Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kitab Lama #1

Kitab Lama

Rate this book
"Pendatang, tetap pendatang. Mereka datang dan kemudian pergi setelah memerah segala hasil kita. Seperti penyamun. Mereka takkan sanggup bermandian darah demi tanah air dan bangsa lain."

Malim dan Martin, dua insan serupa tapi tak sama yang merentasi dimensi alam, menyusur dari Kitab Hikayat Malim Deman. Dia dikembalikan ke zaman pemerintahan Inggeris dan Jepun yang dipenuhi derita. Lalu di situ, dia mencari jati dirinya. Mengenal dan melihat kekuatan bangsa sendiri demi sebuah Daulah. Daulah itulah yang mengalir ke segenap darah-darah bangsa Tuah.

Namun jiwanya rentan, pabila tiba saatnya dia dipaksa mencabut nyawa kekasihnya
sendiri, Merah. Apatah lagi Merah lebih sanggup mati di tangan Malim, daripada hidup menjadi hamba di kem tahanan. Semua sudah maklum, tiada gadis yang berjaya keluar dari kem itu hidup-hidup. Sama ada mereka mati diseksa, atau mati terseksa.

"Secuit kau sentuh anak aku, sebakul kau kan terima daripada aku!"

416 pages, Paperback

First published August 20, 2015

7 people are currently reading
90 people want to read

About the author

Sha Hanim Ramli

7 books38 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
64 (74%)
4 stars
16 (18%)
3 stars
5 (5%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 26, 2020
Soalan serius: Buku ini ada kesinambungannya kah?

Full review: 25/2/2020

4.5*

1. Fresh story. Ya, masih ada terselit kisah cinta sang teruna dan dara, tapi isu lebih besar yang dipersembahkan -- sejarah bangsa Melayu. Kisah sang pendatang yang hampir dilupakan saat semuanya dibuai kemajuan dunia. Patriotisme yang cuba disuntik itu dapat aku rasai. Kalau tidak kerana namanya, aku akan ingatkan penulis ini lelaki haha.

2. Martin vs Malim. Dua karakter yang berbeza dalam satu jasad yang sama. Merentasi masa dalam dua zaman. Aku tabik dengan permainan masa yang dihidang. Bukan senang mahu melakukannya tapi padaku, penulis sudah berjaya meyakinkan aku, setidak-tidaknya untuk aku percaya kewujudan Martin dan Malim.

3. Hikayat Malim Deman (HMD). Jujurnya aku sekadar tahu tentang HMD, jadi aku tak boleh komen banyak tentang ini. Cumanya, cara penulis ‘bercerita’ tentang si putera Raja Malim Dewa ini buat aku penasaran. Mungkin dah tiba masa mengkaji sendiri HMD ni, wahai Cherina?

4. Tok Damang. Kalaulah kita punya seorang ketua yang sebegini. Sayang, mungkinkah masih wujud di zaman ini?

5. Naga, Jentayu, Buraq dan aku takkan lupakan si Lebar. Serius watak ni paling menggamit hati. Dalam diam bicaranya, ada sisi lain yang terserlah. Bravo!

Banyak yang nak aku kongsikan tapi tak adil untuk buku ini. Biar kamu semua yang mencarinya sendiri, baru rasa thrill. Tapi, ada beberapa persoalan yang tidak terjawab. Mungkin buku ini ada sambungannya. Kalau ada, sesiapa boleh kongsikan ya.

Apa pun aku cukup puas hati, bayangkan buku ini ditulis sekitar 2015 tapi masih segar isunya. Dan, Sha Hanim Ramli dah masuk dalam list penulis yang perlu diberi perhatian. Tahniah!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
May 1, 2018
Untuk pembacaan yang direkodkan di liga membaca Goodreads Malaysia tahun ini, saya ingin sedikit tenang dalam memberi rating. Kalau tahun lepas, buku yang saya rasa kualitinya baik dan paling penting memberi kepuasan kepada saya sebagai pembaca, mudah saya beri 5star rating. Tahun ini, saya agak kemut😄 selepas baca lebih 300 novel, saya rasa sedikit lebih cerdik untuk menilai dari mind-frame yang lebih luas. Kitab Lama sangat awesome, tak teragak untuk dapat 5star rating dari saya. Sabtu & Ahad semalam saya selesai 3 trilogi Jangan Baca Novel Ni dan malam tadi selesai baca Igaukan Igau. Hari ini dengan Kitab Lama, saya terkedu dengan kehebatan penceritaan seorang Sha Hanim Ramli melalui Kitab Lama. Kisah berunsur futuristik, mistik, thriller, patriotic, dakwah... garapan yang amat cemerlang. Watak-wataknya, kesemuanya berkarisma, yang baik, yang jahat. Pernah seorang rakan memberitahu pengalaman beliau berkecimpung dalam politik, katanya orang politik mesti boleh jadi 'grey'; tidak boleh kata 'hitam' atau 'putih', kata-kata orang politik yang berjaya mesti 'kelabu'. Penulis membuktikan bahawa watak-watak yang menggerakkan kehidupan sebenarnya boleh memilih untuk tidak jadi 'watak grey'. Pemimpin boleh tunduk kepada musuh untuk seketika supaya dapat menyusun langkah atau strategi yang lebih berpotensi membuahkan kejayaan. Kalau bertindak jangan gopoh. Sebelum ikutkan hati yang panas fikirkan dulu kesannya kepada anak buah. Yang penting dalam hati seorang pemimpin yang baik, tidak boleh ada kelabu; mesti pilih, hitam atau putih. Sang penjajah tidak akan mahu membuang keringat percuma di tanah yang di jajah, semua aksi ada maksud untuk kepentingan diri. Selepas habis hasil tanah diperah, mereka akan pergi. Tali barut atau anjing penjajah yang rela menjual maruah bangsanya demi duit adalah seburuk-buruk makhluk. Novel Kitab Lama antara yang terbaik pernah saya baca. Harap buku ini menjadi bacaan beribu-ribu remaja dan rakyat Malaysia yang masih tersemat di hati, semangat cintakan tanah air.
Profile Image for Nadhiah Aida.
515 reviews27 followers
January 24, 2022
Dua kali baca buku ni
Sepanjang baca buku
Bulu meremang .... Gila
Tak tipu

Terasa marah gila dengan bangsa penjajah
Terasa marah yang amat bila bangsa melayu khianat bangsa sendiri
Penjajah datang menjajah ambil yang dikehendaki
Dan balik negara asal bila dapat yang hendak sudah dimiliki
Bangsa pribumi .. Kebuluran ... Kesengsaraan

Hanya bangsa melayu mampu menjatuhkan bangsa melayu sendiri

Majoriti anak melayu sudah tiada lagi sifat nasionalisme
Sayangkan negara sendiri
Kita bergaduh sesama sendiri
Atas nama Adil, Jujur dan Amanah
Tapi betul ke?

Kalau baca buku tak terasa sebak, tak rasa tersentak atau tak tersedar ...
Kena jumpa doktor psikologi rasanya

Martin watak utama .. pembaca mesti rasa nak seret muka kat jalan raya
Tapi bila Martin memasuki dunia alam lain ... Lalu menjadi Malim
Pembaca akan rasa ... Maybe semangat
Manusia boleh berubah apabila suatu perkara menjentik hati
Itu lah yang terjadi pada Malim

Tanah Melayu dijaga elok oleh tok nenek
Menjadi Malaysia .. negara membangun ...
Tapi sayangnya .. membangun dalam keadaan porak peranda
Isu politik isu rasuah isu gila kuasa
Sedih ...

Jangan biarkan Tanah Melayu dipegang oleh bangsa asing
Jangan biarkan agama Islam bukan lagi agama rasmi
Jangan biarkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua

Kesan membaca dan menyelami dunia Malim masih belum kesudahan
Kena baca buku nombor dua mungkin boleh hilang

Sejarah mengajar manusia untuk melakukan kesilapan orang dari zaman lepas
Jika kita tidak mempelajari seolah sejarah tidak punyai nilai
KOSONG
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
October 16, 2015
Kisah patriotik seperti ini yang diinginkan. Sungguh, terasa hingga ke tulang semangat yang dipertontonkan oleh watak-watak yang ada.

Penulis juga tidak bertumpu pada intipati sejarah negara itu sendiri. Tapi.. membawa kita mengenal makna kekeluargaan dan persahabatan. Juga, misteri keluarga Damang dan teman yang lain buatkan kisah ini punya plot penceritaan yang segar bagi saya.

Kesimpulannya, novel tipis ini tiada cacat celanya. Cumanya, mengharapkan agar penulis meneruskan lagi kisah Malim dan Merah yang tergantung juga bagaimana pengakhiran kisah Naga, Jentayu, Buraq serta keakraban mereka dengan Damang... Tahniah Sha Hanim Ramli! Saya menantikan Kitab Lama 2 kerana saya percaya Kitab Lama ini merupakan permulaan kepada perjuangan bangsa kita...
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
February 4, 2017
Saya terjumpa buku ni secara tidak sengaja.. Dan sudah banyak kali masukkan dlm shopping cart di mphonline tapi banyak kali juga tak jadi beli. Akhirnya beli di physical bookstore kedai buku banggol kuala terengganu. What can i say? I love this book.. Different from what i usually read nowadays. Because of my stressful work sometimes, i tend to gravitate towards light and easy materials. So with this book, i took a long time before i managed to complete reading it. But it was worth it... Again, an enjoyable read.
Profile Image for Fariha Jafri.
27 reviews3 followers
May 7, 2023
Best but banyak bahagian still tergantung lagi.
Waiting for the next piece.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
September 11, 2020
Best. Highly recommended. Novel bergenre historical ni sgt menarik. Another masterpiece. Semangat kemelayuan, semangat berjuang utk mempertahankan tanah air amat ditekankan di dalam novel ini. Kisah patriotik yg memberi kita ingatan ttg apa yg di alami oleh nenek moyang kita demi mempertahankan kedaulatan negera.

Kisah Martin yg mengembara ke zaman pendudukan Jepun & penjajahan British di Tanah Melayu. Dari tahun 2013 Martin kembali ke tahun 1942. Pd mulanya dia memberontak kerana terperangkap 70 tahun ke masa silam yg penuh dgn kekurangan. Tp semangat Malim terus menguasai dirinya. Malim bukan sembarangan tp penuh dgn keistimewaan yg tiada pd org lain. Andak yg menjumpai sekujur tubuh Martin bersama2 dgn sebuah kitab Lama yg penuh rahsia. Hanya dia yg dpt melihat melainkan Tok Damang, pemilik turun-temurun kitab itu. Apa kaitan Martin, Tok Damang dgn kitab Malim Deman? Kisah mereka ini di adun dgn sgt terperinci & kemas. Gaya bahasa yg bersesuaian dgn dua latar masa yg berbeza.

Kerana pengembaraan Martin yg merentasi masa, mengubah sikap dan keperibadiannya menjadi lebih baik dan menghargai sesuatu. Semangat Malim yg ada pd dirinya membuat dia sedar akan semua khilafnya sewaktu berada di dunia moden. Aku suka transformasi Martin kpd Malim. Malah setelah dia kembali ke alam nyata, sikap Malim terus kukuh dgn keperibadiannya. Watak2 lain juga sgt melengkapi. Merah, Tok Damang, Alang, Andak, Che Bunga, Mak Puteh & Dara sgt terkesan dihati. Malah perasaan sedih Malim setelah kehilangan mereka dan kembali ke dunia nyata sgt terkesan dihati. Digarap dgn sempurna oleh penulis.

Terima kasih kpd @akusipeminatbuku
kerana memilih aku utk menang giveaway sempena Hari Kemerdekaan. Sgt berbaloi utk dibaca. Dpt rasa perasaan nenek moyang kita apa yg terjadi sewaktu zaman penjajahan. Penjajah ttp penjajah. Datang dan pergi bersebab.
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
September 25, 2018
Kisah Martin yang 'mengembara' ke tahun 1942 sewaktu zaman penjajahan Inggeris dan Jepun. Kisah patriotik dan penuh semangat serta kasih sayang sehingga mengubah keperibadian Martin. Malah kisah ini juga mengesankan jiwa saya selaku pembaca.

Selain intipati sejarah, tema kekeluargaan dan persahabatan menjadikan karya ini sangat istimewa di hati saya.

Watak yang paling saya suka ialah Naga, Jentayu, Buraq. :)



nota : KOLEKSI SENDIRI
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
April 6, 2019
buku ni sangat menarik. kisah pengembaraan Martin merentasi zaman, nilai sejarah yg semakin dilupakan, keperitan hidup di zaman penjajahan jepun dan hikayat Malim Deman yg diadun dengan baik sekali... aku suka cara penulis mengangkat nilai kemelayuan dan semangat patriotik dalam buku ni kerana kita sebagai generasi muda mungkin tidak sedar atau tidak tahu dengan kehebatan bangsa melayu sebab sejarah kekuatan bangsa kita teah ditutup oleh penjajah hingga ke hari ini.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
July 4, 2020
Bagi aku, novel Kitab Lama ini adalah permulaan untuk suatu karya yang gah dan epik. Dah di awal-awal lagi, sudah terlihat gahnya.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
August 19, 2019
Kisah mempertahankan tanah air dari penjajah..

Akibat koma Martin kembali ke 70 tahun yang lampau, zaman sebelum Tanah Melayu belum Merdeka. Zaman dimana dijajah oleh pihak berkuasa besar dari Asia iaitu Jepun.

Disini Martin dikenali sebagai Malim, yang diserapkan sebagai anak melayu memperjuangkan kemerdekaan tidak seperti Martin lebih mengagungkan budaya yang dibawa oleh Barat.

Memberi semangat bila membaca buku ini. Lagi-lagi di era sekarang yang kebanyakkan tidak minat untuk mengetahui Sejarah negara sendiri. Sedangkan kita sekarang lebih banyak dijajah minda dengan budaya barat.

Sukar dilepaskan bila membaca buku karya penulisan Sha Hanim Ramli walaupun ini adalah pertama kali membaca karya beliau.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
February 4, 2017
Ohsem..
Sejarah yang digarap dengan baik..
Membangkitkan semangat Melayu..
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
March 21, 2022
fuhhhh dah lama aku tak baca sebuah karya yang ada roh dan semangat perjuangan agama bangsa dan negara. Tahu tak rasa dia macam mana? seakan roh pahlawan dahulu kala meresap masuk ke jiwa aku, setiap bait kata yg aku baca meresap ke naluri dan sanubari. Seakan terasa sakit dan perit nya nenek moyang aku berjuang dahulu, seakan marah aku dengan penjajah, berkobar kobar semangat tu.
.
Aku menangis! ya Aku menangis. Aku tak tahu la macam mana penulis sha hanim hasilkan sebuah karya mantap sebegini. Dengan penggunaan ayat2 yang menyentak kesedaran, ya Allah aku puas baca buku ni. Aku hayati perjalanan Malim, aku resap semangat Merah, aku contohi kesopanan Dara, aku kagumi ketokohan Pak Demang aku kagumi ketabahan Che Bunga. Semua mereka, kesemua mereka jika ada pada zaman dahulu, selayaknya syahid & syurga.

Bacalah! bacalah karya ini! Memang aku yakin korang akan terbuka hati, tersentak sanubari. Ini kisah sebuah perjuangan org kita di zaman jepun, kisah kasih dan sayang yang telus dan utuh, kisah cinta yang suci bersendikan syariat, kisah yang ikhlas.!!!
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
May 15, 2024
Martin yang koma setelah jatuh longkang, tersedar kembali di dunia asing. Dia yang hidup di tahun 2013, kini mendapati dirinya di zaman Jepun. Malah orang kampung menggelarkannya Malim. Keadaan dan situasi di kampung itu hampir membuatkannya tertekan. Namun akhirnya dia mula belajar menerima takdir dirinya.

Sebuah cerita yang sangat menarik dan laju penceritaannya. Penulisannya juga mampu menarik SH untuk terus membaca hingga ke penghujungnya tanpa berhenti. Memang leka dan asyik sedar-sedar sudah sampai ke penamat cerita.

Perangai Martin masa mula-mula berada di Kampung Semboyan sememangnya menyakitkan hati. Di samping tu SH rasa kelakar juga dengan perangai dia. Ada sahaja ulahnya. Siap lari lagi. Konon hati keras sangat tapi jumpa dengan Merah terus lembut hati untuk dengar nasihat. Mudah betul. Dan SH juga sukakan perkembangan watak Martin ni sendiri. Tidaklah berubah secara drastik tetapi secara perlahan-lahan dan realistik.

Sakitnya hati membaca perangai tentera Jepun dalam naskah ni. Mendidih lagi darah mengenangkan ada anak bangsa yang sanggup menjadi talibarut Jepun. Dan ada kalanya sang talibarut lebih kejam dari Jepun tu sendiri. Jantan ni kalau depan muka memang nak kena bantai. Memang geram sungguh SH tengok perangai dia.

Suka sangat dengan perwatakan Pak Damang ni. Ketua yang berwibawa. Membuat keputusan dengan bijak dan setelah ditimbang matang-matang. Bukan ikut emosi, malah dialah yang banyak menenangkan emosi anak buahnya. Bagi SH, Pak Damang melambangkan sifat pemimpin yang diinginkan oleh kita semua. Tidak pilih kasih, matang, bijak dan berani.

Segala emosi baik kegembiraan mahupun kesengsaraan yang dialami penduduk kampung disampaikan dengan sangat baik. Memang terasa sampai ke hati. Tak tahulah berapa kali SH marahkan Jantan dan Jepun dek kerana perbuatan mereka.

Namun ada sedikit perkara yang tergantung dan menimbulkan persoalan. Jika Martin ke zaman Jepun, di manakah Malim yang sebenarnya. Adakah dia telah mati atau bagaimana. Kisah Naga, Jentayu dan Buraq juga seolah-olah tiba-tiba sahaja kewujudan mereka. Dan seolah-olah watak tempelan yang hanya disebut-sebut sahaja. Tidak nampak kepentingan mereka.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
June 5, 2018
Tanpa ragu-ragu, saya memberikan 5 bintang kepada novel Kitab Lama. Sungguh tak sangka ada kisah dan garapan sebegini. Novel pertama saya baca hasil karya penulis Puan Sha Hanim Ramli.

Kisah ini menceritakan jati diri seorang melayu yang makin luput ditelan zaman. Arus kemodenan hari ni membuat kita lupa dan alpha tentang jati diri dan asal usul kita. Itulah pentingnya sejarah. Apa yang dilalui oleh nenek moyang kita pada masa lalu patut dijadikan pengajaran dan teladan.

Martin seorang anak muda yang hanyut dalam hidup. Tidak lagi mengenal adat dan budaya, mengikut cara hidup barat yang dulu pernah menjajah tanah melayu. Kini negara bebas merdeka, namun fikiran kita telah jauh dijajah mereka.

Pengalaman yang telah dilaluinya semasa koma telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada peribadi Martin @ Malim. Dia telah mengerti Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Jika pincang salah satu maka rosakkan bangsa dan agama.

Apa yang berlaku kepada Martin sebenarnya memang telah terjadi dalam masyarakat kita sekarang. Lupa diri, lupa adat sopan dan yang paling ditakuti lupa ajaran agama. Tidak lagi takut kepada larangan Allah.

Hidup kita ini perlu bersendikan syarak. Syarak bersendikan kitabullah. Insya Allah hidup akan selamat di dunia dan akhirat.

Tahniah puan!
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
February 11, 2019
nice novel. a big applause to the writer.

menampilkan sisi sejarah yang difiksyenkan menggunakan Hikayat Malim Deman. Karya yang bijak. Saya akui, di permulaan pembacaan memang saya kurang faham dengan penceritaannya. Jump sana jump sini, saya keliru. haha. walaupun saya alaminya begitu, penulis berjaya buatkan saya nak baca dan baca lagi untuk ketahui apa yang akan berlaku kepada Martin/Malim dan seluruh rakyat Kampung Semboyan yang masih berada di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun.

Betapa struggle nya nenek moyang kita berjuang dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa sendiri dari terus dipijak-pijak oleh penjajah. Allah... T_T

Keruntuhan akhlak yang dipaparkan oleh penulis dalam sisi hidup Martin adalah sesuatu yang benar. Novel ini diterbitkan pada 2015, saya baca pada 2019. Apa yang terpapar dalam novel ni telah menjadi menjadi semakin buruk sebenarnya dan sememangnya sukar untuk mendapatkan situasi serta akhlak orang2 dahulukala yang penuh dengan adab dan tatasusila. Pertemuan Martin dan 'Merah' pada tahun 2013 adalah simbolik di mana, sesuatu yang suci dan murni itu perlu hadir dari seorang insan sebelum dididik serta diturunkan kepada anak2nya pula.

Tahniah kepada penulis!
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books51 followers
May 6, 2020
Sebuah kisah time travel dengan unsur fantasi sejarah. Martin, remaja dari zaman 2013, terperangkap di zaman pendudukan Jepun 1942, dengan nama, Malim Damang.

Tanpa dia sedar, sebahagian dirinya bersusur galur daripada keturunan Malim Deman.

Di zaman 2013, sebagai Martin, dia adalah remaja kaya yang tiada adab. Kehidupannya juga menyisihkan agama dan bangsa. Sejarah, jauh sekali dia bangga.

Tetapi, bila berada di zaman 1942, sebagai Malim Damang, anak kepada penghulu Damang, wataknya berubah perlahan-lahan. Kekejaman Jepun terhadap bangsa membuatkan dia menjadi seorang pejuang. Kesakitan hatinya melebihi kesakitan tubuh bila melihat bangsa dizalimi.

Penceritaan yang lancar. Bahasa yang terjaga dan kena dengan setiap zaman. Malah, beberapa babak kekejaman Jepun yang diketengahkan oleh penulis benar-benar meninggalkan kesan. Sakit, takut, geram ... dan ada juga rasa ingin bangkit melawan.

Susunan plot juga sangat kemas. Lima bab awal benar-benar mengikat bacaan ke fasa seterusnya.

5/5 bintang.
10 reviews3 followers
December 16, 2019
Cerita ini mengisahkan Martin, budak bandar yang kaya- raya yang balik pada tahun 1942. Zaman apa itu? Zaman di mana Jepun menjengah sementelah Inggeris mengaut hasil bumi Tanah Melayu, lalu cabut lari.

Bagi saya, cerita ini dihasilkan bagi membuka mata kita, warga Malaysia akan kehidupan orang dahulu. Diseksa, ditindas dan tidak kurang dibunuh. Dan apa yang menyedihkan lagi, orang kita yang menyebabkan terjurusnya penyeksaan saudara- mara. Tali barut... Yang difikirnya harta melimpah, juga dendam sesama kaum kerabat. Sedangkan tidak dia sedar, tindakannya memakan diri sendiri juga bangsa yang makin dihambat derita.

Perkembangan cerita ini bermula ketika Martin terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya Malim, jejaka yang menyerupainya dan bukan Martin yang tiada pekerti serta menjengkelkan. Martin dimarahi, dipandang pelik oleh 'keluarga 1942 nya' apabila berlaku kurang ajar dan biadab-yang sebenarnya bukan peribadi Malim. Detik itu, Martin menyuruh diri sendiri untuk bersopan- santun juga menjadi Malim yang sifatnya umpama pendekar Melayu. Dengan kehadiran 'sahabat -sahabatnya', dia bisa hidup dalam kehidupan baharu. Fikiran tentang akankah dia pulang kepda zaman asalnya terpaksa diketepikan Semangat yang sifar, sepertinya berkobar- kobar untuk menentang Jepun durjana.

Yang menariknya buku ini, ada terselit kisah lagenda seperti Hang Tuah, Malim Deman serta Malim Dewa. Teori dan tekaan penulis sememangnya mengejutkan saya, dalam masa yang sama terfikir -fikir... Rasanya berlaku tak nanti sebagaimana teori- teori tersebut? Persoalan hanya tinggal persoalan.

Ingin saya suarakan motif utama penulis menghasilkan naskhah ini. Pertama sekali, penulis mahu pembaca terapkan tradisi juga adab yang kian dilupai orang sekarang. Kita sendiri tahu bahawa Melayu dari segi adabnya begitu indah. Saya yang membaca pun jadi terikut- ikut. Terbuai- buai dengan kelembutan bahasa.

Selain itu, kita sebagai orang yang hidup di zaman milenium perlulah bersyukur dengan usaha nenek moyang yang terus pertahankan tanah air. Tidak lupa juga kita sepatutnya meneruskan semangat pejuang dahulu. Tidak semestinya berperang, kita boleh belajar tinggi- tinggi dan berbakti kepada negara.

Akhir sekali, memang saya sangat berpuas hati dengan plot cerita. For serious. Dengan ada cerita pasal kayangan menyelit, menonjolkan kemelayuan sangat. Sekian.
Profile Image for Daisy.
161 reviews9 followers
May 31, 2020
𝔎𝔢𝔯𝔫𝔞 𝔏𝔢𝔡𝔞𝔫𝔤 𝔨𝔲𝔟𝔲 𝔱𝔢𝔯𝔞𝔨𝔥𝔦𝔯 𝔟𝔞𝔫𝔤𝔰𝔞 𝔨𝔦𝔱𝔞.

Buku ini mengisahkan tentang seorang anak muda yang sudah hilang jati diri sebagai seorang anak bangsa Melayu. Dengan izin Allah, Martin dikembalikan ke zaman pemerintahan Jepun yang dipenuhi dengan derita. Di sana, dia dikenali sebagai Malim bin Damang. Kembalinya dia ke zaman di mana orang-orang Melayu dibunuh, diseksa dengan kejam oleh bangsa bermata sepet, jiwanya yang alpha bangkit semula. Sesungguhnya, dia sedar. Betapa peritnya dijajah. Dia mengenal dan melihat kekuatan bangsa sendiri demi mengenal sebuah Daulah. Daulah itulah yang mengalir ke segenap darah-darah bangsa Tuah.
-
‘Sekarang ini, kau mampu memegang pena. Tetapi andai kau berada di zaman nenek moyang kita dahulu, siang dan malam kau hanya mampu memegang pedang dan senjata semata-mata untuk melindungi diri sendiri.’
-
‘Sedarlah, wahai sahabat! Kau tidak ubah seperti bangsa yang lupa lagi dilupakan. Melepuh kepanasan, menahan kesakitan daripada keangkuhan yang telah memakan diri. Andai kau sedar siapa dirimu, andai kau tahu asal usulmu, dan andai kau hayati sejarah kesilapanmu, sudah pasti kau tidak betah mengangkat kepalamu mendongak ke langit Tanah Melayu ini. Betapa sikapmu itu yang telah menjahanamkan bangsa sendiri.’
-
Cerita ini juga bertambah menarik dengan adanya elemen fantasi mengenai asal usul keturunan Malim bin Damang. Ianya dikaitkan dengan Malim Deman daripada hikayat Malim Deman, yang merupakan seorang anak raja dari kayangan. Asal usul keturunan itulah sebenarnya yang menyebabkan Martin atau Malim dikembalikan ke zaman Jepun.

Daripada watak-watak yang ditonjolkan, penulis Kitab Lama sangat berjaya menimbulkan empati yang mendalam terhadap penyiksaan yang dihadapi oleh nenek moyang kita dulu. Betapa sengsaranya dan betapa kuatnya mereka mengharugi sebuah penjajahan disertai kebergantungan yang tinggi kepada Allah Taala 😭❤️
-
‘Kita sebagai peribumi yang wajib setia bersama bumi kita.’
-
‘Kalau kamu mahu tahu cerita, ketahuilah Melayu memang kuat. Tapi, sejarah kekuatan bangsa kita ditutup oleh penjajah hingga ke hari ini.’
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
September 16, 2021
Buku Hari Malaysia : Kitab Lama oleh Sha Hanim Ramli. Terbitan Alaf 21.

Kisah Malim dan Martin, dua insan yang serupa tapi tak sama merentasi dimensi alam. Martin kembali ke zaman pemerintahan Inggeris dan Jepun yang dipenuji derita sebagai Malim. Lalu di situ, dia mencari jati dirinya. Mengenal bangsanya. Cinta tanah airnya.

Kisah perjuangan bangsa kita berdepan cengkaman imperialis. Setiap derita dan kedurjaan dipersembahkan dengan penuh menyayat hati. Menyuburkan nationalisme dan patriotisme buat generasi mendatang.

Kisah ini perihal menjaga jati diri dan identiti Bangsa Melayu. Dari segi personaliti, peribadi dan akhlak. Mematuhi adat yang berpaksi syarak, syarak bersendi kitabullah.

Walaupun mengandungi unsur sejarah dan fakta tetapi tetap diadun cantik menggunakan unsur fantasi dan Hikayat Melayu. Seperti Hikayat Malim Deman.

Latar tempat di kampung Semboyan yang membawa pembaca ke suasana kampung yang damai. Kehidupan serba kekurangan, kekurangan yang penuh kesempurnaan. Suasana itu kini, sedikit demi sedikit dimamah zaman.

Laras bahasa yang digunakan penulis juga mahu mengajak kita kembali perkukuh dan pertahan khazanah Bahasa Melayu kita.

Pengajaran, bersyukur dengan segala kurniaan hidup. Baca sejarah. Hargai khazanah, adat dan warisan. Melihat di belakang untuk terus maju ke hadapan. Bak kata Dish dalam lagu mereka:

"Ayuh kita ke hadapan
jangan putus harapan
terus mara ke depan
terus ke hadapan
jangan lupa warisan
bawa ia bersama
ke hadapan."

Saya akhiri salah satu ungkapan penulis dalam karya ini "Selagi kita mengikut adat, kita pasti beradab. Sepanjang masa jualah, kita kekal dalam martabat."

#MalaysiaMembaca
#DekahMembacaKebangsaan2021
#HariMalaysia
Profile Image for syaffffffff.
17 reviews
November 4, 2025
Sumpah buku ni paling mendebarkan, menyakitkan hati, menaikkan semangat, menghibakan, membanggakan, ‘mentraumakan’ dan berjaya buat diri ni merenung seketika akan ceteknya pengetahuan diri tentang sejarah 😅😂.

Mcm mana Martin rasa attach dengan Kampung Semboyan, macam tu lah juga kita sebagai pembaca ni. Walaupun perit hidup dalam zaman penjajahan Jepun, tapi penulis berjaya buat diri ni rasa nak hidup zaman tu, dan berjuang demi bangsa dan agama gitchuuu.

Unik penulisan buku ni tak perlu tunjukkan aksi tapi berjaya buat kita ‘amaze’ kehebatan orang Melayu dulu.

Kita susah nak attach dengan watak2 dalam buku, tapi buku ni berjaya buat kita rasa attach dengan semua watak. Terutama sekali watak Lebar. Curious nya pasal mamat ni. Ok dia anak raja. Tapi kenapa macam misterious sangat. Dia dgn Dr Irwan macam ada persamaan eh. Masing2 ada simpan rahsia. Ada pertalian kah. Dia perantau, tapi dari mana?????

Aihhhh banyak sangat nak dicakap tentang buku ni. Kalau ada yang jumpa buku ni sila lah beli dan baca.

SEJUTA BINTANG ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
January 17, 2025
Buku yang sangat menarik untuk dibaca. Bermain dengan masa dan ruang, takdir dan keajaiban. Buat rasa tak sabar nak tunggu apa yang akan jadi seterusnya.

Watak-watak terasa hidup dengan sifat dan konflik manusiawi.

Babak ngeri ditulis dengan baik. Mungkin agak visual untuk sesetengah pembaca.

Secara peribadinya, saya tak setuju dan tak berapa faham dengan penamatnya. Tapi mungkin boleh cuba faham yang dalam perjuangan, tidak semua kita nak boleh dapat.

Penulis tulis rasa kasih sayang dalam cerita ni bagus sangat. Jadi kehilangan pun buat rasa nak tanya, "kenapa macam tu?".
31 reviews
November 20, 2025
Kisah anak muda dari golongan T20 yang angkuh, kerana satu kejadian dia berada di abad penjajahan tanah Melayu oleh Jepun. Berbagai peristiwa berlaku membuatkan Martin anak muda angkuh ini berada dalam dijavu antara realiti dia di dua alam yang berbeza.

Peristiwa demi peristiwa cinta, setia kawan, kasih keluarga dan pengkhiatan yang wujud akibat terpaksa membuatkan Martin mula sedar tentang betapa penting jati diri Melayu.
Profile Image for Casper Judati.
63 reviews2 followers
November 19, 2021
Tiada apa yang perlu dipertikaikan tentang buku ini. Cukup 'rempah ratus'. Cukup 'perasa' semuanya. Semangat patriotik, semangat 'melayu' meluap-luap. Berlinang air mata tatkala membaca tragedi yang menimpa penduduk Kampung Semboyan. 'Pahit' yang terjadi pada Malau paling terkesan.

Tahniah buat sang penulis. Inilah salah satu buku terbaik untuk semua pembaca.
Author 6 books1 follower
April 6, 2020
Syabas kepada penulis. Jalan cerita yang menarik. Terutama berjaya menggarapkan elemen sejarah, patriotik, keagamaan, cinta agar mudah difahami. Buku ini membuatkan saya terus mengikuti karya2 lain penulis iaitu Bentala
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 24, 2022
Q U O T E


"Pendatang, tetap pendatang. Mereka datang, dan kemudian pergi pabila telah memerah segala hasil kita. Seperti penyamun. Tidaklah mereka sanggup duduk bermandian darah demi tanah air dan bangsa lain. Kita sebagai peribumi yang wajib setia bersama bumi kita."
_Tok Damang
10 reviews1 follower
May 9, 2017
Terasa mcm baca bagaikan puteri, tapi tetap unik
1 review1 follower
September 4, 2020
Setiap kali pembacaan pasti ada saja perkara yang akan menyentuh jiwa anak muda ini.Buku ini pasti membuatkan semangat patriotik lebih membara.
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.