Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hanya Untuk Dia…Ain Nuraina

Rate this book
IA kisah Zhafran Haikal, seorang pensyarah yang jatuh cinta dengan pelajarnya. Ia kisah Zhafran Haikal yang tak tahu nak memikat namun apabila cinta datang, perkara gila pun dia sanggup buat.

Mengekori Ain hingga sanggup menaiki bas dan memastikan dia duduk di sebelah Ain sepanjang perjalanan dari Penang ke Perak.

Melamar Ain setelah melekehkan gadis itu tidak pandai masak dan malas di hadapan pelajar-pelajar lain.
Mengherdik di dalam kelas, halau dari kelas, jirus air ke muka ketika Ain tertidur dalam kelas…

MELAMAR tanpa ada klu langsung untuk berkenalan!

Ain Nuraina membencinya. Ain Nuraina anggap dia pensyarah sewel, tak ada sivik, psiko, gila! Ain jadi lemas, dingin bagai bongkah ais kerana Zhafran lelaki yang dianggap kejam dan ambil kesempatan mengguna kuasa lantaran dia tidak melayan.

RIMAS! Zhafran sentiasa mengejarnya. Ayat-ayat manis diluah saat berdua-duaan…

“Yang sakit bukannya tangan saya. Setakat nak suap nasi masuk mulut tak ada masalah pun.” – Ain Nuraina
“Saya tahu tangan Ain tak sakit. Tapi kalau Ain nak tangan saya yang suapkan, insya-Allah jari saya kuat untuk angkat sudu tu.” – Zhafran Haikal

DINGINNYA Ain Nuraina buat Zhafran sanggup lakukan lebih lagi…

“Saya mengharapkan orang lain untuk jadi suami saya. Saya mengharapkan lelaki lain untuk menjadi imam saya. Sampai bila-bila saya tak suka doktor.” Suara Ain tidak setinggi tadi. Bertoleransi barangkali.
“Ain, kita tidak tentukan apa yang akan terjadi esok lusa dan hari-hari yang seterusnya. Allah yang tentukan.”
Ain pandang Zhafran.
“Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa khilaf saya pada doktor?” Suara Ain separuh sebak.
“Silap Ain cuma satu...khilaf Ain kerana...kerana saya jatuh cinta pada Ain.”

BAHAGIAKAH pasangan ini apabila ego Ain melangit hingga dia tidak nampak sekelumit pun kejujuran dalam diri Zhafran terutama saat muncul Dr. Dania dan Irma yang jatuh hati terhadap Zhafran Haikal.

584 pages, Paperback

First published October 1, 2015

5 people are currently reading
139 people want to read

About the author

Sophilea

31 books252 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (37%)
4 stars
17 (24%)
3 stars
19 (27%)
2 stars
4 (5%)
1 star
3 (4%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
February 15, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Sorry, I'm not going to waste my time reading a novel yang membuat rasa lebih sakit hati dari menghiburkan.


Teramat sangat annoyed dengan watak Aina; stok yang tak nampak kesalahan sendiri, yang membuat dajal kerana mendendami hal yang kecil sedangkan sendiri yang salah.

Tak faham kenapa Zhafran masih terkejar-kejarkan sangat dengan Aina who has been treating him like shit.

Mungkin the story gets better as it moves along. But honestly, I don't care about it enough to find out.
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
October 29, 2015
Bagi 4* sebab banyak buat saya menangis huhu...

Watak Zhafran memang kelakar kerana suka dekat Ain sanggup dia denda Ain. Orang kalau suka disayang, dia pula bagi Ain benci. Apala patut la Ain marah. Tapi Zhafran ni cool ja. Sampai la lepa kahwin. Zhafran berusaha baiki hubungan dengan Ain walau dibenci. Tapi hubungan lepa jap baik jap gaduh..adehhh bila nak selesai.

Ain ni pula memang keras kepala. Lagi bertambah keras bila Zhafran asyik kenakan dia. Sampai Ain dendam. Siap toreh tayar keta zHafran dengan pisau rembo lagi. Uiksss ganas betoi hang Ain. hahahaha. Lepas lepa kahwin Ain belajar juga nak terima Zhafran, tapi ego dia tinggi sangat.

Akhirnya rumah tangga mereka tak dapat diselamatkan bila hafran tak seganja tertolak Ain masa mereka bertengkar. Ain keguguran. Ain pun tak tahu dia mengandung sebab kandungan masih awal lagi. Zhafran rasa bersalah sangat. Banyak kali minta maaf tapi Ain tetap degil dan akhirnya bercerai.

5 tahu kemudian mereka berjumpa. Marah, ego, sayang, dendam masih ada lagi antara mereka. Tapi satu yang boleh mengikat mereka kembali Aisya.

Apa akan terjadi seterusnya?
Adakah mereka kembali bersama?
Siapa Aiya?

Dapatkan buku ni.

Tahniah buat penulis untuk buku terbarunya

Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 8, 2015
fuh...bace buku ni memang menyakitkan hati...sakit hati dgn watak heroin ; Ain! Watak yg plg kesian mestilah Zhafran, si hero. Ego Ain memang tinggi melangit arr...

mase diorang belum bercerai, aku enjoy jugak laa layan cite ni...dlm hati dah berkira-kira sama ada nk bagi 4 atau 5 bintang...tp bila diorang dah cerai, hmmm...jd krg best dah...so, aku bagi 4 bintang jer lah...

krg best sbb ada kes main sorok2 anak pulak dah...pastu bermasam muka...pastu salah faham...pastu bla bla bla...yg pasti, ia sgtlah menyakitkan hati aku...x boleh ke diorang ni hidup aman bahagia? bermasam muka aje kerja nyer...

ending nyer...boleh laa, ok laa...tp x berape nk gempak laa...patut nyer penulis buat watak Ain mati, baru gempak...hahaha...

btw, watak Naruto dlm cite ni best! Aku dah agak dah Naruto ni sebenar nyer *******. Tp sampai ke sudah dia x bgtahu identiti sebenar dia kpd Ain...tanpa watak Naruto ni, Zhafran x akn jatuh cinta dgn Ain...

keseluruhannya, cite ni best laa walaupun sakit hati dgn perangai Ain yg ego tu...dah ada yg sempurna kat depan mata, x nk hargai...bila dah takde, bru rase rindu laa, menyesal laa, apa laa...

dlm cite ni aku kesian kat Zhafran jer sebenar nyer...memang kesian giler kat Zhafran...lebih2 lg mase diorang bercerai tu...Ain dan Zhafran bercerai pd hr, hr lahir Zhafran...memang hadiah 'terbaik' Ain bg kat Zhafran...(T-T)
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
September 11, 2023
3.5*

Mula mula rasa apehal dengan zhafran ni suka cari pasal dengan ain…walaupun ain kasar, sedikit sebanyak apa yang zhafran lakukan membuatkan ain terasa juga. Pastu tiba-tiba luahkan perasaan suka dengan ain dan ajak ain berkahwin. Bila dah kahwin masing-masing ada ego sendiri. Ain ada kisah silam yang menjadikan dia sedikit trauma untuk bercinta walaupun dalam hati sayang tapi sebab ego dan keras kepala sanggup menafikan apa yang dia rasakan dihatinya. Setelah bercerai baru ain berubah menjadi seorang yang lebih matang. Kisah selepas mereka menikah semula setelah 4 ke 5 tahun berpisah tu buat saya 😭😭 juga la.. tapi apa pun happy ending..
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
May 19, 2016
Macam mana nak mula review ni.
dah lama tak menulis panjang-panjang.

HUD,

I 'm done.
Jalan cerita yang menarik.

Nak bagi 4star..
tapi terasa ada yang kurang. Ni pendapat saya jer yer, lain orang lain citarasanya.

so saya bagi 3.5* .

Suka dengan Zhafran.
Geram dengan sikap ain yang kadang okay , kadang-kadang tidak.
Lambat benar dia nak terima Zhafran dalam hidup.

Overall, cerita yang boleh di hadam sehingga ke perkataan tamat.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 15, 2016
Silap Zhafran cuma satu..waktu mengajar selalu picked on Ain..besar sangat ke kesalahan tu..sabarnya dia melayan kedinginan Ain..kalau Ain ni my daughter dah lama kena terajang dah..tapi this type of woman mmg susah nak bentuk..dari awal hingga last few chapters..betul2 buat saya marah..dah berpisah lama..ada anak together tapi suami tak tahu..kekesalan dtg juga tapi ego tetap ada..ni yg menyampah..asallah si Zhafran ni tabah sangat..gerammmm!!!
129 reviews3 followers
June 11, 2021
Admin dah baca versi ebook di: https://www.e-sentral.com/book/info/3...'

First of all, admin geram ya dgn Ain sbb mmg Ain ni degil dan keras hati. Kesian sgt dgn Zhafran. Zhafran pula sgt baik dgn Ain. mmg dia seboleh mungkin jaga hati Ain. Tapi Ain akhirnya berubah jd wanita yg lebih matang. Manakala Zhafran pula menjadi lelaki yg pesimis. Kenapa? Hehe baca dulu
Profile Image for Red Blacks.
1 review
August 23, 2022
Bab25
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
May 14, 2024
Geram pula dengan Ain dan Zhafran ini.. Dua-dua ego.. Penat baca buku ini..
Profile Image for Aida.
71 reviews1 follower
November 9, 2015
"Jangan pernah biarkan cinta berlalu dari jiwamu"

Mmg cerita yg tangkap nangis. Resepi yg terasa hampir sama dengan novel "Nota Buat Cempaka" tetapi ada aroma berbeza. First dalam novel ni penulis berkongsi cabaran yang dihadapi hidup sebagai student universiti. Kat sini memang teringat habis pengalaman kat U dulu... pheww rindunya.

Ini kisah cinta Zhafran Haikal dan Ain Nuraina. Seorang lecture ganti dengan studentnya yg dah lama dia attack sebenarnya. Benci tidak selalu bererti tidak suka kerana benci boleh berubah menjadi kepedulian dan cinta itulah yg dialami oleh mereka. Mereka berperang dgn perasaan sendiri dimana hati masing-masing kuat mempertahankan prinsip sendiri untuk jatuh cinta bila-bila masa saja.

Pasangan ini berkahwin dan dipisahkan takdir dan bertemu semula 5 tahun kemudian. Kisah mereka lebih matang bermula setelah 5 tahun berlalu dan Aisya pula wujud pula antara mereka berdua. Siapa si comel Aisya tu? Tu ada misterinya. Tapi mereka diberi peluang kedua, kali ini Zhafran bertekad tak akan melepaskan Ain pergi lagi walau apapun terjadi.

Dari segi gaya penceritaannya santai dan sapa rasa nak baca novel tangkap nangis yang happy ending bolelah baca novel ini.

Tahniah kepada penulis ada kematangan dalam penulisan kali ini.

Nak kasi berapa bintang:
~ ***1/2
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
September 17, 2016
pertama kali baca buku rasa menyampah sgt kat heroin, tersangatlah geram kat Ain, apa punya perangai la dia, dpt suami baik pun tk tau bersyukur. nak ikut kepala dia aje!.

kesian kat zhafran, sabar sgt dgn perangai bengong Ain, sampai akur aje bila Ain mintak cerai! part jumpa semula lepas bercerai memasing dgn kerjaya dan berjaya! suka masa ni bila zhafran balas apa yg Ain buat kt dia..padan muka Ain! tau pulak rasa cemburu, sakit hati!

sedih masa Zhafran tau Ain ada sorokkan sesuatu! geram zhafran kat ain sampai layan tk endah kat ain, sian gak kt ain tp ain mmg patut dapat gitu, baru dia sedar rasa hati! baru dia tau nk jaga dan hargai hati org lain!

keseluruhan? citer ni bagus dan mengesankan! saya suka walau rasa geram dan sakit hati dgn ain tp akhirnya tetap manisssss...^^
9 reviews1 follower
January 12, 2016
geram dgn si lecturer yg xreti nak memujuk..suka tp marah2...ayat pedas xjg at punya...ain yg keras kepala...yg tak fhm hint cintan cintun si suami... memang best...
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.