Mereka ialah pemburu hantu. Tapi nanti dulu! Mereka tiada kena-mengena dengan Sam dan Dean Winchester. Mereka juga tidak ada kaitan dengan kumpulan legenda Ghosbuster. Mereka adalah Badruz Zaman dan Citra Adra, kacukan manusia-bunian, kembar yang yatim piatu. Pasangan kembar ini ada misi tersendiri. Mereka mahu mencari jalan masuk ke alam bunian demi mencari asal usul dan mengenali ibu ayah mereka.
Namun, tiada sesiapa yang tahu cara untuk masuk ke alam bunian kecuali melalui diari arwah ayah mereka yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil sebagai relung dengan tempat-tempat seram. Bukan semua tempat angker yang ada kaitan dengan relung, tetapi relung pasti ada di tempat-tempat yang selalu dikaitkan dengan penampakan. Maka mengembaralah Badruz Zaman dan Citra Adra ke seluruh Malaysia mencari relung.
Dalam masa yang sama, makhluk yang pernah menghuru-harakan dunia ketika Zaman Melaka dahulu menanti masa untuk kembali. Makhluk itu jugalah dalang yang menyebabkan kedua-dua orang tua mereka menemui ajal.
Idea buku ini sangat baik. Aku terfikir macam manalah keadaan penulis dalam proses menyiapkan naskah ini? Nak dapatkan 50k patah perkataan pun agak payah, inikan pulak tebal macam ni untuk genre seram dan misteri. Untuk genre macam ni kalau dah tebal sangat, ada kemungkinannya ia akan meleret dan membosankan. Tapi walaupun ada bahagian yang seperti aku pernah baca di buku lain, tapi Dari Alam Lain masih seronok untuk dilayan. Tahniah tuan penulis!
Terbayang Dean dan Sam dalam kisah Supernatural. Tapi watak Dean di dalam DAL ini, digantikan dengan watak Citra Adra- seorang perempuan - kakak kepada Badrul Zaman. Mereka juga pemburu hantu, versi melayu. Turut kehilangan ibu sewaktu kecil dan ayah mereka turut menjadi misteri di awal penceritaan. Sama kan?
Di dalam DAL ini, kita dihidangkan dengan pelbagai kisah-kisah seram, misteri dan yang sememangnya berkaitan dengan alam ghaib sewaktu mereka menjalankan misi ingin masuk ke dalam alam bunian. Ia umpama kau sedang makan di hotel mahal dengan hidangan buffet yang membuatkan kau terliur dengan pelbagai makanan yang ada. Kau ingin cuba semuanya. Tapi kekadang ada makanan yang kurang menepati selera tekakmu lalu kau biarkan saja di tepi pinggan. Rasanya lebih baik Badrul dan Citra fokus pada misi utama mereka. Ini tidak, semua cuba disumbat di dalam satu buku. Tapi jangan risau, ianya tetap mengenyangkan.
Tapi aku puji dengan cara penulis memasukkan sejarah-sejarah atau pun dongeng melayu ke dalam buku ini dan masih tak rasa sangat membosankan seperti baca buku Sejarah sekolah. *thumbs up!
Tapi aku agak terganggu di semua naratif penceritaan apabila tuan penulis, suka menyebut setiap nama watak dengan nama penuh mereka. Tidak bolehkah kalau di bab pengenalan atau bab yang memunculkan watak tersebut, hanya di situ sahaja nama watak itu disebut penuh. Sebab dari awal hingga akhir, ianya sama. Aku tahu nama penuh watak tu. Jadi sebut sajalah kalau Citra Adra, Citra atau Adra jek. Jadi pembaca tak penat dan rasa jengkel. Maaf.
Novel yang sangat ohsem.. Walaupun tebal melampau tapi best sangat.. Dari novel nie la saya tahu tujuan lagu Ulik Mayang tu dipendekkan. Kerana novel nie juga saya mencari maklumat mengenai lagu Ulik Mayang di internet. Novel yang sangat ohsem dalam menerangkan bahawa mereka sentiasa ada di sekeliling kita.. Serta penuh dengan semangat kemelayuannya..
Novel ini bukan sahaja memaparkan kisah pemburuan Badruz Zaman dan Citra Adra, tapi juga mengenai sejarah Melaka, Hang Tuah dan sejarah lama.. Seronok baca novel ini sebab ada diselitkan lawak jenaka dan juga kesedihan.. Bukan sahaja penuh debaran dan perasaan seram tapi juga ada hubungan persahabatan, ikatan kekeluargaan, perasaan sayang antara manusia..
Firstly rasa sangat lain bila membaca novel seram.. Terdapat kepuasan yang maksimum bila membaca novel Helmi Effendy ini..
Ini novel Helmi Effendy yang pertama aku beli dan baca. Aku beli lepas tertarik dengan sinopsis ceritanya yang seakan kisah drama bersiri Supernatural yang amat popular tu dan aku memang minat siri tv tu suatu ketika dulu. Siap ada koleksi dvd setiap musim lagi. Hahaha. Novel Dari Alam Lain ni plak memang saling tak tumpah macam kisah dua beradik Dean dan Sam Winchester tu. Karya Helmi ni mengisahkan dua beradik kembar yatim piatu kacukan manusia dan bunian, Citra Adra dan Badrus Zaman yang menjadikan aktiviti memburu hantu sebagai kerjaya dan pada masa yang sama diorang punya misi peribadi yang perlu dirungkaikan.
Dari segi plot penceritaan, aku memang suka sebab memang aku suka kisah-kisah camni. Novel ni macam rangkuman semua episod kalau dibuat dalam bentuk siri tv. Flow dia memang kalau masa baca tu memang aku terbayang macam menonton tv dari awal sampailah ke kemuncak. Eh, tolong la siapa-siapa pengarah tersohor Malaysia kalau boleh adaptasikan novel ni dalam drama astro. Asyik-asyik adaptasi novel jiwang je. Meluat aku! Hahaha!!!
Tapi seriously, walaupun novel ni sipi-sipi macam Supernatural tapi yang istimewanya, si penulis menerapkan elemen-elemen sejarah melayu. Secara tak langsung, pembaca akan cakna tentang sejarah dan peradaban masyarakat melayu dulu. Dan yang lagi best bila sesekali diselitkan unsur-unsur twist. Mengujakan. Hehehe... Babak yang paling terkesan bagi aku waktu Badrus Zaman berbual dengan Hang Tuah selepas Hang Tuah diarahkan untuk menghapuskan Hang Jebat yang menderhaka.
5 bintang untuk novel ni.. dan aku akan mula memburu dan membaca karya-karya Helmi Effendy yang lain. Hehehe...
Alhamdulillah, tak sia-sia aku teruskan bacaan. Buku ni agak tebal dan jujurnya hampir buat aku give up… tapi dari bab pertama lagi, penuh tanda tanya yang terus memancing rasa ingin tahu. Setiap kali rasa nak berhenti, datang pula konflik baru, suspen yang menggigit dan misteri yang makin dalam.
Kisah tentang adik-beradik kembar yang memburu jawapan: Siapa sebenarnya ibu bapa mereka? Tapi pencarian itu membuka lebih banyak rahsia daripada yang dijangka — turut diselitkan scene perjanjian dengan syaitan, rahsia relung, sejarah Melaka, keris Taming Sari, Hang Tuah, empayar Srivijaya… semuanya bersambung dalam satu jalan cerita yang penuh kuasa, adventure dan ketegangan.
Anak-anak Alang Saidi… bukan insan biasa. Ada sesuatu dalam darah mereka yang menyimpan rahsia lama, yang selama ini tersembunyi dari dunia.
Ini buku kedua Helmi Effendy yang aku baca, dan satu hal yang pasti — penulis memang gemar letak nama Eurasia, same universe ke dengan buku zon hitam! (😅)
Tamat. dan buku ini dah berjaya buat mood membaca aku bangkit semula selepas beberapa bulan takda mood nak membaca novel. Pertama kali aku baca sinopsis, memang aku tetap nak cakap novel ni macam siri drama tv SUPERNATURAL walaupun tak ada kaitan dgn sam dan dean. Sebab aku peminat drama tersebut, maka serba sedikit aku boleh agak tema yg nak dibawa oleh penulis. Di sini aku takkan buat persamaan atau perbandingan antara novel ni dgn drama tersebut, sebab jika korang ni p3minat drama siri Supernatural, korang akan faham maksud aku. Sama seperti sebelum ni, novel2 Helmy mmg selalunya mcm cerita kat TV dah, cuma diolah dlm bentuk sendiri. sama seperti epidemik t n lostword. Tapi, aku tak kisah semua tu sebab utk novel Dari alam lain ni, mmg aku bagi pujian. Walaupun ala drama supernatural, tapi penulis ttp menggarap karya dgn baik. Semangat melayu mmg tinggi dalam novel ni. Kisah2 sejarah juga diceritakan dgn begitu menarik. Untuk karya ni, bagi aku tak adalah rasa seram. Namun, aku tak tinggal sebaris pun ayat utk tahu kisah yg ingin disampaikan dgn begitu minat. Jalan cerita cukup menarik bg aku. Tempat2 yg digambarkan penulis buat imaginasi aku pun bekerja keras. Cuma penulis kena berhati2 dgn kesilapan kecik spt tertukar nama watak. Selain itu, ada sedikit saja kecuaian ; contohnya, Melissa baru pertama kali nyanyi dpn Bad ke? Bukan ke ketika dia dgr lagu kegemaran Bad, dia dah pun menyanyi2 dpn Bad? Tahniah utk Helmy sbb dh berjaya buat aku happy bila baca buku ni.
Sebuah novel seram-thriller yang mengisahkan tentang Badruz Zaman dan Citra Adra, sepasang kembar kacukan manusia-bunian, yang berkerja sebagai pemburu makhluk mistik. Mereka mengembara ke seluruh Malaysia untuk mencari relung (jalan masuk ke alam bunian) demi membongkar rahsia asal usul mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga harus menghalang seorang pengamal ilmu hitam yang cuba membangkitkan semula Sang Penguasa, syaitan yang telah dikurung sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Secara kesimpulannya, novel (yang diinspirasikan dari siri drama Supernatural) ni best. Plotnya menghiburkan dari mula sehingga tamat. Babak-babak aksi, seram, thriller, drama (cinta & persahabatan) dirancang dan ditulis dengan baik. Turut disertakan dengan elemen-elemen fiksi sejarah yang kreatif. Banyak pula watak2 yg mati, tapi kira ok lah...
* Novel2 yg ditulis oleh penulis ni berkait antara satu sama lain, sekaligus membuatkan pembaca teringin untuk membaca karya2nya yg lain. Strategy pemasaran yg kreatif...
Okay i know that i rated this as 1/5 before but PLEASE FORGIVES ME 😭🤚
This novel is so good, especially those who enjoy reading mutiple sub stories in a novel. Walaupun awal-awal tu aku rasa macam useless je tapi makin lama kau baca, makin kau hanyut dalam alam ni.
Novel ni tentang pengembaraan Badrul Zaman and twin dia Citra Adra yang mencari relung which is tempat nk masuk dalam alam bunian tulah. Mmg journey dorang ni besttt sgt tp aku still rasa penulis boleh baiki lg ending tu sbb macam sekejap sgt 😔
Overall, novel ni dh jadi antara top list aku 😩❤️ Please read it ugh
Secara jujur, aku adalah antara kawan si helmy ni yg helmy bg permission utk baca mnanuskrip ni drpd awl. Tapi aku kena janji yang aku akn tnggalkan review jujur kat dia lps baca cerita ni kalau aku nak baca awal-awal. Tp malangnya aku takde bagi feedback lepas sedap-sedap baca free. Aku syak maybe sebab tu helmy tak inbox aku apa-apa lps tu. merajuk kut...
Okey helmy, untuk tebus "dosa" aku, aku sengaja simpan review aku sehinggalah cerita ni dah dinaikkan kat goodreads. Lepas tengok ko upload psl review pertama DARI ALAM LAIN, nah ni review ke-2 pulak
SERAMSHIT + PEMBURU HANTU + KEKELUARGAAAN + KESULTANAN MELAYU MELAKA + EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA + AKSI THRILLER + UNEXPECTABLE TWIST + SEDIH GILA BABENG = DARI ALAM LAIN
Combination yang sangat-sangat weird untuk sebuah novel seram. Tapi Helmy berjaya membuktikan any combination pun, dalam any genre sekalipun... kalau ada dlm tangan great writer, it would be a great story.
Dengan ikhlas, aku nak bagi kau 5 BINTANG daripada aku. Ko mampu buat org yang tengok buku macam nak ludah mcm aku ni habis baca, that means you are great great great storyteller helmy...
3.5 star utk buku ni..lama betul nak habiskan novel ni.. cerita bermula dengan pengembaraan anak kembar Alang Saidi untuk mencari relung ke alam bunian.tapi diorang kena hadapi banyak halangan sebelum dapat pergi alam bunian..cerita ni macam panjang sangat,lepas satu tempat,ke satu tempat lain..banyak watak sampai part last aku pun tak ingat cthnya siapa naufal😅 maaf penulis..mungkin sebab aku suka tangguh pembacaan juga. tapi aku fahamla penulis nak tunjukkan kaitan barang peninggalan tu dengan Sang Penguasa..jadi kena cerita satu persatu.tapi part cincin last tu dh boleh agak,itu cincin apa..seronok juga baca pasal sejarah kerajaan Srivijaya dan kerajaan Melaka dahulu kala.tapi aku rasa kecewa sikit sebab part masuk ke alam bunian dah part akhir baru ada.itupun sikit ja..😢 patut tonjolkan lebih lagi.baru syok! apa pun,keseluruhannya novel yang menarik,ada juga ilmu yang diperolehi..
Power betei si Helmi ni. Macam mana budak ni dapat idea untuk memelayukan habis Supernatural pun aku tak tahu. 4 bintang daripada aku. Kalau kau tak bunuh watak heroin dalam citer ni, mungkin dapat 5 bintang.
Demmit Helmi! Jangan hukum watak-watak citer kau hanya sebab ko tak dapat budak tu!!! Jangan heret diaorang yang tak bersalah!
Tamat sudah.. 1st time baca karya oleh penulis ni.. Beliau berjaya buat aku termasuk dalam jalan cerita ini.. Sesekali terasa macam dalam cerita The Mummy.. terbayang saat2 cemas pemburu hantu..
Good job... Keep it up.. Tahniah en Helmi Effendy... Cuma pendapat saya.. kalau alam bunian tuh dpt dihurai sikit lagi sure best.. kejap sangat.. tak puas plak rasanya.. Ending sedih...
Bukuprima skrg ni ada satu bakat yang harus disimpan oleh bp. Helmi Effendy ni saya tgk ada bnyk pottential utk jd lg hbt drpd ari ni. Kalau kena caranya, sy percaya yg helmi effendy akan jadi sebaris dgn nama-nama hbt mcm ram, tamar jalis dan banyak lagi novelis genre thriller dan seram yg terkenal kt malaysia.
DARI ALAM LAIN - NOVEL SERAM YANG YANG KUAT SEMANGAT KEMELAYUANNYA!
Ehh saya orang pertma yg tnggalkan komen untuk citer ni? Ok... tak heranpun. hahaha... sbb bila tgk balik... buku ni baru jer publish kot. Anyway, nak ucapkan terima kasih sgt2 sebab HE hasilkan cerita yang memang sgt terbaik ni!
Kepada HE, sy nak bgth yg saya adalah salah satu daripada peminat status awk di facebook.... bila sy tgk awk update pasal cerita ni, terus sy cari satu KL nak cari buku ni. Tapi... tak jumpa.
Punyalah sy nak baca masterpiece drpd awak lps hanyut dalam TLW... saya snggup turun ke Shah Alam semata-mata nak cari buku ni.... Punyalah gian sebab slama ni dok tgk awk upate psl citer ni kat fb awk jer.
Ok... ok.. melalut banyak pulak. Hahahaha...
Saya habiskan pembacaan cerita ni dalam masa 1 hari dan novel setebal 688 pages ni layak utk dpt 5 bintang drpd sy. Jujur... buat pertama kalinya HE bukak mata sy... bawak karya seram bukan psl rasa taut jer.
Walaupun ini antara novel paling sram prnh sy baca... tp HE bwk sy meneroka keindahan tamadun melayu yg sy tak pernah tahu, tapi cukup bijak bila diadunkan dgn citer seram thriller mcm ni...
HE bawak saya meneroka tamadun Melaka yang jauh lebih hbt drpd apa yg kita slalu tgk kat kaca tv... mcm yg HE dan cik srikandi prnh ckp... Melaka bukan sebuah kerajaan yg istananya dr pondok buruk, dn rajanya duduk dlm rumpah kayu ujg kmpung, yg skdr ditemani dua org pegawal mcm main masak-masak. Lps tu... HE bwk sy selami keindahan Srivijaya. Dan of course, sy suka betul cerita dkt muzium Melaka tu!
Masa baca tu.. YA ALLAH... nak sangat muzium tu betul-betul wujud. Kalaulah muzium kat malaysia mcm yg HE gambarkan dalam DAL... kan best?
HE... syy nak tanya... betul ke wujud makam bawah tanah tu?
Tapi yg plg sy kagum, HE menerapkan 1 elemen yg selama ni sy agk lmh dlm novel dia yg sebelum ni. Kalau dalam TLW, HE ada buat psl perhubungan Rara dgn ayah dia, Sarjan Azmi... tp sy rasa mcm HE tergesa-gesa smpai hubungan tu tak dikembangkan dgn betul.
Dan yg mcm sy jangakan dr HE, HE terima teguran yang dibuat sebelum ni utk dia... HE dtg dgn naskah terbaru yg cukup cantik pembinaan "bond" antara dua kembar yg jd watak utama. HE bagi kita reason untuk sayangkan kedua-dua kembar ni. HE boleh buat air mata jantan sy menitik bila mengenangkan betapa sygnya dua adik beradik ni antara satu sama lain.
Air mata sy mcm air terjun masa bab bahagian yg Badruz Koma dan dalam kehidupan koma dia tu... dia jumpa dgn mak ayah yg dia tak berkesempatan wujud. Waktu sy baca tu.... sy tertanya-tanya... ehh cerita seram buat aku menangis? HE memang berbakat mencampurkan pelbagai rencah emosi dlm cerita beliau.
Lepas tu... mcm karya HE yg sebelum ni... dia mesti selit unsur persahabatan. HE berjaya olah persahabatan antara Bad dgn Haikal & Rapahel. Kali ini, mmg rasa natural betul bila baca telatah 3 sahabat ni...
Dan yang paling penting dalam cerita ni, HE tak lg memaparkan kisah cinta keanak-anakkan yang sy jumpa dlm dua karya HE sebelum ni. Kisah cinta Badruz dn Helena serta Badruz dan Melissa, mmg berbeza dgn Afq dan Zaff yg berebutkan Ummu dalam TLW.
Akhir kata dr saya, korang semua kena beli cerita ni. Memang terbaik gila!!!
menarik menarik .. nak kata seram takde la sangat .. bayangkan macam tengok Supernatural .. ada satu bahagian yang menarik minat ku mukasurat 252-253.
"Abang Tuah, kenapa abang pilih sultan berbanding Jebat?" soal Badruz Zaman, tiba-tiba terasa ingin menyelam perasaan pendekar Melayu itu. "Bukan senang aku mahu membuat keputusan ini, Bad. Ya, kau mungkin akan mengatakan aku tidak ubah seperti sang pengampu itu semua. Tapi ketahuilah bahawa dadaku bagaikan hendak pecah mendengar titah sultan. Aku serba salah. Alangkah sukarnya membuat keputusan untuk setia pada raja yang zalim dan menzalimi kawan yang setia," ucap Hang Tuah perlahan sebelum kembali diam. Tiba-tiba Hang Tuah berhenti melangkah dan kemudian mendongak. "Apa yang kau nampak di bumi Melaka ini, Bad?" soal Hang Tuah tiba-tiba. "Kerajaan yang sangat hebat, Abang Tuah," jawab Badruz Zaman. Hang Tuan mengangguk. "Kau harus tahu Bad, bukan mudah untuk buat pertimbangan di antara seorang tuan, dan pentingnya mempertahankan ketuanan melawan kerenah seorang raja dan memelihara kerajaan. Tapi Bad, kau harus ingat dalam hati aku, aku memikirkan anak bangsa aku! Bangsa Melayu kita!" "Maksud Abang Tuah,?" soal Badruz Zaman, ingin tahu. Sebaik sahaja perkataan Bangsa Melayu menyapa cuping telinga, terus meremang bulu roma Badruz Zaman. "Apa yang aku pentingkan bukanlah seorang raja pada hari ini, tetapi apa yang aku lebih bimbangkan ialah bangsaku pada hari esok. Aku takut, Bad, nanti kalau aku tersalah langkah, raja ini diguling maka hilanglah kegemilangan yang dikecapi anak bangsa aku!" Sebaik sahaja Hang Tuah menokhtahkan ayatnya, fikiran Badruz Zaman terus teringat pada kata-kata yang pernah lahir dari mulut seorang gadis yang telah mencuri hatinya. "Tuah bukan menentang Jebat tetapi menentang perderhakaan dan perebutan kuasa. Yang Tuah pertahankan bukan raja tapi kerajaannya. Tanpa kerajaan tidakkan wujud sebuah negara. Tanpa negara apalah ertinya sebuah bangsa. Saya nampak usaha Tok Tuah kita adalah agar tanah airnya takkan hilang kerajaannya. Bangsanya tidak akan hilang ketuannya dan Melayu tidak akan hilang di dunia."
Adakah ini boleh dikaitkan apa yang berlaku masa sekarang ini? Sebenarnya ada benda yang nak dikongsi cuma biarlah ku simpan dalam minda ini, bukan ku takut tapi nanti jadi topik panas. Namun apa-apa pun pendapat masing-masing, terpulanglah.
alhamdulillah.. novel yg amat menarik dan penuh dgn informasi yg tdk pernah kita ketahui atau pun telah lupakan.. walaupun ia buku bergenre thriller seram tetapi ada bab yg menyedihkan lagi bila melibatkan org yg kita sayangi... sesungguhnye ajal maut sentiasa mengintai kita.. Dgn ketebalan buku ini,ia amat bersesuaian sebab tempat yg mereka terokai semuanye berkait rapat,dari satu tempat ke satu tempat..dari satu kisah ke satu kisah yg melibatkan mereka.. akhir kata,syabas utk penulis novel ini.semoga maju jaya senantiasa.. :)
Walaupun novel ni dah lama aku harap belum terlambat aku nak bagi review. Aku baca karya Helmi pertama kali dalam projek seram. Awal tahun hari tu Helmi keluar dengan novel Menggunung. Aku baru habis baca Menggunung beberapa hari lepas. Dan lepas baca novel tu, aku rasa aku patut beli novel Helmi yang lain. Aku mula dengan novel Dari Alam Lain. Seperti dijangka, Helmi tak ambil banyak masa untuk wujudkan perasaan berdebar dan rasa ingin tahu tu. Penulisan Helmi ni sangat unik. Walaupun novel ni novel seram thriller tapi bila baca ada macam-macam perasaan yang muncul. Ada seram, ngeri, geram, kelakar & sedih. Mungkin sebab ikatan adik beradik dan dialog dari Hang Tuah agak menyentuh perasaan..."apa yang aku pentingkan bukanlah seorang raja pada hari ini, tetapi apa yang lebih aku bimbangkan ialah bangsaku pada hari esok.. "😢 Aku tak tahulah aku yang sensitif ke atau dialog tu yang menusuk hati. Tahniah Helmi! Sekarang aku cuba cari novel-novel Helmi yang lain dekat kedai buku. Lagi satu yang bagusnya Helmi ni, dia masukkan unsur Sejarah. Jadi selain kau membaca imaginasi Helmi, ada juga terselit ilmu.❤
buku ini best cuma saya rasa macam ada watak yang tak patut di matikan oleh penulis..mungkin penulis ada alasan tersendiri atau ada penjelasan dalam buku akan datang kot..saya akan menanti next novel ..
Lama mnjerukkan novel ni, akhirnya xsmpai seminggu dok mghabiskan pembacaan.. Awal mulanya mcm xmenari. tp paksa jg meneruskan pembacaan.. bila dah baca, klu blh xnak berhenti mmbaca! Serius jln cerita yg teramat menarik.. Dan sy terfikir, mcm mn la penulis blh gabungkan setiap jalan cerita shingga ke noktah terakhir.. Kisah sejarah yg selama ni sy xbrpa nk mahir, kisah persahabatan, perjuangan, semangat dan buah fikiran. Terbaik sesangat buat penulis. Moga akn dtg karya anda lbh menarik dan mncabar... good luck!
A solid 4 stars. Mula-mula una dapat tau pasal Helmi Effendy dah terbitkan buku baru, terus teruja nak beli dan baca. Jujur, sebenarnya dah jatuh cinta dengan penulisan (penulisan ye, bukan penulis XD) Helmi Effendy yang sangat best bak dadah (ceh!). Jatuh cinta sejak The Lost World lagi. Too bad I haven't read Epidemik T.
I like the way the author create his own city, Malaysia, and stick to it since Epidemik T. Juga encik penulis nampaknya memang suka letak nama sendiri dalam novel. I find it really funny. This time, as a bestselling author - well, let's make it a doa'. HE is my favourite author under Buku Prima, btw. My fav, favourite Malaysian author, on top of the list is still Ismi Fa Ismail (how could you not read her books. Her writing is freaking amazing!). Okay enough Fangirling.
However, my opinion shouldn't be biased. Walaupun una suka tulisan HE, masih ada beberapa lopong pada plot dan jalan cerita. I overestimates this book. Not that it's not awesome, but it kind of went the way I didn't expect it.
Mula-mula beli buku ni, dari sinopsis nampak macam buku ni sepenuhnya tentang citra adra dan adik kembar dia nak cari relung dan BALIK KE TEMPAT ASAL/DISCOVER TENTANG MISTERI HIDUP DORANG DAN MAK AYAH DORANG. Sepanjang cerita, ada beberapa kali menyebut tentang Alang Saidi, so sepanjang novel memang ternanti2. Bila dorang nak pergi perkampungan bunian? Bila nak selesai misteri tentang keistimewaan dorang dan Alang Saidi? Akhirnya, cuma dapat scene di alam bunian bila sampai 90% cerita.
Pelik. Bukan ke kita tengah cerita tentang dorang nak pergi ke alam bunian?
Sepanjang buku banyaknya tentang:-
1) Watak yang terlalu ramai. Memang faham stail HE suka letak watak banyak2. Tapi somehow, tak rasa attached dengan watak2 tu kecuali beberapa. Ya, faham. Sesetengah watak mmg perlu ada hanya untuk mati. Tapi sebab terlalu ramai watak + terangkn sedikit saja + mati mendadak = tak rasa sedih pun dorang mati & don't care enough about the character.
2) Tak taulah. Perkembangan cerita terlalu lama (pergi kesultanan Melayu Melaka, sesat sana sesat sini, orang tu mati org ni mati, nak hidupkan makhluk jahat tu, pi alam bunian yang cuma beberapa muka surat lepas tu habis). Terpinga-pinga di akhir cerita. Sepatutnya kalau sinopsis tentang nak cari asal-usul, should tell more about their mysteries, perjalanan dorang kat alam bunian, misteri dan lebih lagi misteri. Aksi dah cukup, tahniah :)
Macam mana pun, HE,'s writing is superb as usual. 1) Watak-watak yang disukai. Una lagi suka kalau HE beranikan diri untuk tak sadokan watak utama. Tak sado tak smestinya tak hensem. Mungkin boleh letak daya tarikan kat perwatakan instead of appearance.
2) Banyak plot twist. Banyak action. (Terlalu banyak watak *cough*cough).
3) Tebal bukan sekadar tebal. Banyak konfliknya. Suka relationship antara Citra Adra dan Badruz Zaman.
4) Terima kasih sebab tak jadikan watak perempuan lembik dan hanya tau menangis *cough Ummu *cough The Lost World *cough.
Tahniah untuk HE. PLEASE KEEP WRITING. Will read your Selepas Apokalips if it's out :)
Helmi Effendy bukan RAM, Helmi Effendy bukan juga Stephen King, Helmi Effendy juga bukan mana-mana penulis yang pernah naik di Malaysia. Sebaliknya, Helmi Effendy adalah penulis dengan gaya penulisan sendiri. Bakat baru yang sangat fresshhhh!!!
Semua penulis lain kena ingat... kalau anda nak diingati oleh semua, pastikan bahawa anda membawa imej tersendiri. Cari makna diri dalam penulisan anda. Jangan terikut-ikut dengan gaya penulis lain.
Helmi Effendy memaparkan karya seram yang lain daripada yang lain... kalau sebelum ni orang akan cari karya seram untuk berasa takut, tetapi Helmi Effendy bukan menghidangkan anda rasa takut yang buat bulu roma meremang, Helmi Effendy juga membawa semua sebuah kehidupan.
Bayangkan... persoalan-persoalan yang selama ini yang anda tak akan pernah jangkakan dalam sebuah novel seram, diolah dengan sangat bijak sekali dalam novel ini. Ada beberapa kritikan sosial yang saya nampak dinaikkan oleh Helmi Effendy.
1. Kritikan ke atas pihak-pihak tertentu yang MEMBAKUL-SAMPAH-kan sejarah Melayu
2. kritikan ke atas masyarakat yang sentiasa menjadi penghukum tegar, menilai seorang itu pendosa dan penghuni neraka sesuka hatinya
3. kritikan ke atas masyarakat yang menghukum Tun Tuah padahal Tun Tuah adalah seorang yang sangat bijaksana
Helmi Effendy memastikan juga setiap plot yang dinaikkan di dalam cerita ini tidaklah sia-sia sebaliknya membawa erti pada perkembangan plot akan datang.
Saya beri contoh:
Citra Adra di permulaan cerita menyertai sebuah teater Hang Tuah lalu berlakon menjadi Tun Teja. Kemudian, di pertengahan cerita, Citra tercampak ke zaman Melaka, lalu rupanya dialah Tun Teja di zaman itu.
Contoh Kedua:
Persoalan yang dibangkitkan Helena sama ada Tuah atau Jebat benar dalam sejarah Melayu. Lalu konflik inilah yang mengheret Badruz Zaman di pertengahan cerita, untuk memilih taat pada Tuah atau Jebat.
Contoh Ketiga:
Penulis membawa kita menyelami keagungan Empayar Melayu Srivijaya ketika cerita berlatarkan Muzium Sejarah Melayu. (sebagai pengikut setia artikel Helmi Effendy di pagenya di The Patriots, saya menganggap maklumat tentang Srivijaya itu benar.
Lalu di penghujung cerita itu, penulis menghiadangkan kita bahagian cerita yang berlatarkan sebuah makam bawah tanah binaan raja Srivijaya. JHadi, kita mungkin akan dapat menerima makam tersebut itu mampu dibina oleh orang Melayu.
Contoh Keempat:
Jangan ambil ringan bahagian cerita yang berlatarkan Pekan Cahaya Bulan. Ada klu-klu yang ditinggalkan oleh penulis di setiap babak cerita itu yang akan menjadi begitu berguna di akhir cerita.
Itu baru tentang plot yang disusun dengan begitu rapi dan sistematik.
Watak? Penulisan Helmi menimbulkan watak dan perwatakkan yang realistik semakin bagus. TLW tidak mengambil berat sangat unsur realistik dalam wataknya, tetapi Helmi memperbaikinya dalam Dari Alam Lain.
Cuma... saya tertanya apakah orang yang setabah Jamalee Bashah itu wujud? Kalau saya di tempat Jamalee, pasti saya jadi gila.
If you glance through my reading list,you will notice that this is the only Malay books that I read and there's a good reason why.
This book is extraordinary,and it changed my perception on Malay novels. It has moments of suspense,thriller,spookiness,plot twist all packed into one entertaining journey.
And this is one of the few Horror books that give me the chills (maybe because I've heard of the stories growing up) and mind you,I've read a lot of Stephen King's novel.
A must have for horror fans out there,even for the one who never reads Malay novels..
P/s: I'm currently reading his other novels,Menggunung,another interesting read. You should check that one too
Bagi sesiapa yang sebelum ni layan novel Helmi (Epidemik T dan The Lost World) diminta bersabar kerana novel ini ada nilai thriller, cuma atas genrenya yang lebih berat kepada seram, jejak langkah permulaannya sedikit berbeza dengan Epidemik T dan The Lost World. Saya tak sama sekali maksudkan novel ini bermula perlahan-lahan, tetapi apa yang saya utarakan, novel ini bergerak secara konservatif, mencurahkan “puzzle pieces” sedikit demi sedikit agar dapat disatukan di bahagian-bahagian lain. Atau secara profesional seperti penulis selalu kata “arc-arc” lain.
Dari Alam Lain jelas menguji minda penulis, kerana apa yang dibentangkan sememangnya baru. Ralatlah kalau cakap macam Supernatural. Dan novel ini berjaya “tease” pembaca. Bab 1-40 saja jelas betapa cantiknya penulis buat integrasi kisah-kisah Melayu dengan dunia fiksyen mistik ini.Sesiapa yang dah sampai “Penjara Pudu” memang perlu pasang tali pinggang keledar sebab novel ini akan membuka jalan kearah dimensi yang bagi saya BELUM ada lagi novel lain berjaya bentukkan dengan kesempurnaan tidak terhingga. Jelas sekali minat (passion) penulis Helmi Effendy kukuh ketika pembukaan arc baru ini. ANDA RUGI KALAU ANDA TAK BACA.
Dari segi pandangan kasar, novel ini pupukan pemahaman yang manusia tidak sama sekali patut takut makhluk halus, tetapi tidak sesekali patut pandang rendah akan kemampuan mereka. Ini memang mencabar persepsi umum yang kebanyakannya takut makhluk halus, dan ada pula yang tidak takut sekadar memperlekehkan kemampuan mereka.
Novel ini juga tak sisihkan kepentingan wanita. Perwatakan wanita sebenarnya kukuh, digariskan atas panduan Islam, Melayu dan realiti hidup. Bila cakap tentang watak, boleh nampak aliran “kemasyarakatan”. Yang paling teguh dalam novel ini adalah nilai koperasi persaudaraan (kakak-adik) yang pembaca yang tiada salah satu akan inginkan sudut ini.
HEBAT! Itulah kata-kata yang dapat saya ungkapkan untuk buku ini. Walaupun sebenarnya saya kurang minat membaca Novel, namun kali ini karya Helmi Effendy ini memang menggamit hati saya untuk membacanya. Saya sebenarnya telah membaca satu dua preview yang ditunjukkan oleh penulis dalam FB beliau. Dan sebab itulah saya tertunggu-tunggu untuk membeli karya ini setelah ia berada di pasaran. Dan ternyata tanggapan saya tentang buku ini tidak meleset.
Ia memang sesuai denga selera saya. Ia setaraf novel-novel seram yang menjadi kegilaan saya sejak kecil seperti Bercakap Dengan Jin dan Tok Awang Ngah. Bagi saya Helmi adalah Tamar Jalis versi baru. Sepertimana karya Tamar Jalis yang penuh dengan unsur sejarah dan kebudayaan Melayu, begitu jugalah Dari Alam Lain. Ia penuh dengan pelajaran Sejarah serta kebudayaan Melayu. Bagi saya karya ini original kerana ia menggunakan latar tempatan atau latar Melayu Nusantara. Bagi seorang peminat sejarah seperti saya, unsur sejarah dan budaya yang dimasukkan dalam plot-plot novel ini adalah bagaikan satu orgasma setiap kali saya membacanya.
Serius saya cakap, memang tak rugi jika anda membaca Dari Alam Lain. Ia betul-betul membawa anda mengembara ke satu ALAM YANG LAIN!
Dari Alam Lain, sebuah karya Helmi Effendy yang luar biasa. Satu pengembaraan hebat para pemburu hantu sambil menelusuri sejarah-sejarah bangsa melayu. Akhirnya selesai dibaca setelah 3 hari menelaah novel tersebut. Jalan ceritanya sangat menarik, plot yang tersusun, dialog yang romantis+melucukan, dipenuhi makhluk-makhluk halus yang tak terkira banyaknya. Pendek kata, novel ini wajib dibaca oleh peminat novel thriller, seram, aksi, pengembaraan mahupun cinta. Kisah cinta tragisnya sememangnya trademark si penulis.... Rasa geram pun ada..hihi..penulis memang kejam...
Ketepikan soal logika akal, kerana apabila melibatkan dunia mistik, tiada apa yang mustahil dengan izin-Nya jua. Arc Kesultanan Melayu Melaka sangat bijak diolah. Sesuailah dengan kepentingannya di mana sebab musabab dendam sang penguasa bermula.
Kita bakal dihidangkan dengan pengembaraan Badruz Zaman dan Kakaknya Citra Adra yang melangkaui imaginasi biasa. Terbaik.
Dari Alam Lain... Sebuah kisah yang lari dari kebiasaan novel-novel seram yang pernah saya baca.
Sebab utamanya kerana bijaknya penulis dalam menerapkan unsur sejarah Melayu dalam cara tersendiri. Sungguh, tiba-tiba minat pula nak selak balik buku teks sejarah. Haha!
Selain jalan cerita yang tak terjangka dan perwatakan watak yang berjaya dilakarkan, elemen seram tu penulis berjaya hidupkan. Tang baca babak dekat Genting tu mata ni tak lepas memerhati luar tingkap. Haha!
Kesimpulannya, novel ketiga Helmi Effendy berjaya pada pendapat saya. TAHNIAH! Dan... saya menanti karya penulis tahun depan.
Kau kejam Helmi!!!!! Habis kau bunuh awek2 dalam novel ni :3 ok enough with the jokes hehe.
Setelah lama aku habiskan novel ni, baru kali ni dapat luangkan masa tinggalkan review. Sejujurnya aku jarang baca novel dan agak cerewet dalam memilih cerita yang sesuai, tetapi kali ni Tajuk novel saja dah cukup menarik minat aku untuk membelinya. Jalan cerita juga telah disusun dengan kemas, tak pening aku baca. Tiada satu pun part yang membosankan aku jumpa semasa baca, sentiasa ada kejutan baru. Susah nak berhenti baca setelah mula.
Cuma ada seperkara yang agak kecewa sikit sebab ending terasa seperti kelam kabut.
Aku mula meminati novel karya Helmy Effendy ni sejak aku baca The Lost World.. Walaupun aku tak kenal dia tapi, seriously, jalan cerita, gaya bahasa, penulisannya aku suka.. paling menarik minat aku nak baca bila dia masukan fakta dlm penulisan dia. Secara tak langsung aku dapat pengetahuan baharu. Cerita fantasi dia pun boleh tahan, otak aku boleh menerimanya. Now, aku baca novel Permainan Maut pula. Memang salute lah. To HE, I doakan U dpt bnyak lgi idea utk novel and cerpen U yang berhantu ni dan I pasti akan beli. Heheh.
struggle untuk habiskan buku ni, beli sbb tgk rating and review mcm ok. Maybe this kind of story not my cup of tea, cerita macam terlalu mengikut drama 'supernatural' sampai ada certain part jadi cringeworthy...finally habis jugak baca buku ni dan secara jujur sgt kecewa, terbazir masa.
Harap penulis cuba lagi dan mungkin boleh perbanyakkan lagi buat research utk karya seterusnya.
melarat sangat. semua jenis makhluk nak diceritakan. ceritanya sepatut tamat di alam melaka, kemudian pusing² dan watak bertambah². mungkin sesuai untuk bacaan remaja. idea cerita banyak juga dipengaruhi filem dan drama barat.