Hari-hari adalah hari baru selagi degup jantungmu masih berlagu. Hari-hari adlah hari koreksi kesilpan lalu. Biar di penghujung hari sebelum lena semalam kiraanmu mencecah setuja satu , hari ini kamu mengira semula bermula dari satu. Selagi ada nyawa, selagi itu ada putaran U pada tiap salah laku.
Ada apa sebenarnya dengan 365?
Ada jawapan bagi gundah gulana, putus asa dan segala rasa yang mendera jiwa. Bilangan hari dalam tahun-tahun biasa sebelum diselangi satu tahun lompat di antara, itu yang zahirnya.
Yang batinnya?
"Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat2 kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)"
Sesuai untuk golongan muda-mudi yang bawah 20 tahun yang mencari kata-kata semangat. Tetapi untuk saya yang berumur 26 tahun yang telah bergelumang dalam pelbagai jenis buku, '365' ialah karya yang repetitif, sesuatu yang telah saya baca berulang-ulang kali melalui karya-karya lain. Idea sama tetapi ayat lain.
it's actually a gift from dr anwar fazal kepada isteri terchenta. ohhh..so sweet.
really really really like it as a pocket reminder for the harsh day that i been through. but he really did remind the reader that the greatest book that we should read and carry in our heart everyday is Quran Al-Karim. Because all the words that we need is in there.
Menarik, grafik yang cantik membuatkan boleh habis membaca buku ini dalam tempoh tidak sampai sejam. Menyampaikan mesej kebaikan dengan indah lagi mudah. Prinsip yang saya belajar apabila habis membaca buku ini. Well done Dr. Anwar Fazal!
P.s : maaf kepada pemilik buku ini, saya baca sebelum minta izin. Hihi. Harap dihalalkan ya :)
rasanya beli buku ni sebab ada diskaun. dan rancang nak baca 1 muka surat sehari. malangnya aura prokrastinasi menjadi-jadi.
lepas lama peram buku ni kat rak, hari ni dapat habiskan dalam masa 2 jam. kalau mungkin dibaca masa awal beli dahulu, mungkin lebih terkesan. sekarang dah keras hati kot, atau lebih banyak diajarkan sendiri dengan kehidupan & manusia, jadi macam buku ni biasa.
oh, ada gunanya juga dibaca waktu sekarang; ada juga kata-kata yang kena sebab ramai rakan-rakan dah berpunya sedangkan aku single kakakkaa
353; Doktor suruh makan ubat 3x, 4x sehari kamu makan? Allah suruh solat 5x sehari kamu abaikan? Siapa yang sembuhkan? Doktor & ubat atau Tuhan?
356; Jangan pernah rasa lebih baik atau lebih hebat daripada sesiapa. Jika rasa itu datang, istighfar segera. 'Rasa itu' punca Iblis kekal jadi ahli neraka..
359; Kita buat dosa setiap hari tetapi tak pernah benci diri sendiri. Orang lain baru 1-2 dosanya yang kita ketahui, kita benci separuh mati.
Cuma 3 dari 365 nukilan peringatan & motivasi dari penulis ini. Terkesan & terasa sendiri? Cuba dapatkan buku ini. Nescaya malu dengan diri sendiri
Buku ini adalah hadiah guru saya kepada saya. Dan ianya motivational quotes untuk setiap hari sepanjang 365... mulanya saya tidak faham apa maksud 365 tu tetapi akhirnya bila difahami, 365 itu lebih jauh maksudnya daripada sekadar tajuk. menarik buku ini.