Jump to ratings and reviews
Rate this book

Maryam Anak Syurga

Rate this book
Aku melahirkan dua anak dengan satu kematian, sedangkan orang lain melahirkan anak lalu diambil terus oleh Tuhan. Aku melahirkan ketika suami di kejauhan, sedangkan orang lain melahirkan ketika suami bertemu Tuhan.

Sebaik sahaja aku masuk ke bilik itu, kelihatan dari jauh tiga orang doktor di katil Maryam. Aku segera mendekati, dan hancur luluh hatiku. Muka maryam sudah berubah, tersangat lain. Berlaku pendarahan sangat banyak. Darah keluar dari mulut dan hidung. Maryam sudah tidak sedar, bacaan jantung sudah tiada.

Aku segera menenangkan diri dengan beristighfar. "Maryam, Mama datang, sayang...."

120 pages, Paperback

First published September 15, 2015

3 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Ruqayyah Farhani

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (27%)
4 stars
19 (52%)
3 stars
6 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
March 3, 2021
Di dalam buku ini, penulis mengisahkan tentang pengalaman hidupnya sejak bujang, menyambung pelajaran di Mesir, dan kemudiannya bertemu jodoh dengan suami. Apabila disahkan mengandung anak kembar, perasaan gembira usah lagi dipersoalkan. Tetapi, dek kerana keduanya masih lagi menyambung pelajaran, bukan mudah meneruskan hidup dan membesarkan dua anak di Mesir. Lalu Ruqayyah memutuskan untuk kembali ke Malaysia, namun berpisah jarak dengan suami yang bakal menghadapi peperiksaan terakhir. Cabarannya tidak terhenti di situ saja, setelah tiba-tiba melahirkan sepasang kembar yang cantik itu jauh lebih awal dari tarikh yang sepatutnya, salah seorangnya pergi dijemput ilahi.

Buku ini kuat mengajar saya tentang redha menerima qada' dan qadar, bersyukur atas apa yang Allah telah kurniakan, justeru merasa kecukupan atas tiap-tiap rahmatNya. Ianya juga mengigatkan saya tentang kewajiban menghormati suami di dalam apa jua keadaan dan melayannya dengan penuh hemah dan kelembutan. Penulis menunjukkan akhlaknya yang baik melalui penulisan dan ianya meninggalkan kesan di dada.

Sebagai nilai tambah, penulis memasukkan gambar-gambar buat tatapan pembaca. Helaiannya juga berwarna (mono).
Profile Image for Khairul Shafee.
53 reviews2 followers
December 6, 2015
I finished reading this on the train to Batu Gajah. To me, this book is nicely written. My only complaint would be the page design. It was a bit distracting. The story was inspirational. The mother is 22 and the father is 23. The mother gave birth to twins. One didn't make it after 14 days. Being a father myself, the part when she knew her baby was gone really got into me as if I can feel what she felt. Got to hold back those tears, man.
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
December 28, 2015
buku yang sangat nipis je.
tapi boleh mengeringkan tabung air mata
uhuk-uhuk.

"Aku melahirkan dua anak dengan satu kematian, sedangkan orang lain melahirkan anak lalu diambil terus oleh Tuhan. Aku melahirkan ketika suami di kejauhan, sedangkan orang lain melahirkan ketika suami bertemu Tuhan."

caption dikulit buku telah menjelaskan keseluruhan cerita di dalamnya. hebat jiwa mereka yang diuji Tuhan.

paling deep..

"nanti bila kembar maryam dah besar, boleh nampak muka maryam jugak kan? mereka kan kembar.." versi lebih kurang dari ayt dituturkan oleh penulis.

Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
Read
December 27, 2015
Bismillahirrahmanirrahim.

"Kehilangan" zuriat. Pedih terasa.

Basah mata membaca kisah ini. Sungguh, hidup ini penuh ujian. Siapa yang tidak pernah ditimpa ujian. Namun yang membezakan ialah sama ada seseorang itu reda atau marah. Pilihan di tangan kita. Mahu yang mana satu?

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar.

Moga Allah redha.
229 reviews15 followers
February 24, 2017
*4.5 stars

Nipis je buku nie, sebab 2 boleh selesai dalam masa 2 hari je.
Bahasa ringkas dan mudah difahami. Saya ada terbaca kisah Maryam nie ketika ia viral di FB satu ketika dlu. Dan saya jugak merupakan salah seorng yg mengucapkan takziah kpd beliau ketika itu. Sebab 2, bila ternampak naskah ini di Popular, saya trus beli. (maksudnya, beli dah lama..bru nie je baca..haha)

Saya mmg memahami sangat perasaan seorang ibu mengandung yang jauh dari suami.
Tapi bezanya, Allah beri kesempatan kepada saya untuk bersama suami semasa proses kelahiran anak kami. Berderai2 jugakla air mata baca kisah Ruqayyah nie. Sabar dan redha mereka dengan takdir yang Allah tetapkan mmg sgt luarbiasa. Semoga saya juga begitu. Sentiasa redha dan bersangka baik dgn Allah.

Bahagian Abdullah Mubarak lebih kepada menasihati kaum Adam bagaimana untuk menangani isteri masing2. "Perempuan mmg kompleks, tapi masih di bawah kawalan". Saya suka ayat ini dari Abdullah Mubarak. Emosi dan fikiran kaum Hawa mmg sukar nak di tafsirkan. Tapi bukanlah mustahil. Sukar tapi tidak mustahil. Itu maksud saya. :P

BAHAGIA ITU BUKAN DESTINASI, TETAPI PERJALANAN.
SESUATU YANG DIUSAHAKAN ATAU PELAKSANAAN DAN TINDAKAN YANG BERTERUSAN.
USAHA DAN TINDAKAN INILAH YANG DIKATAKAN BAHAGIA.
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
August 11, 2017
Mengisahkan tentang seorang wanita tabah bernama Ruqayyah yang diuji dengan kematian salah seorang anak kembarnya. Namun apa yang harus dipuji Ruqayyah masih mampu kuat dan tersenyum dengan ujian yang diterima.
Profile Image for Qofarudin Wahab.
44 reviews17 followers
June 10, 2016
"Tidak ada tempat lain lagi untuk kita meminta dan mengadu, melainkan Allah. Allah tahu. Ya, Allah tahu." - Ruqayyah Farhani
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.