Jump to ratings and reviews
Rate this book

Permainan Maut

Rate this book
Reunion yang diadakan di sebuah rumah agam yang dibina di sebuah kawasan pedalaman di tengah-tengah hutan menjadi saksi tragedi berdarah, Seorang demi seorang perserta alumni tersebut ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Apa sebenarnya yang berlaku? Siapakah dalang di sebalik tragedi itu?

Kau janji yang kau takkan cerita pasal aku?” – PERMAINAN MAUT

Demi memenuhi tuntutan nafsu dan mengejar kekayaan dunia, perjanjian dengan ‘nenek’ dimeteri dan nyawa keturunan menjadi galang gantinya. Waris keturunan diganggu kerana melanggar perjanjian. Selama manakah waris-waris yang tinggal hidup dengan tenang? Perlukah perjanjian silam diteruskan hanya untuk meraih kebahagiaan dunia?

“Kau perlu pilih satu sahaja antara banyak pilihan.”– NENEK, TOLONG KELUAR!

Vila Amira Syakila yang aman kini kembali berpuaka akibat dendam lama yang tidak terurai. Apabila darah merah pekat mengalir keluar, dia dengan rakusnya menjilat darah itu sehingga menggelikan Farra Fauzana yang masih tersandar pada dinding. Puaka apakah yang menghantui Vila Amira Syakila? Mampukah Farra Fauzana menanganinya?

“Aku takkan lepaskan pena. Aku akan guna kau sehingga selesai misi aku.”– PENA

Kronologi peristiwa sangat rumit. Di sebalik kebenaran yang bercampur pelbagai fakta serta penipuan menyelit di antara sejarah sebenar, wujud watak yang mencipta pewaris dendam. Di sebalik latar kisah penuh renjatan emosi, si pemuja ilmu hitam memainkan peranan.

“Kami datang atas jemputan.” – MALAM OGOS

512 pages, Paperback

First published January 1, 2015

8 people are currently reading
83 people want to read

About the author

Helmi Effendy

25 books171 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (36%)
4 stars
28 (35%)
3 stars
18 (22%)
2 stars
2 (2%)
1 star
3 (3%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
December 25, 2020
1. Permainan Maut. (1.5)

Sy dah expect penulisan dari Helmi Effendy mungkin lain skit dari buku yang pernah dibaca sy, Lost World (seeing it wasn't exactly his original work - you can check out my review to see what I'm talking about) tapi sy tak expect kualiti dia bagaikan langit dan bumi. Tapi bila baca nota penulis, boleh faham lah kenapa. Penulis ada kata yg masa diberikan untuk dia menulis karya ni tak cukup, ditambah lagi dengan 'writer's block'. Jadi, boleh faham lah cuma boleh dilihat dengan jelas lah kesan tu terhadap karya ni.

Cerita boleh dikatakan sebagai sebuah misteri/thriller yang diselitkan dengan elemen paranormal. Penulis pandai membuatkan pembaca tertanya-tanya, dan misteri siapa pelaku pembunuh dan motif pembunuhan itulah yang membuatkan sy terus menyelak muka surat seterusnya.

Walaupun begitu, watak-watak dia, bagi sy, sedikit membosankan, motif diorg pun bagi sy lemah. Kebanyakan reaksi dan perbuatan watak dalam cerita ni tidak begitu realistik. Bila 'plot twist' tu terbongkar, makin banyak 'plot holes' pulak yg timbul. Ada beberapa lagi hal kecik yang sedikit sebanyak mengganggu sy tapi mungkin hal itu tidak sebegitu besar bagi yg orang lain.

Apa-apa pun, sy boleh katakan yg sy enjoy cerita ni, cuma sayang, sy rasa cerita ni ada potensi utk menjadi lebih lagi.

2. Nenek, Tolong Keluar! (3.5)

Cerita ni bermula pada tahun 1900,mengisahkan tentang Andika yg kahwin lari dengan Embun Murni dan bagaimana pejalanan hidupnya membawa dia kepada melakukan perjanjian dengan syaitan sehingga memberi kesan kepada keturunannya seterusnya.

Sy suka sangat dengan penulisan penulis ni. Boleh dikatakan penulis banyak melakukan 'homework' utk menulis setting kampung-kampung Melayu dahulu (nama, gelaran, cara percakapan, even undang2 serta adat orang2 dahulu). Kudos to Aida Adia for that effort!

Jalan penceritaan dia mula2 menarik sangat, dari plot, watak dan konflik etc.,sehinggalah masuk ke zaman moden. Tika itu, sy mula hilang minat. Ceritanya ok sahaja, tiada 'build-up' yang sy harapkan, jadi klimaks dia pun tidak begitu memberi impak. Cara penceritaannya sy perasan, dilakukan dengan pendekatan yang lebih realistik berbanding kebanyakan cerita saka yang pernah sy baca, mungkin kerana cerita ni berdasarkan kepada pengalaman penulis sndiri seperti yang dinyatakan pada nota penulis.

Overall, it's an ok story. The first half was good but the other half was just mediocre.

3. Pena (1)

Kalau cerita kedua sebelum ni paling realistik, yg ni kut yang paling tak realistik. Kalau nak bandingkan dengan cerita pertama pulak, yg ni memang lebih banyak 'plot holes' yg muncul.

Jalan cerita dia serabut dan pada masa yg sama membosankan, ditambah lagi dengan cara penulisan dia yg mmg sy tak suka. Penulisan dia lebih kepada dialog dan kadang berulang. Contohnya, "Aku rasa bangga.." kata Qisha Mirza meluahkan rasa bangganya. Lebih kurang camtu lah.

Satu lagi, baru faham kenapa ada yg bagi rating low sbb nama-nama watak. Ntah kenapa penulis dlm cerita ni memilih utk mengulang nama diorg atau apa2 nama khas yg ada dlm cerita ni bnyk kali. Kalau Villa Amira Syakilla mmg akan disebut nama penuh villa tu setiap kali villa itu disebut, takde 'villa itu', 'villa ini' atau 'villa tersebut'. Nama watak pun sy tak faham kenapa penulis nak tulis penuh, lagi2 semua watak ada nama yg 'ekzotik' gitu, nasib je penulis tak tulis 'bin' dan 'binti' sekali. Menjengkelkan lah jugak masa baca tu.

Sejujurnya, premise cerita ni sangat menarik. Ada perpustakaan ghaib, ada pena ajaib (apa2 shja yg ditulis menjadi kenyataan). Tapi kuasa pena atau misteri pembuatan pena itu langsung tidak dijelaskan. Kita tak pasti sejauh mana kuasa pena itu. Kalau sy tulis Goku dtg ke bumi utk belasah Huzairi, adakah perkara itu akan menjadi kenyataan? Dan ia juga menjadi 'plot hole' yg sangat besar dlm cerita ni. Kenapa Farra tak tulis je awal-awal Huzairi ni mati ke atau maafkan terus mereka dan lupakan dendam dia dari awal-awal? Ntah. Mungkin utk mencipta 'saspens'. Sepanjang membaca cerita ni hingga akhir, rasa lebih banyak persoalan yg muncul berbanding apa yg dijawab.

Apa-apa pun sy rasa rugi,sbb sumpah premise ni sangat menarik, mungkin sebagai cerita seram, mungkin juga tidak. Tapi nampaknya potensi itu telah disia-siakan. Sy harap penulis ambik idea ni dan mungkin melakukan cerita yg lain yg jauh lebih menarik penceritaannya.

4. Malam Ogos (4)

Kalau cerita sebelum ni, penulisannya tidak disukaiku, penulisan cerita kali ni mmg berlawanan terus. Suka sangat dengan penulisannya. Cara penceritaan mula-mula pun dah berjaya menarik minat sy utk menyelak muka surat seterusnya.

Cerita dia mula-mula ingatkan tipikal cerita taman tema berhantu atau balas dendam guna ilmu sihir, sebenarnya cerita ni still ada cliche tu cuma ia ditambah sedikit beberapa 'twists'. Ada watak yg sememangnya boleh agak dari mula, yg dia sebenarnya yang bertanggungjawab atas gangguan2 tu dengan 'hint-hint' yang diberi penulis, tapi lepas satu rahsia dibongkar, ada lagi rahsia yang tak diagak ada dibongkar juga, lepas tu ada lagi pulak satu rahisa. Sungguh tak expect yang tu. Some of these characters you won't expect who they really are and I think that's the most interesting part.

Tapi sebab ending dia lah, sy menaikkan lagi rating sy. Sumpah suka ending dia, mungkin sbb sy kadang suka buku yg ada 'open end' tapi apa yg pasti ending dia bukan yg tipikal ending buat cerita-cerita camni. Dia macam membuka peluang utk cerita ni diluaskan lagi. Sejujurnya kalau penulis mahu menyambungnya, sy pasti berminat utk membacanya.

Syabas Syasya Bellyna, cerita penulis ni yang paling best bagi. Pasti akan sy survey penulis ni punya karya lain👌
Profile Image for Bobo.
70 reviews1 follower
May 15, 2019
Kalau watak dalam cerita-cerita ni gunakan satu nama contoh Farra, Haikal, Amin, mungkin aku akan rasa ini koleksi cerita yang okay. Tapi, aku terus turn off bila penulis guna nama yang cliche.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
November 20, 2015
1)PERMAINAN MAUT
HELMI EFFENDY

pantas, tak berlengah-lengah dan mengajak pembaca berlari bersama dalam kisah ini. penyampaian yang baik, idea yang biasa dan ngeri sedikit terasa.. bolehla...

Ariff danial bersetuju untuk menyertai majlis reunion yang diadakan dibanglo keluarga hakimy. Pada mulanya dia malas tapi bila hakimy memberitahu yang tiara turut sama menyertai membuatkan ariff setuju. Tiara yang menghilangkan diri sejak enam tahun dulu berhutang penjelasan dengannya. Setiba di sana bermula babak ngeri.. bermula dengan kematian akma, satu persatu kematian terus berlaku.. siapakah dalang di sebalik semua? Adakah betul angkara tiara atau ada rahsia besar bagi semuanya?

2) NENEK, TOLONG KELUAR!
AIDA ADIA

hmmm.. nak bagi pendapat jer.. pendapat sebagai pembaca la... idea memang menarik cumanya rasa jalinan cerita antara zaman dulu dan zaman kini seperti tiada perkaitan.. dah hujung-hujung sket barulah ada.. apa salahnya penyusunan zaman dulu dan zaman kini tu di dekatkan contoh macam diselang selikan. Sebab nenek tu tiba-tiba jerlak ada.. ni pendapat saya sebagai pembaca la....

Permulaan cerita berkisarkan andika yang membawa lari embun murni di hari perkahwinan embun murni kerana tidak mahu bersuamikan arjuna yang sombong. Tapi perkahwinan berdasarkan cinta semata2 memang agak payah bagi embun kerana dia biasa hidup dalam kemewahan tapi bila bersuamikan andika segalanya serba kekurangan. Dia tergoda dengan kemewahan yang dibayangkan oleh orang kaya jalak.. beratus tahun berlalu ...Raudhah sering keguguran bila mengandung. Dan kemudian dia sering diganggu.. apakah kaitan gangguan itu dengan kisah lampau?...

3) PENA
EBRIZA AMINUDIN

seperti ada kaitan dengan novel yang terdahulu, vila amira syakila. Tak ingat dah citer novel tu camna.. cumanya, yelah... saya menerima isi cerita buku ini sebagai salah olahan idea yang hebat dari puan penulis... yang berkenaan nama panjang dan canggih tu, trademark penulisla... biarla nak letak nama apa sekali pun....

Farra fauzana nazira menghuni vila amira syakila. Gangguan mula datang. Roh farra amalina memberitahu yang rohnya dan ibunya amira syakila tidak aman dan diseru oleh huzairi yang mahu membalas dendam atas kematian bapanya sekaligus mahu merampas vila tersebut dari farra. Bermula kisah pena yang punya kuasa dalam memporak perandakan kehidupan manusia.. seterusnya?.....

4) MALAM OGOS
SYASYA BELLYNA

menarik.. walaupun ada sedikit huru hara dalam penyampaian namun idea memang menarik. Cuma rasanya kalau kejahatan tu disorok awal akan lebih menjadi tanda tanya. Tapi, yelah.. kesalahan yang berlaku semua berkaitan mungkin sebab itu penyusunan kisahnya sedemikian. Olahan cerita pun baik pengakhiran yang cantik..

Farhan menyewa satu tapak taman tema untuk menyambut harijadi nayang. Taman tema yang rupanya ada sejarah di dalam kehidupannya.. rupa-rupanya dalam pada masa yang sama sesuatu telah dirancang untuk memerangkap. Pada masa itu juga kebenaran demi kebenaran tersingkap. Apakah kaitannya dengan kebakaran besar yang berlaku di taman tema itu di masa lalu?....
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
March 21, 2016
PERMAINAN MAUT - 3*

NENEK TOLONG KELUAR - 4*

PENA - 4*

MALAM OGOS - 5*
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
December 13, 2015
Permainan Maut dan Malam Ogos - 4 bintang.
Untuk Pena dan Nenek, Tolong Keluar bukan tidak best, cumanya kurang berkesan dengan pembacaan saya. Apa2 pun tahniah buat semua penulis dan Buku Prima!
April 28, 2024
Jujur aku cakap, bagi aku cerita2 dalam buku ni membosankan sikit. Tapi disebabkan buku ni ada 4 buah cerita jadi kenalah review satu2 haha

1. Permainan Maut (2.5/5)
- Cerita dia cliche sikit bagi aku, watak2 dia tak berapa menarik dan bagi aku motif penjahat dia tak berapa "kuat". Overall aku enjoy jugak baca tapi ada bahagian2 yang aku rasa membosankan.

Also, apa citer dengan tunang Hakimi tu? Seingat aku penulis tak ada explain kenapa dia mati.

2. Nenek, tolong keluar! (3/5)
- Permulaan cerita yang menarik bagi aku, aku rasa motif antagonis dia agak realistik tapi bila nak masuk pertengahan cerita tiba-tiba jadi bosan bagi aku. Aku masih enjoy cerita ni, tapi macam cerita yang sebelumnya ada beberapa part yang agak membosankan.

3. Pena (3.5/4)
- Ok sejujurnya aku lebih enjoy cerita ni. Aku rasa elemen mistik dia menarik dan penulis tahu macam mana nak buat saspens gitu. Cuma yang aku nak complain aku rasa penulis stretch cerita ni panjang sangat.

4. Malam Ogos (4/5)
- Ha, yang ni cerita favourite aku dalam buku ni. Permulaan dia pun menarik dan membuatkan pembaca tertanya-tanya, plot twist dia ok jugak dan ending dia ada vibe 'chilling' gitu.
Profile Image for Mohammad Aizat Mohammad Hanafi.
98 reviews
January 20, 2020
Permainan Maut (Helmy Effendy) - 3 bintang. Macam baca atau tengok cerita pembunuhan yang klise. Tak terlalu seram, lebih kepada thriller.

Nenek, Tolong Keluar! (Aida Adia) - 4 bintang. Kesilapan nenek moyang dahulu berlarutan ke kehidupan waris terkini, terpaksa la mereka tangani masalah mistik ni.

Pena (Ebriza Aminnudin) - 4 bintang.

Malam Ogos (Syasya Bellyna) - 5 bintang.
Profile Image for Nana.
84 reviews7 followers
October 21, 2016
antara siri #Seramlicious yang terbaik. karya-karya sangat bagus dan unik serta dengan mesej-mesej bagus. tahniah kepada barisan penulis. saya juga ucap tahniah pada Penulis Aida Adia kerana menghasilkan satu karya yang bagus. jalan cerita tersusun. penyampaian mesej yang jelas. cerita yang dibawa juga saya yakin satu realiti yang benar berlaku di tengah masyarakat kita. tahniah sekali lagi.
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
April 18, 2025
Ulasan Buku: Permainan Maut

Buku ini mengandungi empat kisah daripada empat penulis, semuanya berkait dengan tema utama iaitu "Permainan Maut". Setiap cerita membawa elemen misteri, suspen, dan thriller yang tersendiri.

Plot yang menarik:

Kisah 1 benar-benar mencuri perhatian. Walaupun tidak menyeramkan, elemen misteri kehilangan watak utama membuatkan saya terus tertarik untuk membaca. Pembunuhan yang berlaku di rumah agam itu membuat kita tertanya-tanya dan ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi. Rasa ingin tahu itu memang buat kita terus 'hooked'.

Plot yang perlu diperbaiki:

Kisah 3 agak mengelirukan. Pengenalan watak-watak—terutama nama-nama hantu dan watak utama—kurang tersusun dan tidak konsisten. Sekejap nama A, tiba-tiba tukar jadi B, kemudian kembali ke A semula. Ini buat saya pening dan sedikit mengganggu kelancaran pembacaan. Seram itu dah ada, tapi disebabkan kekeliruan watak, 'mood' itu jadi kurang. Cadangan saya, elok jika ada mukadimah atau senarai watak di awal cerita agar pembaca boleh lebih mudah faham.

Watak:

Secara keseluruhan, tiada watak yang benar-benar jadi kegemaran saya.

Kisah 1 lebih kepada pengkhianatan dalam persahabatan.

Kisah 2 menyentuh soal cinta dan kekayaan—yang disangka boleh menyelesaikan masalah, tapi sebaliknya.

Kisah 3 dan 4 pula membawa elemen ilmu hitam, namun dalam Kisah 3, semua yang dilakukan akhirnya terasa sia-sia kerana sebab sebab pembunuhan ayahnya yang tidak jelas.


Mesej utama:

Tema utama yang boleh dilihat dalam keseluruhan buku ini adalah tentang persahabatan dan ikatan kekeluargaan. Jangan pandang remeh hubungan ini. Saya juga suka cara watak suami dalam Kisah 2 dan 3 digambarkan—mereka menjaga hak dan maruah isteri masing-masing. Unsur cemburu dalam persahabatan juga ditonjolkan—ada yang dipendam kerana takut hubungan musnah, dan ada yang menyimpan rasa tidak puas hati sehingga mencari peluang untuk membalasnya.

Penutup:

Kisah 4 ditamatkan dengan ending yang tergantung. Kalau disambung jadi novel penuh, pasti lebih menarik! Meninggalkan pembaca tertanya-tanya—mampukah mereka menyelamatkan diri? Dan… ting! Bunyi mesej masuk… mungkinkah ia bakal menghantui anda?
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
April 19, 2025
Masa awal baca, rasa pelik kenapa m/s 30 dah ada resolution. Rupanya koleksi 4 cerita.
Disebabkan cerita-cerita ni pun dikatakan cerita awal penulis, jadi adalah beberapa elemen yang rasa macam boleh ditambah baik.
Cerita favourite saya adalah Malam Ogos. Walaupun pendek, tapi cukup menceritakan apa yang perlu.
Cerita Pena agak meleret. Premis menarik, tapi rasa macam dialog terlalu kaku.
Btw, kenapa kalau nama dia ada 2 patah perkataan, memang kena disebut 2 patah itu sepanjang cerita ke? Agak penat membaca nama sahaja banyak kali.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
April 15, 2020
Paling x suka cerita pena. Merapu sgtt. Nama watak dlm cerita tu pn aku xleh hadam.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
June 19, 2016
Permainan Maut oleh Helmi Effendy
"Kau janji yang kau takkan cerita pasal aku?"
Kerana dosa silam.. Yang tak berdosa turut terheret dalam permainan maut.. Demi menutup dosa, nyawa tak bersalah menjadi korban.. Manusia memang gila bila nafsu mula merajai.. Ngeri dan sedih cerita ini..

Nenek, Tolong Keluar! oleh Aida Adia
"Kau perlu pilih satu sahaja antara banyak pilihan."
Alahai.. Kerana cinta restu keluarga diabaikan.. Kerana cinta juga manusia menjadi sesat... Penuh pengajaran..

Pena oleh Ebriza Aminnudin
"Aku takkan lepaskan pena. Aku akan guna kau sehingga selesai misi aku."
Kerana pena yang dah mati diseksa, yang hidup menderita.. Kerana pena juga semuanya berakhir.. Tragedi di villa berulang kembali..

Malam Ogos oleh Syasya Bellyna
"Kami datang atas jemputan."
Semuanya bermula dengan tragedi.. Yang tak bersalah merasa berdosa.. Yang berdosa lepas bebas.. Yang menderita menyimpan dendam.. Terungkai sebuah tragedi bila kematian datang bertamu.. Malam Ogos yang berdarah..
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
October 6, 2015
rasanya cerita yg paling terkesan 'nenek, tolong keluar!boleh bg 4* utk cite tu...
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.