Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Malim Deman

Rate this book

94 pages, Paperback

Published January 1, 1986

12 people are currently reading
104 people want to read

About the author

Pawang Ana

7 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (37%)
4 stars
9 (33%)
3 stars
7 (25%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
October 18, 2016
1) Saya amat tertarik dengan kata pengantar buku ini. Ditulis oleh Prof. R. Roolvink, antaranya berkenaan adat meraikan tetamu. "Seorang tetamu membawa unsur baru ke dalam hidup sehari-hari", yakni tetamu membawa pengalaman baru yang tak diperolehi oleh tuan rumah. Tetamu bukan dirai hanya kerana mereka itu tetamu, tetapi kerana cerita-cerita yang dibawa mereka. Wah! Ini ilmu baru buat saya.
2) Roolvink juga memaklumkan cerita-cerita hikayat ini diperturunkan dan menjadi hiburan golongan istana pada suatu ketika. Jadi budaya bercerita (secara kreatif) sudah lama diraikan.
3) Hikayat Malim Deman adalah antara beberapa buku sastera klasik yang saya beli di PBAKL baru-baru ini. Saya beli kerana mahu menjadikannya koleksi, selain mempelbagaikan lagi jenis bacaan.
4) Jalan cerita (HMD) ini mudah sahaja. Kisah seorang putera raja yang tampan lagi gagah perkasa, mencari isteri yang cantik rupawan (dua isteri, tahu?), seorang puteri raja kayangan dan seorang lagi puteri raja jin. Disulam juga dengan ilmu magis.
5) Dan saya fikir, perlawanannya (MD) menentang Putera Mambang Molek itu sangat mementingkan diri, atau bahasa hari ini mungkinlah boleh dikatakan sebagai gila talak. :P
6) Jalan ceritanya seperti saya katakan, amat mudah. Yang "susah" ialah untuk memahami perkataan-perkataan dan juga ayat-ayat klasiknya. Perkataan dan ayat yang jarang (atau tak pernah) kita jumpa.
7) Tidak pula buku ini melemahkan semangat saya untuk membaca, sebaliknya terbit semacam rasa bangga kerana bahasa ibunda saya sangat indah dan luas.
8) Saya sangka saya sudah banyak membaca. Tetapi membaca buku setebal 100 mukasurat ini "memalukan" saya. Saya rupanya masih "jauh" dengan bahasa sendiri.
9) Moga HMD menjadi perintis untuk saya kenal lebih lanjut dengan bahasa Melayu yang cantik ini.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
June 20, 2024
Mengisahkan tentang Malim Deman putera Malim Dewa pemerintah Bandar Muar. Dek mengejar cinta yang diimpikan, baginda mula merantau mencari puteri idaman hati.

Ini adalah antara bahan bacaan berbahasa Melayu yang SH ambil masa beberapa hari untuk menghabiskannya. Bukan kerana ceritanya tidak menarik namun kerana banyak perkataan yang kurang difahami digunakan. Naskah ini menggunakan bahasa klasik yang unik dan indah. Gigih mencari makna perkataan yang tidak difahami walaupun hakikatnya jika mengikut konteks ayat keseluruhan masih boleh difahami. Tapi SH lebih suka untuk memahami setiap bait kata bukannya ayat.

SH rasa marah betul dengan perangai Malim Deman ni. Sebelum dapat Puteri Bongsu punyalah bersungguh meredah hutan belantara hingga terluka di sana sini. Dah dapat boleh pula buat endah tak endah. Dahlah lupakan anak isteri, hal ehwal istana juga dipandang enteng. Ada pula diserahkan urusan negeri bulat-bulat kepada pembesar. Lepas tu dah kena tinggal pandai pula merana kononnya. Geram sungguh.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
Read
October 14, 2016
Aku baru tahu yang cerita asal 'seorang pemuda mencuri baju layang seorang puteri kayangan' tu asalnya dari buku ni.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
November 26, 2020
Tajuk: Hikayat Malim Deman
Penulis: Pawang Ana & Raja Haji Yahya
Penerbit: @dbpmalaysia

Buku klasik pilihan ika kalini bertajuk Hikayat Malim Deman yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini ika dapat dari kotak subscription dari Readers Heaven. Kalau RH tak berikan buku ini, kemungkinan besar ika tidak akan baca buku ini. Tetapi, setelah beberapa muka surat ika baca. Ika rasa tertarik dengan buku klasik Melayu ini & rasa macam nak dapatkan kesemua koleksi.

Mengisahkan tentang Malim Deman yang mendapat mimpi dari wali untuk berhijrah ke tempat lain untuk mencari jodoh. Bangunnya Malim Deman dar tidurnya, dia terus menyampaikan hasratnya itu kepada kedua orang tuanya. Namun, ibu bapanya merasa risau kerana Malim Deman ini tidak pernah masuk ke dalam hutan. Jadinya, perjalanan Malim Deman untuk berhijrah itu ditemani oleh beberapa orang dan juga anjingnya dan malangnya kesemuanya kecundang, tinggal lah Malim Deman keseorang meneruskan perjalanan. Apa yang terjadi kepada Malim Deman? Siapakah yang akan ditemuinya? Kalian kena dapatkan dan baca sehingga muka surat terakhir. Menarik! Kita turut serta mengembara bersama Malim Deman.

Secara peribadi, ika mengaku untuk memahami bahasa puitis di dalam buku ini agak susah kerana setiap kali baca. Ika akan terjumpa beberapa perkataan yang ika tidak faham. Meskipun, kita boleh main agak apa yang ingin disampaikan dengan membaca keseluruhan ayat. Tetapi, ika rasa tidak puas. Tapi, jangan risau kerana terdapatnya glosari di bahagian belakang. Jadi ianya sangat membantu.

Buku ini turut terselit butir bicara secara gurindam, pantun, syair dan lain-lain. Menarik. Kalau difikirkan, bahasa yang klasik macamtu dikekalkan sehingga ke harini, mungkin kita akan terasa lain sama sekali. Kan? Terimakasih atas buku klasik yang memberi seribu makna dan mengimbau kembali betapa indah dan cantiknya bahasa klasik. #ikareviewbuku
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
June 1, 2022
Sewaktu kecil, aku pernah mendengar orang-orang tua di kampung bercerita tentang seorang anak putera sultan berkahwin dengan salah seorang daripada tujuh puteri kayangan. Dalam cerita itu memiliki babak yang mana baju layang puteri ketujuh itu hilang yang menyebabkan dia tidak dapat pulang ke kayangan semula. Ada juga dijelaskan kecantikan puteri tersebut yang memiliki kulit putih melepak dan mulus sehinggakan jika puteri itu sedang meminum air, orang boleh melihat air itu mengalir di kerongkongnya.

Dalam penceritaannya juga ada beritahu tentang sikap berfoya-foya putera sultan itu setelah kemangkatan ayahanda bondanya. Baginda berfoya-foya hingga mengabaikan rakyat jelata dan puteri serta anak tunggalnya.

Setelah membaca hikayat ini, baru aku tahu bahawa cerita-cerita itu ada di dalam hikayat ini. Buku ini sangat lengkap ceritanya sepertimana yang aku pernah dengar orang-orang tua di kampung aku bercerita, cuma aku baru mengetahui nama putera sultan tersebut, iaitu Tuanku Malim Deman. Puterinya bernama Tuan Puteri Bongsu, anaknya bernama Tuanku Malim Dewana. Apa yang aku teruja adalah apabila dapat tahu bahawa latar tempat hikayat ini di Bandar Muar, bandar kelahiran aku. Kiranya, cerita klasik ini telah diketahui oleh kesemua orang lama di situ lalu diceritakan semula kepada kanak-kanak sebagai hiburan.

Terima kasih DBP di atas usaha membukukan kesemua hikayat. Ada rezeki nanti, aku dapatkan hikayat-hikayat lain pula.
Profile Image for Mas Noh.
1 review
September 17, 2013
ok
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.