Bagiku, ISTERI ini lagi best daripada SUAMI. (Oh, daku berhutang review SUAMI dan CERPEN). Cuti sem nanti, akan daku lunaskan hutang ini.
Kisahnya bermula bilamana Alma Domores, si model terkenal berkahwin dengan duda anak dua, Yanis Sumbaga, pemilik salon.
Kehadiran Cici Tiara, artis baru dalam hidup Yanis Sumbaga membuatkan lelaki ini, tidak senang duduk. Ye lah. Mana mungkin si Suami tidak bermain kayu tiga jika dua tahun berkahwin tetapi si Isteri masih lagi bersikap dingin, tidak mahukan kehadiran anak gara-gara ingin menjaga body.
Yanis, lelaki kaya. Bagi Alma, duit dan tempat tinggal, bukan satu masalah buatnya walaupun sudah berhenti menjadi model.
Tapi silap Alma, ada suami, tidak dijaga. Bila menangkap basah si suami dengan kekasih gelap beserta dengan bukti- gambar tiga keping, tindakan Alma semakin agresif. Mahu tuntut cerai, tapi dengan bersyarat. Duit untung salon dan rumah, mestilah di atas nama Alma. Diugutnya si Yanis dengan gambar- gambar memalukan itu.
Lalu apa lagi pilihan yang Yanis ada?
Hapuskan si Alma?
Demi untuk bersama dengan Cici Tiara- yang mana, lepas je konflik ini tejadi, Cici Tiara mula menunjukkan belang.
Setelah Debi- pekerja setia Yanis bertemu dengan Alma untuk berbicara tentang perkahwinan yang makin retak, Alma ditemui mati oleh pembantu rumahnya.
Lepas Alma, nasib ibunya sendiri, Puan Rosalin juga sama. Ditemui mati tergantung di pagar.
Timbul persoalan, adakah kedua- duanya bunuh diri atau dibunuh?
**************
Pada mulanya, daku ingatkan si Suami yang membunuh isterinya.
Tapi ternyata, tidak.
Dan, kematian Puan Rosalin aku tidak pernah dijangka. Tetiba sahaja. Cuma, penulis tidak membincangkan dengan lebih mendalam tentang kematian Puan Rosalin. Ada tu ada, tapi sekejap saja.
Alih- alih, sudah sampai ke penghujung.
Rasaku, belum lagi puas dengan siri penjelajahan daku dalam kisah si ISTERI ini, alih- alih, sudah sampai ke helaian terakhir.