Penulis menggunakan nama pena Web Sutera. Nama sebenar ialah Hizamnuddin bin Awang. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.
Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.
Seterusnya bergiat aktif dalam bidang penulisan makalah ICT, sains, teknologi dan peradaban manusia sejak tahun 1995 dalam sedozen majalah bahasa Melayu di Malaysia.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Komputer dari USM,1992. Kini menjalankan perniagaan sendiri iaitu LUSIANA CATERING sebagai managing partner, setelah bekerja makan gaji hampir 15 tahun.
cerita yang terakhir; SARKAS menjadi penutup dan menjadi tajuk utama novel ini. dan lagi penulisnya tuan Khairy Tajudin Novelis sendiri. suka dengan dialog antara babi dan panda. amat bertepatan dengan tagline di hadapan novel; SANTAI TAPI SENTAP. alkisah babi yang sedih dan muram sebab asyik dipandang hina oleh manusia walhal 90% dari tubuh badannya boleh digunakan. amat berlainan dengan panda yang sangkar saja menelan belanja 25 juta tapi sekadar hanya untuk jamuan mata. Banyak lagilah antara kisah babi dan panda ini..
24 buah cerpen termasuk sarkas tadi. 24 kisah santai.. tapi bila hayati terasa juga sindiran halus yang ada di setiap kisah.. KPOP karya HASANOF. 3 orang teman yang baik budi pekerti, yang baik kelakuan, yang baik serba serbi boleh bergaduh sebab kpop dan drama melayu. perkara yang melekakan tu yang boleh meretakkan persahabatan mereka… PAPA DAN KETAM hasil nukilan NORILLAH ABDULLAH HASSIM.. hmmm… yang ni memang agak tepat pada batang hidung sendiri.. yelah, dok ajar anak baik-baik, dok gitau anak-anak apa yang betul apa yang salah dalam kehidupan, dok bagitau anak-anak serba benda yang tak elok berdosa jika di buat, tup-tup sendiri pun banyak buat salah.. aduhai.. sentap jiwa makk ni ooiii….. ada lagi… ada lagi… SIMBOLIS karya MUHAMMAD FAIZAL… haaa….. yang ni kisah manusia yang bila tengok satu perkara suka hati terus jatuh hukum. walhal tak tahu kisah sebenar. macam dalam kisah ni, makcik yang dok mengata masa beli barang kat kedai . nampak budak merayau kat kawasan penempatan kata budak-budak tu mencuri walhal kisah sebenar budak berlima tu adik beradik dan punyala sopan bertanya jika ada kerja yang boleh dibuat sebab gaya seperti bantu mak ayah yang susah. budak ambik upah bekerja di kata mencuri.. tak tahu hujung pangkal terus mengata, terus jatuh hukum.. siasat dulu.. lagipun siapa kita ni nak jatuh hukum?.. kisah apa lagi ada? MAHU KURUS nukilan IBNUDDIN. sebenar bukan kisah nak kurus jer ni. sesuatu yang kita nak buat, nak lakukan memang adakalanya payah dan susah. tapi kalau tak mulakan, bila lagi ye tak?.. bila dah kurus, nak maintain pulak… haa… kenalah jaga.. ni macam kita mintak maaf dengan orangla contohnya sebab dah buat salah. takkan lepas tu kita nak buat lagi, nak buat lagi… memang kena pelengkungla jawabnya.. hehe…
best…. best… santai tapi memang menyentap. kalau sentapan tak sampai kat hati tu maknanya membaca sepintas lalu jerla tu. cuba hayati setiap satu cerpen yang ada. semuanya ada kiasan, semuanya ada sentapan dan semestinya semua penuh dengan pengajaran yang setiap penulis kongsikan dengan pembaca untuk diadaptasi dalam kehidupan seharian.. ingat novel jer boleh diadaptasi jadi drama atau filem?.. tahniah buat SEMUA penulis yang terlibat antara yang lain ialah tuan Web Sutera, Noor Adeelia, Salleh Kausari dan pakwe shima iaitu Harith Hakeem dan tahniah sekali lagi untuk tuan penyelenggara yang menyelenggara dengan penuh berhemah.. kalau tak, masakan setiap satu cerpen semua jadi yang terbaik buat setiap penulis, ye tak?... All the best for all…
Koleksi cerpen yang mana setiap tulisannya ada isu yang cuba disentuh dan mampu dijadikan pengajaran.Saya paling minat cerpen bertajuk "sarkas" yang mana hanya berwatakkan babi dan panda namun sudah cukup untuk menembusi hati dan jiwa manusia.menceritakan kisah perbualan antara babi dan panda sebagai sarkastik bagi kehidupan manusia.Banyak lagi koleksi cerpen yang menarik di dalamnya.Antara penulis yang juga idola saya ialah @muhd__iqbal dan lain-lain...terbaik
Hidup di dunia ini persis lakonan (atau memangnya begitu) yang dilakar oleh setiap individu. Ada kala ia berbaloi, mungkin ikut persepsi sendiri. Namun hanya keimanan ke hadrat Allah Taala dan amal baik dalam menjaga had-had Allah bakal menjadi imbalan pemberat di Mahkamah Agung. Namun banyak kala oleh majoriti pelakonnya, ia memetik petaka dalam menuju jurang dalam, secara sedar atau tidak.
Paling celaka ialah manusia-manusia yang bertopeng syaitan, tanpa sedar atau memang disengajakan. Atau boleh jadi golongan munafik yang amat sukar untuk ditelah. Maka sewajarnya kita mengerti akan musuh-musuh setiap daripada kita umat Islam. Musuh-musuh itu seperti berikut:
(i) Syaitan dan Iblis. (ii) Barisan musuh Islam daripada anutan kafir yang bersatu untuk menghancurkan Islam. (iii) Orang Munafik. (iv) Hawa nafsu sendiri yang sentiasa menyeru kepada kemungkaran, andai tidak dibajai dengan iman.
Insya-Allah, antara lain itu yang dapat saya kutip dari semua 23 cerpen dan kisah yang dipaparkan dalam antologi cerpen SARKAS ini. Walaupun tidak semua lakonan itu berhijab. Ia memang sentap bagi yang ada hati. Sarkas ialah permainan untuk ketawa, selalunya bertopeng dalam meraih perhatian penonton. Juga ia seumpama lakonan yang disihirkan agar penonton asyik.
beli buku ni kt satu kedai buku. cover nampak cambest. tapi dlm dia...
buku yg dihasilkan mcm tgkap muat. byk cerpen yg bosan dan sorry to say, x berkualiti langsung! penceritaan yg lemah, macam syok sendiri, terlalu banyak typo dan mcm x diselenggara. (eh, ada penyelenggara rupanya).
x dapat nak habiskan buku ni. sebab baca lompat2 cerpen secara random. tapi malangnya bg saya, saya terbaca cerpen2 yg x best, dan membantutkan sy nak teruskan membaca.
1- topengnnya anjing jiwanya malaikat: byk gila typo. serius rasa mcm nak baling buku. dlm naratif pun ada short form. x tahu dialog tu siapa yg cakap. lepas tu watak utama ckp pasal Islam, tapi dia merokok dan mencarut. nampak ironi sgt. dan itu boleh mengundang fitnah. plot cerita tiada peleraian. banyak konflik yang ditimbulkan dan lepas tu tergantung.
2- Tetamu Pulang: Penulis mungkin ada mesej yg baik. tapi itu x menjadikan karyanya baik. jalan cerita mmg totally out. tgh naratif, boleh pula ada "hehe." seriously? lepas tu eja whatsapp pun jadi what's up. apa kejadahnya itu? sorry, nak habiskan cerpen ni pun x larat. bosan teramat.
Dan lain-lain cerpen lagi yg membosankan dan mlas aku nk ulas panjang. tapi ada juga dua, tiga yang boleh dikatakan best dan ok macam cerpen mata stokin dan kain pelikat longgok, Sarkastik dunia aka dunia berhijab.