Buku ini adalah catatan kata lisan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas pada tahun 1973, ketika beliau bertugas di UKM sebagai Mahaguru Penyandang Kerusi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dan juga sebagai Pengasas serta Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di universiti itu. Di dalamnya terumus renungan mendalam pengarangnya berkenaan faham-faham utama dalam pandangan hidup Islam yang perlu diketahui oleh kaum Muslimin. Konsep-konsep penting yang dibicarakan merangkum faham agama, keadilan, ilmu, kebudayaan, kebebasan, akhlak, perubahan, pembangunan, kemajuan, kerasulan, bahasa, pengislaman, kesusasteraan, kesenian, tragedi, akal dan pensekularan.
Sedang Kaum Muslimin di merata dunia menderitai masalah kekeliruan mengenai Islam yang semakin meruncing, Risalah ini mengemukakan pandangan-pandangan Profesor al-Attas yang cukup berdaya-asli dalam maksud membimbing Kaum Muslimin ke jalan yang benar. Sebab utama terjadinya keadaan buruk Kaum Muslimin dewasa ini, menurut beliau, adalah kejahilan masyarakat Muslim itu sendiri mengenai Islam secara yang menyeluruh. Iaitu, Islam sebagai agama yang sebenarnya yang mampu melahirkan peradaban yang luhur lagi agung, yang mampu menghasilkan ilmu-ilmu Islamiah yang tiada taranya dalam sejarah manusia. Kejahilan mengenai Islam itulah yang telah melenyapkan kesedaran akan tanggungjawab individu dan kaum Muslimin terhadap amanah ilmu dan akhlak, dan seterusnya memerangkap mereka dalam pelbagai macam kekeliruan ilmu dan penyelewengan amal, hingga mereka terus terbelenggu pada rantai penjajahan pemikiran Kuasa-Kuasa Besar Dunia masakini.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, born September 5, 1931 in Bogor, Java, is a prominent contemporary Muslim thinker. He is one of the few contemporary scholars who is thoroughly rooted in the traditional Islamic sciences and who is equally competent in theology, philosophy, metaphysics, history, and literature. His thought is integrated, multifaceted and creative. Al-Attas’ philosophy and methodology of education have one goal: Islamization of the mind, body and soul and its effects on the personal and collective life on Muslims as well as others, including the spiritual and physical non-human environment. He is the author of twenty-seven authoritative works on various aspects of Islamic thought and civilization, particularly on Sufism, cosmology, metaphysics, philosophy and Malay language and literature.
Al-Attas was born into a family with a history of illustrious ancestors, saints, and scholars. He received a thorough education in Islamic sciences, Malay language, literature and culture. His formal primary education began at age 5 in Johor, Malaysia, but during the Japanese occupation of Malaysia, he went to school in Java, in Madrasah Al-`Urwatu’l-wuthqa, studying in Arabic. After World War II in 1946 he returned to Johor to complete his secondary education. He was exposed to Malay literature, history, religion, and western classics in English, and in a cultured social atmosphere developed a keen aesthetic sensitivity. This nurtured in al-Attas an exquisite style and precise vocabulary that were unique to his Malay writings and language. After al-Attas finished secondary school in 1951, he entered the Malay Regiment as cadet officer no. 6675. There he was selected to study at Eton Hall, Chester, Wales and later at the Royal Military Academy, Sandhurst, England (952 -55). This gave him insight into the spirit and style of British society. During this time he was drawn to the metaphysics of the Sufis, especially works of Jami, which he found in the library of the Academy. He traveled widely, drawn especially to Spain and North Africa where Islamic heritage had a profound influence on him. Al-Attas felt the need to study, and voluntarily resigned from the King’s Commission to serve in the Royal Malay Regiment, in order to pursue studies at the University of Malaya in Singapore 1957-59. While undergraduate at University of Malay, he wrote Rangkaian Ruba`iyat, a literary work, and Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays. He was awarded the Canada Council Fellowship for three years of study at the Institute of Islamic Studies at McGill University in Montreal. He received the M.A. degree with distinction in Islamic philosophy in 1962, with his thesis “Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh” . Al-Attas went on to the School of Oriental and African Studies, University of London where he worked with Professor A. J. Arberry of Cambridge and Dr. Martin Lings. His doctoral thesis (1962) was a two-volume work on the mysticism of Hamzah Fansuri.
In 1965, Dr. al-Attas returned to Malaysia and became Head of the Division of Literature in the Department of Malay Studies at the University of Malay, Kuala Lumpur. He was Dean of the Faculty of Arts from 1968-70. Thereafter he moved to the new National University of Malaysia, as Head of the Department of Malay Language and Literature and then Dean of the Faculty of Arts. He strongly advocated the use of Malay as the language of instruction at the university level and proposed an integrated method of studying Malay language, literature and culture so that the role and influence of Islam and its relationship with other languages and cultures would be studied with clarity. He founded and directed the Institute of Malay Language, Literature, and Culture (IBKKM) at the National University of Malaysia in 1973 to carry out his vision.
In 1987, with al-Attas as founder and director, the International Institute of Islamic Thought a
Tidak segan mengakui, saya mengambil masa 6 tahun untuk mengkhatam buku ini. Dalam proses membacanya, saya menempuh jalan yang jauh dengan cuba mengenali pengarang besar ini dan pemikirannya dari sisi-sisi yang lain terlebih dulu. Begitulah terasa beratnya buku ini. Kerdil sungguh kemampuan diri.
Antara buku-buku lain dari aliran pemikiran al-Attas yang dikhatam sebelum berjaya menamatkan pembacaan buku ini ialah:
Begitu juga dengan beberapa artikel jurnal dan bab dalam buku yang dihadam untuk menilai pemikiran beliau dari pandangan sarjana lain. Malah, dari asbab buku ini juga menyeret saya masuk ke program WISE yang membicarakan pandangan malim sarjana ini dari lidah para anak murid yang pernah belajar langsung di bawahnya. Selepas itu, barulah Allah memberi kekuatan saya mengkhatamnya. Alhamdulillah.
Apa yang menarik keinginan mengkhatam buku ini walau terasa demikian susahnya? Sebagai seorang yang mencebur diri dalam dunia sastera (tidaklah begitu aktif, tetapi ada menulis beberapa karya), antara yang menjadi minat dan perhatian adalah pelbagai pemikiran dan aliran yang wujud dalam dunia sastera.
Dari jendela sastera, banyak yang disentuh mengenai falsafah dan pemikiran pengarang besar dunia. Pemikiran-pemikiran yang pelbagai ini selalu bersimpang-siur dan mengelirukan bagi saya, hingga menyusutkan keberanian meletakkan pena atas kertas. Saya tidak mahu menjadi penulis yang berani tidak bertempat, kerana sebuah karya yang pernah saya tulis membawa maklumbalas begini kepada diri sendiri: apa yang dianggap orang lain sebagai keberanian daripada pihak saya, sebenarnya adalah kebodohan saya menulis sesuatu yang tidak benar-benar difahami.
Kali pertama membelek Risalah (tapi terhenti lama membacanya), saya sempat sampai kepada persoalan humanisme dan dualisme dalam pemikiran Barat. Ketika itu, rasa tersingkap kepada saya, segala pengetahuan mengenai dunia Barat yang selama ini begitu membingungkan dan terpencar kesemua arah, terkumpul dan terpadu di bawah persoalan yang diangkat oleh Risalah.
Itulah yang menguatkan usaha mengkhatamnya juga walaupun perit dan berkali-kali terhenti. Semoga buku ini dapat memberi kesan yang sama kepada para pembaca lain juga, tidak kira dari mana-mana intinya sekalipun, kerana buku ini benar-benar kaya dengan pelbagai solusi terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh kaum Muslimin dewasa ini.
Ini bukanlah sebuah ulasan sebagaimana sepatutnya, tetapi saya berasa belum layak memperkatakan isi buku ini. Catatan ini hanyalah sekadar ingin membawa perhatian kepada Risalah ini, yang sangat patut dihadam oleh generasi muda Islam.
Alḥamdulillāh, segala puja dan puji kepada Allāh Subḥānahu wa Ta'ālā Yang Maha Esa, yang 'ilmu-Nya mahameliputi semua—dengan izin-Nya berupayalah diri ini mengkhatamkan kitab bersifat kullī yang telah pun dimulai pembacaannya sedari setahun yang lepas.
Tiada ulasan perihal kitab ini daripada saya, demikian kerana dua sebab:
(i) terlalu baik kandungannya yang telah merumus-memudahkan segala hal yang menimpa Kaum Muslimin hingga tiada perlu kepada sebarang penambahan, apatah lagi kritikan; (ii) bakal diulang baca kelak, maka ulasan demi ulasan (peribadi) akan dicatit—tiada akan putus hanya pada satu ulasan sahaja.
Seyogia semua Kaum Muslimin—tiada yang terkecuali—harus membaca kitab ini, memahaminya dengan lumat hingga berupaya merumuskan faham yang sama yang terkandung dalam pemikiran sang pengarang.
Keadaan genting yang menimpa Kaum Muslimin kini tiada boleh tidak harus kembali kepada puncanya yang paling utama iaitu kekeliruan dan kesilapan mengenai faham ilmu yang menatijahkan kepada keruntuhan adab dan terjelma ia dalam bentuk pemimpin yang tiada layak dan tiada sah diangkat.
To be a person with adab. To know own self. To acknowledge different level of people, or any sort of creatures with different strata of spiritual or intellectual level. Not to level everyone to my own level. To humble myself at my own level and put everything at the right place.. Insya Allahu Ya Karim
Tidak dinafikan buku ini mengambil masa untuk menghadamnya kerana ia membicarakan permasalahan yang timbul dikalangan kaum muslimin.
Krisis faham ilmu dan keruntuhan adab telah merosakkan pandangan alam (tauhid sebagai teras kekuatan) memberi kesan yang besar serta serius dalam perjalanan ummah.
Pada permulaan pembacaan, saya menjangkakan penulis akan menggalakkan pembaca terutama dikalangan umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam sebagai panduan hidup. Selepas membaca helai demi helai, saya mengakui bahawa buku ini sangat 'berat' dan membuka mata saya tentang hakikat kehidupan dan cara kita mengisi makna-maknanya yang ditentukan Allah SWT melalui Rasulullah SAW dan Al-Quran. Saya menyedari bahawa kita - umat Islam telah 'terperangkap' dan terpengaruh dengan kebudayaan Barat - kebudayaan yang telah mencampur-adukkan agama Kristian, yang melahirkan sekularisme, fahaman humanisme seterusnya melahirkan ideologi kapitalis dan sosialis untuk mencapai matlamat keunggulan manusia tanpa wahyu.
Tanpa kita sedari, kita sendiri juga mengagumkan rasionalisme, naturalisme atau kebergantungan kepada akal yang sememangnya sebahagian daripada usaha manusia meletakkan diri manusia tanpa kewujudan Tuhan bermula era renaissance dan dikembangkan ketika era enlightenment. Kita terutama dikalangan politikus, pengarang malahan agamawan juga turut terikut dan membantu menyebarkan 'kepalsuan' sesama kita walaupun menggunakan nama modenis. Alhamdulillah, kita patut bersyukur dapat membaca karya seumpama ini, seumpama hujan menyirami tanah yang tandus. Buku ini wajib di baca oleh umat Islam untuk pencerahan dan hala tuju masa hadapan.
TELAAH pertama wajib baca untuk melurus pandangan hidup kita dan membina pandangan alam Islam kerana Risalah Untuk Kaum Muslimin adalah ubat yang mujarab untuk menjawab kekeliruan dalam menanggap pemasalahan besar dunia hari ini.
Membaca buku penting ini tidak boleh semberono, sebaliknya memerlukan daya renung dan taakul yang mendalam kerana kita bukan saja perlu mengatasi rintangan bahasa, bahkan lebih penting tentangan daripada corak berfikir yang tanpa sedar diserabuti oleh sekularisasi dan dualisme yang sudah berakar umbi.
Bagaimanapun, ia tidak boleh menjadi alasan untuk bermalas-malasan daripada menelaah buku ini kerana pandangan alam yang kita miliki mempunyai kesan besar dalam menanggap kedudukan hal penting seperti ketuhanan, kebenaran dan keilmuan.
Risalah Untuk Kaum Muslimin bukan saja mesti dijadikan bacaan wajib, bahkan ia wajar diangkat sebagai bacaan ulangan dari semasa ke semasa.
Buku ini menawarkan satu analisis Al-Attas tentang apakah satu pandang-alam Islam dan bagaimana pandang-alam ini berbeza (bahkan berkonfrontasi) dengan pandang-alam Barat.
Bagi aku, pada penghuraian pandang-alam Islam, Al-Attas hfh tidaklah mengemukakan sesuatu yang baru atau berbeza daripada tradisi-tradisi 'kitab kuning' melainkan dimajukan dalam satu bentuk penghujahan berfalsafah sebagai sebuah tentangan kepada serangan falsafah Barat.
Al-Attas juga, pada bacaan aku, mengemukakan satu projek Oksidentalisme (iaitu, lawan kepada Orientalisme) dengan melakukan reduksi (reduction) atas aliran-aliran falsafah di sana kepada beberapa prinsip asas sahaja.
Sebagaimana aku tidak menggemari Orientalisme, begitulah sikapku atas Oksidentalisme. Cumanya, buku ini sangat bagus untuk dibaca bagi pemula dalam lapangan falsafah Barat sebab ia mengemukakan rumus-rumus penting untuk memahami tamadun sana.
Tajuk : Risalah Untuk Kaum Muslimin Penulis : Syed Muhammad Naquib Al-Attas Penerbit : IBFIM, Kuala Lumpur, 2014 Muka surat : 209
Permulaan kepada sesuatu adalah faham. Untuk mengenali, memahami, mengertikan sesuatu itu, kita perlu untuk faham akan sesuatu itu. Sebagai contoh, permulaan kepada ilmu adalah faham. Faham adalah satu proses pertengahan antara ‘input’ (baca) dan ‘output’ (ilmu). Untuk meraih hasil daripada pembacaan, kita perlu kepada faham. Didalam buku ini, SMNA menegaskan tentang faham. Faham kepada sesuatu akan membuatkan kita memperoleh ilmu tentang sesuatu dan akan membolehkan kita untuk terus ke fasa proses yang lain.
SMNA memenuhi hampir separuh daripada buku ini tentang faham yang pelbagai. Tiap-tiap faham itu SMNA rincikan. Faham tentang agama, budaya, ilmu, bahasa dan pelbagai lagi jenis faham yang SMNA muatkan didalam buku ini. Kesemua faham ini dibentang kepada pembaca sebagai satu pengajaran dan peringatan untuk kaum muslimin. Kaum muslimin kala ini menurut SMNA telah dibutakan daripada tujuan asal kaum muslimin. Terlalu banyak faham-faham asing yang meresap kedalam lingkungan pemikiran kaum muslimin, sehingga telah menyebabkan mereka tergelincir daripada landasan yang asal yakni Islam. Kaum muslimin itu adalah satu kaum yang menganut satu agama sempurna, yang diturunkan dari langit, yang diciptakan oleh yang maha Esa, yang menjadi tumpuan permohonan hajat dari sekalian makhluk yang diciptakan, yang tiada beranak atau diperanakkan, dan tiada pula sesiapa yang serupa denganNya. Andai kaum istimewa ini menganut agama Islam dengan erti kata sebenar-benar anutan kepada agama sempurna ini, anutan yang hollistik yang tiada pula mengambil sedikit, dan menolak pula yang lain, saya kira buku ini sendiri tiada akan ditulis oleh SMNA kerana kaum itu sudah pasti menjadi kaum sempurna. Telah dinukil didalam kitab suci Al-quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya...” [1]
Secara terangan telah diberitahu kepada sekalian kaum muslimin melalui kitab suci, agar tidak bersikap “juz’I” [2] dalam beragama. Tetapi insan itu memang sejak azalinya sudah dilahirkan tidak sempurna. Oleh kerana itu, telah diturunkan agama untuk memandu insan daripada tergelincir dari landasan asal. Agama Islam itu diturunkan dalam keadaan sempurna, tiada berubah dahulu, kini, dan selamanya. Akan kekal relevan sepanjang zaman sehingga tamat riwayat dunia ini. Dalam pada itu, diturunkan juga bersama-sama kitab agung yang mulia lagi sempurna ini Rasul/Nabi terakhir, “khatamun Nubuwwah” [2] iaitu Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh terbaik bagi seluruh umat manusia. Apatah pula bagi kaum muslimin. Dengan itu sempurnalah dua perkara yang diturunkan untuk umat manusia, iaitu agama Allah [3] dan Rasul Allah. Andai dipegang sekukuhnya kedua-dua perkara ini, dengan izin Allah, tiada akan tergelincir kaum muslimin itu daripada landasan asal muslim.
SMNA juga mengkritik keras orientalis barat, yang telah berjaya menyemai ideologi-ideologi, cara faham dan weltanschauung yang bertentangan dengan ajaran sebenar agama Islam. Kaum Muslimin kini terlalu ramai yang tiada benar faham akan apa itu Islam yang sebenar. Seperti yang telah saya nukilkan didalam artikel ringkas saya berkaitan penulisan Abdul Qadir Awdah yang sebelum ni, kritikan yang seakan sama SMNA campakkan kepada kaum Muslimin yang lalai itu. SMNA mengkritik kepada kaum Muslimin secara umum, yakni mereka yang tiada berusaha untuk mencari akan apa itu cara faham, pandang hidup Islam yang sebenar. Tiada pula usaha yang mereka lakukan, hanya taklid membuta-tuli, dari awal kelahirannya ke dunia sementara ini, hingga akhir hayatnya kembali pulang kepada penciptanya. Jika terlahir ia dalam satu keluarga muslim, maka beruntunglah ia. Namun jika keluarganya itu tiada pula menerapkan Islam yang benar, yakni Islam yang separuh-separuh sahaja, maka itulah yang mereka teruskan. Seakan telah berpuas hati, yakin akan Islamnya itu. Namun saya juga tidak menolak yang ramai kaum Muslimin kini yang tiada sebenar-benar peduli akan agama Islam itu. Pada mereka Islam itu hanyalah ritual semata. Disini datangnya peranan pihak berkuasa yang sepatutnya menyediakan landasan yang benar untuk kaum Muslimin memahami dan belajar tentang Islam. Namun kebobrokan penguasa yang telah terlari fokus mereka dari Islam; akibat daripada kefahaman mereka yang cetek itu tentang Islam, maka tiada mereka melaksanakan Islam seperti yang sepatutnya. Begitu luas aspek yang boleh pihak penguasa menerapkan, antara yang penting SMNA tekankan adalah aspek pendidikan. Bagaimana kaum Muslimin kini telah dilentur semenjak kecil lagi dengan corak pendidikan barat, dan bukan pula corak pendidikan Islam.
Hampir separuh pula daripada buku ini SMNA telah khaskan kepada permasalahan kaum Muslimin, yang berkisar rapat dengan faham-faham yang SMNA terangkan diawal separuh buku. Pada hemat saya, buku ini adalah satu buku yang baik untuk dibaca. Risalah untuk kaum Muslimin ini, saya merasakan perlu untuk dibaca berkali-kali, untuk peroleh pemahaman yang lebih baik. Kaum Muslimin yang sekarang ini sedang tenat menghadapi permasalahan yang dalaman, yang berbentuk ‘spiritual’, berbentuk “ruhi” [2]; yang mencari weltanschauung Muslim, bolehlah membaca buku ini. Saya yakin, dengan izin Allah, jika tiada banyak, pasti akan terbuka sedikit pandangan hidup, cara fikir anda sebagai seorang Muslim yang sebenar. Sekurang-kurangnya, pasti akan membuat anda terfikir, apakah kita semua ini sedang menjalani jalan yang benar akan melayakkan kita untuk memperoleh rahmat Allah kelak? Moga Allah merahmati usaha kita semua.
[1] - Rujuk Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 208. [2] - Abreviasi : Juz’i: memilih-milih/mengasing/memparsial. Khatamun Nubuwwah: Nabi yang terakhir/Nabi pengakhiran. Ruhi: berbentuk ruh/dalaman. [3] - Agama Allah yang saya maksudkan adalah Islam, iaitu wahyuNya yang diturunkan kepada RasulNya Muhammad S.A.W, iaitu tiada lain dan tiada bukan melainkan kitabNya, mukjizat Muhammad S.A.W yang terbesar – Al-Quran Al-Karim.
Sepanjang pembacaan saya, konsep utama yang diperhatikan adalah ‘membawa diri untuk keluar daripada kekeliruan’. Bagaimana seseorang memahami apa yang al-Attas sampaikan akan berbeza mengikut individu (ie: mendidik diri untuk membezakan kekeliruan/memahami akar kekeliruan/mempelajari semula keluhuran ilmu, etc). Dalam karya ini, al-Attas mengaturkan beberapa nasihat kepada Kaum Muslimin (terutamanya yang berbahasa Melayu; agar kita lebih faham mengapa karya ini tidak dan tidak akan dialihkan ke bahasa lain) dalam bentuk perenggan (berjumlah 74 perenggan), yang setiap satunya merupakan nasihat yang ditujukan tanpa mengira latar belakang kita (samada daripada pendidikan sains/filsuf sekular, agama, maupun ahli sufi). Risalah ini menyampaikan nasihat tentang kekeliruan yang dihadapi oleh setiap insan, sebagai insan, bukan sebagai seorang pelajar sesuatu bidang keilmuan, justeru antara sebab saya merasakan karya ini sewajarnya dibacakan oleh semua yang fasih berbahasa Melayu. Berlatar-belakangkan sebagai seorang Muslimin membantu untuk memahami banyak istilah dan sejarah yang disampaikan.
Risalah ini dimulakan dengan analogi yang disampaikan oleh al-Attas yang mencerminkan kekeliruan yang dihadapi Kaum Muslimin, yang kemudiannya diikuti peringatan dan penjelasan tentang keluhuran ajaran Islam yang murni dan tidak dicampur-adukkan oleh kekeliruan daripada ajaran Samawi yang lain, atau dengan pemikiran failasuf kuno, atau dengan ajaran agama yang lain. al-Attas kemudiannya meneruskan perbincangan kepada bagaimana kekeliruan ini turut disebabkan oleh pemikiran yang lebih ‘baharu/moden’ yakni pemikiran sekular daripada Barat, yang terlampau banyak meracuni minda Kaum Muslimin sehingga ke hari ini, menyebabkan kita dalam keadaan tidak reti membezakan antara yang hak dan batil–sesuatu yang saya sendiri gelar sebagai ‘tragedi anak muda’, yang menurut fahaman jahil saya, penyakit berkenaan jiwa yang seringkali menjangkiti anak muda kini kebanyakannya disebabkan kekeliruan dalam memahami bahawa tanggungjawab diri seharusnya berpatutan menurut kehendak Allah ﷻ, bukannya mengikut ketetapan kehendak diri/keluarga/masyarakat. Jika setiap insan sekeliling kita juga diracuni kekeliruan daripada pemikiran sekular Barat, apakah kehendak mereka seharusnya menjadi yang terbaik untuk diri kita, yang setiap nafas, gerak-geri, aliran fikiran dan emosi semuanya hanya diketahui dan difahami oleh Allah ﷻ?
Namun, nasihat daripada Risalah ini yang amat terkesan buat saya adalah nasihat tentang bagaimana ahli agama dan tasawuf sendiri ramai yang diselubungi kekeliruan, sehingga berada dalam keadaan berbangga dengan apa yang difahaminya. Adalah nyata, ilmu itu milik Allah, dan Dia yang mengurniakannya kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya.
Pada beberapa perenggan pengakhiran, al-Attas menyampaikan rumusan nasihat yang lebih jitu dan amat mudah difahami kepada seluruh Kaum Muslimin; agar taat-setia dengan ikhlas hanya kepada Tuhan dan Nabinya–bukan kepada pemerintah/ahli agama/organisasi/undang-undang/aliran pemikiran/pendidikan/etc.
Jika proses pembacaan mengambil masa selama beberapa tahun untuk habis, atau jika kita perlu membacanya untuk beberapa kali untuk faham, maka lalui lah ia...
Tragedy, ketidaktentuan hidup, sering dilihat sebagai peluang untuk self-improvement (peningkatan diri) melalui perantaraan penderitaan serta konflik, sama ada pada aspek fizikal mahupun spiritual. Pada pandangan ini, manusia yang berjaya mengatasi fasa tragedi dalam hidup diharap dapat belajar dan berkembang, sekaligus menjadi individu yang "bebas" setelah melalui proses "pembersihan".
Fahaman ini lahir daripada pengaruh falsafah Barat yang telah lama meresap ke dalam sebahagian sistem masyarakat kita. Akibatnya, kita menjadi terbiasa dengan konsep tragedy sebagai cara mendefinisikan makna hidup, sehingga kadangkala lupa bahawa kita memiliki pegangan yang jauh lebih kukuh dan sempurna—iaitu konsep Iman seperti yang diajarkan oleh agama Islam.
Pegangan Iman yang kukuh mendidik bahawa segala yang berlaku, sama ada baik atau buruk, suka atau duka, adalah dalam kehendak dan ketentuan Allah. Kesedihan dan kegembiraan di dunia ini hanyalah sementara, kerana dunia merupakan medan ujian dan alam ini merupakan Kitab Agung yang terbuka, ayat-ayatnya umpama kata-kata yang menunjukkan kepada Penciptanya, Allah Pemilik Semesta Sekalian Alam. Kebahagiaan abadi hanya dapat dicapai apabila manusia tunduk kepada perintah Allah, mengharapkan redha-Nya, dan seterusnya memperoleh rahmat kasih sayang-Nya yang berkekalan di akhirat.
Berbeza dengan falsafah Barat yang sering menjadikan kebahagiaan kehidupan di dunia sebagai tujuan akhir, pegangan seorang Muslim yang beriman menegaskan bahawa tujuan hidup tidak terhenti sekadar pada kebahagiaan duniawi. Sebaliknya, matlamat tertinggi seorang Muslim adalah mendapatkan redha dan kasih sayang Allah, yang menjadi kunci kebahagiaan hakiki dan abadi.
Itulah sebahagian daripada isi kandungan yang dapat diserapkan mengikut tahap kemampuan akal saya daripada kitab ini yang luas risalah pembicaraannya.
Pembacaan yang berat dan mencabar bagi saya untuk bergerak dari satu perenggan ke perenggan yang lain, sehingga membuatkan organ berfikir saya terasa berdenyut secara literal. Namun, ia adalah pembacaan yang sangat berharga kerana setiap perenggan membuka pintu kepada perbincangan mendalam yang menguji tahap pemahaman dan pengetahuan saya.
Kitab ini turut mengingatkan saya tentang pandangan hidup yang ditunjukkan oleh Islam kepada seluruh kaum Muslimin, sebagaimana yang telah diwahyukan kepada Baginda Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam, dan diteruskan oleh para awliya Allah sebagai pewaris yang benar sebagai contoh bagi panduan hidup Insan. Setiap helaian membawa penegasan bahawa Islam adalah panduan yang sempurna untuk memahami tujuan hidup, menjauhkan kita daripada kekeliruan yang ditimbulkan oleh pengaruh luar, dan menghubungkan kita dengan matlamat akhir yang muktamad—diredai Tuhan Yang Maha Bijaksana.
~ Alhamdulillah, khatam pertama untuk tahun ini. Buku-buku lain akan menyusul, insya-Allah.
Rasanya patut jadi bahan bacaan untuk setiap rumah.
1.Penyelesaian kepada semua permasalahan adalah kembali kepada al-quran dan as-sunnah.
The only saying of the faithful believers, when they are called to Allah (His Words, the Qur’aan) and His Messenger (sallallaahu ‘alayhi wa sallam), to judge between them, is that they say: “We hear and we obey.” [ Suraatun-Noor, 24:51]
2.kerosakan pemimpin adalah bukan sebab kepada kemunduran kaum muslimin tetapi adalah akibat padanya.Dan yang sebenarnya adalah tiada lain daripada kekeliruan dan kekhilafan ilmu mengenai islam dan pandangan alam.Dan ilmu itu adalah bersifat insan.
Al Attas merupakan cendiakawan atau sesetengahnya memanggil sebagai ulama' yang mempunyai faham yang tinggi terutamanya dari sudut falsafah dan kebudayaan. Memang tidak dinafikan tema penting yang dibawa oleh Al Attas ialah tentang pandangan alam (worldview) Islam yang saling bertentangan sekali dengan pandangan alam yang dianjurkan dan dipromosikan oleh barat.
Dalam buku ini, beliau telah menerangkan secara terperinci sebab-sebab mengapa umat Islam mundur dalam segala hal, dari politik,ekonomi,agama serta sosial hidup. Dalam dunia keilmuan pula, beliau mengkritik hebat cendekia dan ulama' masa kini yang tidak kreatif dan hampa dalam mengembangkan ilmu-ilmu yang telah ada.
Seperti yang diselitkan dalam puisinya pada awal buku ini ;
Muslim tergenggam belenggu kafir, Akhirat luput, dunia tercicir, Budaya jahil luas membanjir, Banyak yang karam tiada tertaksir.
Sedikit sebanyak merumuskan apa yang terkandung di dalam buku ini. Sudah banyak ulasan-ulasan yang diberikan untuk buku ini dan tidak perlulah aku ulang semula apa yang sudah dituliskan.
Buku ini aku sarankan dibaca berulang-ulang kali dan harus dirujuk kepada orang yang betul-betul mempelajari gagasan Al Attas supaya dapat memahami intisari yang ingin disampaikan beliau. Aku juga bukanlah 100% memahami idea yang ingin di sampaikan Al Attas. Apa yang aku faham secara ringkas dapat aku rumuskan ialah, Al Attas mengajak pembaca dan seluruh kaum muslimin untuk kembali mengamalkan Islam yang telah diturunkan daripada Allah S.W.T kepada Rasullulah S.A.W dengan tidak meninggalkan cara yang telah disusunkan oleh ulama'-ulama' agung terdahulu dan berpegang kuat kepada tradisi Islam yang telah dipertahankan sejak zaman berzaman agar ianya dapat menangkis segala idea-idea asing yang boleh merubah dan mengganggu gugat faham Islam secara asasnya.
Aku sarankan buku ini wajib dibaca untuk mengubah semula pandangan realiti kita terutamanya umat Islam terhadap apa yang sebenarnya ingin dianjurkan oleh Islam.
1. Ini buku pertama saya membaca untuk memahami pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas(SMNA)
2. Kali pertama saya menghabiskan(27/9/15) saya merasakan buku ini ada keistimewaan dan seharusnya pembaca lebih fokus untuk memahami keistimewaan ini berbanding perkara lain.
3. Istimewanya, buku ini berlatarkan kebudayaan barat vs kebudayaan Islam. dengan latar ini, dari awal, SMNA menjelaskan beberapa perkara yang lebih detail, menjelaskan perbezaan yang amat ketara antara islam dan barat pada semua sudut.
4. Antara perkara yang saya cari adalah apakah manhaj taghyir beliau. dan apakah sama dengan Hasan Albanna, Syed Qutb atau Maududi. Jawapan saya, SMNA memandang barat dengan pandangan yang sama dan memahami pertembungan barat dan islam dengan jelas. Beliau juga ada sebut permulaan perubahan pada diri hingga mengubah negara namun itu bukan cara perubahan yang utama. Perubahan dari manhaj seakan tiada(ataupun ada pada benda lain)
5. SMNA masih pada ilmu dan peradaban. dan itu yang masih kena baca banyak kali kenapa beliau fokus pada ilmu dan peradaban.
Melaui buku ini,saya mengenal falsafah dari sudut pandang Islam atau pandangan alam Islam. Buku ini telah membuka mata saya untuk lebih memahami Islam dan kepentingan untuk benar-benar arif dalam hal-ehwal Islam itu sendiri.
Faham-faham atau konsep-konsep yang dijelaskan dengan baik amat mengujakan. Rasanya seolah-olah ketika itu juga mahu sampaikan pada yang lain bahawa:"Inilah pandangan dari sudut Islam! Jangan agung-agungkan falsafah barat tu! Dan berjaga-jaga, musuh-musuh sedang melancarkan perang pemikiran yang tidak akan dapat dikesan jika Muslim tidak berilmu!" Mahu sahaja saya menjeritnya pada semua kaum muslimin.
Apapun, keseluruhan buku ini, membuatkan saya ingin mengkajinya dengan lebih mendalam..InsyaALlah..
Ini adalah buku kedua drpd penulis yg telah saya habiskan secara laju. Yg pertama adalah buku ‘islam and secularism’ yg juga merupakan bacaan yg berat. Drpd ringkasan apa yg saya dpt adalah penulis cenderung kpd tasawuf dan pada masa yang sama mengakui ada fahaman yg terpesong yg menjenamakn diri mereka sbgai ahli tasawuf atau sufi. Beliau menekan kepentingan adab seblum ilmu dlm persona ‘insan(manusia) adabi’, pada masa menekan kepentingan ilmu untuk membasmi pelbagai ancaman samada ancaman luar daerah dan dlm daerah faham2 Islam itu.
Pada buku pertama(yg saya baca) yg di keluarkn pada 1978 penulis tampak lebih bersederhana dlm kritikannya kpd ilmuan2 dan tokoh2 dalaman daerah islam akan tetapi pada buku ini yg di terbitkn pada tahun 1973 saya lihat penulis agak lantang kpd nama2 besar (beliau panggil sebagai modernis) yg saya akan sebutkn nnt. Nama seperti imam ibn taimiyah yg mana penulis ada kata mengeluarkn teguran kpd para sahabt nabi, gerakkn muhd bin abd wahab juga di kritiknya, yg plg saya terkejut adalah nama besar pada dewasa kini seperti muhd abduh dan jamaluddin afghani juga di kritik atas gerakan pembaharuan mereka pada zmn terkemudian. Adalah lg baik jika penulis memberikn rujukan buku atau kata2 mereka yg di kritik ini utk kita selami dan bahaskn samada pemahaman penulis selari dgn pemahaman kita.
Gologan yg patut di kritik seperti para failasuf dan pemikir barat juga di tegah habis-habisan oleh penulis dgn menerang isi fhmn -ism mereka yg jelas terpesong dan sesat. Seperti humanistic individualism, rasionalism, dualism, dan pelbagai lagi. Secara umumnya penulis menentang gerakan pembaratan yg tiada nilai bkn pada keseluruhannya tapi pada akar dan dasarnya.
Byk lgi isi yg sukar utk saya senaraikn. Mari sama2 kita pandaikn diri kita dgn ilmu2 yg bermanfaat.
Buku ini tergolong berat dan cukup sulit untuk dicerna. Terdiri daripada 74 perenggan tanpa pembahagian bab, dengan gaya bahasa yang klasik dan ejaan lama kerana ditulis sekitar tahun 70-an. Al-Attas membahas cabaran dan ancaman yang dihadapi umat Islam, terutama dari segi sejarah, falsafah, dan teologi.
Buku ini menggarisbawahi pentingnya memahami Islam secara murni, tanpa terpengaruh oleh unsur luar yang boleh mengubah ajaran Islam hingga tidak sesuai dengan prinsip aslinya. Krisis identiti yang dialami umat Muslim saat ini dianggap sebagai dampak dari kolonialisme, globalisasi, dan budaya Barat. Buku ini mengajak umat Islam untuk kembali kepada nilai Islam yang sejati demi mempertahankan identiti Muslim yang asli.
Selain itu, buku ini juga menekankan pentingnya pendidikan Islam yang berlandaskan tauhid. Pendidikan yang tidak berpegang pada tauhid dianggap tidak mampu membentuk Muslim sejati. Kerana itu, perlu adanya pembaharuan pemikiran dan sosial yang sesuai dengan ajaran Islam, agar umat Muslim lebih siap menghadapi perubahan zaman. Para ulama dan cendekiawan Muslim dianggap memiliki peranan penting dalam membimbing masyarakat agar benar-benar memahami dan mengamalkan Islam.
Ada juga pandangan menarik dalam buku ini tentang sejarah agama lain sebelum Islam. Misalnya, agama Kristian diwariskan dengan semangat dakwah yang kuat, sementara agama lain lebih tertutup dan tidak terlalu menekankan penyebaran ajaran. Buku ini juga mengkritik kelemahan dalam akidah Kristian yang dianggap kurang jelas dan penuh keraguan.
Budaya Barat dikritik terlalu fokus pada kesempurnaan negara namun mengabaikan kesucian agama. Di Barat, agama sering kali hanya menjadi alat kepentingan diri. Masalah utama yang dihadapi masyarakat Barat dianggap terletak pada jiwa yang kosong dan kegelisahan yang membuat sulit untuk mencapai ketenangan batin.
Di akhir buku, disimpulkan bahawa dalam Islam, ilmu tanpa pemahaman diri dan ketaatan pada ajaran agama hanyalah sia-sia. Seseorang baru dianggap benar-benar berilmu jika ilmunya tercermin dalam semua aspek kehidupannya, seimbang antara akhlak dan kebijaksanaan.
Buku setebal 209 muka surat ini terkandung di dalam nya 16 tajuk yang mencangkupi sebahagian besar sisi kehidupan manusia iaitu dengan menekankan soal:
1) Persoalan Kaum Muslimin 2) Masalah Kegentingan Kaum Muslimin: Sebab-sebab Luaran 3) Sifat-sifat Asasi Kebudayaan Barat 4) Faham Agama 5) Faham Keadilan 6) Faham Ilmu 7) Faham Kebudayaan dan Kedudukan Agama 8) Faham Kebebasan, Akhlak dan Amalan Akhlakiah 9) Faham Perubahan, Pembangunan dan Kemajuan 10)Masalah Jurang Generasi dan Krisis Identiti 11) Kedudukan dan Peranan Rasulullah sallahahu 'alayhi wa sallam 12) Faham Bahasa 13) Faham Kesusasteraan dan Kesenian 14) Masalah Kegentingan Kaum Muslimin: Sebab-sebab Dalaman 15) Faham Akal 16) Faham Sekular dan Pensekularan
Antara tulisan-tulisan Syed Muhammad Naquid al-Attas yang boleh saya pahatkan di sini ialah:
"Perjanjian peri khidmat insan dalam dunia ini, yang dikerjakan mengikut faham tugas dan tanggungjawab, bukan merupakan kontrak sosial, seperti yang difahamkan oleh Kebudayaan Barat tetapi Perjanjian Asali diri kepada TuhanNya Yang Hak-suatu kontrak individu;dan khidmat insan dalam dunia ini, yang dikerjakannya mengikut faham dan tugas tanggungjawab itu, adalah khidmat diri kepada Tuhan dan tugas yang diamanahkan serta tanggungjawab yang dipikul olehnya itu, semuanya pemberian dan penetapan daripada TuhanNya kepada tiap-tiap diri...untuk kesempurnaan diri insaniah dan bukan kerana kesempurnaan kewarganegaan" -perenggan 30
"Menuju ke arah kesucian ruhani bukan bererti mengasingkan diri dari masyarakat dan dunia yang penuh dengan pelbagai macam ujian dan jeratan, malah pengalaman yang diperolehi darihal menceburkan diri ke dalam masyarakat dalam kancah dunianya itulah yang merupakan pengalaman terpenting bagi menilai kadar ruhaniah diri itu, dan menguji kelayakannya untuk mencapai kemurniannya itu."
Sebenanarnya agak lama saya tertangguh buku ini, saya kira saya telah membaca hampir 3 suku yang pertama dari buku pada fasa pertama dan yang terkini saya menyambung pembacaan saya untuk suku terakhir buku tersebut.
Untuk 3 suku pertama itu, antara yang saya teringat adalah Prof Al-Attas banyak menceritakan perbezaan sejarah, kebudayaan dan cara fikir Barat berbanding Islam. Juga diperhalusi banyak perkara yang penting yang perlu diperbetulkan pemahamannya, seperti peranan ilmu, peranan bahasa, konsep pembangunan dan kebudayaan menurut pandangan Islam.
Menariknya dalam suku terakhir, Prof Al-Attas telah menerangkan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini iaitu cabaran golongan modernis, malah mereka yang terpengaruh dengan mereka seperti golongan yang menisbahkan dirinya dengan salafiyyah dan juga cabaran sekularisme.
Secara tuntas di akhir buku Prof Al-Attas telah menghurai apakah konsep intellectus dan ratio oleh Barat, apakah itu sekularisme dan bagaimana Islam juga mengosongkan unsur2 ruhaniah tetapi yang batil sahaja.
Buku ini adalah buku pertama Prof Al-Attas yang saya dapatkan atas cadangan guru2 dan sahabat untuk membaca karya agung Prof Al-Attas. Ramai yang menggalakkan supaya untuk membaca karya ini sebagai pemula untuk memahami gagasan beliau.
InShaAllah akan dibaca lagi untuk kefahaman dan ilmu yang baharu lagi. Sekian review ringkas saya. Moga bermanfaat!
‘Risalah Untuk Kaum Muslimin’ (Risalah) merupakan sebuah karya berkonsepsi warkah atau risalah (surat); menyelami penderitaan kaum muslimin, bukan derita fizikal, akan tetapi derita jiwa akibat kekeliruaan diri yang berakar daripada penyelewengan dan salah faham tentang Islam dan pandangan hidup. Risalah ini sememangnya penting dan wajar dijadikan santapan akal bagi yang berhajat mengislah diri dan masyarakatnya, bukan sahaja bagi bangsa ini (Melayu Nusantara), bahkan Muslimin sedunia kerana permasalahan yang yang terhurai di dalamnya (Risalah) itu berkenaan masalah kekeliruan mendalam yang sama dideritai oleh kaum muslimin di serata dunia.
Gaya penyampaian dalam bentuk perbandingan antara tamadun Islam dengan Tamadun lain khususnya Barat telah berjaya mengetepikan hegemoni Tamadun Barat yang diagung-agungkan itu daripada tetapan minda (mind setting) pembaca. 74 perenggan yang merangkum perbahasan dan hujah, yang disandarkan kepadanya dalil-dalil akliah (lojik) dan nakliah (al-Quran dan as-Sunnah) yang termuat dalam Risalah ini perlu diteliti dan ditekuni tanpa terlepas pandang walau satu pun ayat kerana kesinambungannya yang merantai. Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas (al-Attas) telah berjaya menggarap permasalahan ummat dengan begitu baik serta menyantuni semua aspek kehidupan dan ketamadunan sesuai denagn konsep pandangan alam Islami. Pandangan dan tilikannya bersifat malar hijau; bernas dan tetap releven merentasi zaman.
Sejujurnya, bermula daripada diri sendiri yang lemas dalam pelbagai bentuk pemikiran yang sejak dari dahulu telah menimbulkan kekeliruan bukan sahaja kepada bukan muslim sahaja, bahkan sesama muslim itu sendiri. Walaupun didedahkan dengan idea prof SNA secara tidak langsung di institut pendidikan yang aku pelajari, tidak terdetik dalam diri aku untuk menulusuri gagasan yang ingin dibawa oleh beliau yang pastinya diwarisi dari ulama-ulama silam yang telah melalui pelbagai permasalahan ummah.
Tatkala dibelenggu kebingungan dan kekeliruan diri sendiri, Allah meyusun diriku untuk membaca buku ini meskipun cuba beberapa kali mengelak (malas) untuk membacanya. Buku ini begitu mendalam menusuluri apakah yang menjadi akar bagi permasalahan ummat pada hari ini. Benarlah, pemikiran Barat yang ribuan tahun senantiasa berusaha untuk menapakkan diri dalam tamadun manusia berzaman sehingga hari ini mereka tampak "berkuasa" sehingga sebilangan besar muslim pada hari ini tidak menyedari betapa halusnya serangan-serangan yang mereka sedang giat jalankan.
Namun, dengan hanya bergantung sahaja pada buku ini, tidak cukup untuk memahami lebih mendalam akan apakah yang ingin prof SNA ingin utarakan dalam mencari penyelesaian ummah.
Risalah untuk Kaum Muslimin dapat membantu untuk memahami pandangan hidup Islam, antaranya adalah Alam ini sebagai “lambang yang menyatakan Penciptanya;” agar melihat Alam ini sebagai “himpunan segala sesuatu selain Allah, yang menandakan kewujudan Penciptanya yang Maha Hebat lagi Bijaksana” (Mohd Zaidi Ismail, Nota Kuliah WISE 2017). Untuk memikirkan makna alam sebagai tanda atau lambang yang berfungsi sebagai petunjuk kepada Penciptanya, al-Attas menerangkan, dalam Islam, segala ilmu pengetahuan itu datangnya dari Allah SWT. Dengan akal yang sihat, seseorang itu tidak akan menganggap sesuatu sebagai logik dengan hanya bergantung pada deria yang ada dalam mentafsirkan fakta-fakta pengalaman. Pada lazimnya, jiwa akan mentafsir kedua-dua aspek rohani dan jasmani. Dalam Risalah untuk Kaum Muslimin, Al Attas juga menjelaskan situasi ini sebagai “ketibaan ma’na sesuatu perkara atau sesuatu objek pengetahuan dalam diri,” dimana jiwa adalah pentafsirnya, manakala pengetahuan pula adalah “kesampaian jiwa pada ma’na sesuatu perkara atau suatu objek pengetahuan.”
Buku Risalah Untuk Kaum Muslimin merupakan catatan lisan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang ditulis pada tahun 1973 semasa beliau bertugas di UKM. Di dalamnya, beliau mengemukakan renungan mendalam mengenai fahaman utama dalam pandangan hidup Islam yang perlu difahami oleh kaum Muslimin. Konsep-konsep penting yang dibincangkan termasuk agama, keadilan, ilmu, kebudayaan, dan akhlak.
Buku ini muncul ketika masyarakat Muslim di seluruh dunia menghadapi kekeliruan mengenai Islam yang semakin meruncing. Al-Attas menekankan bahawa kejahilan mengenai Islam adalah punca utama masalah yang dihadapi oleh umat, serta menghilangkan kesedaran tentang tanggungjawab individu terhadap ilmu dan akhlak. Beliau berpendapat bahawa Islam seharusnya mampu melahirkan peradaban yang tinggi dan menghasilkan ilmu yang tiada taranya dalam sejarah manusia.
Secara keseluruhan, buku ini memberi panduan yang berguna dan membimbing pembaca untuk memahami tanggungjawab mereka sebagai Muslim dalam menghadapi cabaran zaman moden.
Ini adalah karya pertama milik Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang saya mampu untuk habiskan & saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan bacaan kerana masih belajar untuk biasakan diri memahami gaya penulisan beliau yang agak sukar(lambat) untuk difahami pada awalnya. Tapi alhamdulillah setelah beberapa kali baca sedikit, kemudian dibiarkan dalam tempoh yang lama, ulang balik dari awal untuk lebih faham, akhirnya dapat juga untuk dihabiskan ><
Saya amat tertarik dengan penulisan beliau yang mengupas isu kebudayaan Barat, kepentingan menguasai sepenuhnya mengenai fardhu ain untuk setiap individu Muslim, di mana kini kebanyakan insan lebih menguasai perihal fardhu kifayah sebaliknya masih cetek pemahaman mengenai perihal fardhu ain itu sendiri, isu keruntuhan adab serta kupasan mengenai golongan modernis & golongan yang berpegang pada sumber nakali.
Sangat padat dengan pandangan-pandangan yang bernas. Membuat pembaca berfikir semula tentang gaya hidup yang dikatakan 'Muslim' tetapi masih jauh dari landasan ajaran Islam yang sebenar. Terutamanya kenapa negara-negara yang mengaku negara Islam masih mundur. Untuk kembali menuju ke zaman kegemilangan Islam, kita perlu mengubah banyak sistem dalam kehidupan kita yang sudah terlalu sekular dan kebaratan. Cuma buku ini lebih kepada pembentangan punca masalah, tetapi tidak dihuraikan dengan mendalam tentang jalan penyelesaiannya yang lebih praktikal.
Syed Naquib mengulas persoalan-persoalan pokok seorang Muslim. Percambahan perbahasan daripada buku ini dihurai lebih lanjut dalam buku-buku seterusnya seperti Islam & Secularisme.
Pemilihan perkataan amat teliti, sesuai dengan latar belakang Syed Naquib sebagai seorang linguist. Setiap huraiannya cermat. Betul-betul membuka minda pembaca dengan menyahkonstruksikan beberapa persoalan penting tentang kejadian manusia.
Buku Prof Naquib, kali pertama selesai, hikmahnya cuma lekat sedikit. Dek bahasanya yang tinggi. Ia karangan yang perlu kita ulang baca. Ulang dan ulang. Di antara perkataan-perkataan yang tertulis, terkandung hikmah yang besar. Saya masih membaca berulang kali. Kerana jika kita percaya, buku ini tak hanya kita pamer pada rak buku semata-mata.
Sebuah buku yang cukup mengesankan bagi Muslim yang sedar dan tahu akan amanah dan tanggungjawabnya terhadap diri, masyarakat dan Allah S.W.T. tatkala berdepan dengan cabaran zaman moden. Wajib dibaca berulang-kali bagi mendalami pelbagai lapisan makna yang terkandung di dalamnya.