Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yang Bernama Cinta

Rate this book
Pulangnya jiran depan rumah dari luar negara buat sejarah lama yang cuba dilupakan Hani tersingkap kembali. Tapi peliknya, lelaki itu bagai lupa yang mereka pernah ada sejarah silam yang menyakitkan.

“Bagi nombor telefon.” – Hazril
“Nak buat apa?” – Hani
“Agak-agak nombor telefon tu boleh buat gulai tempoyak tak?” – Hazril

Perubahan drastik Hazril buat hidup Hani yang tenang-tenang selama ini bertukar huru hara.

“Semalam tu...sebab tangan aku macam dah mencabul kau. Senang cerita kita kahwin ajelah.” – Hazril
“Kau pernah tak sarapan dengan kaki kerusi? Kalau tak pernah, tolong hentikan bercakap benda mengarut.” – Hani

Jenuh mengelak, tapi.... api cinta yang Hazril tiupkan terlalu kuat. Kerana rasa itu memang sudah lama ada di situ, ianya sangat mudah dihidupkan. Sampai satu tahap, kerana cinta, dia sanggup apa saja walau berkahwin tanpa restu keluarga.

~ Saya panjat ikut tingkap, sembunyi-sembunyi masuk bilik awak ya? - Hazril
+ Jangan buat lawak boleh tak? Saya tengah sakit ni - Hani

Sampai bilakah mereka harus main sembunyi-sembunyi, intai-intai balik pintu? Apa akan jadi bila Hazril diharuskan berkahwin dengan wanita lain hanya kerana kesilapan silamnya sedang hubungan mereka masih menjadi rahsia?

Dan... tatkala setia yang diharapkan menjadi terlalu mahal harganya, luka lama yang sudah bertampal kembali berdarah.

420 pages, Paperback

First published September 1, 2015

3 people are currently reading
105 people want to read

About the author

Hani Fazuha

47 books221 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (24%)
4 stars
49 (42%)
3 stars
30 (26%)
2 stars
5 (4%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
October 7, 2015
Yang bernama Cinta 2*

Entah mengapa saya rasa kisah ni mcm sama je dgn yang Luar biasa dlm LE YLB.
Saya suka sgt kisah itu yg ni ermmm

Cinta Tetap sama
Teruja nak baca mmg terus terjah ke situ, menarik ada unsur kejutan.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
October 2, 2015
initially i was so so je with hazril n as the story accelerate, i started to like him but as it continues, rasa suka tu agak menurun. the thing is... hazril is the kind of guy who always like to take short cuts. His way is like, do now n pay later. He wants to be A MAN but not quite. And because of Hani, he stalls n when he procrastinate, things got from bad to worst but the conflict was resolved immediately. I likeeeeee..... Okay je citer kalau antagonist ala2 manja je. Tak yah la serabut sangat smpi stress. Like we dont have enuf problems as it is... duhhhh.... But 1 thing I respect about him is how he goes after her. He's willing to do ANYTHING. Bravo!!!!

Now.... for the 2nd part. Va va va.... AZAD.... He's THE MAN! Nothing else is worth saying. He is what the story is all about. Tak leh tulis pasal Azad bnyk2, saya sedang dipantau oleh si 13 tahun. ngeh ngeh ngeh.

All in all, I finished the book within 3 hours which to me was a great achievement since my reading mood has been frozen solid for quite sometime, residing in artartica i guess... ehmmmmm... I gave 3* for Hazril's story n 5* for Azad. Ha ah... Azad jek bukan the story.... hikhikhik.
Profile Image for Mslvoe.
2,080 reviews201 followers
April 23, 2021
Naskah ini memang laju dihabiskan. Frankly cakap cam takda spark. Diri ini tertanya² jugak why 3 stars je. Maaf yea die-hard fan HF. Naskah ini tak dapat nak tambat hati F.

Hani asyik bertangguh je nak informed parents pasal marriage diaorang.

Hazril pulak berat sangat ke mulut tu nak menolak & bercerita tentang aib si Lily. Memang ler kalau boleh aib itu jangan disebar tapi F tak faham kenapa tak cakap je dengan Lily.. "i cannot marry you coz I know your past. Thats why i walked away." Susah sangat ke encik hazril ooo..

If awal² berterus terang kan mudah. Uols ni complicated sangat. 🤦‍♀️

Ada cerpen terselit.

Azad best! Walaupun ringkas, tetap best jalan ceritanya.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
September 27, 2015
Yang Bernama Cinta..permulaan yg menarik..kisah Hani yang suka kat jirannya yg popular..biasalah perempuan suka berangan..smpai edit gmbaar dia dan Hazril..akhirnya dia dimalukan Hazril dan dijadikan bahan ketawa..

10 tahun berlalu..saat pertama kali bertentang mata dgn Hani selepas 10 tahun...mmg Hazril terjatuh cinta..baru dia tahu langit tinggi rendah..dulu bukan main x layan..Hani pula..mmg dia x pernah lupa apa yg pernah berlaku dulu..jadi mmg ditanam benci kat hatinya terhadap Hazril..

dan mulalah sesi teruna memikat dara..sampai Hazril sanggup cari kerja di tmpat Hani berkerja..walaupun dia terpaksa mnjadi org bwahan Hani....walaupun dimarah. ditengking..Hazril mmg x mkn saman...tp lama2 mmg cair jugak si Hani..

konflik bermula bila si kekasih lama Hazril anak org ternama meminang Hazril..masa ni mmg geram sgt...rasa nk sekeh2 si Hazril n Hani ni..Ssh sgt nk berterus trg kat fmily yg diorg nk kawin..bila dah kawin syp2 pun still lg nk rahsia...asyik tangguh2..masalah lain pulak yg timbul...apa jadi lepas tu..tentulah menyakitkan hati...


CINTA TETAP SAMA...suka jgk kat cerpen bonus ni..x sangka...mmg diluar jangkauan..rupanya Zura ni yg bermasalah..nasib baik Hana ni bukan terpengaruh bab2 jahat..cuma dia tersilap langkah minta putus kat Azad..tu pun sbb atas nasihat si Zura yg kata Azad x sesuai utk dijadikan suami..
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
October 5, 2015
2**
-> 1*
xtra untuk sisipan cerita Hana-Azad

Secara umumnya pada saya cerita ini tiada yang istimewa.
Banyak mendatangkan 'M' sepanjang pembacaan saya ada la.
(M - istilah daripada Bonetrians)

M pada Hani yang cepat lembut hati.
M pada Hazril yang 'berlagak' bagus.
M pada keputusan yang mereka ambil! Di sini nampak sangat yang Hazril jenis lelaki yang tak matang. Dia suka buat keputusan tanpa berfikir panjang. Di sini Hani yang pada awalnya saya suka dengan sikapnya, terus jatuh darjah suka saya pada dia bila dia setuju dengan cadangan Hazril. Adoiii M betul saya!

Plot cerita yang biasa-biasa - si gadis yang minat/suka pada jiran sebelah rumah merangkap rakan sekelas. Kerana satu insiden, dia dimalukan di depan kelas dan menjadi bahan senda rakan sekelas.

Kerana rasa cinta itu adalah satu aura yang tidak bermata, tetaplah ia pilih untuk jatuh cinta pada dia yang dia pernah suka! Begitulah aura cinta Hani pada Hazril. Walau dimalukan berkali-kali, tetaplah rasa itu tumpah pada lelaki itu.

Tapi saya beri kredit pada bahasa penulis yang sedap dibaca dan mudah dihadam.

Nota: Saya rasa cerita Hana-Azad lebih mengikat hati saya untuk jatuh cinta pada kisah mereka.



(ps: berhati-hati pada to**l yang akan anda jumpa!) ^____^
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
November 18, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

It really shouldn’t be a surprised bila N cakap “I LOVE THIS NOVEL!!!!” Hani Fazuha and Rehan Makhtar are among the very few authors yang sentiasa deliver time and time again. You know you’ll end up loving the story. Persoalannya bukan "Will I like it?", tapi "How much will I love it?"

Well, I love it very, very much!

Suka Hani dan Hazril. Entah kenapa, N rasa dekat dengan Hani and it’s not because our name is almost similar. Maybe because bila baca flashback kisah Hani di bangku sekolah, N teringat pada my younger self. Sapa tak pernah ada crush dengan the cutest guy in school, bukan? But unlike what happened to Hani, the guy never caught me red handed *pat self on the back...*

The second story dalam Yang Bernama Cinta pun boleh tahan bestnya. Walaupun pendek, tapi HF berjaya menyampaikan satu kisah yang berkesan dengan hanya 60+ pages. Dengan story kedua ni, N rasa HF basically schooled most published writers in the fundamentals of writing: It’s not the number of pages that count, but what’s in it.

All bows down to the Queen!


Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 15, 2016
Yang bernama cinta
3.5*
permulaan yang menarik, diakui memang tertarik untuk membaca beberapa bab awal.
tapi, bila masuk part Hazril ajak kahwin kat thai, cubaan merogol tuan syed & kegedikan lili, cerita ini
seakan hilang serinya. entah mengapa, terus membandingkan dengan karya Hani fazuha sebelum ini, konflik yang seakan sama.
satu yang saya respek, olahan, pemilihan ayat & kata2 memang cantik. tersusun indah membuatkan saya leka membacanya, tapi, itulah kelebihan hani fazuha.

Cinta Tetap Ada
5*
saya sangat suka cerita ini, walaupun pendek saja. Andai diberi ruang, rasanya lebih baik cerpen ini dipanjangkan. siapa sangka zura yang begitu baik, bertudung litup rupanya mempunyai masalah mental? saya kira ini suatu pembaharuan dalam karya hani fazuha. ketepikan semua watak2 penggangu gedik & seksi, kali ini bertudung labuh tetapi lagi kuat penangannya.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 6, 2017
3* Yang Bernama Cinta
Kisah Hazril dan Hani.
Masa lalu ketika remaja membenihkan benci dalam diri Hani. Semakin benci, semakin cinta, semakin ego dan kurang keyakinan diri. Nyaris2 maruah diragut kerana ego, degil dan marah tak bertempat atas kebodohan sendiri. Bagi saya tentang hubungan mereka, seandainya Haizril bertegas dgn Hani dari awal, perkara tak jadi meleret dan tak perlu sembunyikan status dari pengetahuan famili.

Dah berulang meluahkan cinta dan sayang dan di zahirkan lagi melalui perbuatan tetap buat dia tak yakin akan ketulusan hati Hazril. Sampai satu masa, saya pun penat layan kerenah Hani. Umur 29 yrs old ok. Emosi betul si Hani. Last2 give up sendiri.
No wonder lah org dulu2 create pantun melayu
"Merah berkembang si bunga raya.
Bunga kemboja mewangi udara.
Kalau Tuan (for her case Cik) masih tidak percaya,
Ambil pisau belahlah dada."

Dan Hazril kerana sayang sangat, terpaksa mengikut rentak Hani. Sesekali bertegas, kecut juga Hani. Mmg betul kalau tak mahu sengketa berpanjangan, just give in and apologize but to what extent?

Syed Al Kashah dan keluarga. Kehidupan too westernized.
Nurlily - tidak perlu kata apa2. Watak antagonist yg paling sikit dlm sejarah novel tapi tetap memberi kesan kepada watak utama. hehehe.

4* Cerpen Bonus Cinta Tetap Sama
Kisah Azad dan Hana
Azad anak YB rupanya but very low profile. Saya suka cara dia mendidik Hana menjadi seorang muslimah yg benar bukan ikut2an cara Zura dan seorang isteri solehah. Bukankah manusia ni banyak kekurangan. Yg dijadikan berpasangan saling lengkap menlengkapi kekurangan satu sama lain..Jadi tak payahlah nak cari yg sempurna sekiranya diri tidak sehebat mana. Kisah Zura saya tak expect langsung. Mungkin terlupa begini pun ada.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
April 13, 2018
[BOOK 20]

Done reading Yang Bernama Cinta by Hani Fazuha.

Okay, ni novel Limited Edition yang dah lama sold out. Dalam ni juga, ada diselitkan satu cerpen.

YBC ni cerita tentang Hani dan Hazril. Okay, jujur, masa mula-mula baca, agak distracted sebab nama heroin sama macam nama penulis. Okay, i know this should not be an issue though. So, it is my bad. Hahaha. Okay, back to YBC. Hani dan Hazril ni berjiran dan bersekolah sama-sama sejak kecil. Hani dah lama sukakan si hot stuff Hazril ni, tapi Hazril duk couple ngan Lily. So, satu hari tu, kantoi yang Hani suka kat Hazril, so, Hazril ni boleh pulak malukan Hani dalam kelasnya. So, starting from that, Hani cuba untuk lupakan Hazril.

Bertahun berlalu, akhirnya takdir menemukan mereka kembali. Pada masa ni, boleh pulak si Hazril tetiba tersuka kat Hani, yang selama ni pada pandangannya, biasa-biasa je. Sedangkan Hani masih cuba mengelak. Dan di saat mereka menyulam cinta, Lily pula masuk meminang Hazril. Hahaha... Maka timbullah isu kahwin lari. Dan apakah kesudahan kisah mereka?

Cerpen Cinta Tetap Sama.

Okay, jujur cakap, cerpen ni lagi best daripada novel atas tu (pada pandanganku la)

Cerpen ni pasal Hana dan Azad yang dah lama bercinta. Tapi sejak Hana mengenali Zura, Zura banyak bawa perubahan yang baik dalam diri Hana. Tapi pada masa yang sama, Zura memintanya memutuskan perhubungan dengan Azad dengan alasan Azad belum cukup baik untuk Hana. Tapi kalau dah jodoh, memang tak kemana. Rupa-rupanya, Zura ni ada muslihat tersendiri. Dia cemburu. Hahaha dia bukan sukakan Azad, tapi sukakan Hana. She's a lesbian. So, konflik jadi bila Zura cuba untuk mencederakan Hana. Walaupun Zura dah tertangkap and undergoing mental assessment, Hana masih trauma. So, tabahnya seorang Azad dalam meyakinkan Hana bahawa cintanya masih tetap sama.

Conclusion, cerpen ni best sebab dah namanya cerita pendek, so tak meleret-leret. Dan bacalah mana-mana novel HF, her signature/trademark is there.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 25, 2019
novel terbitan 2015, meletakkan watak hani dan hazril yang kenal dari kecil, waktu persekolahan sehingga alam dewasa. peristiwa yang memalukan hani di zaman persekolahan membuatkan dia meminggirkan hazril walaupun jauh sudut hati hazril tetap bertakhta.

puan penulis Hani Fazuha sememangnya arif menangkap perasaan pembaca. pembaca akan sama rasa serba salah seperti hani, yang terperangkap dengan rasa sakit hati dimalukan zaman persekolahan dan rasa cinta yang masih utuh terhadap azril. cuma hani berkeras bila watak nurlily yang aggresif ada antara mereka.

ada cerpen bonus. entah kenapa, akak lebih tertarik dengan cerpen CINTA TETAP SAMA yang berjumlah 69 muka surat ini. azad dan hana, terpisah dek kerana mulut dan hasutan seorang kawan. zura yang bertudung labuh dan menampilkan yang dia seorang warak rupanya ada sesuatu sebaliknya. sesuatu yang amat mengejutkan! bukan sebab dia mahu merampas azad tapi... fuh!... adoi...

tapi itulah, manusia ini pelbagai kerenah dan perangai. itulah yang menghiasi pentas dunia manusia.
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
September 23, 2025
Habiskan baca dlm satu malam je. Pendek je cite nya, part belakang novel ada cerpen kisah lain pulak. Bukan sbb cerita ni best gila, tp tak sabar nak habiskan baca sbb nak tau apa kesudahannya. Seriously rasa nak ketuk kepala dua2 hero n heroin tu.

Yg si heroin tu, Hani. Sorry to say, belajar tinggi, kerja hebat2, tp tindakannya sangat stupid. Dah tau Hazril tu kena paksa kawin dgn Nurlily, dan mamat tu pun takde cara lain macam mana nak stopkan perkahwinan paksa diorang tu melainkan ajak Hani kawin lari kat sempadan. Like seriously? Yg laki tu boleh terima gak la alasan dia (walaupun mcm tak bijak), cinta amat tak sanggup nak hilang Hani, penyelesaian bagi dia kena 'ikat' Hani. Yg si Hani tu tak terfikir ke, kalau lepas dia nikah dgn Hazril pun still Hazril kena paksa kawin dgn Nurlily, tak ke dia dah kena bermadu.

Baca je part diorang nikah lari kat siam tu, mmg mati terus mood. Geram sangat. Lepas tu baca pun laju2 and banyak skip part sweet2 honeymoon diorang tu, sbb saya nak tau apa jadi bila diorang balik kampung etc.

And Hani, kalau dari awal tak bertangguh2, cakap je kat family yg dia dan Hazril bercinta, semua masalah ni tak timbul kot. Ni asyik2 tak bersedia, tak bersedia..nak sorokkan lagi. Padahal dah berbelas tahun dia cintakan Hazril tu, bukan dia tak yakin pada perasaan dia dan Hazril pun. Lepas tu dah lepas nikah pun nak sorokkan lagi. Padahal awal2 Hazril dah cakap, lepas nikah je terus bagitau family, at least dah sah family diorang takleh buat apa dah. Tapi Hani still nak sorokkan sampai macam2 masalah lain timbul pulak, siap adik dia bawak balik masalah lain, kena tangguh dari berterus terang lagi. *facepalm*

Bila dah baca sampai kemuncak penyelesaian masalah diorang tu, lagi la rasa nak hentak kepala Hazril tu ke dinding. Kau awal2 dah tau aib besar Nurlily tu, kalau dari awal kau cakap kat Nurlily suruh back off sebab kau tau rahsia besar dia, awal2 dah selesai masalah. Tak payah drag panjang2 sampai kena paksa buat itu ini, sampai bini merajuk sana sini. Awal2 cakap je kat Lily "i know what u did in aussie, i know your secret, sebab tu aku tinggalkan kau". Setel masalah bro...!!

Sorry emo lebih. Serius geram. Grrrrr....
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
May 19, 2016
cerita ni best.suka dengan watak hazril dan hani. Mcm biasa cerita yg kak hani tulis mesti kena dgn jiwa saya ni. tak tahulah jiwa org lain. tak ada konflik yg berat-berat. so far saya terhibur.

dan dalam tu ada cerpen cinta ttp sama. pun best jgk. suka azad yg very the sweet tu.. rasa tak puas baca.. nak more and more lagi rasanya...hehe
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
March 21, 2016
Penulisan Hani Fazuha...

Tiada yang berbeza sama sahaja, so tak yah nak pening2 kepalo klo baca novel ye... Sebab Hani Fazuha sendiri pernah cakap "novel ye hanya biasa2" tapi kita (pembaca) la kena cari mana luar biasanya.. hehe!!

Kebanyakan novel Hani mesti ada kisah kahwin tanpa pengetahuan family.. Itu yang aku nampak, pembaca lain aku tak tahu laaa... Mungkin ini cara penulis nak sampaikan bahawa perkahwinan bukanlah sesuatu yang susah contohnya nak ada majlis yang besar-besaran, nak glamor lebih tapi cukuplah yang wajib sahaja... cuma bagi saya lebih elok klo kisah perkahwinan tanap pengetahuan family di olah menjadi nilai yang lebih baik... Contohnya... Hazril bertegas kpd familynya bahawa dia lebih rela kahwin dengan Hani, walau apa pun yang terjadi...
atau Hazril ceritakan yang sebenar mengapa dia tidak bersetuju utk berkahwin Nurlily & tunjukan bukti2 keburukan Nurlily.. kan lebih baik :)
tak de la asyik kahwin kat sempadan jerrr... hahaha!!!
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
October 3, 2015
Yang Bernama Cinta - Kisah tentang Hazril yang ingin merebut cinta Hani. Kisah ini bagi saya manisnya terlampau. Haha... Penulis berjaya melakarkan perwatakan watak utama dengan baik. Cumanya, kurang minat sedikit dgn sifat Hazril yang jenis terburu2 dan memaksa. Tapi keseluruhan, kisah ini terbaik! Dan tak sesuai dibaca budak2 atas sebab2 tertentu. Hahaha!

Cerpen Cinta Tetap Sama - Yang ni memang superb! Tak terjangka dengan watak Zura yang psiko sebegitu. Dan tersentuh dengan Azad yang masih setia pada Hana walaupun Hana menganggap dirinya seperti tidak lagi berharga pada suami.

Dan... sewajarnya naskhah ini dijadikan naskhah Limited Edition!
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
October 6, 2015
3.5* untuk yang bernama cinta.. yg sweet sgt

4* untuk cerita cinta yg sama..
Profile Image for Jiji Ayub.
10 reviews
January 4, 2018
those yg minat jalan cerita lite2 d sarankan membaca la..ok je..masalah yg d hadapi pun typical mcm buku novel lain2 juga ,boleh la sbb aku membayangkan hazril tu seorg yg sangat kacak nak mampus..🙈
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
February 7, 2021
Dua2 cerita best, tp saya lebih suka cerita kedua - (cinta tetap sama) walaupun ceritanya lebih pendek, ttp lain dr yg lain & mmg x jangka.
Profile Image for CrystalGrey.
144 reviews15 followers
June 16, 2016
jiran dan kawan sekelas...Hani Suraya yang admire dalam diam jejaka yang kacak seperti Hazril... sedar diri yang serba kekurangan. Tapi klau dan jodoh di takdirkan.. rahsia Allah sape tahu. Nurlily yang mengada
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
September 29, 2015
3* utk y bernama cinta - biasa2 aje...

5* utk cinta tetap sama
rasanya cerpen bonus ni lebih menyerlah..suka ngn azad..
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
December 1, 2015
permulaan yg menarik lama2 jadi hambar nasib la hero jenis hati tetap...
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
December 27, 2015
novel hf mmg best2..cuma mcm novel2 hf yg lain,..asal gaduh jer,.heroin lari..asal heroin lari jer,.gaduh...heheh
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
August 31, 2016
cerita yg sangat santai.. kisah Hani dan Hazril. Hazril yg ambil keputusan short cut utk menikahi Hani krn xnak dikahwinkan dgn org lain. 1 star untuk cerpen bonus.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.