Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pemburu Kesepian di Bumi Geordy

Rate this book
Buku ini merupakan catatan ala travelog penulis mengenai makna-makna kehidupannya dari tahun 2007 sehingga 2009, hasil permukimannya di Durham, England selama tiga tahun lapan bulan. Bukanlah tujuannya untuk menunjuk-menunjuk ataupun membuka kisah peribadi sebagai tatapan umum, tetapi lebih kepada satu catatan sejarah untuk diambil ibrah (pengajaran) daripadanya jika terdapat apa yang bermanfaat. Pengisahan pengalaman dalam buku ini dipersembahkan dengan kepelbagaian fakta sebenar, fakta sejarah, pengalaman peribadi, humor, anekdot-anekdot dan juga nasihat-nasihat untuk dijadikan sebagai renungan bagi para pembaca. Penulis percaya bahawa perjalanan hidup setiap individu lebih lengkap dan seimbang dengan memberi makna kepada kehidupan individu lain. Hal ini demikian kerana setiap daripada kita adalah pelengkap kepada kehidupan yang lain.

BUKU INI PERLU DIMILIKI
- Perkongsian pengalaman yang penuh ibrah dikongsikan oleh penulis.
- Pengisian dapat merangsang pemikiran yang lebih kritis.
- Mengetengahkan pelbagai budaya luar, amalan Islam di bumi orang dan pengalaman pelajar yang boleh diimplementasi dalam kehidupan seharian.

326 pages, Paperback

First published April 1, 2015

10 people are currently reading
86 people want to read

About the author

Maszlee Malik

43 books277 followers
Prof Dr Maszlee Malik short bio

Prof Dr. Maszlee bin Malik is a Malaysian politician who served as the Minister of Education in the Pakatan Harapan (PH) administration under former Prime Minister Mahathir Mohamad from May 2018 to his resignation in January 2020. He has served as the Member of Parliament (MP) for Simpang Renggam since May 2018 until November 2022. He was a member of Malaysian United Indigenous Party (BERSATU) from March 2018 to his membership termination in May 2020 and became an independent MP until November 2021. In 27 November 2021 he joined Parti Keadilan Rakyat. He was elected with the highest votes to the Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council (Majlis Perwakilan Pusat/ MPP) in August 2022. However, he lost in the Malaysian 15th General election in November 2022, and decided to return to the academia world by joining University of Cyberjaya (UoC) as a Professor at the Faculty of Psychology and Social Sciences in March 2023.

Prior to his political life, Maszlee taught at the International Islamic University Malaysia from 2000 to 2018. He was also actively involved in volunteering works. He was the advisor of few NGOs for children with special needs.

Maszlee believes that education should be inclusive and empowering. As a minister, Maszlee introduced student-oriented system to primary schools to replace a formerly exam-oriented structure. He had also made reforms to mitigate teacher's clerical burden, empowered technical and vocational education on the tertiary level and amended restrictive law which had previously suppressed students’ freedom of speech in universities and colleges.His time in academia did not encase him in the proverbial academic ivory tower, exemplified through his commitment to helping students remain globally competitive in an era of vast technological change and globalization. Recognizing that vocational education is essential in transforming Malaysia from a nation of consumers to a nation of producers, he formed a national steering committee to expand TVET collaborations with industry stakeholders alongside increasing access to polytechnics and community colleges. Maszlee was also known of his promotion of STEM education and in in calculating AI, Big Data and Data analysis in education through the formation of Big data committee at The Ministry of Education during his term. He was also known of his bold decision to use Google Classroom (GC) as the sole Learning Management System for all schools throughout the nation. This decision has saved the learning process of Malaysian students during the MCO (lockdown) amid Covid-19 pandemic.

Maszlee believes that nobody should be left behind, and that every child deserves an equal opportunity in education. To that end, he has pioneered efforts to improve the access and quality of education for marginalized and disadvantaged communities. He has increased access for nearly 5,000 students from low- income communities in fully sponsored state boarding schools, and is working towards providing free meals to disadvantaged students nationwide. He has introduced the Zero Reject Policy, which ensures that stateless children have access to the national schooling system.

In 2018 Maszlee ventured into politics. Aside from his position as a parliamentarian member and a minister, he currently holds various positions, including:
• President of Southeast Asia Minister of Education Organization Council (SEAMEO)
• President of Malaysia National Commission for UNESCO (MNCU)
• Head of the Council of Boy Scouts Malaysia
• Chairman of Tunku Abdul Rahman Board of Trustees
• President of International Islamic University Malaysia

Maszlee was the chair for Malaysian Parliament Select Committee on Education (2021-2022), as well as the head of Pakatan Harapan special committee for education (2021-2023), and was appointed as the Deputy Chairman for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)/ Selangor Public Library since Dec 2021. Maszlee

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (28%)
4 stars
37 (48%)
3 stars
17 (22%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
April 23, 2020
#7 2020

Kebetulan, habis baca pada Hari Buku Sedunia. Di laman FB penulis (YB Dr Maszlee Malik) juga, beliau turut memuat naik himpunan bahan bacaan dalam koleksi beliau, dan buku ini turut ada bersama.

Buku ketujuh untuk tahun 2020, buku ketiga sepanjang PKP. Ya, pembacaan waktu PKP agak perlahan walaupun mempunyai masa agak banyak. Semoga bulan Ramadan ini dapat memperbanyak bacaan buku-buku bermanfaat.

Buku hasil tulisan YB Dr Maszlee Malik ini saya beli sudah lama di Kota Kinabalu - pada bulan Februari 2017. Waktu itu saya melawat isteri di Sabah dan kami berkunjung ke masjid KK, ada gerai buku dan saya ternampak buku ini. Saya beli buku ini sewaktu YB Dr MM bukan lagi bergelar ahli politik mahupun menteri. Semasa beliau menjadi menteri, tidak pula saya terasa nak membaca malah buku ini hilang daripada radar. Melihat semula aplikasi Goodreads, saya mula membaca April 2017 dan habis / baca semula pada April 2020.

Buku ini menghimpukan kisah YB semasa beliau di Durham pada sekitar tahun 2007 - 2009. Tentunya Durham sebuah bandar terpencil, menjadikan kisah berbeza dengan kehidupan tipikal di bandar penuh warga asing seperti London, Birmingham dan Manchester. Penulis menghimpunkan kisah daripada sudut pelbagai - kekeluargaan, peribadi, kemasyarakatan dan terdapat juga bahagian serius berkenaan politik, agama. Banyak juga bab mengenai perjuangan membebaskan Palestin, yang dikaitkan dengan pengalaman penulis di Durham.

Lebih menarik, penulis juga mempunyai pengalaman luas hidup di Jordan sebagai seorang pelajar. Kebanyakan isu yang dikupas melihatkan perbandingan cara tadbir dan cara hidup masyarakat di Jordan, UK dan tentunya Malaysia. Terdapat bahagian yang biasa kita faham dan baca - iaitu negara barat lebih bagus daripada negara Islam dalam beberapa hal. Tentunya kupasan ini kita boleh ambil sebagai pedoman. Jika mahu dibaca dengan lensa judgemental, kita akan merasakan penulis seakan-akan cuba membuka pekung di dada tentang kebobrokan umat Islam, namun ternyata itu bukan hasrat utama penulis.

Kali pertama saya bertemu dengan penulis adalah kitar program East West and Beyond anjuran persatuan pelajar Malaysia di Birmingham pada Disember 2009. Waktu itu ada penulis, Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Erfirno (nama-nama besar yang mengagumkan!). Saya masih ingat berasa begitu teruja dengan perkongsian YB MM dan bagaimana saya terasa begitu cetek ilmu kerana YB MM sering menyebut nama buku itu buku ini - menyebabkan saya berada ah perlunya untuk membaca segala rujukan yang disebutkan itu! Apabila membaca naskhah ini, saya merasakan perkara sama. Banyak naskhah menarik yang disebut untuk pembaca menggali maklumat dengan lebih lanjut.

Membaca tulisan ini juga membuatkan saya rasa ralat kerana baru tahu banyak perkara tentang kehidupan di UK. Mungkin masa di sana saya kurang cakna untuk ambil tahu tentang hal politik di UK, sistem beraja di sana dan sebagai. Buku ini sedikit sebanyak membuatkan kelompongan pengetahuan saya itu terisi.

Tulisan ini santai, laras bahasa sesuai untuk bacaan umum.

Shahkang
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
February 7, 2017
Pemburu kesepian di Bumi Geordy hasil nukilan Dr Mazlee Malik yang merupakan sebuah buku ala Travelog.Buku ini menceritakan pengalaman beliau bermukim di bumi Durham semenjak tahun 2007 sehingga tahun 2009. Bukan sebuah Travelog yang biasa, buku ini banyak menceritakan mengenai corak kehidupan masyarakat setempat dan juga terselit perbandingan dengan masyarakat kita sendiri serta umat Islam di serata-rata. Gaya penceritaan yang santai dan diselitkan dengan hadis dan juga potongan ayat al Quran yang mempunyai kaitan dengan situasi yang diceritakan. Kadangkala penulis membawa roh pembaca untuk sama-sama merasai pengalaman hidup sepertimana yang dilalui beliau sepanjang berada di perantauan. Untuk merasai sendiri kemanisan pengalaman yang diceritakan, 62 bab yang terkandung dalam buku ini jangan sesekali di langkau !
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews57 followers
October 17, 2015
Catatan yang menarik tentang pengalaman penulis bermukim di Durham, UK untuk melanjutkan pelajaran. Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh diambil.
Profile Image for Aizat Affendi.
429 reviews2 followers
June 6, 2021
Actual rating : 3.5 stars

Was excited to find a book on life in Geordie land (i.e. the North East of England), written by a Malaysian MP, who was also the Education Minister not too long ago. Excited because I, too, had studied in the North East for four years from 2012 to 2016 (not too far off from the timeline in this book).

The book is a memoir of Dr. Maszlee's time in Durham where he shared some of his experiences as a PhD student as well as his life outside of Uni. Every story was carefully told together with his thoughts and references from religious and liberal, more contemporary texts. Loved how he had objectively appraised the Western mores and compared it to that of the Arabs (particularly in Jordan where he had studied for his Bachelor's degree) and Malaysia, which was eye-opening. One quote which I loved most was "Aku melihat Islam di barat namun tidak melihat muslim disana. Aku melihat muslim di timur tetapi tiadanya Islam disana.” (I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam.) that was said by Sheikh Muhammad Abduh some 100 years ago but is still relevant to the reality that we live in today. It was also interesting to correlate some of his experiences in here with the policies that he had come up with during his short tenure as Education Minister including abolishing exams for lower primary students and kick-starting free breakfast programmes in schools.

However great the content was (also liked how Dr. Maszlee's always presents his writings in short chapters which makes for an easy read), the reading experience for me was greatly marred by the fact that there were so many typo errors in this book. There were spelling inconsistencies in the names of people (Melanie, Melaine), places (New Castle, Newcastle) and other words (Committe, Committee). Grammatical errors were sadly aplenty too, especially in the English bits which begs one to question if the production of the book was rushed that there hadn't been any proofreading of texts before it was sent to the printers? It's a shame cause the content is good but these small details can make or break one's reading experience. I hope the publisher will look into this and maybe get the book to go through another round of printing.
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
November 6, 2018
Kisah kehidupan beserta elemen ibrah ini menjadi nukilan daripada penulis kepada para pembaca. Ia dinaratifkan dalam bentuk penceritaan biasa yang kurang menarik kerana seakan mempunyai plot penceritaan yang mendatar dari awal hingga ke penghujungnya. Memuatkan semua memori ketika belajar di Durham yang melatari hampir keseluruhan perjalanan sewaktu melanjutkan pengajian oleh penulisdi sana.
Profile Image for Azlxn Nordin.
4 reviews
October 3, 2021
Catatan yang sedap dari Dr. Maszlee, tapi hanya sempat baca separuh pada tahun 2015. Buku ni hilang dari radar, tak tahu ke mana hala perginya. Tak ingat sama ada kawan pinjam atau tertinggal di suatu tempat. Ah! Mungkin kena beli semula.
Profile Image for Muhammad Fairuz.
19 reviews
January 3, 2016
Buku kedua dari penulis Dr Maszlee Malik yang dibaca. Merupakan sebuah koleksi catatan penulis ketika menuntut di Durham. Pertama kali terbaca artikel penulis di blog miliknya. Tertarik dengan cara pemikiran dan analisis penulis dalam memahami waqi' politik dan dakwah serta current affairs yang berlaku di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Buku ini menawarkan cerita pengalaman penulis dalam kehidupan seharian di bumi asing, UK. Penulis telah membawa cara penceritaan sempoi dan bersahaja dalam mencoret kenangan dan pengajaran. Bagi saya yang sedang menuntut di luar negara, buku ini baik untuk dijadikan panduan dalam mendepani masyarakat islam dan bukan islam di bumi majoriti bukan islam ini.

Pengalaman penulis berdepan dengan masyarakat non muslim dalam perarakan bantah kekejaman Israel dan pengalaman penulis dalam berhadapan dengan masyarakat muslim dari negara lain sedikit sebanyak hampir sama dengan pengalaman yang dilalui oleh saya sendiri. Dr Maszlee Malik mengungkap dengan hikmah segala apa yang dihadapinya dalam interaksi bersama masyarakat.

Buku ini juga telah berjaya meyakinkan saya untuk membaca buku bergenre novel fiksyen english pertama yang saya berjaya habiskan iaitu The Alchemist oleh Paulo Coelho dan seterusnya jatuh cinta dengan tulisan Paulo.

Buku wajib baca (pada pendapat saya) bagi semua mahasiswa yang belajar di luar negara (khususnya) dan juga semua mahasiswa supaya dijadikan sebagai bahan ukuran dan bandingan dengan diri kita. Adakah apa yang dilakukan oleh Dr Maszlee mustahil juga dilakukan oleh kita ?
Adakah kita menggunakan sepenuhnya amanah menuntut di luar negara dengan mengisi diri dengan ilmu dan pengalaman setingginya sebelum dibawa pulang dan diaplikasikan dalam kehidupan ?

:)
Profile Image for Afifah Ali.
9 reviews2 followers
May 7, 2016
"Jika ada kepingan impian atau serpihan memori silam sematkan dalam satu lipatan kerana semua itu ialah sumbu kepada sebuah harapan"

Buku terbaru daripada beliau.

Daripada al bayt jordan sehinggalah ke bumi Durham.Bacaan santai tetapi sarat dengan ibrah.menelusuri coretan penulis yang menilai cara hidup manusia lain bukan hanya sebagai budaya dan adat utk diperhatikan tetapi mengangkatnya sebgai teladan utk dicontohi dan dimuhasabahkan sebagai seorang muslim.
Travelog ini bukan travelog biasa2 kerana ia telah membuka kembali lembaran sejarah sebuah komuniti islam yang bersusah payah membenihkan budaya islam di sana.ianya disebabkan penulis merupakan generasi pertama yang dihantar ke UK utk melanjutkan pelajaran agama islam atau lebih khususnya utk mengkaji aktiviti2 orientalis.buku ini juga padat dengan info2 menarik seperti sejarah aljazeera,kegiataan syiah di barat dan juga usaha2 yahudi dalam membantah kegiatan israel ke atas bumi palestin.sangat tidak rugi membacanya kerana akhirnya anda akan terasa seperti baru keluar bermusafir dari bumi Durham.
Profile Image for Ikmal Hisham.
30 reviews2 followers
April 16, 2016
Ah membaca buku ini sebenarnya menggamit memori kecil pengalaman kembara ilmu di Hull UK satu ketika dahulu. Belajar di negeri asing yang sebenarnya membuka mata dan minda menerima kepelbagaian pandangan.

Tidak semua mampu mencatat sesuatu yang positif di sebalik kembara ilmu di tanah Inggeris, kebanyakkannya lebih berbangga membawa balik 'Mercedes' dan barangan dari 'car boot sale' barangkali. Namun tulisan Dr Maszlee Malik ini sedikit sebanyak membuka pandangan kita terhadap sesuatu yang baik dan positif dari Barat bukan dari sudut material. Sesekali ditambah juga dengan sindiran dengan apa yang terjadi di Malaysia.

Profile Image for Masyhoor Akram.
41 reviews3 followers
June 26, 2016
Sarat dan santai dengan maklumat, pengetahuan dan perkongsian pengalaman kehidupan penulis. Buku travelog yang kedua dibaca sesudah islam di barat muslim di timur oleh dr. zulkifili hassan. Gaya penerbitan telaga biru bijak dalam mewarnai penulisan supaya tidak nampak bosan dan 'clichey'
Profile Image for Shah Abdullah.
44 reviews8 followers
December 9, 2015
Butir kisah yang santai tetapi sarat dengan pencernaan minda.

Boleh dikira travelog yang lengkap dan sempurna tentang secebis bumi Geordy dan UK.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.