Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
“KALAU saya jadi bunganya?”
“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”

Dalam melayari alam rumah tangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumble beenya. Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.

Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.

Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...

“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan… sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh…. Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran.”

“Sampaikan kepada mereka yang berkenaan. 69 Komando menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah berjuang berpuluh tahun dari zaman komunis sehingga sekarang. Sentiasa bersedia ditugaskan ke mana sekali pun. Terpisah dari keluarga. Menyerahkan diri dan jiwa kepada negara. Sedikit pun tidak mengeluh kerana ini pilihan mereka. 69 Komando yang berdiri dengan penuh integriti. Penuh bermaruah. Tidak sesekali meratap dan merintih meminta imbuhan dan pingat walau jasa mereka setinggi langit, seluas daratan. Dan segala kehebatan mereka dibawa sehingga mati. Hilang lenyap tanpa diketahui...

1211 pages, Paperback

First published October 1, 2015

42 people are currently reading
615 people want to read

About the author

Melur Jelita

10 books427 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
224 (67%)
4 stars
70 (21%)
3 stars
25 (7%)
2 stars
8 (2%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 64 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
October 26, 2015
Kalau sebelum ni buku kak MJ tidak teragak2 dibeli, untuk The One Cik Pah macam teragak2 nak beli awal. Boleh agak cerita ini akan melukakan hati dan menggangu emosi seperti sequal My Precious Iris. Akhirnya, pengumuman terakhir kak MJ di muka buku buat CP terus order. Buku gemuk ke5 kak MJ mula dibaca pada awal Muharam. Agak terlewat baca bagi seorang peminat kak MJ :)

Kali ni, CP baca secara berjemaah dengan Geng Bonet. Hadoi, riuh bebenar whatsapp  group bila 4 orang dari 11 orang baca serentak. Mesej penuh dengan rasa tak puas hati dengan Maryam. Rasa nak bagi tapak kaki je... bagi CP sendiri, Maryam adalah mangsa yang cuba menjadikan orang yang sayangkan dia juga sebagai mangsa dan dia berjaya melakonkan watak seorang anak yang derhaka kepada bak dan bonda, adik susuan yang bermulut puaka, ibu yang monster kepada Chahaya si busuk auw auw dan isteri bermulut asid mendoakan kematian suami demi bersama Riyaz mati hidup semula.

Hairan, seperti tiada apa tindakan mereka. Hanya tunggu dan lihat. Irvan seperti Hero yang menang mengugut Riyaz tapi kalah menepis tindakan Riyaz mendahului meracuni hati dan emosi Maryam. Tuduhan sebagai pembunuh dan penipu terlalu berat dipikul Irvan. Sehingga anak yang tak berdosa diheret menanggung dosa babah. Apa punya ibu, anak dalam kandungan di doakan mati. Bila dah lahir, sanggup pula biarkan anak yang baru lahir melalak kehijauan daripada diberi susu. Sadis. Ikhlaskah Maryam menyusu kalau tak disebabkan bengkak susu?

Hubungan anak perempuan dan babah dirakamkan dengan baik. Ahhh indah sungguh hubungan mereka. Babak Irvan menyusu si busuk auw auw, aksi dol 2 beranak, percutian mereka berdua dan babak yang meruntun jiwa apabila Irvan berjauhan berbulan lamanya demi tugas. Jiwa anak kecil yang rindukan babahnya dicantas Maryam. Menitik air mata jantan Irvan. Kekejaman hati monster Maryam bakal membuat pembaca tak belas apa yang menyusul kepada Maryam... ya Cik Pah mendoakan sahaja Irvan lupa ingatan siapa Maryam dihatinya sewaktu Irvan luka parah terkena bom semasa operasi di Sabah. Nak sangat kan kematian suami?

Hati tisu Cik Pah tak sanggup tengok Hero patah hati. "Adik menjual cinta... tapi adik tak memilikinya..."

Oh ini yang dikunyah Haziq gojes , mieang kam . Part kelakar banyak pasal Haziq dikala kesuraman. Hiks hiks tersedu kawan minum air jampi Maryam... tak rela jatuh cinta dengan Abang One auwwww... ada kesudahan yang baik untuk Haziq Gojes yang bersalin rupa menjadi Tampan Haziq...


23/10/2015

Cik Pah telah ulang kali ke-2 untuk faham watak Maryam.. cuba untuk masuk kasut Maryam.. malangnya kaki tak muat miahahaha... memang tak boleh nak faham Maryam walaupun Irvan cuba nafikan Maryam 'sakit'. Untuk The One terjawab sudah persoalan tentang Riyaz dan Sakinah ibu Maryam... Terima kasih Kak MJ untuk sebuah cerita kekeluargaan, hero heroin yang tak sempurna disempurnakan dengan jalan cerita yang menarik apatah lagi diselang-selikan dengan hero-hero Malaysia VAT69 yang telah berjuang untuk negara dengan pelbagai operasi dan kisah benar tragedi yang berlaku di tanah air.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,048 reviews378 followers
June 18, 2016
*The synopsis is finally out! **throw confetti** Ku sangkakan cerita pasal Riyaz, tapi rupa-rupanya kesinambungan kisah Irvan dan Maryam...*

UPDATE REVIEW:

Announcement before review: N nak jual buku ni for RM26. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Sememangnya novel-novel MJ tak memerlukan review yang panjang lebar. Kehebatannya memang sudah diketahui...


Syabas pada Irvan kerana berjaya menepis setiap kata-kata yang menyakitkan hati yang keluar dari mulut lalat Riyaz dengan macho-nya.



Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
January 4, 2018
4/6/2017 - 4/1/2018

Tepat-tepat 7 bulan baru khatam novel ni. Beli masa akhir tahun 2015, akhirnya awal tahun 2018 habis jugak baca. Fuhh...

Apa yg boleh aku katakan...

Maryam
Ya, dia memang kurang ajar. Sangat-sangat kurang ajar. Tapi dalam masa yang sama, aku tak mampu nak salahkan dia 100%. Apa yang dia rasa, hanya orang yang turut merasa jer yg akn fhm.

Irvan
Ermm... takde apa yang kurang bg aku. Dia baik, malah terlalu baik sbg seorg suami, ayah dan segalanya. Malangnya, Maryam tak nampak semua tu.

Riyaz
Kesian sgt. Tp apakan daya, sudah tertakdir takde jodoh dgn org yg dicintai.

Haziq
Aduhh... sedih giler kat part jatuh tangga tu. Sampai hati Maryam doe :'(



Aku tak nafikan yg kisah mereka semua ini menarik, sarat dgn nilai dan pengajaran. Tp kdang2 aku rasa ia agak meleret (mungkin bagi aku saja kot). Sampai rasa lelah sgt nk ke boleh jumpa perkataan TAMAT tu. Dan ada beberapa part aku rasa kelakuan watak2nya agak over dramatic.
Profile Image for Azizah.
393 reviews6 followers
October 19, 2015
3 hari 3 malam baru khatam...

Review?..Hurmmmmmm

Banyak yang diperkatakan tapi macam tak terluah dengan perkataan yang sesuai pulak.

Apa yang KakChik suka dengan karya ni kerana:

1. Utk jawab semua persoalan KakChik dalam https://www.goodreads.com/review/show...
2. Utk usaha penulis dalam memecahkan ruyung berkenaan VAT69, sebab kalau bibliografi kebanyakan 'orang atasan' yg ramai baca. Rakyat jelata ni, kurang sikit nak membaca buku gitu.
3. Kesabaran AbgOne walaupun pada KakChik dia yg patut kena lempang, patah balik..lempang, patah balik sebab terlalu 'di-one-kan' Maryam sehingga isteri curang depan anak pun masih berdiam diri. Isteri berhubungan dengan nyata dia tahu butir bicara pun, masih bersabar. Jatuh martabat oiiiii... Nasiblah karektor dia bersama dengan si busuk auw auw tu kadangkala buat KakChik terse yum saja dengan hubungan erat kasih sayang mereka.

Yang KakChik kecewa
1. Dengan sikap Maryam, asal #dendamtertipudikhianatiagamadiletaktepi. Bukan KakChik tak faham kemelut jiwanya tapi dia berasid menggelar si suami gelenyar tapi dia lebih lagi gelenyarnya + geletiknya. Senang kira, KakChik cop Maryam seorang yang tak bersyukur.

2. KakChik sampai ke sudah tak tahu apa status Irvan dalam VAT69 di akhir kisahnya.
Profile Image for Cik Milah Sekupang.
31 reviews3 followers
October 5, 2015
Aku tak tau pasai apa aku tak puas hati dengan cerita ni. Mungkin sebab aku harapkan benda lain yang berlaku untuk sambungan The Unsung Hero dulu, tapi sebaliknya pula yang berlaku dalam The One ni.
Aku pelik dan hairan. Watak Maryam yang digambarkan dalam TUH sangatlah menjaga adab walaupun terpaksa sebab dipaksa bunda dan bak tapi... watak Maryam dalam The One ni sangat menyakitkan hati aku.
Maryam, awat hang kurang ajar sangat? Tahulah bunda tu bukan mak hang tapi tak perlulah nak sakitkan hati dia. Mak hang yang dekat Penang tu yang rampas tunang bunda tapi awat hang dok kutuk bunda? Lepas tu aku tak boleh terima bila Maryam berkasar dengan Cahaya. Cahaya tu anak dia, awat dia sanggup lecurkan tangan budak tu? Sanggup suap nasi dengan sambal belacan dekat dia? Kerana cinta dekat Riyaz, hang sanggup buat lagu tu. Sangat pelik.
Kalau nak kisah pasal tak puas hati ni memang banyak tapi aku rasa takat tu saja aku cerita. Kalau orang lain rasa apa yang aku rasa, meh share rasa tu. Aku pun nak tau jugak ada dak orang rasa sama seperti aku rasa.
Tapi, sebenarnya aku suka cerita ni. Sebab tu aku bagi 4* (^_^)
Cuma tak puas hati tu sebab aku geram dgn Maryam. Tu ja. Hehehe... Aku propa.
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews34 followers
April 19, 2024
Saya sudahi dengan membaca The Unsung Hero dengan senyuman tapi bila sambung The One........ :')

Apabenda ntah baca ni, geramlah tak boleh nak move on! Nak masuk dalam ni peluk Maryam, Irvan & Chahaya, Bak, Bunda & Haziq :( Hati kerasku pun boleh meleleh baca perjalanan cerita ni. Semua tersakiti sungguh. Hanya disebabkan satu rahsia lepastu bertambah lagi rahsia yg terbongkar. Buatkan Maryam rasa dikhianat. Rasa tertipu sepanjang hidup. Emosi turun naik betul.

 'Abang akan dihantar ke Sabah selama sebulan. Abang perlukan doamu dik. Mungkin adik takkan melihat wajah abang lagi.' - Irvan

'Adik hanya menunggu panggilan daripada komander abang. Hanya satu berita saja adik mahu dengar. Mati. Pergi mati.' - Maryam

'Kalaulah nyawa itu ditangan abang, abang sanggup mati demimu, dik.. asalkan hatimu puas.' - Irvan

'Kau tidak sudi pandang abang... walaupun sesaat. Tergamakmu dik' - Irvan

1) Tun Maryam Keumalahayani! And you Maryam, yee saya kasihan dengan Mekyam ni tapiiii mengeleggak jugak hati. Ego sungguh hang ni Maryam. Makin lama makin melampau. Yee faham tapi beragaklah. Anak yang tak bersalah dijadikan mangsa. Sayang tapi ego tinggi melangit!! Anak sakit, anak hilang tahu sedih meroyan tapi bila didepan mata langsung dianggap mcm satu bebanan. Hanya disebabkan benci ke suami anak yg jadi mangsa, siap didoakan kematian dalam kandungan. Tangan si kecil sanggup ditekapkan ke kain panas yang baru lepas di-iron. Ditamparnya pipi anak sebab tak bangun untuk menyusu.Tapiiii kan saya tak boleh nak benci & marah Maryam sangat sebab mcm Irvan cakap Maryam ni sakit, jiwa kacau ditambah lagi dengan hasutan si piggy Riyaz tu, jahat sungguh!!! Senanya banyak lagilah perbuatan Maryam yang bikin hatiku panas. Sanggup tak diangkat call dari Irvan yang berjauhan dengan Chahaya atas tuntutan kerja. Ehhh banyaklah.

2) Nur Muhammad Irvan!!!!!!!!!! Hero paling tersakiti paling teraniaya, paling cool, paling penyabar tak cepat melatah, babah material, babah penyanyang (i tak bolehlah baca bab Irvan dengan Chahaya ni, hati tisu betul.. "bah.... balik babah') cuma tak tegas dengan Maryam! geram betul I. Hanya sebab terlalu kasihkan Maryam dari kecil sampailahah dewasa. Dijaga Maryam dari kecil, sanggup melupakan perasaan sendiri bila tahu Maryam dah jatuh hati dengan sahabat seperjuangan. Sanggup undur diri demi kebahagian si isteri & sahabat. Bersabar dengan segala kata-kata berbisa Maryam. Sebabnya bagi Irvan, Blackswam dia ni sakit tidak sihat, bersabarlah duhai hati itulah saja mandrem Abang One ni. Irvan ni pun satu hal jugak tak pandai nak mengayat tak reti nak beromantik. (Actually Irvan ni sejenis tak pandai nak mengayat. Tapi cuba teka apa yg dia bina untuk Maryam ni? Tu pun dirahsiakan tapi terkantoi) balik dari kursus tu cubalah ambil hati si Mekyam tu sama. Ni belek je Chahaya si busuk auw auw tu sampai Maryam pun jealous tapi tak nak mengaku! Dua-dua ego senanya.. Haishhh geram betul aku. Lepastu, masa operasi didoakan diri sendiri terkorban sebab permintaan Maryam. Terpaksa membuang jauh konflik yang melanda rumah tangga kerana tugas yang digalas.

'Aku mara ke medan perang tanpa restu seorang isteri.. Berbeza dengan teman-teman yang lain. Malahan dia mendoakan kematian aku dan berita itu sangat dinantikan. Aku sangat berharap aku mampu membahagiakannya.. jika itu yang dia mahu.' - Irvan

Ehh geram betul aku, melelehlah jugak. Tak guna.

3) Pastukan hahaha actually saya mengharapkan lepas Irvan baik dari koma tu dia jauhkan diri dari Mekyam jap (Suka benar hatiku bila Irvan tak bagi Maryam dari jumpa dengan dia lepas sembuh dari koma). Healing orang kabor. Bawak sekali Chahaya pergilah sebentar holiday bersama babah kesayangan Chahaya ni. Biaq p lah dekat Maryam tu sat. Ingat dia ja sakit semua kena jaga hati dia? Habistu hati Irvan? 3 tahun ishhh 3 tahun bukan 3 bulan Maryam buat perangai angkuh, bodoh sombong dengan semua orang, mengelenyarrr dengan si tagunerr tu....... Tapi bila dalam kesusahan tahu dicarinya Abang One kesayangan, Bak, Bunda, Chahaya & Haziq. Lepastu I macam tak puas hati sikit bakpelah Irvan pulak yg kena g ke Maryam nak mintak maaf!? Dahla kena marah dengan Bak dengan Ibu sebab tamau jumpa Maryam sebab tak bersedia, hekelehhh ingat jadi lelaki tak boleh rasa sakit hati sikit ke.

4) syukur sikit sebab bab Riyaz dengan Maryam ni tak berapa nak banyak. Gedik sungguh masing-masing dan tak ingat agama & adab. Stupid! Jahat do'oh si Riyaz ni sempat pulak masuk jarum hasut Maryam. Paling tak guna dihasutnya Maryam jangan susukan Chahaya sampai bengkak susu Maryam dibuat. Haishhhh geram aku dahlaa gitu ja penamat dengan si takguna Riyaz ni. Baran jugaklah baca even sikit. Sikit yang menyengat. Tapi itulah si Riyaz pun mangsa tersakiti. Tak dapat menerima takdir sampai nak meruntuhkan rumah tangga kawan seperjuangan.

5) untuk bak dan bunda dan juga haziq. Sedihnyaaaaa! Kasihannya Bak, disebabkan kesalahan & ego yang lalu Maryamlah mangsa. Tapi tergamakmu Maryam. Lupakah jasa bak kepadamu? Bunda? Digelarnya andartu. Lupakah Maryam siapa yang menyebabkan bunda jadi takut untuk buka hati lagi. Lupakah Maryam, bundalah yang menjaga dia dari bayi sampai dah besar panjang, yang mengajar adab. Haziq!! Astaga masa Maryam melangkah Haziq yang jatuh tu I dah start @#@£@£%@^. Lupakah Maryam siapakah yang selalu bersama dia susah senang. Sanggup digelarnya Haziq pondan. Bisanya mulut Maryam. Tapi itulah semua orang tak ada rasa marah ke Maryam sebabnya Maryam 'sakit, jiwanya kacau'. Banyaklah persoalan yang dalam TUH hero terjawab dalam ni. Dah lega sikit hatiku.

6) cerita ni rasanya lebih kepada nak menceritakan perjuangan Vat69 komando. Banyak info dumping yang dikongsi. Best! Tak terasa bosan nak membaca. Penuh dengan aksi. Penuh dengan mesej yang tersendiri. Isteri yang susah nak memahami tugas suami sebagai polis, si suami yang menggunakan kuasa veto. Ketidaksempurnaan setiap watak yang nampak cacat cela. Tapi adalah serba sikit yang rasanya macam meleret. Nak ceritakan satu benda ja tapi meleret gila hahaha. Info yang berguna tapi I lagi tergetor nak tahu kesudahan Irvan-Maryam ni. Nak baca cerita ni sediakanlah tisu sesiap. Rasa macam real betul sedih & sakit tu.

Highly recommended.

And.. pain level... infinity. emotional damage.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews9 followers
October 25, 2024
Aku cuba untuk mengambil masa yang lama untuk baca buku ni sebab nak baca guna mata hati gitew. Nak baca biar betul betul faham dan masuk dalam jiwa tapi tak sangka dalam masa 3 hari je aku dah boleh habiskan buku ni yang tebalnya lebih 1000 muka surat ini 😖. Aku bersyukur sangat walaupun arwah Melur Jelita dah meninggal dunia bertahun tahun yang lalu tetapi karya arwah masih lagi boleh didapati.

Aku cuba untuk bagi review tanpa spoiler walaupun agak mustahil. Jadi dalam buku kedua ini rumah tangga Irvan dan Maryam diuji dengan kehadiran semula seseorang yang dipercayai telah meninggal dunia. Bukan itu sahaja, dalam buku kedua ini jugak kita dapat tahu kebenaran tentang ibu Maryam.

Aku sejujurnya benci sangatttttttt dengan perangai Maryam dalam buku ni. Kenapa lah keras sungguh hati dia sebagai seorang ibu ? Macam macam dia buat dekat anak dia Chahaya semata mata bencikan Irvan. Bukan itu sahaja, dia panggil bunda andartu dan Haziq pondan ??!!!! Dalam buku ni Maryam memang seorang yang sangat kejam. Sanggup seorang isteri menantikan berita kematian suami dia sendiri ?????

Macam biasa kalau buku arwah Melur Jelita. Memang padat dengan ilmu dan pengetahuan. Dalam buku ni memang detail cerita pasal VAT69 dan jugak insiden serangan Lahad Datu. Disebabkan aku dah tengok movie tersebut jadinya Alhamdulillah senang nak imagine scene tersebut 😆. Walaupun buku ni penuh dengan konflik dan perangai Maryam yang mintak kaki tapi aku sejujurnya takde langsung rasa bosan atau rasa penceritaan buku ni meleret atau melelahkan. Sejujurnya jugak aku lebih sukakan buku ini daripada The unsung hero 🤯 mungkin aku kena reread balik buku pertama tersebut bila ada masa nanti.

Just in case korang nampak review aku ni tolonglah baca buku ni ye. Sangat best dan penuh dengan pengetahuan ‼️

Overall ♾️/5 stars.
Best read in 2024 🥹

Nak Muhammad Irvan dalam real life pls 😞🫢

Profile Image for Mslvoe.
2,142 reviews212 followers
October 20, 2025
Buku ni memang best gila! Seriously dari awal sampai dah nak habis buat kita rasa nak menyumpah² dengan sikap Maryam.

What happened to her? Kenapa dia boleh berubah sampai lupa diri macam tu? Kesian giler kat Bunda, Bak Haziq, dan Irvan. Lagi sedih caea Maryam handle Chahaya.

F rasa Irvan ni terlalu lembut dengan Maryam. Dia sabar sangat sampai kadang rasa nak jerit, “Bangunlah Irvan! She doesn’t deserve you!” 😤

Maryam pulak bila jumpa balik dengan Riyaz, terus hilang arah. Riyaz tu pun satu mengong betul. Mentang² ayah dia backup... terus nak rampas bini orang. Move on please!

Tapi dalam marah² tu... banyak bab yang buat F menangis juga. Sebak sangat weii

Overall, puas hati baca naskhah ni.. ada marah, ada sedih, ada part yang buat kita fikir panjang. Worth every page 👍
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
October 26, 2015
Review penuh di blog - http://kakazz.blogspot.my/2015/10/rev...
.
Sedih sungguh kisah kali ini.. Banyak air mata yang tumpah kerana sikap Maryam yang kurang adab.. Kasihan pada Irvan yang tetap sabar menahan rasa, pada bunda yang menjeruk hati, pada si gojes yang dipandang hina, pada bak yang dinafikan keujudannya, apatah lagi pada Chahaya yang masih belum memahami erti duka..
.
Menyampah sangat pada Riyaz-Maryam yang seakan tidak tahu hukum agama.. Hanya kerana cinta pada Riyaz, sanggup Maryam menipu Irvan..
.
Berdebar-debar tatkala Irvan dihantar operasi.. Selamatkah dia..? Cederakah dia..?
.
p/s: Hanya kerana satu perkataan yang bernama 'rahsia', segala-galanya menjadi porak peranda...!
43 reviews3 followers
November 5, 2015
Yeah..
5 stars??
Yup.

Bagi saya,this is the best from kak MJ..No one else.
Why?
Saya suka.Bukan suka-suka,tapi sangat-sangat suka!
Acane tu?
Yang penting,aku memang suka.

Selepas menggodek GR ni..Rating untuk the one kureng dan komen yang suka pun agak kureng.

But its okay,depend on our taste lah kan?

Tapi...entahlah ya..
Saya pandang apa yang orang tak pandang mungkin?

Saya suka sikap Irvan yg ada cacat celanya..
Saya suka sikap Maryam yg boleh diberi sekehan barang sedas dua tu...
Saya suka kekhilafan depa semua!

Sebab.....

Semuanya REALITI..
Mana ada manusia yang sempurna.Allah saja yang sempurna.

Ini kisah realiti.Kak MJ angkat kisah REALITI dan saya membaca novel ini dalam keadaan dan kehidupan yang REALITI.

Mana ada lelaki atau wanita yang sempurna serba serbi?

Abang One ada khilaf dan dia berubah perbetulkan keadaan..
Maryam pun..Semua watak dalam ni pun...

Terlalu terleka dengan fantasi pun tak molek kan?

Yesza,kisah Kak MJ kali ni memang bermain dgn emosi..Duka pastinya..Sampai hari pertama start bab meleleh ku nangis 3 jam tak henti.Esoknya 2 jam tak henti dan petangnya makin menjadi-jadi.Kegilaan apakah ini?

Kak MJ cuba sampaikan sesuatu di sini.
Kisah percintaan Irvan-Maryam...Ya,pasti.
Dan...
Kecintaan terhadap tanah air.
Jangan benci polis dan jangan hina polis.
Yang buruk tu sikit sebenarnya.Ramai lagi yang baik.Sedarlah...

Engkau ke yang nak angkat senjata pergi lawan musuh?
Tak kan?Berlari lintang pukang bersembunyi!

Engkau ke yang nak hadap training menggila masuk polis?
Tak mampu kan?Ada hati nak mengeji!

Cakap itu ini itu ini macam engkau tahu segalanya!

"Kalau engkau tahu apa yang aku tahu,engkau pasti tak mampu untuk tersenyum.."

Bacalah...Novel paling HIDUP dalam dunia ni bagi aku.Ambil yang positif.Pandang dengan positif dan rasai dengan positif.

Kenapa Abang One begini..
Kenapa Maryam begitu..

Ada sebabnya...

Sebabnya..
Manusia itu tak sempurna!


High recommend!
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
October 22, 2015
putera raja menunggang kuda putih vs putera raja penunggang ribut...
maryam yg polos vs maryam yg lost...
bak yg tegas vs bak yg tersentuh...
bunda yg tulus vs bunda yg hatinya jerlus...

kisah tentang sang anak lebih menyentuh...hero yg hebat tunduk dgn kasih sayang puterinya...ketika sang isteri semakin jauh...

namun biar apapun dugaannya, semangat hero ttp utuh...biar nyawa terpisah dr jasadnya...perjuangannya ttp satu, demi agama, negara & maryam..

sesungguhnya garapan penulis x pernah x bagus...
Profile Image for fiy.
100 reviews2 followers
September 11, 2024
“Kerana dia yg saya cintai selama ini.”

Cinta yg ikhlas antara dua insan. Saling merindui, mencintai, sakit demi cinta yg suci tanpa disedari. Diciptakan utk melengkapi satu sama lain. Seorang terluka, seorang lagi turut merasai kesakitannya. Namun, tidak kira bertuah juga dua insan ini saling menjadi tatapan pertama di pandangan retina masing masing.

Meniti bahagia di bibir itu tidak semudah seperti yg diungkap. Seorang tenang namun seorang lagi kekal dgn riak dingin. Mana mungkin bahagia itu mudah utk dikecapi seiring dgn pengungkapan di bibir.

"The unsung hero. Wira yang tidak didendang. The silent warrior. The one. Yang terunggul...”
Di saat seorang berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah air, seorang lagi berjuang dlm kehanyutan diri. Mencari ketenangan yg didambakan sekian lama. Namun takdir Allah yg paling baik menyatukan dua hati yg dahagakan kasih sayang & keikhlasan dgn hadiah yg tidak ternilai dari Yang Maha Esa.

Okay first thing first nak cakap pasal Maryam atau lagi sesuai dipanggil meriam buluh. Yihhhhh sebab dia ni lah saya ibarat berzikir sebut stres 😭. Sedih tu ada lah hujung hujung tapi kebanyakannya stres haih suami punyalah sehijau belantara dia boleh keraskan hati dia buat tak tahu je. Fl paling gila dan keras hati yg saya pernah baca 😩.

Beralih dgn encik suami terpaling hijau amazon— IRVAN. Boleh dah bagi pingat kesabaran & kesetiaan utk dia ni 🥹🫶🏻. Bukan setakat nama je cantik tapi perwatakan pun mmg sejuk perut ibu mengandung. Si meriam buluh tu buatlah mcm mana pun dkt Irvan, Irvan tak pernah salahkan Maryam, tak pernah marahkan Maryam. Kalau ada pun monolog hati dia je. Selagi dia tak nampak depan mata, selagi tu dia back up Maryam. Apa yg penting utk Irvan ialah kebahagiaan Maryam. Bahagianya Maryam bahagialah Irvan. Mulia sungguh hati encik inspektor sorang ni 😭🤍🤍

Chahaya satu lagi watak yg saaaangaattt comellll. Sayang dia… sayang dia si busuk auw auw ni. Comel sangat Aya dgn babah dia. Kecik lagi dah boleh faham babah & chiknya. Haih sayu pulak rasa 🥹. Tapi mmg auto meleyot tengok babah layan Chahaya. Lembut je, layan je apa yg anak tu minta sbb chik dia tegas. Tapi nak marah Maryam pun tak boleh sbb apa yg dia lalui dari kecil pun dah cukup menderita. Mungkin org kata dia beruntung, berperwatakn sopan, lemah lembut seperti wanita melayu terakhir, tapi hati dia? Hanya dia yg faham selain abang one! Kehidupan Abang One pun sayu jugak tapi tulah sesayu hidup dia, dia tetap sanggup berkorban demi adik chiknya 😔🫶🏻🫶🏻

Paling sebak waktu Irvan dan Chahaya bercuti berdua je like mcm diorang ni takde mak/isteri 😭😭. Pastu tiba tiba dua dua tu kena demam campak. Dah sakit mcm tu pun hanya kawan Irvan sahaja yg tahu yelah sbb kalau dia bagitahu maryam pun takdenya maryam tu nak kesahkan. Sebak sangat tgk Irvan dgn Chahaya yg ibarat mengemis kasih sayang dari seorang isteri/ibu. Maryam ni pulak hidup dlm dunia sendiri, tak fikir dosa pahala dah. Yg dia tahu dia je tersakiti tapi dia tak tahu yg Abang One tu yg terpaling tersakiti sebenarnya. Irvan tu dah takde family, apa yg dia rasa, sakit, sedih semua dia simpan sendiri tapi tulah maryam butakan mati hati dia. Sampaikan Irvan nak pergi bertugas pun maryam boleh harapkan kematian Irvan. Rasa nak ruqyah je si maryam ni geram betul.

Walaupun buku ni agak tebal tapi penuh dgn ilmu yg bermanfaat. Lagi lagi ilmu agama, tauhid. Memang sesuai jadi bacaan bulan merdeka atau selepas menonton movie Takluk: Lahad Datu. Serba sedikit menyerap semangat patriotik dlm diri. Al-Fatihah utk semua wira wira negara yg terkorban utk ops ini & arwah penulis. One of my best readings for this year
Profile Image for nell.
39 reviews2 followers
October 15, 2015
Kebiadapan Maryam mengganggu pemberian bintang. Seriously Maryam?
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
October 11, 2015
Sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat meruntun jiwa. Sungguh sungguh sungguh sungguh sungguh sungguh memilukan. Entah berapa kali tersenyap dalam baca....entah berapa kali airmata ni laju mengalir....teresak esak dalam kesedihan
Profile Image for Sha Mohamed.
2,536 reviews1 follower
October 20, 2019
Lama betul pembacaan Sha sangkut.. Semuanya sebab watak Maryam yang tiba-tiba hilang akal akibat memendam perasaan.. Dibuang pula ibunya saat dia memerlukan.. Sebabkan geram dengan watak Maryam, Sha terhenti pembacaan tapi gigih sambung juga.. Penulis menyampaikan cerita dengan teguran dan juga sindiran.. Mengena tepat di hati.. Wira yang tak didendang.. Selamanya berbakti demi negara.. Hubungan kekeluargaan yang pincang akibat perpisahan mak ayah dan hubungan suami isteri yang ego.. Semuanya dikupas dengan menarik walaupun sedikit meleret..
Profile Image for Anthophile 🪴.
380 reviews7 followers
October 19, 2022
“𝑲𝒂𝒖 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒔𝒖𝒅𝒊 𝒑𝒂𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈..𝒘𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒔𝒆𝒔𝒂𝒂𝒕. 𝑻𝒆𝒓𝒈𝒂𝒎𝒂𝒌𝒎𝒖 𝒅𝒊𝒌..”

𝑰 𝒄𝒓𝒊𝒆𝒅 𝒓𝒆𝒂𝒍𝒍𝒚 𝒉𝒂𝒓𝒅 , 𝑶𝒉 𝑰𝒓𝒗𝒂𝒏..𝒘𝒉𝒆𝒓𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒊 𝒇𝒊𝒏𝒅 𝒂 𝒉𝒖𝒔𝒃𝒂𝒏𝒅 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒚𝒐𝒖 😭♥️
___________ ___________ ___________

Buku2 MJ mengikut tema, kalau tema askar/ polis maka segala ilmu berkaitan jurusan tu akan dibahas dlm buku, that’s why buku tebal. So terasa mcm betul2 nikah dgn seorang ‘aset negara’ ni😂

Ada dialogue kelantan, sy tak phm 😭☝️ dan sedikit meleret perbualan yg tak relevent.

Perbahasan sejarah & politik dan agama adalah simbol dlm penulisan MJ👍🏻 nak cepatkan bacaan boleh je skip, nak timba ilmu dan terasa hidup dalam dunia The One boleh lah baca🤭
___________ ___________ ___________

Sebenarnya perbualan mereka agak kekok mcm kaku, tp some scene yg sweet bergurau senda tu rasa mcm hangpa terlalu depan pasangan tengah bercinta and kita jd kacau daun 🤣 blushing sendiri. Haha, tp meleret sikit pasal politik.

Irvan mcm balik hanya utk berdebat dgn Maryam, i know thats the point of the book tp ingatkan ada lah plot sikit2 but no. ILYS geram dkt heroin, THE ONE ni geram dengan Maryam sebab dia rasa keluarga yg jaga dia khianati dia, antara dia dgn Wan honestly i sokong Wan tp penerimaan Maryam tu mcm bikin hatiku sgt kesal 🙏🤣

Kak MJ ni memang berkebolehan buat pembaca geram benci dgn heroin ke mcm mne? Haha, Maryam..i have love-hate relationship with you so much like Cardan.
___________ ___________ ___________

Mesej menjadi seorang manusia dan hamba Allah ﷻ serta seorang isteri, minta dan tanya pada Allah ﷻ . Mempersoalkan takdir dengan menyalahi takdir sendiri, itulah manusia..beautiful message tp darah naik juga lah membacanya 😂

Isteri yg agak susah memahami kerja suami sebagai polis dan suami sebagai polis dgn kuasa veto nya, konflik rumah tangga. Bukan salah sesiapa tapi kedua nya berperanan, otak perempuan tak macam lelaki tapi hati lelaki tak mcm perempuan. Geram dan syg jgk pd Irvan ni mula2,haha.
Profile Image for Mas Hamzah.
4 reviews4 followers
October 8, 2015
selalunya buku2 MJ saya boleh habiskan dalam masa 48j...tapi kali ini saya perlukan 6 hari utk menghabiskannya...Pecah rekod...Saya mengeja gamaknya..saya terhenti membaca bila watak riyaz muncul..mula membayangkan pengakhiran yg tidak ingini...Ini bukan kisah Maryam, Irvan dan Riyaz sahaja.Ini adalah kisah perjuangan mereka yg mempertahankan kedaulatan negara..Kisah mereka yg telah dilupakan..Irvan hati batu , maryam hati batu. Dah mmg padan pun...
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
March 1, 2016
setahun oii nak khatam ni .hah lega sangat dah setel Mungkin hati mengelegak sangat ngn perangai Maryam sampai ambil masa berbulan bulan tuk diabskan
Profile Image for sooa.
69 reviews5 followers
February 7, 2025
The One | Melur Jelita

‘Sesungguhnya hanya pada Allah, aku adukan susah dan sedihku.’

4.5/5

kecomelan attack babah irvan dan Aya si busuk auw auw; ♾️/5 🥹🫶🏻

.

[spoiler alert]

The One; kesinambungan The Unsung Hero. Ini kisah perjalanan hidup Irvan dan Maryam masa diaorang nak menimang cahaya mata pertama dan bermulalah konflik keluarga bak dan ibu Maryam yang terbongkar dan konflik rumah tangga yang boleh buat kau rasa nak tarik rambut sendiri.

Irvan aka deraman yang terunggul; tak tahu dah berapa banyak air mata tumpah kat dia ni. Irvan punya tahap sabar dan setia tu memang tak wujud in real life kut. Seketul Irvan ni memang seorang suami dan ayah fiksi yang terbaik pernah aku baca. Irvan yang kuat, bukan sekadar gagah sebagai seorang wira negara, tapi dia kuat sebagai lelaki sejati yang sabar menanti cinta dan kasihnya berbalas.

Watak Maryam dalam TO ni sumpah aku takleh brain. Rasa nak ruqyah patploh hari patploh malam. Terus berubah 100% dari TUH. Tak tipu memang aku benci gila Maryam dalam TO ni sebab sangat sangat menguji hati dan mengundang makian. Maryam yang berubah jadi keras pedal, gara gara pengkhianatan dari keluarganya sendiri. Terus melarat jadi dendam. Okay, aku faham dia kecewa dan marah. Tapi dia dah jadi tak valid bila kau jadi terpaling mangsa tersakiti sampai tak fikir langsung perasaan orang lain terutamanya Irvan.

Aku masih tapaham suami tu sikit punya baik, sempurna dari segi apapun, tapi yang duk puja tak habis habis si jantan bontot kuali legam berkuda putih dia tu yihh nyampah ler hakuu🙄

Sumpah stres namati dengan perangai mekyam ni eyy sampai satu tahap aku dah tak boleh nak husnudzon dah dengan dia ni. Aku harap sangat diorang cerai haha memang dah meluat sangat dengan Maryam punya perangai tau sakit hatii sangatt sangat mintak maap ler cakap🙏🏻

Walaupun hampir mental, rasa terubat sikit dengan kecomelan chahaya si cempedak. This cutieeee awwh🥹🤏🏻 rasa nak geget gegettt peha montel dia tu. Rindu dah dengan bunyi selipar ‘nyet, nyet, nyet’ dia bila berlari kejar babah dia. Anak solehah ni bila je tak buat orang nangis. Paling sedih bila dia tunggu babah dia tak balik balik sampai merajuk. Selalu tahan nangis setiap kali kena marah dengan chik dia. Eyy aku takleh laaa😭

I’m crying every moments aya dan babah bonding time terutamanya masa kat pulau perhentian tu. Memang meleleh nonstop. Rasa nak peluk dua duaa😭🤍

Buku ni dijamin memang akan buat emosi kau roller coaster namamps sepanjang baca. Kitanya sampai demam nak habiskan buku ni haha tak tau la sebab terlampau stres sebab si meriam buluh ni ke apa tapi maryam punya bengap dan bebal tu sumpah buat orang baran. Setebal tebal buku ni kena hadap kebengapan Mekyam ni YA ALLAHHH HAKU SETEGHES. Tapi apa pun, still tak puas dengan ending. Sepatutnya Maryam tu kasi menyesal semenyesal sesalnya la baru puas hati aku yihh geramm😤

Macam biasa, tak lengkaplah karya MJ kalau tak ada kata nasihat dan sejarah. Paling best scene ops VAT 69 Komando dalam buku ni pehh cool gila Abang One hsjdhshs. Walaupun penuh main emosi, TUH & TO are still my best reads of this year🫶🏻

*kalau kebengapan maryam tu tak sampai separuh buku, maybe buku ni dapat rate 5/5 dah hm*
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Qayiem Razali.
896 reviews85 followers
October 12, 2015
The One - Yang Terunggul. Naskhah kali ini membawa kita mengenal kehidupan rumah tangga Irvan dan Maryam. Segalanya bermula dengan indah, sehinggalah Maryam menemui ibu kandungnya.

Bertitik tolak daripada pertemuan itu, watak Maryam bertukar 'gelap'. Ditambah lagi rahsia demi rahsia yang disimpan Bak, bunda dan Irvan buatkan hati yang sedia keras bertambah keras. Oh, jangan lupa hadirnya Riyaz buatkan jiwa Maryam makin memberontak. Kerasnya jiwa Maryam, buatkan Irvan dan Bak terutamanya dihurung rasa kesal yang tak sudah.

Fikir mereka, hadirnya si busuk auw auw mampu mencairkan hati Maryam, tapi.... Apakah kesudahan yang terjadi pada Maryam dan Irvan? Apakah cinta Maryam akan mekar buat Riyaz selamanya? Dan... bagaimana pula perjanjian antara Irvan dan Maryam?

Sejujurnya, saya rasa mahu berhenti saat watak Maryam menjadi kejam. Namun, magisnya tulisan MJ buatkan saya kekal menyelak halaman demi halaman sehingga berjumpa perkataan TAMAT. Nyata, novel ini memberi kepuasan berganda. Perasaannya seperti menaiki roller coaster saat membacanya.

Naskhah ini tidak hanya tertumpu pada kisah Irvan dan Maryam, tapi MJ membawa kita mengenal jerih perih perjuangan mereka2 yang melindungi negara daripada ancaman musuh. Serta, kisah kekeluargaan dan persahabatan yang sungguh menyentap jiwa. Dan... babak yang berjaya buatkan air mata ini gugur saat pertemuan Maryam dan Irvan di dewan USM. Kalau diikutkan terlalu banyak boleh dikongsikan tentang novel kali ini.

Kesimpulannya, novel THE ONE merupakan kesinambungan yang berjaya daripada MJ. Tahniah MJ! Saya menantikan karya MJ yang seterusnya.
Hashtag#melurjelitapembelasahterbaik Miahahaha.
6 reviews
October 12, 2015
Karya terbaru MJ... ksinmbungan TUH ni mmg btul2 kna kental jiwa raga ble bace... kirenye ala2 komando 69 lah..hihi... Bab pling kna kental time maryam yg santun btukar ala2 "beast"(bahasa plng lmbut dh ni)... Fuh... mmg mcbar... die pnye fiil tu time brdendam mmg bt kite yg bce pn rse stress gitu...hahaha... time dgn mak ayh die, dgn irvan... x trmsuk dgn ank sndiri chahaya... Mmg btul2 lah meresap dlm jiwa raga... mase mule2 mmg sakit hati jiwa raga... tp bg aku klu di tmpat maryam mgkin akn bt bnda yg sama... (kcuali bab abaikan anak)...
Mmg puas mmbace.... best n terbaekkkk.. tmbah2 di selit kisah2 polis... pling sedih part zalina tu... ble the one n geng dorg penat2 slamatkan... alih2 org lain dpt... jdi mmg besar pngorbanan mereka2 ni utk negara... waktu bce mmg sebak sgt2... rse mcm jdi org x brgune kat negara... byk bab2 plajaran yg baru, bt aku bce ni fikir byk kali... tqsm kak MJ... Sme mcm dlm ILUS n MPI... buku2 ilmu akk mmg tak pernah kosong... sntiasa ada isi... tqsm skli lagi...
Profile Image for readingismypassion.
54 reviews7 followers
April 13, 2024
Dalam geram, sakit hati, sedih, almost went crazy...

This book shattered my soul. Idk how to describe the sadness yang hoovering atas kepala I sepanjang I baca buku ni tapi the loneliness dan kesakitan tu buatkan I kena reading slump afterwards.

The miscommunication, the betrayal, oh my God. This is just sad. So sad. I sampai rasa helpless dan almost put the book aside sebab sesak nafas as I cried too hard for a book tapi memang buku ni melukakan sangat-sangat 😞. Nevertheless, I love the pain so this book setanding dengan buku arwah Kak MJ yang lain but Firman-Iris still my comfort read.
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
October 18, 2015
nak benci maryam boleh tak ?
sian abg one kita..
sian haziqgojes kita..
Profile Image for Hana.
9 reviews
March 3, 2023
habis baca baru tahu penulisnya sudah kembali ke rahmatullah. innalillahinnailaihirajiun




kesian maryam. tapi tak kesian mana juga hahahahah

perubahan maryam disebabkan tekanan emosi oleh ahli keluarga sendiri. kesian sangat bila kena tipu sepanjang hidup, dah la cara dia tahu kebenaran tu secara tak sengaja. mungkin kalau dia tak terserempak dengan doktor tu, sampai mati pun dia tak tahu kewujudan mak dia 😭 kesian betul hidup maryam, dari kecik rindukan ibu dia, tak pernah dapat pun sentuhan seorang ibu. tapi bila pergi damba kasih sakinah pun, dirosakkan oleh adik-adik tiri dia. elok selam je si cempaka tu. dengan mak sendiri pun takde adab. dengan cerita sakinah yang curang dekat bak dengan hilal, tunang bunda. ya allah kesiannya bunda. tapi tak kesian sangat dekat bak. perangai bak kurang baik. ada ke kau hambur bini kau macam tu? tak hormat langsung perasaan bini. bila jadi macam tu, isteri cari kasih lelaki lain. diri yang merana, bukan diri je, dengan bunda sekali terpalit. kesian sangat bunda

perubahan maryam lepas tahu kebenaran tu, memang 100%. macam mana nak jumpa lelaki sebaik irvan? weh kalau tak jumpa irvan irl, aku taknak kahwin hahahaha gurau je. sabarnya dia sebab terlalu sayangkan maryam. even bila maryam curang pun, tak dia marah dekat maryam. faham maryam depresi, maryam sakit 😭 sebab tu aku tak berapa salahkan maryam, sebab dia sakit. dan sakit dalam jiwa, tak sama dengan sakit physical.

kehadiran riyaz mengeruhkan lagi keadaan. riyaz kembali datang menuntut hak terhadap maryam. dendam kepada irvan sebab masa dia call irvan kata dia selamat, rupanya hari maryam dan irvan diijabkabulkan. memang taknak la member bagitahu maryam. bak pun sebenarnya tahu sebab abang ipar riyaz datang bagitahu bak, tapi demi jaga air mukan wan, bak taknak. gila ke nak batalkan, dorang dah nak salam tok kadi kot. sebabkan tulah riyaz jadi berdendam sampai nak rampas semua, maryam dan anak mereka. maryam pun dah habis kena brainwash dengan riyaz. tapi kelakar pun ada weh 😭 cara dia gaduh dengan irvan tu aku tak boleh ambil serious. irvan sangat savage HAHAHAHAH

“kau ingat kau mulia sangat? muka penyamun yang selangkah laki nak ke syurga?” - riyaz
“eloklah daripada bacul macam kau yang terang-terang dua belah kaki dalam neraka” - irvan

part ni aku ketawa berdekah 😂😂😂

ada beberapa scene maryam sangat kejam. kesian bunda, haziq, chahaya dan paling kesian dekat wan. sampai hati maryam panggil bunda andartu, padahal tunang bunda kena sapu dengan mak kau la bongok. sampai hati maryam panggil haziq pondan, padahal yang pondan tulah duk protect kau dari kecik sampai besar! bila haziq jatuh tangga tu pun, tergamak dia langkah gitu je tubuh haziq? kerasnya hati kau maryam. belum masuk chahaya dengan irvan lagi.

mula-mula lagi aku dah tak suka bila maryam duduk dengan chahaya. bayangkan anak tengah tidur tapi dia pergi tampar pipi chahaya sebab nak bagi susu. tapi aku mula ubah fikiran maryam jaga chahaya elok sampai aku ingatkan dia betul betul sayang, yelah anak sendiri kan. kau yang kandung kau yang lahirkan. rupa-rupanya, semuanya dusta. maryam cakap dia langsung tak sayang aya, hanya jaga sebab janji wan untuk talakkan dia tu ya allah berderai air mataku. kesian sangat chahaya. aku tengah membaca ni kadang sampai takut rasa bila ada scene maryam & chahaya. lagi2 bila scene setarika baju tu, berdebar saya baca takut maryam sengaja pergi lekap iron tu ke anak dia weh 😭 tapi dia tak lekap setarika, dia gi letak tangan chahaya atas kain yang hot-hot lagi. kesian anak kau, ibu apa kau ni?? 😭

puas sangat hati bila irvan asingkan maryam daripada dorang semua. maryam dah macam jadi satu ancaman. paling puas hati time maryam hanyut kat laut. haa baru kau nak insaf. terpaling puas hati pulak bila irvan dah sedar dari bertugas tu, dia taknak maryam masuk dalam wad dia. HAHAHAHAHAHA PUAS HATI AKUUUU
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
October 28, 2015
Alhamdulillah habis juga baca novel ni. Penantian suatu penyeksaan. Buku paling tebal. Buku paling berat dan melenguhkan. Haha!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Another karya Melur Jelita yang tidak pernah menghampakan.

Ini kisah sekuel Irvan dan Maryam. Terlalu banyak konflik. Terlalu banyak cabaran untuk Irvan dan Maryam. Terlalu banyak ketawa. Terlalu banyak juga air mata yang keluar saat membaca bait yang ditulis. Ini bukan kisah dendam semata. Ini bukan kisah rumah tangga semata-mata. Ini bukan kisah kasih sayang je. Tapi ini juga kisah pahlawan negara. VAT69/Komando 69.

First, tabik spring kat MJ sebab mampu membuatkan saya masuk ke dalam ceritanya. Haha! I'm the one who read the book. So saya yang berimaginasi dan merasai. Lebih-lebih lagi part Irvan bersama-sama Vat69 melakukan latihan dan juga pertempuran. Oh, that part so so mendebarkan.

Second, kalau baca mesti sakit hati dengan Maryam kan? At first, saya tak marah pada Maryam sbb I know what she felt. It's not easy. Dia menghadapi tekanan perasaan yang maha hebat. Bayangkanlah, dia ditipu bukan sahaja dengan Irvan, tetapi dengan bak, bunda dan Haziq. Orang yang selama ini dia percaya. Lebih-lebih lagi bermain dengan emosi perempuan mengandung. Berlarutan pula hingga bersalin. Maryam yang terlalu memendam perasaan. Menurut saja kata bak. Sebab tu bila perasaan yang dipendam tu diletuskan, mmg teruk sgt kesannya. And bila baca part bak dengan Ibu Sakinah, I was like... saya terima dan saya rasa apa yang Maryam buat tu tak salah. Rasa macam itu balasan utk bak. Patutlah ibu nya tinggalkan bak. Oh yeah, dlm sekuel ni akan terungkai siapakah ibu Maryam. Hiks!

Third, sabar. Seorg suami itu perlu ada tahap kesabaran yg tinggi. Macam Irvan. Sangat bijak berkata-kata. Pandai dia memanipulasikan Maryam. Part buat perjanjian dengan Maryam. That's the one way that he could think to save his marriage. Tapi agak-agaklah kalau marahkan suami pun. Berlarutan sampai tiga tahun, tak kesian ke kat Irvan? Ada part bila mana Maryam mencederakan anaknya sendiri, itu semua bersebab bukan suka-suka. Tapi caranya salah. Terlalu kejam utk budak sekecil Chahaya. Kan? Biasalah, Maryam terbawa emosi. Ahaks! Bila menangis budak tu, lari Aya kat babah dia. Irvan seorg bapa yang penyabar. Lepas je MAryam bersalin, Irvan hidup utk Chahaya. Kasih sayang Irvan terhadap Chahaya betul-betul membuatkan saya rasa sebak. KAsih sayang seorg bapa terhadap anak perempuan. Banyak sangat part Irvan dgn Chahaya yg sweet-sweet. Hehehe!

Forth, hmm, Riyaz! I hate him! OMG! Kenapalah suka merosakkan masjid orang? Dia lah yg suka meracuni fikiran Maryam. Don't want to story about him.

Fifth, banyak isu-isu semasa yang diselitkan/dikupas dlm novel ni. Kalau baca confirm tambahkan knowledge. Especially about VAT69. Now, I know more about them (pahlawan negara). Congrats MJ!

OMG! This gonna be so longgg! Haha. OVerall, u must grab this ASAP. NAk tahu macam mana Maryam bertaubat? Bacalah. Nak tahu apa yang buat Maryam terharu bila dia diasingkan dari keluarganya? Belilah. Nak tahu kisah bak dan Sakinah? Beleklah. Nak tahu apa jadi kat bunda dan pak cik Hilal? Pinjamlah kat sesapa. Nak tahu macam mana kasih sayang Irvan terhadap anaknya? Hayatilah. Nak tahu ending of the story? HAH, bacalah sendiri. HAHAHAHAHAHA!
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
August 6, 2024
Kerana usaha Irvan memikat Maryam, si isteri yang masih janggal menerima abang sepupu yang selama ini hanya dianggap sebagai seorang abang, Maryam perlahan-lahan menerima. Bab awal-awal ni berbunga perasaan gue membaca kegigihan Irvan untuk pikat Maryam. Dan Maryam sendiri, dah mula move on daripada Riyaz. Time ni, Irvan memang sweet habis! Tapi datang dia punya bangga diri tu, gerammm je rasa. Konon yang terhebat, The One lah katakan!

Sedangkan lidah lagi tergigit, nikan pula hubungan suami isteri. Saat dia mula belajar untuk menerima dan menyayangi, saat itu dia diuji dengan dengan rahsia demi rahsia. Ah, ralat sungguh aku. Sangat aku tak sangka dengan rahsia yang disimpan oleh orang terdekat Maryam.

Walaupun semasa aku membaca TUH macam ada subtle hint, tetap mengejutkan aku. Oh, kasihan sungguh kau Maryam! Ditambah pulak dengan rahsia yang disimpan Irvan arghhhh, lagilah aku kasihankan watak Maryam ni.

Kerana hancurnya harga sebuah kepercayaan, Maryam menjauh. Perubahan Maryam yang pada mulanya aku faham dan boleh terima tapi lama kelamaan makin membuatkan aku rasa menyampah. Tapi aku tak salahkan Maryam dan dalam masa yang sama aku juga tak salahkan bak, bunda dan Irvan. Sayu sangat membaca certain parts, lagi-lagi yang melibatkan bak dan Cahaya. Bila adanya ruang antara Irvan dan Maryam, ada pulak yang cuba untuk menyelitkan diri dalam ruang itu. Ahhh, satu lagi part yang aku tak sangka. Mulalah aku mempersoalkan mengapa dan mengapa. Eh, rasa nak terajang je mereka yang support manusia ni masuk jarum menjauhkan Maryam dengan Irvan sedangkan mereka tu suami isteri.

Sungguh, sambungan TUH ni sangat menguji emosi dan kesabaran. Macam-macam yang berlaku. Nasib baiklah ada pengimbang emosi, si Haziq gojes, tapi kalau datang mulut celupar dia, hah merana kau!

Antara highlight sambungan TUH ni is Irvan's punya pekerjaan sebagai anggota VAT 69. Juga terselitnya kisah pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada tahun 2013. Sangat mendebarkan dan garapan penulis membangkitkan pelbagai emosi sepanjang peristiwa ni. Serious kena baca!
Profile Image for Secret  Moon.
14 reviews
September 13, 2024
Baca novel ni xde rasa nak nangis tapi lebih kepada rasa nak marah, meraung dan mencarut. Disabarkan hati dgn istighfar byk2. Memang menguji kesabaran dgn perangai masing-masing.

Kemunculan Riyaz yang nak balik hak dia. Rasa benci sgt dgn sikap Riyaz yang tak tahu halal haram. Dilepaskan rindu, kasih sayang dan pelukan terhadap Maryam yg merupakan isteri orang.
Ya Allah sabar jelahh

Maryam pulak dengan perangai makin teruk, kurang ajar dan tak berhati perut. Xboleh nak masuk dlm diri Maryam sampaikan berperangai begini. Semuanya nak si Riyaz tu, Riyaz, Riyaz, Riyaz.

Igtkan berubah skit perangai bila Chahaya yg igtkan dah tak ada. Merintih panggil nama Irvan. Tapi rupanya sbb takut Irvan anggap dia apa2 kan Chahaya, so Maryam xdpt kebebasan. Perangai masih sama. Kesian Chahaya.

Irvan yang hampir berputus asa nak raih cinta Maryam. Seakan bersedia nak lafazkan talak. Hampir nak gugur jantung baca.

Nasib happy ending. Tapi actually terdetik dlm hati, nak tahu kehidupan Maryam kalau dilepaskan. Agak2 cinta yang Riyaz beri betul-betul ikhlas atau sebab cenburu apa yg dimiliki Irvan.

Tapi xmungkin Irvan talakkan Maryam, sbb dia sungguh cinta dan sayang kat Maryam
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,560 reviews42 followers
May 27, 2017
Sinopsis ni memang langsung tak suai laaa, sungguh tak reflect langsung dan tak menggambarkan kehebatan cerita The One. Nasib baik saya baca buku ni back to back dengan The Unsung Hero dan saya memang jenis tak suka baca sinopsis sebelum baca bukunya.

The One sangat hebat. Perkembangan naik-turun, baik-jahat tahap nak kena cekik sampai terjelir lidah fiil Maryam sangat kukuh dan rasanya hanya penulis macam MJ saja boleh buat. Irvan tetap cemerlang sebagai pejuang negara dan pencinta yang kukuh serba serbi. Paling tak tahan tahap kasihnya kepada Chahaya. Sempat pula MJ berlawak kot, bila baby Chahaya digambarkan Babahnya sebagai hodoh, lubang hidung besar dan pesek, kulit menggerutu, "si busuk aww aww".

Muka tebal Riyaz tak tahan kubaca. Kekejaman Maryam terhadap Bak, Irvan, Bunda dan Haziq malah Chahaya, aduhhhh. Bapak Riyaz punya justifikasi kepada Dasuki tentang sebab musabab dia menyokong anaknya bawa lari Maryam, alahaiiii. Nekadnya Irvan balung pisau ke leher Zakuan, wow wooo. Lawan bertekak Haziq & Mok Der lawak giler.

Commit baca sampai habis, memang buku ni superb. Dari tak tahu pasal Ops Daulat dan the hanky panky yang "agaknya terjadi", saya jadi tahu. Betul juga patut buku ni tak perlu tebal sangat, banyak analisa penulis mengenai macam-macam, pengajaran dan ilmu sebenarnya tu, tapi saya pasti ramai yang skip sebab commit nak tahu apa jadi jer. Apapun, jealous juga dengan Maryam sebab dapat suami macam Irvan, kekasih gelap macam Riyaz. Namun, akhiran cerita ni saya suka juga. Rasa yang jahat mendapat khafarat dan yang sabar terima juga balasan manis. terbaek MJ.
Displaying 1 - 30 of 64 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.