Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa. Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati. Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
Satu perkara yang menarik perhatian aku apabila mula-mula membaca karya ini ialah pilihan dua bab pertama Buya Hamka untuk memulakan celotehnya.
Bab satu mengenai akal. Bab kedua mengenai ilmu dan akal.
Seakan-akan ada kesamaan dengan karangan kitab Ihya' Ulumuddin Imam Ghazali yang memulakan kitabnya dengan topik ilmu pengetahuan. Dan memang benar, dalam 7 bab seterusnya, selalu dirujuk kembali kepada penggunaan akal dalam mengharungi cabaran dan erti hidup.
Dalam pendefinisian akal, pengarang merujuk kepada Amin bin Abdul Kudus:-
"Pada istilah,...., 'pengetahuan akan perkara yang mesti diketahui',. Ia terbahagi kepada dua, pertama didapat dengan pancaindera, yang kedua permulaannya dalam diri sendiri."
Dan beliau terus berceloth lagi mengenai akal, tentang ilmu, amal dan iman.
Dua statemen ini rasanya sudah padu sebagai ringkasan kaitan keempat-empat perkara di atas:-
" Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah S.W.T, sebahagian untuk taat kepada Allah S.W.T, dan sebahagian lagi untuk sabar(menahan hati) daripada maksiat akan Allah S.W.T"
"Iman itu masih bertelanjang, pakaiannya ialah taqwa, perhiasannya ialah malu, hartanya ialah iffah, buahnya ialah ilmu".
Satu perkara lain yang menarik perhatian aku ialah penekanan beliau kepada konsep kesederhanaan. Dari sudut sederhana niat dan tujuan, sederhana berfikir hinggalah sederhana mencari nama/pangkat/harta etc2.
Sederhana di sini bukanlah bermaksud buat kerja sambil lewa atau tidak memberikan sepenuh tenaga dalam sesuatu perkara. Tidak. Sederhana yang dimaksudkan di sini adalah dari segi tidak berlebih-lebihan, adil dan sopan pada melakukan sesuatu perkara itu.
Memetik kata-kata pengarang,
"Yang akan disederhanakan ialah niat dan tunjuan, bukan bekas keluar." "Tujuan sederhana tidak terletak pada bentuk lahir." "Warna sederhana berlainan dan berbagai ragam, menurut kesanggupan tiap-tiap orang. Tetapi haruslah niat tempatnya tegak, diperbaiki."
Pengarang ada juga menyentuh beberapa perkara mengenai isu geopolitik, isu nasional dan politik. Walaupun ada pendapat beliau yang aku tak bersetuju, contohnya mengenai Negara Islam dan isu kepelbagaian parti.
Mengenai hal pentadbiran, pandangan beliau mengenai pemisahan administrasi agama dan administrasi negara mungkin agak kontroversi buat setengah pihak.(baca: bukan pemisahan agama dan negara). Konsep ini pada bacaan pertama kali mungkin nampak janggal kerana bunyinya seperti pengarang ingin mengasingkan agama dan negara. Sejujurnya beliau tidak terlalu menghuraikan perkara ini jadi aku tidak berniat untuk memanjangkan diskusi mengenai ini.
Apapun, pada hemat aku, buku ini bagus untuk dibawa di mana-mana untuk dibaca saat murung atau perlukan pencerahan. Benar, tidak boleh lawan bacanya Al-Qur'an. Tetapi sempit pandangan kita jika kita berasakan hanya satu sumber makrifat, panduan dan keterangan.
Kalau sesiapa mengharapkan inti-inti dan perbahasan falsafah menurut teori Barat melalui buku ini dibahaskan secara lumat, maka dia tersilap.
Pak HAMKA menerusi penulisannya ini mengangkat pelbagai tema terutamanya berkaitan kehidupan seperti persahabatan, cinta, ilmu, keutamaan dan beberapa lagi nilai-nilai yang penting sebagai seorang muslim.
Entah mengapa pembacaanku apabila sampai di tengah-tengah buku setebal 490 muka ini merangkak-rangkak dan membosankan. Namun, ia berjaya diubati semula ketika berganjak ke bab-bab akhir kerana aku baru mendapat rentak penulisan beliau.
Secara kasar, penulis mengupas bagaimana seseorang muslim itu memandang sesebuah kehidupan dan kebanyakan kupasannya lain daripada yang lain berbekalkan pengalaman beliau yang banyak, analogi yang sangat menarik dan pembacaan beliau yang luas. Contohnya ketika beliau bercerita mengenai adat resam orang Melayu pada awal buku ini.
Petikan kata-kata daripada failasuf Barat ada diselitkan pada beberapa bab (yang sebahagian daripadanya mampu memberi gambaran ringkas mengenai sesuatu teori tersebut) dan yang paling cantik ialah penulis menutup tirai penulisannya dengan mengulas hikmah di sebalik pelaksanaan kelima-lima rukun Islam yang kita amalkan dan mengembalikan semuanya kepada Allah.
Sangat sangat amat berat yang dibincangkannya walaupun dalam bahasa yang mudah. Banyak benda yang dinyatakan Buya masih relevan terutama dalam hal berkawan dan berpolitik. Harus diulang lagi. Sama layak dengan Ihya Ulum walaupun mungkin tidak setaraf.
Falsafah Hidup membawa saya untuk mengenal lebih dekat dengan diri. Falsafah hidup ini bukanlah bermaksud kita perlu ‘berfalsafah’ dalam berkata-kata, sebaliknya ia mengajak kepada ‘berfalsafah’ dalam tindak tanduk perbuatan. Berbuat baik dalam semua perkara dan meninggalkan sifat-sifat keji yang dilarang agama. Nampak seakan cliché namun perkara ini seringkali diabaikan dan kadang juga dianggap sebagai ‘acah-acah baik’.
Hamka mengajak pembaca untuk menggunakan akal disamping menjadikan wahyu seiringan dalam sesuatu tindakan agar perbuatan tersebut tidak menyalahi syariat. Selain itu adab juga menjadi keutamaan ketika berhadapan dengan seseorang yang mana ia merupakan pandang luar pertama yang sering diperhatikan.
Takwa juga adalah titik tengah pada kehidupan iaitu memelihara hubungan dengan Tuhan dan sesama manusia. Besederhana dalam setiap perkara namun bukan bermaksud tidak mahu menjadi yang terbaik ataupun menjadi yang paling kurang, tetapi ia lebih kepada kewaspadaan dalam apa jua perkara agar tidak melahirkan bibit bibit kerosakan di kemudian hari. Sentiasa berfikir membawa kepada falsafah yang tiada hujung. Mengapa saya bertanya? Siapa saya?
" Demikianlah kita menempuh hidup; lahir,berjuang, dan akhirnya mati. Sekarang kita tuliskan dan dapat kita teropong, gelapkah yang ada di hadapan kita atau terangkah? Betapa pun kita harus percaya, bahwa kebaikan juga yang akan menang. Sebab asal usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanya karena dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yg kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan IMAN dan selalu berbaik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup" . . 🌻Baca buku ini tuuh ya..sesuatu banget, butuh perjuangan untuk menyelesaikannya. Bukan karena jelek tapi karena setiap kata kata adalah ilmu baru. Biasanya ya kalo baca buku satu halaman itu ilmunya satu poin, kalo ini cara penjelasan satu poin itu pun dengan ilmu ilmu yg baru. Buya Hamka memang ulama besar Indonesia, wajar kalo tulisannya se berkualitas ini. Di buku ini dijelaskan mengenai apa sebenarnya yang disebut hidup, menjadi manusia yang baik sesuai falsafah penciptaan manusia, sikap dan hal hal apa saja yang harus dimiliki manusia kalo hidupnya ingin bahagia menurut Islam. Semua hal dijelaskan dari pengertian, hakekat penciptaannya, hingga penerapanya dan kaitannya dengan hal yg lain. Terakhir di buku ini dirangkum semua rahasia hidup dengan kuncinya "penyempurnanya" yaitu syariat dari Allah Azza Wa Jalla.Kekurangan buku ini cuma satu, karena ditulis di tahun 1936 istilahnya kalo di buku fiksi ini sastra lama, bahasanya banyak percampuran dengan bahasa melayu. Rekomended bangeeeet, pokonya sekali seumur hidup wajib baca bukunya Buya Hamka.
Isi mantap. Wajib baca bagi semua terutamanya pemuda. Dia bukan hanya sebut berkenaan falsafah Islam, malah falsafah barat dan timur pun ada juga disebut. Haruslah begitu, kerana ada saja yang bertindan dengan falsafah Islam.
Ada dua bahagian, sedikit saja, yang buat sisi feminis aku bengang sikit. Sebab apa? Sebab penulis macam tak berkenan dengan perangai perempuan. Tapi dia pandai pusing balik pandangan lepas tu sebab memanglah perempuan adalah fitnah bagi lelaki.
Buku ni sesuai dibaca oleh lelaki rasanya. Sebab dalam banyak bahgian, gaya interaksi dengan pembacanya lebih kepada pengurusan dan kepimpinan ketua keluarga dan ketua negara.
Topik yang dibincang merangkumi hidup, akal, budi, kesopanan, kesederhanaan, keberanian, kemerdekaan, persahabatan dan pandangan hidup. Setiap satu dipecahkan kepada sub-bab yang pendek sahaja dalam 3 hingga 4 muka surat. Semuanya mengikut falsafah dan prinsip Islam. Tak rasa berat membacanya kerana cara susunan pendek-pendek. Lebih mudah dihadam begitu barangkali.
Mai nak boh quote sedap sikit,
" Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang, dan akhirnya mati. "
Ya, pertama kali membaca tulisan Pak HAMKA. Disebabkan mendalamnya maksud kadang-kadang terpaksa dua tiga ulang untuk memahami apa yang ingin disampaikan. Yang teristimewa apabila Pak HAMKA menyebut bahawa agama bukan falsafah, tetapi dengan mendalami falsafah akan dapat memahami agama. Sesuai kepada sesiapa yang menggemari hikmah dan pencinta rahsia untuk menekuni buku ini.
Buah pemikiran Buya Hamka mengenai bagaimana sebaiknya manusia memandang hidup dan membawa diri sehari-harinya. Walaupun terkadang bahasannya memutar-mutar, buku ini sangat bagus terutama untuk mereka yang ingin mencari arti kebahagiaan dalam hidup
Persoalan-persoalan hidup yang mudah tetapi dirungkai dengan lebih mendalam. Itulah pak Hamka yang ku kenal. Salah satu sebab aku meminati karya beliau adalah kerana metafora yang beliau berikan terhadap sesuatu isu. Kadang2 tak terjangkau akal. Dan kalau kau ingat Hamka hanya bagi contoh bagi sesuatu isu daripada pendapat Ulama Islam sahaja, kau silap. Beliau ada juga keluarkan pendapat2 ahli falsafah barat seperti Voltaire dan sebagainya. Buku ini ibarat nasihat kepada diri sendiri dari segenap sudut. Umpama kau tengah marah lepas tu ada orang tetiba urut belakang kau "lek Jue lek lek, sabo sabo" Haha #JuePls
Buku Falsafah Hidup mengajak kita berpikir lebih dalam sebentar, menelusuri makna hidup, dan bagaimana semestinya setiap insan menjalani hidupnya. Hingga kelak terbentuk masyarakat serta peradaban yang ideal. Hingga keadilan bukan lagi barang mahal yang sulit diperoleh di muka bumi. Hingga apa-apa yang kita ikhtiarkan hanyalah karena ridha-Nya semata.
Di sepanjang buku, banyak sekali barisan kata yang amat berkesan. Menggugah semangat meski bukan disampaikan dengan gaya yang berapi-api, melainkan kalimat bijak sederhana yang maknanya lebih dalam dari apa yang sekilas kita kira.
Salah satu buku yang harus dibaca seorang muslim sih menurutku.
Semua yang ada di dalam buku ini quoteable. Salah satunya adalah, "Jangan diabaikan cita-cita yang tumbuh, pupuklah dia. Baik pada burung yang mengangkut rumput selembar-lembar untuk sarang anaknya. Atau pada petani yang bertekun di sawah, di bawah cahaya matahari sehingga punggungnya telah hitam." (hal.179)
Setiap helaian yang dibaca memerlukan renungan, sebab itu ia mengambil sedikit masa untuk dihabiskan oleh pembaca. Walaupun isi yang disampaikan mudah difahami, ia seolah-olah tepat mengenai diri pembaca, sama ada sebagai teguran ataupun peringatan. Mungkin penulisan buku ini lahir dari hati penulis.
Hampir keseluruhan karya ini mengajak kita kembali menggunakan akal yang dikurniakan untuk berfikir akan Allah SWT dan menghidupkan agama dalam diri,masharakat dan peringkat seterusnya.
Ya,akal sebenarnya harus dipandu oleh wahyu agar kita tidak sesat dalam berfikir dan mencari kebenaran.
Terlalu banyak hal tentang buku ini yang tidak bisa saya tuliskan di sini. Mungkin nanti, di blog. Untuk tiga seri selanjutnya: Lembaga hidup, lembaga budi dan Tasawuf moderen, semoga segera masuk koleksi pribadi.
Kesenangan hati tidak dapat dihargai dengan uang, tidak dapat dibeli dan tidak dapat dijual. Siapa saja yang tidak ingin berkenalan dengan kesusahan dan kedukaan, siapa saja yang ingin merasa tentram, hendaklah menanamkan kesederhanaan dalam apapun jua. Sederhana dalam niat dan tujuan (tak panjang angan-angan), sederhana berpikir (pikiran yang tegak sendiri, tak terpengaruh orang lain, tak butuh ridho manusia), sederhana keperluan hidup (fokus fungsi bukan gaya), sederhana mencari nama (tak mencari popularitas). . . .
Pangkal pokok kegembiraan ialah keamanan dan ketentraman hati. Kepercayaan yang penuh kepada hidup. Percaya kepada kekuatan yang diberikan Allah kepada diri, dan tidak mengeluh karena halangan yang bertemu di tengah jalan, melainkan nerusaha mengatasi dab melampaui halangan dengan akal yang tidak hilang, dengan pikiran yang teguh dan hati besar. Banyak sekali orang duduk termenung seakan-akan dunia ini hanya sejengkal. Lebih merenungnya daripada merenung ahli filsafat. . . .
Sederhanalah dalam kedukaan dan kesukaan. Dalam kebencian dan kesayangan. Dalam kemarahan dan kasih sayang. Karena orang yang sederhana, walaupun pergi ke mana dan dengan siapa bergaul, tidaklah merasa canggung.
falfasah hidup bagiku adalah buku yang kaya: kaya hikmah, kaya ilmu, kaya referensi. padat sarat tapi penjelasannya mudah dipahami. saya mulai dapat vibes-nya ketika baca bab pertama dengan banyak kutipan dari para filosof ternama.
cukup berat buatku sampai kadang harus baca berulang atau fokus untuk mencerna isi bukunya. tapi akhirnya bisa menyelesaikannya juga. buku ini cocoknya dibaca pas mood sedang bagus.
HAMKA adalah ulama sekaligus penulis yang hebat. Ini kombinasi yang langka. Diantara banyak buku yang mengulas falsafah religi, buku ini saya kira yang terbaik. Buku ini banyak mengingatkan, bahwa beragama justru tidak membuat orang beringas. Makin "beragama" seharusnya orang makin "merunduk" bukan makin menggurui, gampang menuding apalagi meng-kafir-kan sebagaimana banyak terjadi saat ini.
Sebab banyak buku menunggu giliran, terpaksalah menghentikan bacaan buku yang rasanya tak mampu juga dihabiskan. Secara peribadi, first impression memainkan peranan penting untuk aku teruskan bacaan sehingga ke halaman terakhir. Buku ini tidaklah luarbiasa. Ia biasa-biasa saja.
Alhamdulillah. Satu nikmat kepuasan dapat khatamkan pembacaan buku HAMKA yang satu ni. Falsafah Hidup. Mempunyai 9 bab keseluruhannya dan disertakan sub-bab untuk setiapnya. Setiap sub-bab tidaklah terlalu panjang huraiannya, kebanyakannya hanya mengambil tiga muka surat sahaja. Jadi, tidaklah menimbulkan rasa bosan dalam pembacaannya.
Karangan Hamka yang merangkumi 419 muka surat ini menceritakan bagaimana sepatutnya seorang insan itu hidup.
Bab 1 dimulakan dengan perihal hidup dan akal manusia. Betapa akal itu penting dalam kehidupan manusia. Seperti yang kita pelajari dalam mantiq, manusia itu merupakan حيوان ناطق. Manusia juga haiwan, tetapi Tuhan memberikannya kelebihan akal. Kepada akal itulah bersandar segala perkara yang wajib dia lakukan atau wajib dia tinggalkan. Dengan akal, manusia dapat memikirkan betapa besar nikmat yang diterimanya dari Tuhan.
"Mengikat binatang dengan tali, mengikat manusia dengan akalnya."
Dikisahkan juga tanda/bukti orang yg berakal bagaimana? Setengah hukama berkata: "Perkataannya tidak banyak yang tidak berguna"
Dalam Falsafah hidup juga menyuruh kita supaya sentiasa bersederhana. Sederhana niat dan tujuan, sederhana dalam berfikir, sederhana mengeluarkan perasaan, sederhana mencari pangkat dan sebagainya.
Di dalam bab muru'ah pula, diceritakan perihal apakah daya upaya melawan syahwat?
Menurut sebahagian hukama' ialah dengan tiga perkara. 1. Mengalihkan pandangan kepada yang lain, seketika bertemu dengan barang (baca: perkara) yang membangkitkan syahwat.
2. Carilah rezeki yang halal, halal lawannya ialah haram.
3. Perasaan yang terkandung dalam jiwa sendiri tentang tentang takwa kepada Allah s.w.t,baik mengerjakan suruhan-Nya atau menghentikan laranganNya. Insaf bahawa Tuhan tahu akan kejapan mata dan yang tersimpan dalam hati.
Keutamaan menjaga pandangan di dalam bab beberapa contoh kesopanan dalam islam juga tidak dilupakan.
_Terutama lagi bagi anak muda. Hendaklah mereka menjaga pandang matanya, terutama pada waktu muda, sebab kerapkali besar perintahnya atas dirinya, daripada akalnya. Zaman muda adalah zaman perjuangan yang maha hebat. Alangkah beruntungnya jikalau zaman perjuangan itu boleh ditempuh dengan selamat, dan setelah ia menjadi orang dewasa, dia berasa bangga dengan kemenangan itu._
Bab persahabatan pula adalah antara bab yang paling disukai. Kita bersahabat dengan manusia, bukan dengan malaikat, jadi tidaklah terlepas dari kesilapan. Hubungan persahabatan lebih utama daripada cinta. Kerana persahabatan kita dapat nikmati pada waktu sulit dan susah.
Duhai perempuan, ingatlah, lelaki adalah kepunyaan dunia sebelum menjadi kepunyaan rumah; lelaki kepunyaan dunia sebelum dia menjadi kepunyaan seorang perempuan.
Duhai lelaki, janganlah ragu akan keutamaan perempuan lantaran cinta dan kasih sayangnya itu. Dia sanggup berkorban, sanggup melupakan kepentingan dirinya untuk kepentingan orang lain, terutama suaminya atau orang yang dicintainya.
Begitulah antara falsafah" dalam hidup. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan IMAN, dan baik sangka kepada Tuhan.
𝘒𝘦𝘫𝘢𝘵𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘪𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳𝘢𝘯, 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘮𝘱𝘶𝘩 𝘬𝘦𝘴𝘶𝘭𝘪𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢. 𝘈𝘥𝘢 𝘱𝘶𝘭𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘵𝘶𝘩 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢-𝘭𝘢𝘮𝘢𝘯𝘺𝘢 (𝘏𝘢𝘭𝘢𝘮𝘢𝘯 10). Ketika kita ingin menggapai sesuatu hal, lalu jatuh atau mengalami kegagalan. Kita perlu berusaha untuk bangkit kembali. Tidak hanya berdiam diri di tempat yang sama. Karena yang terjadi hari ini dapat dijadikan sebagai pembelajaran untuk hari-hari yang akan dilalui selanjutnya.
Ini adalah buku pertama yang saya baca, dari karya-karya Buya Hamka lainnya. Buku Falsafah Hidup terdiri dari 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 pembahasan yaitu 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩, 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐥, 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐚𝐝𝐚𝐛 𝐤𝐞𝐬𝐨𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚, 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢, 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧, 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩.
Setelah membaca buku ini, tentunya mendapatkan wawasan baru. Terdapat banyak kalimat yang memberikan pencerahan sekaligus menjadi pengingat diri. Manusia memiliki derajat yang sama dihadapan Allah SWT. Hal yang menjadi kelebihan tiap manusia yaitu takwa, budi, dan kecerdasan akalnya. Sebagai umat Islam, dilarang tidak bertegur sapa antar sesama lebih dari tiga hari. Tidak menghina dan merendahkan derajat orang lain. Harus saling menghormati kehormatan orang lain dan menegakkan keadilan.
Buku bergenre agama yang dilengkapi dengan kutipan ayat suci Al-Quran didalamnya. Sangat cocok dibaca oleh semua kalangan, mulai dari usia 13 tahun keatas. Bahasa yang digunakan mudah untuk dipahami oleh pembaca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
The book "Philosophy of Life" is one of Hamka's non-fiction works filled with thoughts. Hamka himself called this book as advice about life and its secrets. The secret in question is the technique of solving life's problems based on the verses of the Koran and hadith.
In this book he wrote in 1940, Hamka discusses the philosophy of life in nine chapters. The first chapter is about life which according to him is like a woven fabric that continues to become cloth. The weaving is small, neat, and consistent so that even though one piece at a time, it gradually becomes a complete picture that reflects who we really are.
The threads of life are woven one by one every day until humans meet death. After a human dies, the image is created perfectly and becomes the identity of that person to the afterlife.
In other chapters, Hamka talks about the fundamentals of life and the most basic aspects of human life, both in the natural world and in the next life. The following chapters discuss science and reason, natural law, modesty, modesty, courage, justice, friendship, and 'Islam forms a way of life'.
After reading this book, I understand more about the orientation of the end of life and how to live a temporary life.
"Sabar menanggung cubaan dan syukur menerima nikmat" -FH;286
Alhamdulillah. Senaskah Falsafah Hidup yang amat berat untuk dihadam, bukan sebab topik, tapi kebenaran dalam setiap huraian yang kadang2 memang menyesakkan dada, tamparan dia tepat! Suka dengan huraian Bab 2, Bab 4, Bab 5, Bab 7. Banyak bagi aku kesedaran especially tentang cara mengawal akal, tentang diri sendiri, tentang orang sekeliling. Buku ni bukan tentang agama semata2, diselitkan tentang politik, tentang pegangan dan pemikiran ahli2 falsafah barat. Bila disimpulkan semuanya, ternyata itulah realiti kehidupan. Rentak ayat penuh berkias, berfalsafah yang seperti berpuisi buat aku sentiasa tertarik dengan penulisan Hamka.
"Demikianlah kita menempuh hidup; LAHIR, BERJUANG, dan akhirnya MATI." -FH:418
⭐️Rate 4/5 Sebagai seorang perempuan, rasa tak best bila masuk page 374-376. 389-392. That's why aku tak boleh nak bagi 5/5.
Analoginya, andai satu hari saya tercampak ke sebuah pulau dan dibiarkan keseorangan pada masa yang sama dibenarkan membawa satu bahan bacaan, saya akan memilih buku ini. Pak Hamka seakan mempunyai magis daripada gaya penulisannya. Penulisannya dan penggunaan bahasanya sangat cantik dan kemas, seakan-akan Pak Hamka sedang berbicara di helaian demi helaian. Perbincangan mencakupi nilai kehidupan, tidak memisahkan sudut pandang agama serta ditutur dengan penuh hikmah. Sedikit sejarah tentang negara asal penulis, kisah-kisah yang tidak pernah didengari dalam setiap sub-topik saya kira amat menarik. Pembacaan ini benar benar telah meberi kesan kepada saya meskipun baru bacaan pertama. Buku ini sangat direkomendasi untuk bacaan umum, ia terlalu sarat dengan pengajaran dan perkara baru untuk diambil hikmah dan dijadikan panduan hidup.
Ini buku ke-3 yang saya baca hasil tulisan HAMKA. Setiap tajuk atau topik dalam buku Falsafah Hidup ini mengajar saya asas menjalani kehidupan. Asas-asas ini sesuatu yang menjadi fitrah setiap insan, namun semakin menjadi asing atau dilupakan kerana banyak faktor. Salah satu faktor yang saya perasan sendiri adalah persekitaran kita dibesarkan begitu juga dengan pergaulan seharian serta cara sesebuah komuniti. Jika hendak dihuraikan buku ini, tersangatlah panjang. Namun asas paling utama yang dapat saya simpulkan daripada pembacaan buku ini adalah hidup sebagai seorang Muslim mestilah dipandu arah oleh Al-Quran dan Sunnah.