Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pabila Hujan Turun

Rate this book
"Pabila Hujan Turun" merupakan esei kompilasi kolum "Pabila Hujan Turun" tulisan Sasterawan Negara Prof Emeritus Dato' Shahnon Ahmad yang pernah tersiar dalam Dewan Sastera mulai Januari 2005 hingga Januari 2009. Tulisan-tulisan ini mengisi ruang pendek yang memuatkan sisi pemikiran Shahnon baik dalam menanggapi dunia kepengarangan beliau mahupun dunia kesusasteraan tempatan dan sejagat. Kompilasi esei ini bukan sahaja memuatkan pengalaman dan pemerhatian Shahnon dalam melihat kehidupan yang dipenuhi lambang dan tanda tetapi juga menghuraikan aliran dan gerakan kesusasteraan dunia yang mencorakkan sejarah.

Melalui "Pabila Hujan Turun", Shahnon menyajikan sebuah catatan kehidupan yang cukup luas cakupannya. Kata-katanya mengalir seperti sungai yang panjang dan berliku, penuh dengan segala peristiwa. Adakalanya seperti hujan yang menjunam, menikam hati pembaca dengan segala kisah dan kritikannya. Malah acap kali juga kata-katanya hinggap seperti embun yang hadir untuk menyedarkan tentang kesementaraan hidup di dunia; sekali gus memberi kedinginan takwa dalam hati sanubari pembacanya. Nyata, "Pabila Hujan Turun" adalah sungai, adalah hujan, adalah embun yang mengisi makna untuk ditafsirkan.

312 pages, Paperback

First published January 1, 2015

4 people are currently reading
18 people want to read

About the author

Shahnon Ahmad

71 books149 followers
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.

Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.

Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).

Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.

Source: Wikipedia

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (50%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
1 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
January 19, 2024
Saya sebelum ini, sangat tidak gemar mendengar nama SN SA. Awalnya saya suka baca novel beliau Ranjau Sepanjang Jalan. Bravo mega. Srerengre pun boleh tahan, walaupun bagi saya macam novel ciplak idea RSJ oleh penulis yang sama. Perasaan bengang berdengung ini hanya melantun di minda selepas saya membaca novel Tivi dan syit. Buku syit saya tidak berdaya habiskan. Terlalu meloyakan. Apa lagi bila sedar atau perasan bahawa politician yang beliau hentam, maki, caci separuh nyawa itu, adalah tokoh yang saya idolize pada ketika membaca bukunya. Jadinya, saya geram sungguh menenangkan orang tua ini yang bagi saya sudah mereng. Saya kurang membenci SN SA selepas membaca Detik-detik Diri di Daerah Daif.

Beberapa bab selepas mulakan Pabila Hujan Turun, hati saya berubah. Tidak lagi mampu membenci SN SA. Terbit pula sensasi hormat (respect). Entah bermula di mana, saya seperti mula faham mengapa dan apa motivasi (ehh, kan sama tu) beliau menulis karya yang sungguh menjijikkan.

Patriarch juga saya telah baca. Boleh lah juga masuk walaupun masih kaya dengan caci maki.

Semoga saya sempat baca (pada kadar lebih perlahan) buku ini sekali lagi sebelum saya ditimbus tanah.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.