Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Ini cerita dunia sihir...dunia syaitan...dunia yang berakar dari Babil masih menebal di nusantara ini. Dunia yang menuntut pengamalnya menyekutukan ALLAH SWT dan melaksanakan ritual yang menjijikkan. Syaitan diseru demi memenuhi nafsu rakus.

Habshah, wanita yang disihir selepas tewasnya tipu daya. Dia disihir oleh seseorang yang tidak disangka-sangka. Salim hadir, cuba merawat Habshah. Namun, dia tewas di tangan orang yang menyihir Habshah. Ilmu hitam lawannya itu terlalu tinggi. Salim sempat diselamatkan oleh Ustaz Yahya dengan izin ALLAH SWT.

Karim hanya menjadi pemerhati pertempuran ilmu batin antara Salim, Ustaz Yahya dan orang yang menyihir Habshah. Dia mendapat jalan keluar daripada keadaan runcing itu. Jalan yang diyakini boleh membuatkan dia mengecapi kemewahan. Jalan yang membuatkan dia akan dikenang sampai bila-bila. Namun, adakah jalan yang dipilihnya itu tepat?

Azlan, anak muda yang hadir untuk menyambung kembali silaturahim keluarganya menerima tentangan yang amat dahsyat. Mampukah dia menghadapinya?

“Ia sembunyi dalam terang dan menjelma dalam gelap.”

624 pages, Paperback

First published October 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Fitri Hussin

17 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
49 (56%)
4 stars
33 (37%)
3 stars
5 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
November 8, 2015
Sebelum saya memulakan ulasan novel yang bertajuk Rakus ini,saya terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Fitri Hussin,penulis kepada novel ini,yang sudi memberikan saya kesempatan mengulas novel tulisannya dengan memberikan Rakus secara percuma kepada saya. Di kesempatan ini juga,saya ingin memohon maaf kepada beliau kerana begitu lambat sekali saya melakukan ulasan ini. Namun,alhamdulillah,saya berkesempatan menulis ulasan saya pada hari ini.

Impresi pertama saya apabila menatap muka hadapan novel ini buat kali pertama adalah saya fikirkan Rakus merupakan sebuah novel yang diterbitkan oleh FIXI. Hal ini kerana reka bentuk muka hadapannya hampir sama seperti reka bentuk muka hadapan novel-novel terbitan FIXI. Namun,apabila diteliti dengan mata kepala sendiri,Rakus sebenarnya merupakan novel terbitan Alaf 21. Malah,Rakus juga merupakan novel ketiga yang dihasilkan oleh Tuan Fitri Hussin di bawah syarikat penerbitan tersebut. Secara peribadi,saya masih belum membaca novel pertama beliau yang bertajuk Kau Pertama Aku Kedua. Tetapi,saya sudah membaca novel keduanya yang bertajuk Katarak. Anda boleh membaca ulasan saya mengenai Katarak di dalam Goodreads ini.

Berbanding dengan Katarak,Rakus merupakan sebuah novel yang berbeza jika dilihat dari sudut genre dan konsepnya. Tidak begitu tersasar sekiranya saya mengkategorikan Rakus sebagai novel bergenre thriller mistik/seram. Pertentangan antara kebaikan dan kejahatan. Antara yang haq dan yang batil. Rakus juga memberikan pengajaran kepada pembaca untuk tidak sekali-sekali meminta pertolongan dari syaitan yang direjam,apatah lagi menjadikannya sebagai sahabat. Jika kita melakukan kesilapan,tidak kira sama ada besar atau kecil,pintu taubat dan keampunan Allah S.W.T. sentiasa terbuka untuk hamba-hamba-Nya.

Secara keseluruhannya,saya berpuas hati dan menyukai novel Rakus ini. Malahan,banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu sihir yang mungkin masih diamalkan sehingga kini,didedahkan kepada saya selaku pembaca dan boleh dijadikan pengajaran. Ini adalah sesuatu yang boleh dijadikan iktibar dan panduan untuk memastikan diri kita tidak terperangkap dengan perangkap sihir dan permainan syaitan yang menyesatkan umat manusia.

Namun demikian,saya ingin mengutarakan satu isu yang saya harap pihak editorial Alaf 21 dapat memberikan perhatian yang sewajarnya. Saya dapati terdapat beberapa kesalahan dari segi ejaan dan pengeditan ayat yang tidak sepatutnya berlaku. Memandangkan Alaf 21 merupakan rumah penerbitan yang sudah lama berkecimpung di dalam industri penerbitan selama bertahun-tahun,kesilapan-kesilapan seperti ini sepatutnya tidak dibenarkan terjadi. Ya. Mungkin perkara ini kelihatan kecil. Namun demikian,para pembeli dan pembaca novel-novel keluaran Alaf 21 mengharapkan kualiti yang terbaik dan mengharapkan kesilapan yang sifar seperti yang dinyatakan di atas.
Profile Image for Law Wei Kiat.
2 reviews3 followers
November 3, 2015
boleh tahan buku ni,cerita berkaitan dunia sihir ,brmula dgn kisah karim trjebak dgn skim cepat kaya lalu melarikan diri ke luar negara namun trpaksa pulang ke negara asal,Habshah,wanita yg disihir oleh seseorang yg tak disangkanya... apakah yg akan bakal trjadi selepas kepulangannya karim sekeluarga ke malaysia dan apa pula kaitannya dengan Habshah?itu menjadi persoalanku apabila memulakan pembacaan di bab1-7...tiba di bab8 barulah saya sedikit tertarik untuk mengetahui dgn lebih lanjut sebaik mengetahui fungsi watak2 tersebut sebab permulaan ceritanya diselang-selikan dengan kisah karim dan habshah...walaupun penceritaannya wujub pertambahan watak ,tetapi ia ditulis dengan terperinci memudahkan pembaca mengingati setiap watak tersebut...keseluruhan buku inij dapat memberi peringatan kita tentang bahananya ilmu hitam sihir tu.berkonsepkan seram,kekeluargaan & keagamaan...
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
503 reviews42 followers
May 18, 2023
Demi menolong Habshah yang terkena sihir, Salim dan Ustaz Yahya terkorban dalam usaha mereka membantu mangsa. Karim yang hanya menjadi pemerhati, tiba-tiba turut ingin terjun ke kancah perubatan tradisional. Azlan, seorang anak muda yang ingin menjalin kembali hubungan kekeluargaan yang terputus terjebak dengan pertempuran bersama sebuah kumpulan ajaran sesat.

Sebuah cerita yang penuh dengan aksi dan ketegangan. Walaupun bermula dengan agak perlahan tetapi semakin jauh perjalan cerita semakin menarik jadinya. Penuh dengan aksi, penuh dengan emosi dan sarat dengan pengajaran.

Ada beberapa babak yang pada beberapa ayat mula, SH terpaksa ulang baca. Kerana ada perubahan masa. Dan masa itu agak jauh dengan babak yang sebelumnya. Kalau di awal babak diletakkan masanya akan lebih memudahkan dan lebih jelas. Walaupun ada beberapa petunjuk menunjukkan masa telah berlalu tetapi dengan ada penunjuk masa akan lebih mudah untuk pembaca. Cuma ia tidaklah menjadi terlalu besar kerana penceritaan melibatkan satu garis masa sahaja. Tiada imbas kembali yang berlaku.

Di dalam naskah ini jelas kelihatan tipu daya syaitan yang sangat licik bagi menyesatkan manusia. Apatah lagi jika manusia itu sememangnya tamak dan memandang keduniaan sahaja. Sehingga mampu membangun perajurit angkatan ajaran sesat.

SH suka bilamana penulis memasukkan beberapa kewujudan makhluk yang tidak biasa kita dengar di Malaysia namun mungkin popular di negara jiran. Sedikit sebanyak itu membuat SH rasa ingin tahu dan mencari tahu. Jadinya bertambahlah pengetahuan secara tidak langsung.

SH suka dengan pengakhiran cerita ini. Penuh dengan emosi. Agak sebak bila membaca pengakhirannya. Penuh dengan pengisian. Tapi kalau korang nak tahu apa kesudahannya kenalah baca. Memang satu naskah yang berbaloi untuk dibaca.
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
October 31, 2015
Telitinya penulis menghasilkan setiap babak menjadikan karya ini sebuah naskhah yang sangat terbaik dan hidup bagi saya! Sangat digalakkan kepada peminat genre seram/thriller dan islamik. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Zaim .
3 reviews1 follower
October 27, 2015
Novel ni superb! Adrenalin mencanak dan bulu roma menegak dari awal sampai habis. Hampir tak beli. Tebal. Tetapi puas hati sangat bila sampai ending. Sekejap saja habis.

Profile Image for Beelah.
353 reviews21 followers
October 29, 2025
Novel ini dibahagikan kepada dua generasi. Generasi pertama menceritakan bagaimana adik Halimah, Habshah disihir. Generasi kedua pula berlaku beberapa tahun selepas anak Halimah, Azlan meningkat remaja dan berjuang memerangi sihir.

Pelbagai watak diperkenalkan oleh penulis satu persatu secara terperinci tapi saya terkadang keliru dengan hubungan antara mereka. Kena lukis sikit nak kasi faham.

Bagus ceritanya, banyak ilmu & pengajaran. Hero tunggal tak wujud dalam kisah ni. Semua orang yang berjihad di jalan Allah, yang menegakkan yang hak dan yang menentang yang batil adalah hero sebenar. Pengakhiran yang sebenar apabila kita memperoleh keampunan dari Allah atas dosa2 lampau. Sesungguhnya kita semua adalah hambanya yang selalu berbuat dosa. Maka bertaubatlah sebelum ajal. Wallahua'lam bissowat.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
November 9, 2015
sepanjang pembacaan buku ni, banyak perkara yang tercetus dalam fikiran... apapun tahniah buat saudara Fitri Hussin untuk karya yang hebat ini. Buku ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.... sila bahagi sendiri ya wahai pembaca...hehe...

pada awal pembacaan terasa kenapa perlu banyak watak? apakah setiap watak yang ada akan memainkan peranan menguatkan jalan cerita yang ada? kaitan antara watak-watak mula nampak bila pembacaan semakin jauh. cuma sedikit kurang bila jalan cerita sesetengah bahagian terasa seperti tergesa, mungkin tidak mahu menebalkan lagi buku yang sedia tebal atau tak mahu pembaca terasa meleret, tak pasti tentang itu. sebab terasa ada sesetengah bahagian perlu perincian lebih tapi tak ada. sekadar seperti sekali lalu saja kisahnya.

Buku seperti ini, yang banyak berkaitan mistik, sihir, syaitan dan agama sememangnya perlu banyak kajian, bukan setakat boleh main tangkap muat. terpesong sikit jadi bahaya. tahniah buat tuan penulis yang nampak ketelitian dan keperincian tentang itu. Cuma bila banyak sangat nama jin setan keluar berpinar jugakla kepala nak bayangkan.. hehe...
Serba mula, kisah karim yang melarikan diri keluar negara bila syarikat skim pelaburan yang dia sertai lingkup. Pelarian ke luar negara supaya dapat melepaskan diri dari pelabur2 dibawahnya yang kerugian. Namun apa yang berlaku sebaliknya dia ditipu pula di luar negara menyebabkan dia terpaksa kembali ke malaysia...

Dalam masa yang sama, habshah diserang kanser. Tapi penyakitnya bermula setelah dia bermimpikan sesuatu. Penyakitnya semakin melarat. Bila dia cuba berubat secara tradisional di dapati dia di sihir oleh orang yang rapat dengannya. Muncul watak mak siti seorang dukun hebat merangkap mak mertua tirinya. Di sini bermula kisah mak siti yang hebat mengubati orang dan juga hebat juga dalam menganiaya orang. Adik beradik habshah dapat merasakan bahawa mak siti bukanlah sepatutnya tempat habshah berubat dan apa yang mereka percaya itu rupanya benar. Mak siti bersekongkol dengan syaitan. Salim hadir dalam masa cuba mengubat habshah tetapi tewas namun sempat diselamatkan oleh ustaz yahya. Habshah jadi mangsa keadaan.

Karim yang memerhatikan semua itu memujuk salim agak dapat membawanya belajar dengan guru salim. Cumanya bila niatnya tidak ikhlas dan tidak betul membuatkan apa yang dipelajari di pondok pesantren tok guru menjadi lambat. Bila dia bertemu jalan untuk belajar ilmu hitam semuanya cepat dapat dipelajari. Kembalinya ke malaysia dengan harapan dapat mencapai kemewahan dan juga menjadi berpengaruh.. banyak onar yang dibuatnya...

Bahagian kemuncak.. muncul azlan... mahu mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan yang terputus akibat tamak dan percaya pada fitnah tanpa usul periksa.. dalam pada masa yang sama muncul satu kumpulan ajaran sesat. Berjayakah azlan dalam hasrat murninya itu? Berjayakah juga karim dalam hasrat dan impian mengejar kemewahan dan pengaruh? Sihir, syaitan, apakah lagi kesesatan yang mereka bawa?...
Profile Image for Farae Ferre.
13 reviews6 followers
March 15, 2017
Saya ucapkan tahniah kepada penulis! buku ni memang superb.. saya bersemangat baca daripada mula sampai habis.. takda satu part pun yg boring dan rasa nak skip. setiap perkataan tu buat saya makin nak tahu apa jadi seterusnya.

Watak karim memang saya tunggu2 apa jadi kat dia. Saya puas hati ending nya.

Saya salute pada penulis kerana menceritakan tentang dunia sihir yang maha dasyat tu yang selama ni tak pernah terfikir pon oleh kita. Memang kita tahu sihir itu wujud, tapi ternyata didalam sihir tu byk tipu daya yang menyesatkan manusia. Selain itu, penulis juga berdakwah didalam penulisan kerana byk menyelitkan potongan ayat didalm AlQur'an dan hadis.

Highly recommend utk sesiapa yg suka cerita seram/thriller..

Syabbas penulis !!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 16, 2016
4.8*
permulaan cerita mengisahkan tentang karim yang menjadi dalang dalam skim cepat kaya, telah menipu duit orang kampung sebelum melarikan diri keluar negara. di sana, dia ditipu oleh kawannya, memaksa dia kembali ke malaysia. pada masa yang sama, adik iparnya habsah menderita kanser payudara sedang berubat di rumah mertua tirinya, namun adik beradik habsah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. mereka membaqa habsah pulang ke kampung, dngn bantuan ustaz yahya habsah terselamat daripada menjadi korban mertua tirinya, mak siti.
karim yang melihat pertempuran batin antara ustaz yahya dan mak siti mula berhasrat untuk mempelajari ilmu kebatinan. dia merantau ke indonesia, mula berguru dipondok tapi tak pernah puas. akhirnya die berguru dengan dukun terkenal di sana.
balil di malaysia, dia mula menjadi dukun yang akhirnya menubuhkan ajaran sesat dan menjadi rasul kononnya.
pada saya, cerita ini memang lari dari kebiasaan novel karangkraf sebelum ni, dari segi olahan, gaya bahasa, plot dan penceritaan.
setiap ilmu sihir yang karim ajar diterangkan secukupnya secara terperinci, malah ilmu agama yang azlan tuntut dilukiskan sebaiknya.
banyak pengajaran dalam novel ni, jujur saya ckp memang diluar jangkaan. rasa gerun dengan kekejaman karim dan mak siti, adengan pertarungan yang menjadi, terasa realistik dan tidak tipikal seperti yang perah kita dengar sebelum ini.
dapat juga dilihat kupasan yang mendalam dalam dua dunia sihir dan yang haq, menunjukkan penulis memang membuat kajian terperinci sebelum menulis naskhah ini.
tahniah untuk penulis!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,542 reviews1 follower
May 8, 2016
Pada Sha cerita ini penuh pengajaran dan banyak tauladan.. Sesungguhnya keputusan yang dibuat tanpa berpandukan agama mampu menyesatkan.. Terserlah kerakusan cerita ini pada watak Karim. Memang sangat-sangat rakus.. Bagaimana dari kerakusan itu Karim mampu melaksanakan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama dan mengorbankan keluarga yang selalu ada di sisi.. Terbaik Fitri Hussin..
Kelainan yang memang ohsem..
Profile Image for Wan Sunan.
14 reviews
December 1, 2015
Saya ni tidaklah pandai sangat nak ulas tentang sesebuah buku tapi novel rakus ini salah satu karya yg patut dimiliki bagi peminat novel² mistik dan seram. Berbaloi dengan harganya. Ceritanya bermula bila skim cepat kaya yang si Karim melabur tu gulung tikar. Mula²nya ingatkan si Karim ni hanya watak² kecil sahaja tapi rupanya dia antara watak besar dari permulaan cerita sehingga tamat. Memang menarik jalan cerita di mana penulis (Fitri Hussin) akan membuat kita tertanya ke mana penulis hendak bawa kita? Dan bila saya teruskan membaca jalan cerita pun semakin menarik. Watak pun banyak tapi tidak membuat kita keliru. Sepertimana watak Salim pemuda yang berasal dari Indonesia tu antara watak yg menghidupkan cerita tapi watak dia hanya suku jalan cerita tapi penulis bijak menamatkan wataknya dan tidaklah nampak tergantung sahaja penamat watak Salim. Kita juga akan tertanya² siapa hero utama dalam Rakus ini? ingatkan Ustaz Yahya rupanya bukan.. hehe.. Untuk novel Rakus ini saya bagi 5/5 bintang sebab ia antara novel yang betul² memuaskan hati saya cuma ada beberapa kesalahan ejaan dan salah letak nama watak yg saya kesan tapi tidaklah sampai mengelirukan kita. Apa pun saya syorkan anda beli Rakus ini. Memang terbaik dan berbaloi. Buat penulis teruskan berkarya dan hasilkan karya² hebat seperti Rakus ini.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
August 8, 2016

banyak sungguh ilmu di dalamnya
tertanya2 tentang iman sendiri .. kukuh atau tidak
takut bila memikirkan tipu daya syaitan yang maha banyak tu .. Allahhh

Tahniah kepada Tuan Penulis ..
semoga suksess untuk karya seterusnya :)
Profile Image for Salman Ahmad.
4 reviews
June 22, 2016
Semua ada. Seram, action, thriller... Novel terbaik bergenre begini yang aku ada.
Profile Image for Hamidah Effendi.
465 reviews3 followers
July 28, 2025
Ulasan Buku Rakus oleh Fitri Hussain

Alamak, rupanya Rakus adalah kisah pertama, manakala Kesumat pula adalah sambungan kisahnya! Saya terbaca Kesumat dulu tanpa sedar — nasib baik jalan ceritanya tidak terlalu mengelirukan walaupun baca terbalik. Ini kerana penulis sangat bijak menyusun semula latar dan peristiwa penting dalam Kesumat supaya pembaca tetap boleh faham. Bila dah baca Rakus, baru nampak jelas latar asal dan permulaan segalanya.

Kisah dalam Rakus memberi fokus kepada Karim, ayah kepada Soraya (watak utama dalam Kesumat). Dalam buku ini, kita dapat tahu bagaimana Karim mula terjebak dan akhirnya mencipta ajaran sesat, yang menggunakan amalan sihir, vodo dan ilmu hitam. Buku ini membuka tirai kepada segala kekacauan yang berlaku dalam Kesumat.

💥Apa yang menarik?

Tema sihir, penipuan dan manipulasi minda manusia dikupas dengan mendalam.

Pengisian padat, sarat dengan konflik dalaman, ajaran menyimpang dan pencarian kebenaran.

Azlan, watak yang mahu menyelamatkan mereka yang sesat, menjadi simbol perjuangan kebenaran menentang kebatilan.

Unsur kepercayaan khurafat dan penyalahgunaan agama disampaikan dengan gaya penulisan yang tegas dan penuh mesej.

Ada juga diselitkan watak Rasulullah SAW dalam dialog – membuatkan aku terfikir: wajarkah dalam fiksyen sebegini diselitkan watak Baginda? I dont know..boleh dimasukkan sebegini?


💬Kesimpulan: Rakus adalah permulaan kepada kemunculan ajaran sesat yang menjadi nadi konflik dalam Kesumat. Buku ini bukan sekadar fiksyen tentang sihir dan kuasa, tetapi juga menyentuh pergelutan antara kebenaran dan kesesatan, serta sejauh mana manusia sanggup melampaui batas demi kekayaan dan pengaruh. Bacaan yang berat, sarat, tapi memberi kesan yang mendalam — terutama apabila dikaitkan dengan realiti masyarakat yang mudah terpedaya dengan ‘agama’ yang dibungkus indah. Sebaiknya baca Rakus dahulu, baru Kesumat, tapi jika terbaca terbalik pun, penulis dah ‘back-up’ untuk kita. 🖤
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,582 reviews42 followers
August 2, 2018
Wow.... walaupun letih juga baca sebab agak panjang dan hampir setiap helaian ada aksi atau babak melajukan helaan nafas, menggegarkan degup jantung atau menyesakkan dada, terutama di pertengahan kedua buku, namun ia pembacaan yang worth my time. Sanusi disantau mati tanpa sempat minta maaf. Saya fikirkan Sanusi menipu duit Karim untuk balas dendam untuk Pang Lang Kerbau atau mangsa-mangsa lain, ruoanya dia buat untuk dirinya sendiri. Sooraya tu, betul ke penyesalannya? Hebat tekanan emosi membaca bagaimana berakhirnya nyawa Karim, begitu banyak kejahatannya namun begitu matinya. Saya yang kerdil dengan nafsu amarah yang nipis ini, sebenarnya tak puas hati dan marah. Benarlah. Beruntung insan yang memperoleh rahmat dan hidayah Allah swt. Astaghfirullah. Saya terkesan.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews9 followers
October 15, 2018
(3.5 bintang)

Permulaan yang pantas. Debar debar. Sampai susah nak letak tepi. Apa jadi lepas neh?? Laju cerita neh. Tak bosan lansung.

Bila dah masuk bab karim menjadi dukun.. Aku rasa cerita dah makin hilang debar. Hurmmm.

Overal buku ni okay dan aku berjaya abiskan walaupun debaran aku hilang ntah kemana. Yeayyy!!!
Profile Image for Tuts Rahim.
35 reviews
October 10, 2019
Padat,lengkap,hebat!the best novel !!!!!cuma ada banyak typo,mungkin penerbit boleh improves kan
Profile Image for Azee Shiraz.
66 reviews1 follower
August 21, 2020
Wow. First time cuba baca karya penulis. Bagus cara penyampaian, yang menakutkan itu tentang sihir ghaib dengan ajaran sesat yang diceritakan. Mahu cari lagi karya penulis.
1 review
August 18, 2016
TERBAIK!!! Pada permulaan cerita terasa bagaikan tiada kaitan lansung diantara Karim dan Habshah ,namun apabila diteruskan bacaan ternyata pemikiran kreatif penulis mebuatkan pembaca tertanya tanya dan terkejut ..Namun pada akhir akhir bab ,kefahaman saya terhadap novel ini sedikit kabur apabila masuk di babak pertempuran .Apapun memang best novel ni.
Profile Image for Hani Jailani.
1 review
July 22, 2020
setelah bertahun-tahun tak membaca saya mulakan dengan novel rakus di akhir tahun 2019. kisah tentang sihir dan syirik. sungguh. terasa-rasa seram tu berhari-hari. buku yang banyak pengajaran. sangat disyorkan kepada semua orang Islam. Tahniah penulis.
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
March 31, 2017
cerita tentang ilmu kebal dan manusia yang taksub dengan kuasa magik....

Jika tiada taqwa , makanya manusia begitu mudah terpengaruh dengan ajaran simpang.

..Jalan cerita buku ini lebih kepada perlawanan batil dan haq, dimana dalam kebanyakan kes Allah sahaja memberi kemenangan pada batil untuk menduga manusia.


...
...

Perkataan baru:

tetemoih - tersungkur
berselepet - berpalit
ceret - berselerak
Displaying 1 - 23 of 23 reviews