Cinta itu indah bukan? Lebih-lebih lagi cinta yang diisyaratkan Melalui debaran pandang pertama. Wujudkah lagi perasaan seperti itu? Mungkin juga ya dan mungkin juga tidak Tetapi.. Cinta itu satu anugerah Dan.. Setiap anugerah itu pastinya indah... ~Victoria Jijah Ami
“Aku tak pandai melayan dia hanya kerana aku tak membenarkan dia menyentuh aku? Oo.. baru aku ingat yang kau dan Halil sudah bersama biarpun belum berkahwin bukan? Sekarang, kau tengok diri kau Jaslyn. Adakah dia masih menjadi lelaki romantis yang menyentuh kau dengan penuh kasih sayang? Kau tak tahu betapa sakitnya hati aku apabila kau beritahu aku dengan bangga yang Halil sudah pun menyentuh kau dan membuktikan betapa dia dia mencintai kau. Ingat satu perkara Jaslyn biarpun sudah terlewat. Apabila kau merasai nikmat itu sebelum waktunya, akan datang apabila tiba waktu kau menjadi yang halal untuknya, kenikmatan itu akan berkurangan
Terlalu byk adegan terlebih matang. Rasanya kisah sebegini tidak manis utk dijual di rak2 kedai buku. Oleh itu, marilah kita fokus shj kepada isi cerita yg ditulis😊
maaf kalau ada yang tersinggung dengan komen saya. Bukan niat nak menjatuhkan penulis.. anda pembaca punya hak untuk membaca, tetapi tolong... pada punya anak yang meningkat dewasa kalau boleh jangan ada buku sebegini dirumah. Walaupun tiada perkataan lucah tapi gaya penceritaan juga mainkan peranan. Maaf sekali lagi...