Bacaan santai,
Pinjaman dari:
Perpustakaan Komuniti Setiawangsa Jusco AU2 - Perpustakaan Negara Malaysia
Dialog/nukilan yang menarik...
Kepada sesiapa yang ada masalah, janganlah 'stress' sangat. Cubalah angkat tangan dan renungkan bulu ketiakmu. Belajarlah daripadanya. Ia tetap tumbuh walaupun dalam keadaan tersepit.
"Bulu ketiak yang tersepit pun boleh tumbuh mekar mewangi. Apatah lagi kita kejadian Tuhan yang paling indah di muka bumi. Dikurniakan akal fikiran. Dapat taraf jadi khalifah lagi. Jadi, kalau kita sendiri sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran cepat sangat mengaku kalah, kita patut malu dengan bulu ketiak, kan?"
☑️ Jika kita rajin mencerakin ciptaan Allah, pasti ada pencerahan Allah di dalam kita menjalani kehidupan.
"Kita tidak boleh jadi macam orang lain. Dan orang lain tak boleh jadi macam kita. Bila kita 'try' nak jadi orang lain, itu namanya dah tergolong dalam kelompok menipu diri sendiri. Rasa ikhlas tu dah hilang! Yang pertama tak semestinya yang terbaik. Tapi manusia boleh belajar memperbaiki mana yang kurang. Jangan jadikan semua ini sebagai masalah untuk kau kuncupkan semangat kau!"
Kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Lantaran hendak puaskan hati sendiri pun sikit punya payah! Jadi hadaplah dan hadamkanlah selagi mampu. Telan selagi tidak tercekik.
You are born to be real. Not to be perfect!
☑️Analogi menarik tentang SEDERHANA
Apa-apa yang ada di muka bumi ini, biarlah secara sederhana walaupun kita suka bagai nak rak . .
Kita suka HUJAN.
Bumi rasa segar dengan kebiasaannya.
Tapi hujan yang berlebihan akan membuat bumi banjir.
Kita suka MATAHARI.
Dia memberi kehangatan.
Tapi mentari terik tanpa henti akan menyebabkan kemarau.
Jadi letakkan SEDERHANA di hadapan sesuatu yang kita suka.
Supaya apa yang kita suka tidak membawa BENCANA kepada kita kelak.
Truth only means something when it's had to admit.
Rest if you must. But, don't quit.
Perkara biasa kalau kita patah semangat, yang penting, jangan bunuh semangat itu.
The world is a book and those who do not travel just read only one page.
'House' dibina dengan batu, kayu dan konkrit manakala 'home' pula dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Kediaman kita akan jadi 'house' bila tiada keceriaan, kehidupan dan hilang kemanisannya.
☑️Analogi menarik tentang AL-QUR'AN...
"Ada perumpamaan tentang seorang jahil yang menuntut ilmu. Dia diibaratkan seperti hamba yang menerima surat daripada tuan dia. Contohnya, dalam surat tersebut, tuan dia menyuruh dia melakukan beberapa perkara dan melarang dia daripada melakukan beberapa perkara. Tetapi malangnya, dia tidak dapat menghayati kandungan surat tersebut disebabkan dia tidak memahami isi kandungan surat yang dinyatakan oleh tuan dia. Padahal dia boleh belajar atau bertanya kepada yang arif. Walau bagaimanapun ada juga orang yang memahami kandungan tersebut, tetapi dia tidak mahu mengamalkannya. Oleh itu kedua-dua kategori tersebut tergolong di dalam golongan yang jahil. Jadi rugilah mereka!."
"Ada orang mahu, tetapi dia tidak tahu.
Ada pula orang yang tahu, tetapi dia tidak mahu buat/laksanakan apa yang dia tahu.
Tanpa sedar, mungkin kita pun tergolong di dalam golongan ini."
"Macam kita membaca al-Qur'an tetapi belum cukup memahami kandungannya lagi. Mungkin kita sudah kenal hukum tajwid tetapi pada masa yang sama, biarlah isi ceritanya sampai kepada kita (difahami) supaya indahnya inti pati al-Quran ini kita boleh faham. Jangan sampai kita rasa, kenapa kita telah membaca al-Qur'an, tetapi kenapa rasa kosong lagi?"
☑️Persolan tentang IKHLAS
"Tahukah kenapa Allah menjanjikan ganjaran yang lebih baik dan kekal di akhirat dan bukannya di dunia?"
"Sebab Allah hendak melatih manusia supaya memberi tanpa mengharapkan balasan. Itulah yang dinamakan dan semula jadinya ia dapat melahirkan keihklasan."
☑️Persolan tentang REDHA
"Kalau betul apa yang kita mahu itu terbaik untuk kita, cepat atau lambat akan sampai jua ke tangan kita. Tetapi jika bukan... Ajarlah hati untuk terima bahawasanta Allah Maha Tahu apa yang kita tidak tahu. Walaupun buruk di mata kita, tetapi Allah tahu itulah yang terbaik untuk kita."
☑️Persolan tentang UJIAN
Ujian...
Bahasanya bisu.
Hadirnya terduga.
Adakala ujian untuk membersihkan dosa.
Adakala pula untuk kita bertanya.
Apakah diri sudah terlupa?
Terlupa siapakah diri kita di sisi-Nya?