Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nuh

Rate this book
Dia dan Hana mungkin berbeza.

Mereka berbeza tingkah juga cara.

Namun dia yakin, perbezaan itu hanya akan dapat dirapatkan jurang apabila mereka disatukan.

"Saya suka awak...awak suka saya...kita kahwin nak?"

Sudikah dia menerima lamaran seselamba itu?

Ada ke yang buat kerja macam tu?

Tengku Mariam pula bagaimana?

Adakah bondanya itu ada rancangan lain untuknya sama seperti yang diatur untuk Luth?

Kuatkah dia nak melawan seperti Luth?

Payah!

Kerana dia adalah Tengku Nuh Ebrahim. Anak bonda yang paling menurut kata.

302 pages, Mass Market Paperback

First published January 1, 2015

3 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Wawa Taufik

23 books81 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (18%)
4 stars
31 (43%)
3 stars
23 (32%)
2 stars
3 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
October 6, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Walaupun novel ini berjudul “Nuh”, N rasa watak Nuh tidak menonjol dan tidak di-develop dengan baik. Sebaliknya watak Hana yang lebih diketengahkan. Rasanya kalau penulis memberi lebih sikit tumpuan pada usaha Nuh untuk kembali menjadi seorang Muslimin, ia dapat memberi something of value pada pembaca. Di samping itu ia juga dapat membantu pembaca merasa lebih dekat pada watak Nuh. After all, tajuk novel pun “Nuh”, bukannya “Hana.” So automatically, sebagai pembaca, I put all my eggs dalam basket “Nuh.”

Cerita yang simple. Nuh ni memang budak baik lar, the polar opposite of Luth. Rasanya jarang sangat baca novel dengan hero yang tenang and pemalu. Not to say those are not a fantastic or dreamy traits in men. Tapi sikap Nuh yang terlalu baik ni membuat novel ini menjadi kurang exciting. Ditambah pula dengan ketiadaan konflik dan klimaks cerita yang membuat jalan cerita agak monotonous.

Maybe this novel will be more appealing to those yang mahukan jalan cerita yang simple and straight-forward. Personally, I much prefer mine with more body and spices.

However, pada peminat tegar LUTH, you’ll be happy to know that there is PLENTY of Luth dalam novel ni to keep you happy! :D
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 11, 2015
cerita simple..rasa cm x de konflik langsung..tp kalau baca yg ni kena belek balik novel LUTH..


p/s: sy lg sukakan JAD...:D
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
February 4, 2016
Santai. No conflict. Otak tenang je nak baca. Good. Tapi nipis sangat.

I LOVE THE COVER! Model cover tu bonus. XD Tapi warna hitam tu...olalala...bak kata Hana...seksi gitu. Hahaha
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
December 22, 2015
4.5 sweet Nuh star!

Cerita yang serba ringkas serba sweet ni mengisahkan tentang adik Luth Daniel Lamaran Untuk Teman Hati, Nuh Ebrahim.(Bak kata Hana, nama ni sangat seksi! ;P)

Apa yang menarik, buku ni tiada watak manis meleting si pencair hati macam Luth Daniel.Cukup watak pemalu dan pendiam si Nuh Ebrahim untuk membuat pembaca terpukau. Buku ni juga tiada watak heroin lemah lembut serba sempurna macam Uzma Haseema. Tetapi sudah cukup perisa dengan watak heroin cool dan daring seperti Fazhana. Ya, mereka berbeza tetapi perbezaan itu yg mendekatkan Hana dan Nuh.

Saya suka bilamana cerita ni tak banyak konflik tapi masih diselitkan dengan bunga-bunga merajuk dari Hana dan Nuh sendiri. Cerita yang ringkas tapi mengambil masa yg agak lama nak dihabiskan sbb tuan tanah dah mula busy. :3

Menanti kisah Hasya-Syafik pula lepas ni. Oh ya, saya suka dengan buku kertas kuning mcm ni. Ringan je bila baca. Dan cover tu, ouchh! Meltinggg!!
p/s: kalau boleh nak jugak SE Hana-Nuh. Mungkin lepas Nuh dah jadi Daddy? (Y)
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
November 20, 2015
Kak Wawa Taufik mmg suka buat readers kene diebetes! Haha.

Congrats utk Kak Wawa for this limited edition novel. :D

Sebuah kisah yg menarik utk dibaca. At first I thought Tengku Maimun dont want Fazhana to be her daughter in law. Tapi rupanya terima jgk. Tak konflik mana pun. Terselit kisah kasih syg antara Nuh & Luth, Fazhana and her abang. Ada jgk beberapa pengajaran & pengisian terselit dlm novel ni. For me, Nuh ni adalah lelaki yg sgt special. Jarang nak jumpa lelaki yg mcm ni. Saya suka watak Fazhana yg selamba badak tu. Haha.

So keep it up Kak Wawa Taufik :D All the best
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
October 21, 2015
A simple love story. Yang buat I sengih2... Sempoi giler si Hana ni eh? Nuh plak yang malu2. Tapi dalam malu2 dia pun, ade sisi romantiknya yg tersendiri. Patutlah Hana cakap sexy...hehehe
Kalau nak relaks2 dan konflik tak berat disyorkan baca Nuh. Like it...
286 reviews52 followers
January 19, 2016
nice story....simple and smooth....
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
October 25, 2015
Fazhana @ Hana~ Wanita yang berani meluahkan perasaan... tak fikir apa-apa.. yg penting apa yg dia lakukan betul pada fikiran ye... Hebat!! jika adalah wanita kat dunia ni seberani dia. betul2 ikut wanita sri kandi Saidatina Khadijah..
Sebab apa aku katakan cam Tue???
aku belum tentu seberani Hana utk meluahkan perkata "Jom Kita Kahwin??" hahaha!!!
nak luahkan tueeeee, cam2 kepalo otak aku fikir:-
~ehhh... dia dah girlfriend ker?
~ehhh.. entah2 dia tunang?
~ehhh.. entah2 dah nak kawin?
~ehhh.. entah aku jerrr perasan lebih,?
~ehhh.. cam nerrrr klo dia tolak aku???>>>ni ayat memang lagi tak sanggup nk hadapi klo di reject...huhu!!
ermmm.. nampak tak klo aku pye fikiran nk luahkan perasaan.. alamatnya lain yg aku nk luahkan lain yg mulut aku lontarkan nnt... hahahaha!!!

Nur Ebrahim @ Nuh~lelaki pemalu tetapi romantic babe!!!!!!
Untung lorrrrrrr klo sesiapa dpt laki cam ni. hahaha!!!
bila aku hayati watak Nuh tiba2 kepalo aku boleh terrrrbayangkan Ronan Keating penyanyi lagu When you say the is nothing at all... hahaha!!!

Apa yg aku nak katakan tahniah bagi wanita kat dunia ni jika anda Seberani Fazhana
dan bersyukurlah lelaki jika anda memiliki wanita yg seberani Fazhana yg berani meluahkan perasaan. sebab mereka adalah wanita hebat, berani & lebih2 g setia...

ops!!!bukan bermakna wanita yg tak berani luahkan perasaan ni tak setia tauuuu... cuma kepalooo otak dia jerrr yg cam2 pikir. he he!!
Profile Image for Nadiah.
35 reviews
September 23, 2015
Sekiranya sudah baca buku LUTH, semestinya sudah kenal dengan Nuh, adiknya.
Nuh yang mendengar kata bonda
Nuh yang pemalu
Nuh yang sukar meluahkan perasaan.
Memang harus pasangannya bersikap agresif dan straight to the point. Itulah Fazhana, gadis gila kasut but, tuan punya kedai bunga.
Trademark Pn Writer kita, bukunya manis-manis belaka dan senang dicerna. Baca sekejap sahaja, tahu-tahu dah mukasurat akhir.
Profile Image for Nazura Hassan.
18 reviews
September 9, 2015
very simple, sweet & entertaining. hana vs nuh. hana a very straight forward person. brutally honest. nuh: a quite shy guy who was taken aback at first with hana's honesty in voicing out her thoughts & feelings. their characters might be mismatched but they r perfect for each other. job well done. simply love this!!!!
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
October 9, 2015
Sebuah kisah yg sgt lite n easy. Segalanya manis, tiada konflik. Mengambil sempena nama hero sbg tajuk, expectation fokus penceritaan kpd hero ttp heroin yg lebih menonjol sedangkan hero down to earth. Btw, a good & relaxing reading.
Profile Image for Susi Majid.
58 reviews24 followers
October 20, 2015
Dah lama hbs tp baru update...kikikiki..review???tggu sy rajin menaip
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
February 13, 2016
so..nuh ada beard...beard is sexy...nuh ialah pendiam orangnyer...yes another sexy features!

buku yg sangat santai..xder conflict and bagus baca nak senyum-senyum melayan perasaan..love it!
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
August 25, 2025
Jalan cerita dah cantik tapi plot tak berkembang. Tengku Nuh Ebrahim sebagai watak utama ialah seorang yang pemalu tapi seorang anak baik yang disenangi Bondanya. Nuh seperti tajuk novel kurang terserlah. Pada saya, watak Nuh ini macam suam-suam kuku saja.
Sebaliknya watak Fazhana yang lebih menonjol seperti yang diceritakan dalam simple love story ini. Mengisahkan Fazhana yang melamar Nuh walau mereka belum kenal lama. Hana khuatir perempuan lain akan cantas Nuh sekiranya Hana lambat ajak Nuh kahwin.
Kehidupan Nuh dan Hana selepas kahwin kurang paparannya. Begitu juga, perkahwinan Luth yang dirahsiakan dari Bonda tidak dijelaskan dengan terperinci. Bonda yang tak sehaluan dengan Luth tapi bab Luth kahwin tidak nampak pula kemarahan Bondanya.
Keseluruhan jalan cerita dah cantik cuma agak mendatar. Jikalau plot dapat dikembangkan, pada saya cerita ini pasti akan lebih menarik lagi.
Profile Image for Aida.
71 reviews1 follower
September 14, 2015
Light.Love.Simple.Nice job!

Pada hari ahad yang besh ini, aku ingin meng-review satu novel yang ade dalam mini library aku..

Firstly, suka dengan material kertas kuning ini. Mudah nak dikelek dan ringan jer bila dipegang. Baru ada bau buku namanya...Macam baca novel Bahasa Inggeris plak kannn.... ehehehe

Ok, novel Wawa Taufik kali ni memang lain sikit sebab kali ini heroin dia yang terlebih berani ngorat si hero yang pendiam mcm semut. Dalam novel Nuh ini langsung tiada adegan sweet-mweet ala-ala minta potong kaki. Romantik dan sweetnya dengan cara yang tersendiri macam Nuh juga dalam diam jer. Cerita ini plak tak complicated aku suka dengan jalan citernya yang ringan dan ringkas cepat habis baca... suka sangat.

Secondly, novel nie tak payah skip terus pergi belakang which is part last happy-ever-after bila dah bosan/malas nak baca, ataupon jenis lagi satu dapat je novel terus baca part last baru ada enthusiasm untuk baca. Hehehe. Sebab bila baca novel ini kita tak boleh stop dan nak tahu apa yang jadi seterusnya. So, by hook or by crook, you have to read the whole chapter in this novel. Skipped was not allowed. Ini aku puji penulis dia Wawa Taufik.

Next, in this novel you may learnt how Fazhana dalam brutalnya mengajak Nuh solat dan sekaligus jadi imannya. Kat sini boleh nampak macam mana Fazhana nak test Nuh nie masih lagi hidup cara Islam atau tak. Aku rasa ni sweet moments jugak untuk mereka berdua. Oh boleh nampak tau Fazhana banyak mempengaruhi/perubahan dalam hidup Nuh. Nuh yang malu-malu dan pendiam pun dah mula berani nak luahkan dan pamerkan perasaan dia kat Faz tu. Faz pula memang gila-gila, suka mengusik dan over berani.

Lastly, aku suka novel ni sebab perempuan tu yang pinang Nuh personally. Ia bukan perigi cari timba sebab Siti Khadijah binti Khuwailid R.A. pon dulu meminang Nabi S.A.W. Kalau dah memang Nuh tu cukup segala sifat untuk menjadi seorang suami yang baik dan mampu membimbing Faz, why not girl make a move. Tak salah, tak berdosa pon cuma adat dan budaya kita je yang menganggapnya sebagai pelik or whatsoever.

Part cameo kemunculan hero terutama LUTH dan Fadh Hayyan dah tentu ada dalam ini citer maklumlah adik-adik dorang kan. Teruja sekejap.

Nuh yang pendiam
Nuh yang tampan
Nuh yang seksi
Nuh yang naif tentang cinta
Nuh yang bila berada disisi membuatkan dia rasa tenang
Nuh yang menerima segalanya
Fazhana benar-benar jatuh cinta kepada suaminya itu!

Fazhana yang nakal
Fazhana yang brutal
Fazhana yang tegas
Fazhana yang sentiasa mempertahankan haknya
Fazhana yang tak henti-henti menggoda
Fazhana yang nak bermanja, tak kira masa
Buat seorang Nuh tergoda dengan kerenah isterinya itu!


Salah satu petikan dalam NUH;

1 Rentetan babak Fazhana berani mati melamar Nuh untuk dirinya sendiri. Aja...aja... fighthing betul Faz nie kannn...

"Kalau dah suka... maknanya awak dah jatuh sayang kat sayalah kan?" Dengan muka tak berapa nak tahu malu, dia menyoal lagi Nuh.

Sekali lagi lelaki itu menganngguk.

"Hah! Kalau saya melamar awak...awak sudi?"

Mata Nuh sudah terkebil-kebil. Tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar itu.


2 Bila Nuh menjawab lamaran Fazhana... romantis tau!

Sebaik sahaja cebisan terakhir dikoyak dan ditanggalnya dari kotak tersebut, jelas pada pandangan matanya perkataan Bvlgari. Hatinya semakin berdebar-debar.

Bersama-sama dengan kotak berwarna hitam itu adalah sekeping kad bersaiz 3x3 inci yang berlipat dua.

Tangannya mengangkat kad tersebut lalu membuka lipatannya.

"This is my pre mahar for you. And yes, I accept your proposal. Be my wife and be my 'someone'."

Telapak tangannya spontan naik menutupi mulutnya yang sudah terbuka luas. Tak sangka! Dan tak percaya... Nuh menerima lamarannya itu.


Berapa bintang nak kasi:
~ *** (Touch of love!)
Profile Image for Jessica.
171 reviews
November 2, 2015
2015 - Novel #41

Watak Nuh dalam Luth tak diceritakan sangat. Hanya beritahu si abang Nuh sudah bertunang dengan Fazhana. Jadi novel ni berkisar sepenuhnya tentang Nuh dari mula dia bertemu Fazhana sehingga melalui alam perkahwinan.

Cerita yang light sahaja & bebas konflik. Walaupun watak Fazhana lebih menonjol disebabkan sikapnya yang selamba, tapi Nuh tetap sweet & seksi. Kak Wawa ni suka buat mamat seksi sweet tau. hahahah...

Suka Giler mereka dah kahwin. Nuh pon dah berani sikit tuk meluahkan & memulakan sesuatu dengan isterinya. Fazhana memang selalu je selamba mula dulu.

Oklah... nak baca. Kak Wawa print sendiri tau. Ala2 novel English ringan & kertas baik punya. Tunggu kisah Hasya-Syafik.
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
May 20, 2016
NUH!

I'm done.

setelah 4 hari mood membaca ke laut . Akhirnya NUH mengembalikan mood membaca saya tu.

saya suka. saya tak tahu org lain. NUh kena dengan selera ni ha ( hahaha mcm makanan pun ada)

Nuh hero yang lain dari Mika, Luth dan Jad Jazman.

Nuh yang pemalu,

tapi kalau dia luah kata cinta...

Bukan sahaja Hana yang cair, Saya pun cair.

Hana yang selamba, rugged!

I like her character.

Overall, NUH best, awesome dan kebabom!

Cuma,

rasa macam tak puas baca. Nak lagi dan lagi

hehe

5 reviews
September 12, 2015
walaupun jalan cerita novel ni simple tapi tetap menarik.. NUH yang pendiam,menarik,dan seksi bak kata si fazhana buat i pun nak gak si NUH ni. bila fazhana buat perangai tak malu dia tu i pulak jadi malu sama mcm nuh. tahniah kak wawa.
6 reviews
September 12, 2015
Wokey! Nuh... adik luth yg overdose sweet...
Crita yg simple between Nuh & Hana... Xde konflik lngsung... I bace smbil snyum2 je... Rse mcm nk jdi hana je.. Suke personaliti nuh yg malu2 miaw..he3.
Pasni nk tggu kisah adik luth/ nuh~> Hasya&Shafik plak ^_^
Profile Image for Sadatul Akma.
13 reviews2 followers
May 4, 2016
simple story and nice..like hana said nama Tengku Nuh Ebrahim ni mmg sexy..hehe
and slambernya Hana buat kita rasa malu pulak bila membaca novel ni. btw still choose pembuka segala kesinambungan cerita2 ni, iaitu dia mr model.. the best novel & story from wawa taufik :)
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
October 2, 2015
manisnya la Nuh ni...daya tarikannya pd sifat malu2 tp penyayang! untung la hana! hehe
4 reviews
December 23, 2015
love it so much...hana straight fwd person...Nuh, a very shy and charming guy. Mismatched couple but they are perfect for each other.
2 reviews
Read
November 12, 2015
cerita yang mendatar pada saya...graph membaca almost flat, xde roller coaster....baca sekali, xde rase nak baca berkali2...rase nak letgo :)
Profile Image for Marta Dafid.
89 reviews3 followers
March 8, 2016
Suka kisah Nuh & Hana ni... kisah yang ringan dan sweet...
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
March 31, 2016
Conflict free. Tak tahu lah tpi kalau nak bacaan yg tak stress, buku ne memang highly recommended. Yes, have to ingat balik cerita luth utk baca buku ne.
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.