Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cerita Budak Design

Rate this book
Masa aku masih setahun jagung, bila cikgu mengajar di sekolah tentang subjek cita-cita, jawapan yang aku ada mesti tak lari dari rakan-rakan sekelas lain. Ada doktor, ada firemen, ada tentera. Well, maybe once, I do told that I wanted to be a Superhero.

Menjadi seorang designer bukanlah sentiasa berada pada kedudukan teratas dalam list cita-cita aku. Heck, it was not even on the list. But somehow, ia terjadi, dan sebagaimana orang-orang tua dulu, ustaz-ustaz serta ustazah-ustazah sering sebutkan, things happen for a reason. Tapi diorang cakap dalam Bahasa Melayu-lah. #Duh.

Jadi, aku rasa takdir aku menjadi seorang designer sangat penuh dengan hikmah. Walaupun kadang-kadang, aku masih lagi terkeliru. Jadi, untuk aku hilangkan kekeliruan tu, aku tulis buku. Supaya, satu hari nanti bila aku terkeliru lagi, aku baca buku ni, boleh buat aku tersedar kembali bahawa satu masa dulu aku adalah seorang designer yang ada visi. Ataupun tidak.

Who cares?

160 pages, Unknown Binding

First published January 1, 2015

3 people are currently reading
28 people want to read

About the author

H. Benjamin

7 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (15%)
4 stars
10 (31%)
3 stars
10 (31%)
2 stars
4 (12%)
1 star
3 (9%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
August 26, 2018
Saya tiada sebab lain untuk membeli buku ini melainkan adanya perkataan 'design' pada tajuknya. Mungkin kerana saya juga turut bergelumang dengan dunia designing jadi saya langsung tidak berfikir panjang untuk membelinya. Terus saya hubungi penulis, minta autograf dan kirimkan pada kawan yang pulang ke Malaysia pada bulan Ogos yang lalu.

Saya kira buku ini bercerita lebih daripada hal designing. Bukan sekadar bertumpu pada designer sebaliknya pada sesiapa yang bergelumang dengan alam pekerjaan. Saya suka bahagian di mana penulis bercerita bahawa tidak menjadi masalah untuk membuat kesilapan ketika belajar, dan muka surat pada bab ini tidak dicetak dengan betul. Saya hampir-hampir mahu kritik soal sentiviti penerbit yang tidak teliti dalam penghasilan buku, namun rupa-rupanya muka surat pada bab itu sengaja dicetak sedemikian rupa, sesuai dengan tajuknya yang berkisar tentang 'membuat kesilapan'. Nak tahu apa kesilapannya, kenalah beli buku ini. :D

Lagi satu, antara bab yang saya suka juga ialah di mana penulis berpegang dengan prinsip "Just Do It!". Ala-ala tagline Nike gitu. Kadang-kadang untuk tampil berani dengan idea yang kita ada itu bukan perkara mudah, maka disebabkan itu kita mengambil sikap "nantilah". Akhirnya orang lain yang terfikirkan idea yang sama macam kita merealisasikannya, sekaligus telah mendahului kita. Realitinya, orang tak nak ambil tahu siapa yang mencetuskan idea, tetapi orang ingin tahu siapa yang memulakannya.

Buku ini secara keseluruhannya mengetengahkan pendapat dan pandangan peribadi penulis terhadap dunianya sebagai seorang designer, alam pekerjaan dam lain-lain. Bahasanya santai dan lepak saja, seolah-olah seorang abang sedang bercerita pada seorang adik. Seandainya buku ini dikategori sebagai biografi, inilah biografi paling sempoi sekali.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
May 30, 2016
Impressed by the cover. Sangat memanggil!
Not so over the content. Kisah biasa-biasa.
Profile Image for Matahari Buku.
24 reviews
June 14, 2022
Buku yang sesuai dibaca oleh para pelajar sekolah menengah atau pelajar universiti sebelum mereka menginjak ke alam pekerjaaan (sama ada sepenuh masa atau tidak). Cerita penulis mengenai industri yang beliau ceburi, tapi saya yakin masuk la mana mana industri pun, cerita hampir sama. Oleh itu, dalam hidup ini kita kena berani katakan tidak dan jangan jadi hamba manusia lain.
Profile Image for Nadiah.
15 reviews
January 9, 2023
Di pertengahan pembacaan, ia menjadi perlahan kerana topik-topiknya yang diceritakan adalah berkisar tentang kisah yang sama dalam naratif berbeza.

Baru kutahu juga, besar ya skop pekerjaan seorang 'graphic designer'!
Profile Image for Nona.
100 reviews
February 22, 2022
Q U O T E


"If you put very few things on a page, you leave lots of room for the imaginations."
_Dick Bruna
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
November 27, 2015
Cerita Budak Design.

Apa yang menarik perhatian aku untuk beli buku ni adalah sebab cover depan dia yang cantik. Haruslah cantik sebab penulis dia designer. Lagi satu, sebab ada perkataan 'Designer'. Aku dulu, minat jugak design-design ni. Tapi minat je lah, skill editing ni nan hado pun.

Maybe tinggi sangat kot expectation aku terhadap buku ni. Tapi tak de la nak kata buku ni mengecewakan aku. Penggunaan bahasa yang sempoi. Cerita pasal pengalaman penulis sendiri tu menarik tapi sayangnya tak terlalu detail. Macam... itu je? Sebab cerita yang terlalu ringkas.

I mean, aku expect penulis cerita more, since dia dah rahsiakan nama Studio or pihak yang terlibat. Penulis cerita, tapi tak cukup details. Maybe la, penulis nak be professional and jadikan as kenangan lalu tak nak ungkit-ungkit.

(Mesti ada yang akan cakap : "Kau nak detail macammana lagi ha?)


Aku rasa buku ni more kepada buku jenis motivasi. Life motivation. Sebab buku ni sedikit sebanyak bagi motivasi kat aku. Kudos kat penulis. Sebab dia berjaya tang bagi motivasi tu.


Satu lagi yang menarik dalam buku ni adalah gambar-gambar kat certain muka surat. Aku bukanlah jenis yang bosan bila baca buku yang takde gambar. So, aku enjoy menikmati gambar-gambar yang diselitkan penulis dalam buku ni.








Profile Image for Chekemdotty.
39 reviews3 followers
February 13, 2016
Aku suka buka ni sebab penulis ni rupa-rupanya budak kampung aku.Aku dah suruh mata-mata kampung siasat,seorang pun tak kenal sama ini mamat.Rupa-rupanya penulis ni pakai nama samaran.Cis,cis dan cis..Hahaha.
Tapi buku ni habaq ang,best..Petikan dari muka surat 63:

"Sebenarnya salah satu cara untuk kau tahu apa yang kau mahu,kau perlu keluar dari kepompong diri kau dahulu.Salah satu cara yang paling mudah ialah dengan cara kau travel satu dunia"
"Kau nak cari matlamat?Berkelanalah.."
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
May 21, 2016
i can't draw things that I imagine in my head but I can definitely imagine things beyond my imagination.

A book worth..cume tulah design cover dia mcm tak menarik..rase nak tolong design kan je...huhuu
ape ape pon good job H.Benjamin
Profile Image for Andy.
2 reviews
December 8, 2016
Penulis seolah-olah tried too hard untuk menulis sehingga menyebabkan gaya penceritaan agak bosan.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.