Kisah Hitler sejak dia lahir sehinggalah dia menubuhkan Nazi. Hitler yang lahir daripada rahim seorang ibu yang muda, tetapi ayahnya pula sudah hampir pencen. Ibunya adalah isteri ketiga, dan dia mempunyai adik-beradik berlainan ibu. Namun, tetap zaman kanak-kanak adalah zaman yang membahagiakan Hitler.
Semuanya berubah apabila ayahnya sudah pencen, dan dia dimasukkan ke sekolah teknikal, sedangkan dia seorang yang meminati seni. Dia menjadi pelajar yang memberontak. Apabila ayah dan ibunya sudah meninggal, dia pergi ke Vienna untuk mengejar impiannya menjadi pelukis terkenal. Selepas dua kali gagal memasuki akademi seni terkemuka Vienna, Hitler menjadi gelandangan. Daripada gelandangan itulah dia perlahan-lahan membentuk fahaman politiknya yang tersendiri.
Itu hanya mula, pada Perang Dunia Pertama, matlamat Hitler semakin jelas.
Al Ghazali Sulaiman berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010 anjuran Dewan Bahasa danPustaka. Karya kreatif dan non-kreatif beliau seringkali mendapat tempat di media massa.
Antaranya majalah Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, TunasCipta dan Pelita Bahasa. Juga di akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Harakah dan Siasah.
Hitler: Air Mata, Dendam dan Perjuangan mengisahkan tentang kehidupan Adolf Hitler dari zaman kecilnya membesar bersama keluarganya yang ramai dan seorang bapa yang merupakan seorang pendera dan kaki mabuk, sehingga dia meningkat remaja dan mengejar cita-citanya sebagai pelukis di Vienna, menjadi seorang gelandangan, askar dan akhirnya seorang ahli politik yg amat dikagumi ramai di Jerman tika itu.
Penulisan yg santai membuatkan pembacaan seronok dan mudah difahami dan diikuti. Tapi sy perasan terdapat beberapa kesalahan tatabahasa, ejaan dan kadang ulangan perkataan. Entah kerana editor tersalah pandang atau penerbitan buku ini memang tiada editor yang memeriksa buku ini terlebih dahulu.
Pening sekejap sbb ada kesilapan pada tarikh yg tertulis. Masa yg di silap tulis menyebabkan sy mengingatkan tempoh perjalanan cerita menjadi sepuluh antara bab 1 dan 2, sedangkan tempohnya hanya setahun.
Bagi sy, penulis tidak begitu teliti tentang bagaimana timbulnya sikap anti-Semintic Adolf. Sebabnya diberi pada bab-bab hadapan tapi ianya kontras dengan apa yang Adolf tunjukkan di Bab sebelumnya. Contohnya, Adolf menyalahkan doktor yang merawat ibunya atas kematian ibunya. Namun, pada bab terdahulu kita dapat melihat Adolf sangat berterima kasih kepada doktor tersebut. Tambahan lagi, doktor tersebut menolong Adolf dari segi wang dan Adolf sendiri menyatakan bahawa doktor itu adalah seorang Yahudi paling baik yg dia pernah jumpa. Begitu juga dengan penjual agen.
Ia hanya dinyatakan yg Adolf tidak akan mempercayai orang Yahudi kerana dikhianati dan ditipu mereka ketika dia memiliki agen penjual. Namun, skali lagi apa yang ditunjukkan kontras dengan apa yg dinyatakan, dengan agen penjual Yahudinya yang menolong memberinya wang tika dia cuba melarikan diri.
Bab setersunya langsung tidak menyentuh perasaan terhadap kedua watak2 ini, dan bagaimana dia mula membenci mereka. Kita hanya dinyakatakan perkara itu di bab hadapan, dan hal tu terasa seperti perubahan mengejut. Mungkin masalah rujukan yg dirujuk penulis atau masalah tidak cukup rujukan dibuat tentang kemunculan sikap anti-semitic Hitler. Tapi apa yang pasti, penulis tidak begitu jelas tentang topik tersebut.
Buku ini sangat sesuai utk sesiapa yang ingin melihat permulaan hidup Hitler, bagaimana dia bermula dari bawah sehingga ke atas dan pengenalan yang baik utk memahami bagaimana sentimen anti-Semitic di Jerman mula membangkit dan menyebar.
Kadang bila membaca buku ini, sy dapat melihat persamaan dengan apa yang dialami di negara Malaysia sndiri, seperti juga apa yg berlaku di luar negara. Ia mengingatkan sy betapa pentingnya untuk kita memahami bagaimana sejarah terjadi. Seperti yang dikatakan George Santaya, "those who cannot learn history are doomed to repeat it".
Lepas baca buku ini dalam versi eBook di https://www.e-sentral.com/book/info/5... baru aku faham kenapa Hitler boleh menjadi sebegitu kejam! Penceritaan sangat detail dan santai menyebabkan karya Al Ghazali ni antara toplist kalau aku nak baca something.
“Drexley meletakkan nombor keahlian parti bermula pada angka 500 bagi mewujudkan gambaran yang jumlah mereka lebih besar daripada angka sebenar. Rancangan itu bertujuan bagi menarik penyertaan lebih ramai ahli.” (ms 281)
HITLER, satu simbolik moden yang boleh dikatakan diktator atau pahlawan kebangsaan bagi bangsa german. ade 3 siri buku ,. (1) Air Mata, Dendam, Perjuangan. (2) Fuhrer. (3) Hancurnya "Third Reich". Bacaan yang baik remaja dengan bahasa yang mudah paham dan gaya penyampaian yang santai
Di Jerman, Hitler adalah seorang pemimpin agung. Pemimpin yang akan membawa Jerman ke kemuncak dunia. Tetapi, di sebelah dunia yang lain, Hitler adalah syaitan yang maha kejam.
Buku ini menceritakan perjalanan awal Hitler dalam bidang politik sebelum dia menjadi seorang pemimpin yang paling ditakuti dalam sejarah peradaban dunia yang mana dia jugalah yang telah mencetuskan kepada perang yang paling berdarah dalam sejarah kemanusiaan.