Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam kenangan adalah himpunan kertas kerja yang ringkas dan padat berkenaan seorang ulama kontenporari yang tiada tandingannya pada zaman ini. Di samping kisah hidup dan latar belakang beliau, buku ini juga cuba mengetengahkan aspek pemikiran beliau yang dilihat kontroversi dan mengundang pelbagai kritikan, sehingga akhirnya dikurniakan syahid kerana dibom ketika sedang mengajar. Semoga Allah merahmati dan mengampuni beliau.
mengenali Dr said Ramadan Al-Bouti amat perlu untuk muhasabah diri bagi ahli gerakan islam, kerana beliau sosok hebat yang tidak terlibat dalam gerakan islam, tetapi kritikan beliau perlu diambil kira. Ulama Syria yg terkenal ini telah menulis lebih 60buku dari pelbagai bidang.. menunjukkan beliau seorang yg luas pengamatan dan pengetahuan. wallahua'lam
Tahniah. Tingkatkan usaha mengisi buku dengan info yang padat dan lebih banyak pada masa akan datang. Kurangkan mengulang fakta-fakta yang sama berulangkali. Terima kasih atas penulisan
''kefahaman kebanyakkan umat islam kini, iaitu ingin mendapatkan kesenangan yang singkat dan sementara sebagaimana yang diukur dalam neraca tamadun barat. manakala dunia pada hari ini dalam pandangan mereka tidak ubah seperti meja hidangan yang dihadap oleh seorang pelahap. orang ini beranggapan dia tidak akan berpeluang bagi mendapatkan meja hidangan seperti itu pada masa lain dalam hidupnya. Umat islam pada hari ini dalam segala segi, iaitu cara berfikir dan keinginanya dalam ruang barat. mereka menyangka barat menjadi sumber terhadap kebebasan berfikir dan barat juga berupaya menilai segala pendekatan etika dan manifestasi kehidupan. penerimaan tersebut membawa keyakinan bahawa tidak ada cara berinteraksi dengan kehidupan alam semesta kecuali mengikut neraca tamadun barat''
Arwah and his spirit of jihad is shown as strong and very encouraging in terms of leading the umat to the peace-ness of world according to the teaching of orthodox Islam, ahli sunnah wal jamaah. One of the prestige, honorable ulama that obviously practiced the tawaddu', very down to earth and how he maintained it to the end amazed me. May Allah swt bless his soul and grant him the highest level of jannah, amin. Al fatihah.
Terima kasih kepada tim penulis yang menulis dengan adil bagi memperkenalkan Syeikh Ramadan Al-Bouti.
Buku ini merupakan kompilasi kertas2 kerja yang sangat baik. Walaupun banyak redundancy, namun saya kira ia juga menunjukkan consistency dalam pemahaman dan penemuan dalam kajian sejarah hidup Al-Bouti.