Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kupeluk Hatimu

Rate this book
Tika usia masih mentah, dia sudah pandai bermain perasaan. Menyimpan perasaan pada seorang pelajar lelaki yang terkenal di sekolah. Tapi dek kerana kekurangan dirinya, disimpan kemas apa yang ada di hatinya. Namun, malam keramat itu telah mengubah segalanya. Dewi Karmila mula menjadi gadis perindu, pencinta yang setia. Tidak ada lelaki yang mampu menandingi si dia di hatinya.

Hati Rizuan tertarik pada si gadis manis yang ceria dan jinak-jinak merpati, tapi tegas dalam menjalankan tugasnya. Dek kerana sifat playboy, suka bertukar-tukar pasangan membuatkan dia tidak punya keyakinan untuk meluahkan perasaannya pada gadis bertudung bernama Dewi Karmila. Dia bimbang andai cintanya ditolak dan persahabatan yang terbina akan tergugat. Lalu disimpan sahaja apa yang ada di hatinya.

Dewi Karmila dan Rizuan pasangan sahabat yang kerap kali dilihat bersama, tapi masing-masing menidakkan apa yang ada di hati mereka. Tidak punya keyakinan untuk bersuara dan meluahkan isi hati mereka.

Apakah kesudahannya persahabatan yang terbina? Apakah Rizuan cukup berani untuk memikat hati si gadis?

497 pages, Paperback

First published August 25, 2015

2 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Rozita Abd. Wahab

12 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (32%)
4 stars
8 (28%)
3 stars
8 (28%)
2 stars
1 (3%)
1 star
2 (7%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
November 17, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM16.00. PM je....

Naskah yang digapai semata-mata kerana kecomelan kulit luarnya. Cute giler.... siap terangkat kaki lagi budak pompuan tu!

Mengisahkan Dewi Karmila yang terrrrrrpeluk Juan 'makhluk terhangat di sekolah' sewaktu blackout dek kerana hujanguruhkilat di koridor sekolah. Sergahan pak guard menyebabkan Dewi terkejut lantas sepantas kilat melarikan diri membiarkan Juan tergapai-gapai seorang diri. Jangan salah sangka, tiada isu sosial bebudak sekolah dalam scene ini. Juan tidak kenal pun siapa Dewi; budak selekeh, bercermin mata besar, bergigi jongang tapi genius.

Juan dikenakan tindakan tatatertib. Mulai hari itu menyimpan dendam ingin mencari gadis punca menyebab dia dipandang serong di sekolah. Buaya besar katakan... nama dah tercemar, mau x hangin!

Bertahun-tahun selepas itu, Juan dan Dewi ditemukan di bangunan yang sama. Dewi biarpun masih mengenali Juan, tetap berdiam diri kerana bimbang dendam Juan masih bersisa atas peristiwa tersebut. Selepas 2 tahun Juan mengenali Dewi, perasaan yang disimpan x tak tersimpan.... lantas diluahkan untuk menyunting Dewi. Dewi keberatan kerana Juan masih seperti dulu. Kini darjat diupgradekan... dah jadi playboy KL.

Kebetulan Dewi menjadi dambaan Sopian, sahabat baik semenjak di Universiti. Namun, apa kan daya... Juan juga di hati, biar se-boya mana pun dia. Boya suci...... sweeettttttt

******

Dewi sebenarnya punya adik kembar OKU yang cukup berbakat melukis, Zulastri. Mereka berkongsi uri. Sebenarnya kisah kembar ini yang menjadi paksi cerita. Bila Dewi menolak Sopian kerana pandangan jijiknya terhadap OKU. Malah ibu Juan juga tidak teragak2 menolak Dewi kerana bimbang keturunan mereka akan tercemar dengan DNA OKU. Keakraban Dewi-Zul mengagumkan. Zul sakit perut di rumah, Dewi yang berulang alik ke toilet. Zul demam di kampung, Dewi juga terbaring di katil.

Ada kisah kepincangan rumah tangga abang long.
Ada cerita mak si Dewi yang dibuang ibu.
Ada peristiwa ayah si Dewi yang membawa diri kerana tidak dapat mengahwini pujaan hati.
Kisah si isteri yang berkecil hati bila anak perempuan nan seorang dinamakan sempena kekasih hati/isteri x jadi si suami.

Tapi....

Itu lah

KU PELUK HATI MU ibarat aiskrim malaysia yang masih dijual dengan harga 2 kupang. Jangan diharap rasanya seperti cornetto, paddlepop butterfly.... Magnum apatah lagi!

Namun masih mengasyikkan rasa tika panas terik + jerebu melanda....

Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,019 reviews377 followers
January 27, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

I like! Suka dengan tema kekeluargaan yang ditonjolkan, suka dengan keakraban Dewi dan Zul. N juga suka dengan sikap rendah diri Juan, despite kelebihan yang ada pada dirinya.

N kira ceritanya agak simple, tapi diolah dengan begitu baik dan terperinci.
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
September 10, 2015
karya y simple tapi menggamit jiwa...sbb baca novel ni terkenang kt 1st love..hahahaa
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
February 13, 2025
Tak tipu. Novel ni antara novel yang paling saya suka. Serius jarang nak baca novel cinta. Cerita ni, sangat lain daripada tipikal novel-novel lain.

Tiada sedikitpun kejanggalan jalan cerita. Dan semua wataknya ada pengakhiran cerita masing-masing, termasuk Zul, Pian, semuanyalah.

Agak suka cara penulis garapkan hubungan adik-beradik kembar di antara Dewi dan Zul. Sangat, sangat real. Agak suka juga cara Zul memahami isi hati Rizuan terhadap Dewi. Dah macam brotherhood, sama-sama tolong satu sama lain untuk berani melangkah ke peringkat kehidupan masing-masing.

Suka tengok sikap Dewi. Tak terburu-buru dalam mencari cinta sebenar. Dia teliti betul-betul setiap seorang yang menyukai dia. Betullah, terkadang orang yang kita nampak agak bersosial itulah sebenarnya yang memiliki kemanusiaan yang tiada pada diri orang lain.

Novel ni, bukan sekadar cinta semata-mata. Ada terselit kekeluargaan juga. Oleh kerana itu saya seronok baca kisahnya.

Ya. Rahsia Tuhan. Biar kita lambat memilih, asalkan kita dapat pasangan yang hidup hingga ke syurga. Terima kasih penulis. Lahhh tertaip panjang. HAHAHA.
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
March 26, 2018
"Andai cinta itu untuknya , hati dan jiwa pun bersatu"

Dewi Karmila dan Rizuan..masing2 memendam perasan dengan istilah kawan baik. Dewi karmila menunggu si lelaki yang menduduki hatinya selama 14 tahun..

Juan pula mencari pemilik sepasang mata yang menghantui selama 14 tahun..siapa sangka ..dewi memilih playboy sebagai teman hidupnya..

menceritakan juga ikatan persaudaraan dewi dengan kembarnya yang tidak cacat anggota badan..bagaimana penerimaan masyarakat terhadap golongan kurang upaya

supian...lelaki yang mendambakan dewi..namun gagal kerana satu sahaja..iaitu penerimaan supian terhadap orang kurang upaya...

bagaimana persepi masyarakat yang takut menerima menantu dari ketrunan yang anggota keluarganya ada kecatatan...
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
September 15, 2015
2 1/2**

Saya membaca karya ini kerana nama penulisnya. Ya, saya penggemar tulisan Rozita Abd Wahab semenjak dia bersama Creative lagi. Karya-karyanya sering melekat dalam hati saya.

Ya, tidak dinafikan sentuhan Rozita dalam naskhah ini masih dapat saya rasai. Walau bagaimanapun ada ketikanya saya seperti hilang arah dan fokus. Pengulangan ayat yang sama membuatkan saya agak terganggu. (sepatutnya sebagai penulis lama yang sudah berpengalaman perkara sebegini dapat diatasi)

Namun sedikit sebanyak plot cerita berjaya mengubat hati saya. Nilai kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang kental antara Zulhadi-Dewi Karmila-Zulastri amat-amat saya kagumi. Cuma saya tertanya-tanya apa kesudahan pada kisah Ngah Simah (ibu saudara Dewi) yang jadi batu api dalam hubungan Makcik Jamilah (ibu Dewi) dengan emaknya (nenek Dewi) - Ok faham tak nak panjangkan cerita dan menebalkan halaman buku. Tapi sekurang-kurangnya ada penutupnya kan?

Watak Ridzuan yang dipotretkan sebagai playboy KL, walaupun agak berbau negative tetap berjaya membuatkan hati saya pro pada Ridzuan, bukan pada Sofian yang 'serba sempurna' di mana orang lain. Saya setuju dengan pilihan Dewi!

Typo sana-sini membuatkan hati saya terganggu... :( Masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki.


^_____^
Profile Image for Iman.
12 reviews
November 6, 2015
RAW ni antara novelis fav saya, KH ni pada pendapat saya walaupun tidak dpt menandingi novel RAW yg terdahulu ,ia tetap mempunyai keistimewaan tersendiri , permulaan cerita agak slow n sedikit boring dengan kisah Pian yg kejor Dewi , akan tetapi selepas 10% cerita berjalan, ia semakin menarik dan akhirnya meletup . Tidak meleret dan tiada acara tarik tali dlm novel ni. Konflik yang ringan . Bacaan santai dan sedikit sweet bila Dewi dan Juan mula bercinta dan mendirikan rumahtangga
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
July 9, 2016
Ada tak di antara kita yg dpt mendirikan rumahtangga dgn crush kita waktu sekolah dulu? bacalah kisah Dewi & Juan.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.