang belum terjawab, bagaimana pengaruh agama Buddha bertapak di sana sehingga pernah berdirinya patung Buddha terbesar.

Antara klimaks pengembaraan beliau adalah semasa percubaannya keluar dari Herat melalui Iran. Gagal mendapatkan visa dan terpaksa kembali semula ke Herat dan akhirnya dapat keluar melalui Kabul terus ke Dubai. Erti tawakal yang sebenarnya dirasai.

Pengajaran terpenting yang saya dapat pelajari melalui pengembaraan beliau :

"Walau seteruk mana keadaan atau sebuah perjalanan itu, hidup masih perlu diteruskan. Perjalanan itu adalah kehidupan. Jangan berhenti selagi tidak bercerai nyawa dari badan" -Siti Noridah, Kembara Afghanistan.

Sedikit kekurangan buku ini, pada bab terakhir, seperti ada cerita terputus. Bahagian penutup. Mungkin buku saya edisi tersilap cetak agaknya. Dan ada beberapa kesalahan ejaan.

Tapi keseluruhannya, ia adalah tulisan yang menginspirasikan!
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
October 12, 2016
Ini baru betul travelog - kisah dari perspektif sendiri, berbentuk kronologi. Rasa sayang penulis tak tulis pengalamannya ke negara lain (katanya dia mengembara berbulan-bulan). Penulis hanya memilih Afghanistan - mungkin sebagai pengkhususan dan memudahkan penulis untuk menetapkan tema buku ini.

Buku ini berharga kerana menyajikan kisah-kisah budaya orang Afghanistan yang saya kira sukar ditemui dalam buku-buku lain. Travelog ke UK / negara Eropah lain tentunya tidak begitu unik kerana sudah ramai orang pernah ke sana. Kisah-kisah UK/Eropah ini sudah banyak ada di TV dan buku-buku. Tetapi, kisah Afghanistan ni kira rare lah jugak. Tambahan penulis seorang wanita dan mengembara seorang diri - memang timbul rasa ingin tahu perjalanan kembaranya + timbil rasa kagum dengan keberaniannya.

Bila penulis sebut berkenaan Qabilly Pillou (nasi daging), memang betul lah kot nasi Jazeera dan Taiba di Manchester tu adalah nasi orang Afghan. Sebab ramai kata tu nasi Arab. Nasi Arab lain sikit sebenarnya.

- buku dibeli di MPH Putrajaya, sehari selepas BFG dari UK
Profile Image for Nurul Amirah.
109 reviews4 followers
October 1, 2016
tengah cuti 2 minggu yang lama ini (sebelum ni paling lama pon cuti 4 hari)aku amek masa untuk bertemu dengan all my BFFs dengan bertemankan buku ini.aku rasa mana-mana lebih kurang negara arab perangai lebih kurang la kot.tapi tekad penulis ni travel sensorang kat negara tu aku kagum.aku rase traveler ni same je memane pon.tekad diorang untuk berhenti kerja tu memang buat aku kagum. cari pengalaman kat negara orang.aku?aku masih sayang dengan kerja aku.banyak mende lagi tak belajar.banyak cara untuk cari pengalaman berbeza.dengan adanya penulis buat buku travelog secara tak langsung kite jugak dapat bayangkan pengalaman beliau.boleh masuk dalam wish list.heh
Profile Image for Zura.
53 reviews2 followers
September 6, 2015
Bacaan ringan yang dibaca sewaktu senggang mengambil masa seminggu untuk dihabiskan. Secara keseluruhannya saya menikmati penulisan beliau. Agak baik bagi penulis travelog amatur. Buku ini hanya menceritakan sebahagian kisah dalam perjalanan yang panjang merentasi enam negara. Jika dikumpulkan kesemuanya pasti lebih menarik dan membantu pembaca memahami petir getir yang dilalui oleh penulis secara total. Akhir kata, tahniah kerana berjaya menempuh perjalanan sebegini sendirian dan menerbitkannya pula.
Profile Image for Caffan Pejoy.
1 review
September 15, 2015
Secara amnya buku ini penceritaannya ringkas dan bersahaja, seolah olah anda membaca cerita seperti di blog penulis buku ini sendiri. Saya sebenarnya mengharapkan buku ini menceritakan kisahnya dengan lebih terperinci tapi mungkin penulis buku ini belum lagi mencapai tahap itu. Apa pun buku ini cukup untuk mengambarkan suasana dan keadaan yang dihadapi oleh penulis ketika di wilayah yang diboleh kita katakan dalam hayat kebanyakkan orang kalau banyak duit pun belum tentu akan sampai disana. Syabas kepada penulis kerana telah berusaha untuk menceritakan pengembaraannya disana.
Profile Image for Saiful Anuar.
16 reviews1 follower
January 30, 2016
Buku Travelog yang aku pernah baca

1) Berlari dari Jogja, Untuk bertemu dengannya di Christianna.
2) Advantura Pulang ke Malaya.
3) Travelog Mr. Traveller.

dan ini yang ke-4.

Setiap perjalanan ada cabaran. Yang ini, memang cabaran hebat. Seorang wanita keluar merantau ke negara yang bergolak seorang diri sebenarnya satu keputusan yang gila! Akan tetapi, akak ni, sangat power. Seorang yang berani. Aku nak travel seorang pon ke negeri sebelah pon tak berani.

Memang betul, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya. Nice Experience Author.
Profile Image for Balqis Manan.
8 reviews35 followers
December 9, 2015
Buku travelog yang amat menarik untuk dibaca! Ceritanya straight-to-the-point dan banyak pengalaman getir yg dilalui oleh penulis dapat diambil sebagai pengajaran.
Setiap masa berasa gentar diserang oleh puak Taliban. Maka kepada Allah sahajalah tempat kita memohon perlindungan.

Pemandangan indah di Afghanistan juga amat memukau. Realiti kehidupan di sana amat amat berbeza dengan kita. Membaca buku ini dapat meluaskan lagi pandangan kita terhadap budaya di negara lain.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.