Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mencari Si Pelengkap Hati

Rate this book
CINTA. Mampukah cinta itu dipaksa? Jawapannya TIDAK bagi Nuha Huda. Kerana merasakan cinta itu harus dipupuk secara ikhlas dan jujur, Nuha menolak cinta suci yang dihulurkan oleh Cikgu Ihsan kepadanya tanpa berfikir panjang.

Memasang impian dalam diam, Ihsan Zuhri sangat berharap Nuha Huda akan terbuka hati untuk menerima cintanya. Namun Nuha tetap dengan pendirian. Walau dia terhutang budi dengan Cikgu Ihsannya, hati Nuha tidak mampu diikhlaskan untuk mengorbankan dirinya dengan mengahwini Ihsan Zuhri!

“Ya, Nuha terhutang budi dengan cikgu sekeluarga. Cikgu dah bagi Nuha kehidupan baru. Tapi... tapi itu tak bermakna Nuha akan sudi terima cikgu dalam hidup Nuha. Itu satu simpati namanya!” – Nuha Huda
“Abang tak sekuat yang Nuha nampak. Abang tak setabah yang Nuha fikir. Sejujurnya abang nak paksa Nuha kahwin dengan abang. Abang nak paksa Nuha terima cinta abang. Tapi… soal hati siapa yang boleh paksa. Jadi sekarang, abang akan tunaikan permintaan Nuha dengan syarat, Nuha perlu pergi dari hidup abang dan keluarga abang!” – Ihsan Zuhri

Episod bahagia Nuha bersama keluarga angkat kesayangannya berakhir di situ. Perginya Nuha tiada istilah untuk kembali.

Lima tahun membawa diri, menjadikan Nuha Huda seorang wanita yang lebih matang. Matang untuk menguruskan perasaannya. Dia khilaf mengenangkan betapa kejamnya dia saat tidak mampu belajar untuk menerima cinta suci Ihsan Zuhri. Lagi pula, apalah yang budak sekolah tahu tentang erti hati dan perasaan, bukan?

Pada saat Tuhan menjentik hatinya untuk mengenal erti cinta, ujian hadir untuk menguji sejauh mana dia ikhlas melepaskan perasaan itu andai orang yang dicintainya itu tidak mampu mencintainya.

“Kenapa lepas abang macam ni baru Nuha nak terima abang. Kalau bukan sebab simpati sebab apa lagi?!” – Ihsan Zuhri
“Rasa kasih ini bukan bertiketkan sebuah kasihan, cikgu. Mungkin sekarang adalah waktu yang dijanjikan Allah. Saat di mana Allah tahu Nuha Huda sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab menjadi seorang isteri.” – Nuha Huda

Andai benar setiap orang akan menemui si pelengkap hatinya sendiri, mampukah perkara yang sama berlaku dalam hidup Nuha Huda? Akan ternoktahkah pencariannya untuk mencari si pelengkap hatinya?

Paperback

First published October 1, 2015

4 people are currently reading
46 people want to read

About the author

Farisha Imani

12 books43 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (29%)
4 stars
13 (41%)
3 stars
8 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
December 17, 2016
2.7*
Nuha kejam dan pentingkan diri? Tak kenang budi? What do u expect from a young girl who has yet to explore the world outside of her comfort zone?

Ihsan, the victim? Amat baik dan penyabar..Kesian mmg kesian tapi salah dia jugakah kerana terlalu awal memetik bunga ditaman yg telah lama didamkan? Takkan budi ditabur, cinta jadi galang gantinya. You cant compel to love.

Bila Nuha berubah, keadaan Ihsan juga berubah..walau cintanya buat isteri masih utuh tapi keraguan tetap ada dihatinya. What do I expect from their years apart?

Yg paling saya tak sangka..se low2 rating yg saya beri, ke empat2 novelnya ada dlm simpanan saya. hmmm..Not that bad.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 20, 2015
Bace buku ni...memang SANGAT MENYAKITKAN HATI dgn watak heroinnya!

Pendpt aku ;

Nuha (heroin) ;
-kejam
-selfish
-x kenang budi
-x sedar diri
-teruk
-x jga perasaan org sekeliling ; terutamanya Cikgu Ihsan

-Kesimpulan utk watak Nuha ; JAHAT!

Cikgu Ihsan (hero) ;
-baik
-penyayang
-tabah
-sabar
-redha dgn takdirNya
-sanggup berkorban utk Nuha

-Kesimpulan utk watak Cikgu Ihsan ; BAIK GILER dan KESIAN GILER! (î-î)

Serius...bg aku, Nuha Huda memang kejam dlm cite ni...kejam sgt2...dia, pentingkan diri sendiri...dia rasa diri dia jer yg sentiasa jd mangsa keadaan, dia jer yg x berdosa...org lain semua salah dan jahat bg dia...

Ihsan Zuhri, x thulah aku nk kata apa dgn watak hero ni...sedih kot dgn keadaan diri Cg Ihsan pd akhirnya...(î-î)

walau bagaimana pun, ending MSPH ni mampu buat aku tersenyum senang hati...penantian Ihsan Zuhri tidak sia-sia...
194 reviews9 followers
November 19, 2015
permulaan cerita ni sangat slow. terlalu meleret-leret pasal kehidupan sedih Nuha. sampai satu ketika, rasa tak mampu nak habiskan bacaan.

mula la main selak-selak, tak baca dgn detail. sorry writer.

tapi kisah Nuha and Ihsan lepas 5 tahun, rentak cerita dah ok.

nak kata Nuha yang salah sampai Ihsan hilang semua kesayangan, tak patot sebab Ihsan pon salah. makanya, 2-2 pihak pon salah.

kalo dh jodoh tak ke mana. tetap ke situ jugak perginya.
38 reviews1 follower
May 23, 2021
Hampir nk bgi 5 🌟.. sebb pengakhirannya sy boleh hadam.. dan bahagia.. sangat menyentuh hati dan perasaan sy..

Belum sampai 10 ms lagi sy dah nangis😭🤧 dah sampai tengah buku ni, sy geram sikit dengan perangai Nuha.. tapi lama² geram sy kat dia hilang selepas kewujudan Izyan.. Tapi sy tk kata Ihsan tk buat salah.. tpi overall,, sy suka dia.. hehe..

senang citer, dunia ni tk semua perfect.. haa gituw.. Jalan citer yg best!! Tahniahh.. hehe..
Profile Image for Ken Noii.
51 reviews2 followers
March 8, 2017
Tak suka betul ngan watak Nuha Huda ni sebab dia ni sejenis yang pentingkan diri sendiri, tak jaga hati dan perasaan orang lain especially si Ihsan Zuhri which is cikgu sekolah dia sendiri. Walaupun cikgu Ihsan ni tak pernah ajar si Nuha ni kat sekolah tapi entah dah takdir untuk Ihsan focus more to Nuha as he found out something yang tak kene towards Nuha. And Nuha pulak baru kehilangan ibu dia, and terpaksa duduk ngan keluarga Mak Su Kinah dia yang selalu dera dia. Salah satu sebab kenapa Mak Su Kinah selalu hukum Nuha is because Nuha is under category 'anak haram' as what i read is they keep thinking ibu Nuha adalah bekas pelacur? But they don't know the actual story? Nuha selalu bersendirian kat sekolah as nobody in school want to be friends with her. Feel sympathy towards her. Tapi tak apakan bukan boleh mati pun kalau tak ada kawan kan? So when she founds out that Ihsan ni jatuh cinta dekat anak murid dia sendiri memang lerh dia rasa dia nak lari daripada dia. Sebab dia taknak bercinta kot dalam usia yang muda ni lagi lagi cikgu dia. Tapi aku suka ngan watak Ihsan ni he is gentleman, strong to face challenges and redha ngan apa dah jadi kat dia sebab dia sanggup korbankan demi Nuha. Tapi hakikatnya Ihsan ni adalah cinta ke-DUA si Nuha sebab bila dia dah larikan diri dari rumah Ihsan bertahun-tahun and dia suka dekat abang kepada sahabat dia sendiri but malangnya cinta bertepuk sebelah tangan. So jodoh dia is Ihsan lepas dia dapat tahu what Ihsan have been sacrifise for her. It's like baru sekarang Nuha nak cintakan Ihsan sedangkan Ihsan dah lama sayangkan dia. Kalau aku, dah siang dah aku sambut cinta orang tu yelarh dah dia buat macam-macam yang boleh pikat hati kita kan. Yeah it's like Ihsan ni hero yang aku nak lerh haha.
Profile Image for Aril.
10 reviews3 followers
September 1, 2016
If we're meant to be together so we'll be together in the end . Congrats ihsan being so loyal . Unfortunately mama papa and nek som is dead . I'm not favor with the plot twist . After all great book . Thanks writer
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.