Jump to ratings and reviews
Rate this book

Antara 5 Cinta

Rate this book
Kompilasi Novelet "Antara 5 Cinta"
5 Karya, 5 Penulis

1. Bukan Hanya Kita - Hayati Ahmad
2. Katakan Kau Cinta - Cahaya Faliya
3. Teman Pengganti - Ilya Abdullah
4. Terima Kasih, Beb - Azizah Ami
5. Operasi Ikat Cinta - Hessa Widad

639 pages, Paperback

First published September 1, 2014

20 people want to read

About the author

Hayati Ahmad

19 books21 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (37%)
4 stars
4 (25%)
3 stars
1 (6%)
2 stars
2 (12%)
1 star
3 (18%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
March 3, 2026
Ini adalah kali kedua saya membaca antologi novelet dan teringatkan DUA buah cerita yang masih diingati sampailah sekarang, hanya DUA orang penulis yang dikenali iaitu ILYA ABDULLAH dan HESSA WIDAD kerana pernah membeli novel mereka.

TEMAN PENGGANTI ~ ILYA ABDULLAH ☆☆

Satu yang saya tidak menyukai sikap Joe adalah menyakiti perasaan wanita dicintainya dari disakiti emaknya yang membenci isterinya, pada anggapan saya selaku suami Joe sebenarnya yang mengkhianati dan melukakan hati sang isteri selama 5 tahun.

Gara-gara disahkan hidupnya tidak lama lagi, Joe kembali ke tanah air demi memikat hati bekas isteri untuk berkahwin semula. Akhirnya selepas kematian Joe, balunya mengahwini lelaki yang pernah meluahkan perasaan cinta kepadanya selain amanat Joe sebelum meninggal dunia.

TERIMA KASIH, BEB ~ AZIZAH AMI ☆☆

Yang kelakarnya saya masih mengingati cerita ini, kasihan watak utama perempuan yang menagih cinta suaminya seorang pensyarah yang terpaksa mengahwininya padahal mempunyai kekasih hati.

Benarlah kata orang, lebih baik mencintai orang yang mencintai diri kamu berbanding menangih cinta orang yang tidak mencintai kita. Akhirnya mereka bercerai tidak sampai setahun berkahwin tanpa menyentuh isterinya.

Saya tidak membenci watak utama perempuan sebaliknya menyampah dan meluat dengan perangai bekas suami serta kekasihnya, dalam keadaan ini mereka semua adalah mangsa keadaan. Semuanya tidak akan berlaku jika mereka tidak dikahwinkan.

BUKAN HANYA KITA ~ HAYATI AHMAD ☆☆

Pada mulanya saya ingatkan watak utama adalah Saidatul Orked si anak perempuan, rupa-rupanya saya tersilap sebaliknya emak Orked, Wan Kuntum Aini adalah watak utama cerita ini.

Watak Orked yang paling saya bengang sekali dalam cerita ini, sudahlah terjatuh cinta dengan kawan baik Pak Usunya dan akibat cemburukan lelaki itu mencintai emaknya dari dahulu. Tergamak memfitnah sehingga menyebabkan persahabatan Pak Usu musnah, akibat sakit hatinOrked langsung tidak pulang menjenguk emak di kampung sampailah dua kali dimasukkan ke hospital.

Alhamdulillah nasib baiklah Wan Aini dipanjangkan umur dan akhirnya mengahwini lelaki yang muda 7 tahun darinya, cerita ini menggambarkan perasaan ibu tunggal 39 tahun dengan lelaki 32 tahun duda yang muda darinya.

Kebelakangan ini ramai wanita muda/janda mengahwini lelaki muda dari mereka, ianya bukannya perkara yang baharu ataupun pelik kerana Khadijah isteri Nabi Muhammad SAW juga lebih tua jaraknya dari Rasulullah SAW. Selain statusnya sebagai janda, ianya tidak menghairankan.

KATAKAN KAU CINTA ~ CAHAYA FALIYA ☆☆

Kelakarnya semasa membaca babak Amirul cemburu melihat kemesraan bakal tunangnya dengan sepupu, Hakim dan menyindir mengenai hukum hakam. Padahal semasa watak Nad datang rumah sewanya sewaktu Amirul demam panas, sampaikan menyentuh dahinya dan menyuap makan.

Sudahlah ke hulu ke hilir berduaan tanpa ditemani mahram Nad, layakkah Amirul menegur perbuatan Nad bersama Hakim jika diri sendiri pun tidak menjaga batasnya. Dari asyik berkepit ke sana ke sini, lebih baik terus menikah. Tidak payahlah bertunang, sepatutnya pertunangan untuk mereka yang tidak pernah bertemu dan tidak mengenali sesama mereka.


OPERASI IKAT CINTA~ HESSA WIDAD

Saya takut tersalah mengingati rupa-rupanya memang tidak salah, cerita inilah yang paling membuatkan saya bengang kerana penulis menulis dengan membayangkan tanpa memeriksa kesahihan fakta sebenar.

Untuk pengetahuan semua, GEISAH BUKANNYA PELACUR sepertimana yang ditulis oleh penulis sebaliknya GEISHA ADALAH PENGHIBUR. Tugas Geisha hanyalah untuk menghiburkan orang dengan membuat persembahan menari, MAIKO adalah sama seperti GEISHA tetapi ianya tempoh latihan sebelum mereka menjadi GEISHA dan mendapat nama khas GEISHA.

Saya mengetahuinya kerana banyak menonton animasi jepun, terutamanya MAIKO-SAN CHI NO MAKANAI-SAN kerana mengisahkan dua orang kawan baik 15 tahun yang berasal dari Hokkaido. Sanggup datang ke Kyoto demi menjadi Geisha, seorang penghibur dan penari. Menontonlah animasi ini untuk demi mengenali dunia Geisha, bukannya sepertimana yang penulis merepek ini menulis dalam karyanya.

Nasihat saya biarpun hanya bayangan semata-mata sekalipun, tetaplah kena memeriksa, mencari dan mengesahkan maklumat melalui hujung jari. Sebelum pandai pandai menulis cerita mengikut suka hati, kalau orang Jepun mengetahui perkara ini semestinya mereka akan naik angin. Secara tidak langsung macam menghina geisha yang dihormati mereka, menjadilah penulis yang menyampaikan fakta sebenar bukannya bayangan mengarut.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
October 17, 2015
Lepas baca rasa nk baling kt dinding
Entah pape motif cerita
Displaying 1 - 3 of 3 reviews