Dalam dunia ni, bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain. Bukan nak memburukkan tapi menyedarkan. Inilah hakikat sebenar yang berlaku di kalangan masyarakat sekarang. Hakikat yang sesetengah rakyat marhaen tak sedar. Susah payah kehidupan. Cerita ini menggambarkan semua. Aku sebagai ‘ketua Kampung Pura Baik’ menjadi pemerhati dan membentangkan pada masyarakat tentang kisah kampung yang bersepah di luar sana tapi ada yang tak tau. Ada kisah baik, tapi peritnya banyak. Apa yang dilihat di TV belum tentu realiti.
Hmmmmmmm... Berapa kali nak ingatkan diri sendiri jangan terpengaruh dengan bintang-bintang dan reviu orang lain?
(Nantilah sambung bila aku ada mood)
---
Selepas (Mungkin ada spoiler)
Aku setuju dengan pendapat pembaca lain yang mengatakan beliau tak dapat menikmati buku ini seperti sebuah novel. Benar, perasaan seperti membaca novel itu tak wujud ketika aku menguliti buku ini. Begitupun, walaupun beliau rasa buku ini seperti diari, aku tak berkongsi rasa yang sama. Padaku, diari sepatutnya lebih intim kerana sifatnya yang rahsia (seperti penulis hanya menulis untuk kau seorang) dan novel-novel yang berformatkan diari seperti Flowers for Algernon dan The Perks of Being a Wallflower (sekadar contoh); pun aku masih boleh lagi dapat feel seperti membaca novel. Ketika membaca buku ini aku rasa seperti sedang membaca pos-pos dalam sebuah blog; sebab selain penulis memerhatikan sikap dan gelagat masyarakat, penulis akan meluahkan perasan tak puas hati tentang itu ini di samping bersifat judgemental dengan orang sekeliling. Dalam bloglah banyak benda begitu; sebab tak mampu nak merempan directly pada orang yang dikritik, jadi tulis sahaja dalam blog dan terbitkan bagi orang lain baca. Semoga yang membaca akan dapat sedikit input dan nasihat. Haaa... Macam itulah perasaannya. Buku ini macam siri rempanan seseorang, ditambah sedikit nasihat dan tarbiah secukup rasa. Malangnya aku tak berkenan jenis tarbiah sentap ni, by the time aku tulis ni aku dah tak ingat langsung nasihat-nasihat penulis.
Plot pun tak berapa nak ada. Ye la, dah kata macam blog, kan. Justeru rasa macam baca aktiviti semasa penulis sahajalah. Dan aku rasa banyak filler yang tujuannya hanya untuk tambahkan perkataan sebab syarat Fixi, novel kena ada sekitar 60,000 perkataan. Sebagai contoh, macam isu Kamarul batuk-batuk, macam dia ada penyakit serius. Okey, masa ini aku berminat sedikit nak tahu lebih lanjut, mungkin plot ini akan dikembangkan. Tapi selepas tu dah tak ada sentuh bab tu. Entah Kamarul tu pergi hospital buat check up ke tidak. Dialog pun boleh katakan banyak sebagai filler jugak, macam tak membantu plot atau perjalanan cerita pun. Macam saja suka-suka nak bagi karakter bercakap.
Character development adalah sikit, tapi ada yang tak dikembangkan dengan bagus. Contoh macam Amni mula-mula marah dan benci sangat dengan Amirul, tup-tup jadi macam tak ada apa-apa di penghujung cerita. Macam tu je dia berubah, senang nak mampus. Perempuan komplikated kot. Ajaib.
Perasaan aku juga flatline habis ketika membaca. Teruja tidak, rasa bersemangat dan tak sabar nak tahu pengakhiran cerita pun tidak. Okeylah, adalah rasa sebak sikit bab nak dekat habis tu. Sebab tu buku ni naik dua bintang.
Aku tak ada masalah dengan penggunaan bahasa utagha, tapi kalau boleh dihadkan pada dialog sahaja kan lagi bagus.
Dan seperti biasa, mesti ada punyalah kesalahan tatabahasa dan saltik.
4.0* untuk keseluruhan cerita dan tambah 1.0* sebab aku suka cara penyampaian cerita oleh encik penulis yang langsung tak buat aku rasa terpinggir walaupun menggunakan loghat utara.
Kisah ini terlalu banyak pengajaran. Ada sindiran dan nasihat yang diselitkan di dalam setiap penceritaan. Banyak nilai-nilai kemanusiaan yang ditekankan di dalam kisah ini.
Kaver sangat lawa! :)
Dua bab terakhir buat aku rasa sebak. Apabila mengenangkan yang aku jauh dari keluarga, membuatkan aku terfikir akan kata-kata encik penulis. Andai sekadar mengirim duit tidak setandingnya kita berada di sisi orang yang kita sayangi. Ditambah lagi baru-baru ni terima berita schoolmate meninggal eksiden motor di Sungai Besi, sama seperti kisah Faizal meninggal dalam cerita ni, membuatkan hati bertambah sebak. *kesat air mata...*
Aku suka watak Amirul/Un ni. Dia wujud tak kat Bumi ni? Aku nak jumpa dan tangkap gambar selfie dengan dia. Kalau tak pun, jumpa encik penulis jek pun, aku okey! Hahaha
Apa-apa pun, buku ni aku berani nak recomend dengan kawan-kawan pembaca yang lain. Cubalah! *wink!*
Sha menangis baca buku ini.. Menangis, insaf.. Bab 40 sampai ke penamat memang memberi kesan.. Buku ini pada Sha sangat sempoi dan bagus dibaca semua.. Teguran dan sindiran yang diberikan sangat sempoi.. Respek kat penulis.. Rasa macam tak puas baca..
Tak sangka jugak. Boleh tahan ceritanya walaupun free. Sesuai dengan tajuknya, KAMPUNG mengetengahkan latar tempat sebuah kampung, yang dihuni oleh latar masyarakat dengan loghat Utara. Seronok baca cerita dengan loghat Utara ni, well nasib baiklah aku faham.
KAMPUNG membuktikan ianya bukan cerita-cerita kosong, sebaliknya penuh dengan isi dan teguran khususnya. Terasa mahu lebih menghargai family, kawan-kawan, senang kata orang sekeliling. Best! Tengoklah berapa bintang aku bagi tu. ;)
Terima kasih Irvan Affan, utk bacaan yg sgt memberi inspirasi ini. Ceritanya simple dan santai saja, tapi sgt berkualiti dan ada wow factor? patut dikategori sbg #novelwajibbaca. Mukasurat pertama, saya tak yakin dgn jalan ceritanya. Tapi saya teruskan bacaan sbb dah beli. Dan sebab lain — mgkin sbb saya juga orang utara kut, jadi dialek dlm novel ni buat saya rasa dekat dan ingin terus membaca. Boleh saja katakan saya bias, itu mmg saya haha.
Bacaan saya mula kabur setibanya saya di mukasurat 158. Dan selepas itu kaburnya on & off — agak kerap. Kabur sbb air mata bergenang semasa membaca. 1st time saya baca cerita santai yg merenggut tangkai hati. Pembaca ‘dikunci’ dgn plot yg membuat pembaca terus membaca kerana ingin tahu apakah dosa yg pernah dilakukan Si Un ni sampai dia insaf namatiii. Deep.....dari awal sampai akhir cerita, 👍🏻 Novel yg baik ialah novel yg mampu memberikan pembaca satu perasaan puas dan terinspirasi. Novel ini ada itu.
P/s - Persoalan di hujung cerita buat saya tertanya, ada sambungan...kah?
Buku ni membuatkan saya terasa seperti membaca diari seorang remaja lelaki, Muhammad Amirul Khalil. Unik.
Banyak pengajaran yang saya dapat. Sampai satu ketika di mana terhenti bacaan saya, semata2 untuk reflect balik diri sendiri. Perasaan sayu, sedih, happy bercampur baur ketika baca buku ni.
- Buku fixi yang pertama aku baca. Ya, sebelum ni aku tak pernah baca buku-buku fixi ni. Buku Kampung ni bagi aku nice. Ok la untuk pembaca macam aku yang baru nak start baca fixi ni.
- Cerita pasal kerenah atau perangai makhluk yang bernama manusia. Tak semua manusia tu baik, dan tak semua manusia yang kekal jahat. Kan?
- Watak utama dia Amirul, dulu dia nakal, buat benda tak elok, tapi sebab satu kejadian tu dia berubah jadi baik. Nak tahu apa yang terjadi tu kena la baca buku ni.
- Bila baca buku ni buat aku sedar orang yang jahat tak selalunya jahat. Hidayah Allah tu bila-bila masa je boleh ubah seseorang tu, walaupun dia tu jahat dan kita nampak macam dah takde peluang dia nak berubah ke arah kebaikan, boleh jadi je lepas tu dia lagi baik dari kita yang tak berapa nak baik ni. So, jangan cepat nak judge orang ( pesanan untuk diri ).
- Buku ni ada juga selitkan pasal nilai persahabatan di antara watak utama iaitu Amirul dengan kawan-kawan dia la.
- Haa, dalam buku ni ada juga watak Hafiz, dia ni macam tak berapa nak normal la tapi hati dia suci, maksudnya dia baik sangat. Dulu, Amirul selalu buli dia, tapi lepas dah jadi baik tu, Hafiz ni la salah seorang kawan baik Amirul ni.
- Ada juga ayat-ayat dalam buku ni buat aku sentap. Contoh macam, tipikal kita memang payah nak cakap kat mak ayah yang kita sayang mereka kan? Minta maaf pun time raya je, tu kalau minta maaf. Tapi kalau dengan orang yang selain dari mak ayah, senang je nak cakap macam tu. Hm mungkin tak semua orang yang macam ni tapi aku terkesan juga la.
- Aku rasa quote ni agak nice : "Pisang setandan, ada yang buruk ada yang elok. Pandai-pandai pilih la". Boleh fikir kot.
- Kalau nak tahu ending buku ni baca la. Nak tahu kisah apa lagi pun bacalah.
"Dalam dunia ni, bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain."
Fuh! best gilo cite ni...rasa x puas baca...
Tp kan, sedih jugak dgn ending watak Faizal...tak sangka kan...
"Jahat dulu, tapi sekarang belum tentu begitu. Jangan cepat meletakkan hukum. Siapa tahu, dulu menjadi sebutan kerana perangainya, kemudian menjadi sebutan kerana kematiannya."
Mak dah tutup pintu rezeki anak mak sendiri," "Mak, jangan cakap macam ni. Mak lagi penting dari semua benda yang ada kat dunia ni,"
Satu cerita yang menggambarkan susah payah kehidupan, realiti suka dan duka kehidupan di kampung. Sisi gelap dan warna warni di kampung. Walaupun latar tempat cerita adalah di kampung, tapi mesej mesej di dalam buku ini adalah sangat 'relatable' - hal-hal penceritaan di sekeliling kita, tentang emak ayah, kawan kawan, jatuh bangun manusia dan kematian. Sangat terkesan dengan mesej mesej yang disampaikan. Macam kau tengah dengar nasihat/tazkirah tapi dalam versi fiksyen.
Suka dengan gaya penceritaan, dari satu sisi rasa seperti narator sedang bercerita dengan pembaca, semua benda dia luah, macam diari pun ada juga - jadi dia buat kita rasa dekat. Rasa macam dia kawan kita dan rasa nak tepuk bahu dia bila dia runsing dan sedih. Dan dari satu sisi pula kita boleh rasa macam kita adalah si narator tersebut - sebab benda benda yang dia cerita adalah sangat relatable dan berkait rapat dengan kehidupan kita. Bila dia membebel, mengeluh, ada juga rasa geram tapi bila fikir, macam itulah juga kita sebenarnya.
Buku ini dicapai dengan andaian cerita seram. Begitulah impresi awal yang saya peroleh daripada ilustrasi kulit hadapan buku. Malang sekali, sinopsis yang tertera di kulit belakang langsung tak membantu. Setelah dibaca separuh, rupa-rupanya ragam orang kampung semata-mata.
Buku ini berkisar watak utama, Un yang gemar memerhati orang sekeliling. Kawan-kawan. Jiran tetangga. Senang cerita, insan yang judgemental.
Ambil masa juga buat menyesuaikan diri dengan dialek utara yang dipakai secara eksklusif dalam naratif serta dialog. Tak dapat dinafi, elemen ini membawa magis.
Bab-bab hujung boleh tahan berkesan meskipun perjalanan untuk sampai ke situ tersangatlah meleret. Banyak adegan yang tak perlu, kalau hendak diturutkan. Walau bagaimanapun, buku ini sarat dengan nilai murni. Tak rugi baca.
KAMPUNG. Memang aku ini anak orang kampung... Seriusly, pelbagai feling aku rasa masa baca cerita ni. Dan yang paling penting memang kena dengan jiwa aku. Apa yang penulis sampaikan, aku rasa macam aku pulak watak Un tu. Wei, awat cerita hang ni dekat sangat dengan diri aku?! Bila aku baca cerita yang guna dialek utara ni, aku suka sangat. Aku mula kenai cerita ni kat wattpad dan aku nak beli buku ni buat koleksi. Kipidap penulis, Encik Irvan Affan. Hang memang terbaik. Terima kasih sebab tulis buku ni. Kisah Un, mak dia, Faizal, Hafiz... Kama, Iwan, Tasha (kawan-kawan)... Moga ada sambungan. Nah ambik 5* aku bagi.
A great story about friendship, family and life. Penulisan yang bersahaja dengan loghat utara memang sangat sesuai untuk pembacaan walaupun bukan berasal dari utara. Watak Un memang macam tipikal universiti student membuatkan cerita ni lagi nampak real ditambah lagi dengan family Un yang sangat sporting. Life is full of ups and down, Kampung memang berjaya menceritakan tentang naik turun kehidupan Un.
2 stars. Previous rating (1 star). Not biased and not compared to mainstream publishers' books.
Mungkin rating rendah sebab pada masa yang sama baca buku thriller. Anyways, tak tau nak masukkan buku ni dalam genre apa. Kontemporari mungkin. Yang pasti, temanya persahabatan. The main reason why I dislike this book is because, I don't get feelings that I am reading A NOVEL. It didn't feel like a novel. Felt like reading a motivation book. Macam Tarbiah Sentap, cuma versi gangster.
Izinkan saya komen dalam bahasa Kedah sikit XD.
Una orang Kedah dan memang boleh bayang sebijik macam mana mamat-mamat tu cakap. And I still don't like it. Kalau oghang kedah pekat kalau dia kasaq tu memang kasaq. Kalau dia punya nak melucah tu, Ya Allah.... AKU TAK SUKA HAMPA MENCARUT AYAT LUCAH MACAM NIIIIIIII.
Okay, tarik nafas.... This is how I view this book.
1) Don't expect you are reading a novel. Konflik cuma nampak di hujung-hujung. Basically you are reading the narrator's DIARY. I repeat, A DIARY.
2) Jalan cerita dia memang mendatar. Rasanya penulis berniat nak buat macam tu.
3) PENULISAN - Naratif dicampur dengan bahasa Kedah, bahasa melayu biasa dan monolog narrator a.k.a watak utama. Penulisan macam kita baca timeline Facebook. Santai. Just like a diary.
3) WATAK - Good amount of back story. Yang ni, penulis berjaya wujudkan back story yang buatkan, di penghujung cerita ni pembaca boleh rasa dia berada di tempat penulis. Gaya penulis sampaikan mood dan perkembangan hidup watak utama memang terbaik. Sebab tu feeling dalam satu event yang berlaku di akhir novel memang BETUL-BETUL SAMPAI.
4) PLOT - I really don't know how to say about this. Sorry XD. Cuma satu ja. Resolution cerita, terbaik dan meninggalkan kesan.
5) Walaupun macam bukan novel, tapi buku ni ada terlalu banyak pelajaran hidup yang buat korang rasa nak tanda sesetengah quote dengan sticky flag.
6) All in all, buku ni telah berjaya membuat Una menangis (sikit saja nahh). Buku yang insya-Allah, akan di-flip semula pages dan tatap balik mesej-mesej penulis.
Go ahead and read the book. But imagine as if you are reading a diary. That way, you might love it more. Apa-apa pun, tahniah kepada Irvan Affan atas novel ni :)
Boleh dikatakan novel ni 'bersih' daripada unsur 18sx. .
"Bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain. " .
Penulis bercerita sebagai 'Aku'. Amirul/Un, budak kampung dan belajar di politeknik dalam jurusan akaun. Yang ku suka ialah, ku boleh rasa kejujuran penulis. Well, orang cakap, tulis dari hati, sampai ke hati jugak. Aku suka gaya bahasanya. Simple, tapi maksudnya sampai. .
Un ni suka memerhati keadaan. Kiranya ni macam diari seorang lelaki la. Dia bercerita tentang orang kaya kampung yang acah-acah baik. Depan orang, macam malaikat. Belakang orang, perangai cam hantu. Dia juga bercerita tentang Hafiz dan Faizal. Hafiz ni budak baik, tapi dia seorang yang agak 'slow' IQ nya. Dekat kampung, dia tolong mak dia jual kuih. Selalu kena buli. Faizal ni pulak pernah masuk penjara. Bila keluar penjara, biasalah kan. Diskriminasi. .
Sebenarnya kan, banyak sangat yang penulis ceritakan. Tentang kawan-kawannya kat politeknik. Hahaha.. Serius, buat aku teringat zaman belajar dulu. .
Tapi pada masa yang sama, Un ni banyak kali emphasize yang dia sendiri pernah buat silap dulu. Penceritaan penulis akan buat kita curious nak tahu apa yang pernah jadi dulu. .
Dan sebenarnya, banyak nasihat yang ku dapat dalam ni. Nasihat yang jujur. Dan beberapa bahagian bab terakhir buatku sebak. Itulah kehidupan. .
Kampung Pura Baik, perrrgghhhh. Nama kampung yang tak leh blah.
Yes, tak dinafikan punggunaan bahasa yang sedikit kasar disana sini and saya boleh maafkan kerana buku ini sudah dilebel sebagai "Untuk Pembaca Matang". Tapi bukan bahasa yang menjurus kearah sensuality. Kind of hard to explain tapi... tau je la boys talking ni kekadang "berlapik" style cara boys talking la. Ok stop about this.
Major things yang nak highlite, actually cerita ni biasa biasa jer... normal day and nite about kampung boy cum anak, jiran, student, kawan and etc yang tengah dok "up". Dalam kenakalan ada kebaikan. Dalam mengatai ada peringatan. dalam persahabatan ada perasaan and few more here and there. Sungguh tak reti nak explain tapi if siapa yang baca and nampak apa mesej yang nak disampaikan, inshaa Allah akan suka. Benda reality benda yang berpijak dibumi yang nyata yang cuba disampaikan dalam dialect utara yang pekat piau, nak habaq mai.
Along the way so many wisdom words here and there yang diselit sampaikan at 1 point, saya rasa macam saya baca journal somebody yang close to us.
Bahasa cantik walaupun under FIXI which surprise me again.
ini novel adalah kisah tentang persahabatan. kisah tentang keluarga. kisah tentang cerita silam. kisah tentang kesilapan. kisah tentang kehilangan. kisah tentang masyarakat.
xda mindfuck. cerita yang straightforward. dari chapter 1 aku tertarik sbb sampai ke sudah jalan ceritanya hidup. cerita novel ni boleh terbayang dalam kepala. xnak spoilkan tapi worth the read. why? sbb ianya kisah tentang kehidupan. kehidupan di kampung sini. heheheheh
Buku ini banyak sangat nasihat yang on point, sebab kebanyakan orang boleh relate dengan kehidupan Amirul. Ia akan buat kita hargai orang di sekeliling kita, terutamanya mak dan ayah.
Ada satu je kelemahan buku ini. Jalan ceritanya serabut sikit, pada aku la.
Anyway, terima kasih penulis dan Buku Fixi sebab bagi baca free kat wattpad.
SUPER AWESOME GREAT reading. i decided to create genre for this as judgemental reflection. A little bit of memerhati, judging, reflecting and overall give its own way of motivation. More books about this kind of storyline and i will be the most faithful fan to an author. hahah... 2 thumbs up to the author. Mohon buat karya2 macam ni banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak....
novel ni buat aq menangis dekat ending dia.. faizal tu weiii :') hmm..loghat utara yang pekat membuatkan novel ni lagi best.. abang irvan..done review dekat goodreads.. hahahaha
untuk keseluruhan cerita aku bagi 4/5 dan +1 untuk watak dan loghat. jumlah rating aku boleh bagi 5/5. Buku yang santai dan bersahaja. setiap babak penulisan tidak berat untuk berfikir dan mudah difahami.
Penulis berjaya membawa loghat utara sekaligus memberi kelainan dari buku-buku yang lain. Buku "kampung", sebenarnya jika baca keselurahan, buku ini lebih kepada "diari kampung".
Bagi aku, buku KAMPUNG terlalu banyak pengajaran, sindiran dan nasihat yang diselitkan oleh penulis. Tahniah juga kepada penulis kerana berjaya mengekalkan rentak-rentak watak dalam KAMPUNG dari awal hingga ke akhir.
Aku suka watak 'AMIRUL' atau lebih mesra 'UN'. Erti persahabatan antara mereka bertiga iaitu un, faizal dan hafiz berjaya membawa aku ke dalam penceritaan KAMPUNG kerana aku dapat rasai persahabatan mereka dan tanpa sedar aku turut mengalirkan air mata pada 2 babak terakhir dalam buku ini.
Aku recommand beli lah buku KAMPUNG ni. Banyak yg boleh dijadikan pengajaran.
lebih kurang macam makan nasik lemak yang paling sedap dalam dunia. kau rasa apa ?
macam tu la baca buku ni. ada part seronok, dialog sempoi, ada nasihat, ada suspen sket, ada sedih. semua cukup rasa. hubungan anak ibu dan ayah dalam cerita ni sangat menyentuh hati. part un buat buat nak ketip kuku depan pintu tu buat saya sentap sebab saya pun selalu buat macam tu. ego !
Tahniah Tuan Penulis. buku sangat sangat best. saya bagi dua ibu jari. :)
menceritakan kehidupan masyarakat marhaen di pinggir bandar. Kehidupan realiti yang sebenarnya banyak disembunyikan dalam karya kita. Kisah ibu yang sayang anak tidak kena pada tempatnya. Novel ini tiada kisah cinta antara dua darjat atau kisah anak -anak orang kaya. Novel yang menarik.