Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lengloi

Rate this book
Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa dia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?

“Kematian seseorang manusia itu tak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat. Apabila sampai masanya, tercabutlah roh dari jasad. Cara sahaja yang berbeza.” – PAK CIK KASIM

“Saya akan cari jalan. Saya mahu bomoh bunuh itu hantu.” LIM

“Gua cinta lu sampei gua mati.” – SUZY

496 pages, Paperback

First published September 25, 2015

19 people are currently reading
193 people want to read

About the author

Maria Kajiwa

59 books109 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
121 (57%)
4 stars
63 (29%)
3 stars
20 (9%)
2 stars
8 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 64 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
July 18, 2025
Wow!!!

I've always been fond of Maria Kajiwa’s writing. Her horror stories never fail to hook me from the first page till the last. Each masterpiece leaves me feeling deeply satisfied yet deliciously terrified.

F totally hooked dengan kisah Lengloi di Lot Kedai No. 55 ni! 😱 Memang seram + sad + mysterious combo terus. Latar belakang masyarakat majmuk Melayu, Cina, India terus cukup rencah.

Macam boleh bayang suasana kedai tu, arrgghh scary² tiba-tiba angin sejuk lalu belakang tengkuk 😨 F sendiri takut nak ke bilik air tu

Kisah ini dimulakan tentang Budi yang sibuk nak nombor ekor. Tapi bila Jacky lari dan Budi jadi korban pertama... F ingatlah Budi yang pertama rupa²nya ada banyak kisah tentang lot 55.

Start from kisah Muthu & kedai dia yang tiba² kena musibah. Muthu ni memang dah agak Brng yang buat sebab Beng suka perli².

Lim ni suka lepak kedai Muthu sebab ada kenangan dengan Suzy. Macam² jadilah kat kedai Muthu. F yang baca terbayang pun dah rasa geli geliman.

Muthu yang desperate ajak Balan cari tok sami. Sehari je okay tapi lepas itu jadi balik. Bila tok sami pun cakap "itu benda kuat woo", you know something next level is going on.

Lim bawa master power pun last² master tu cakap, "Taknak keluar sebab lu, Lim!". Fuhh... tension gila part tu. Apa yang Lim buat? Kenapa dia terlibat? Lagi buat kita curious sampai tak boleh stop baca tau.

Part paling sedih bila cerita pasal Suzy. Kesiannya bila tahu ending Suzy macam tu. Hanya sebab dengki, dia diseksa sebegitu rupa? 😭 Kesian dia... dari gadis cantik berkebaya nyonya yang lemah-lembut, jadi roh yang tak tenang. Hati pun rasa sebak.

I couldn't hold back my tears after finishing Lengloi. Suzy’s ending broke my heart.

Karya ini isn’t just about the haunted stuff je but also carries meaningful messages about prihatin sesama jiran di lot² kedai, helping each other and cara control anger. Tu F cakap cukup rencah.

Baca last paragraph tu buat F teringat² sampai sekarang.

ps : cover buku tu memang cantik gila. Lengloi berkebaya nyonya tu memang ada aura. Macam tenang tapi sebenarnya menyimpan kisah tragis yang menyayat hati. That kind of haunting beauty.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
November 28, 2015
Yes! Yes! Yes!

Dalam masa satu hari dapat habiskan buku ini. Berbaloi beli masa karnival karangkraf hari itu. Dan menyesal tak beli Puja :(

Lengloi sememangnya menepati citarasa pembacaan saya. Dalam saya menyimpan rasa seram ketika membaca naskhah ini, tetap terselit rasa ingin tahu rahsia yang tersembunyi di balik unit kedai nombor 55 itu.

Walaupun saya boleh agak siapa Lengloi yang sering menghantui penghuni di sekitar kawasan itu, namun rasa ingin tahu saya bagaimana dan kenapa ia berlaku tetap membuak. Misteri demi mesteri yang berlaku benar-benar meremangkan bulu roma saya.

Well done penulis!


Editing boleh diperkemaskan lagi. Kesilapan watak, membuatkan saya sedikit terganggu. Tapi tetap tak menghilangkan mood seram dalam diri saya...

Jika anda ingin lari daripada kisah cinta uda-dara, dan anda penggemar genre seram/misteri anda boleh cuba baca naskhah ini.
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
October 6, 2015
Naskah tulisan Maria Kajiwa mmg tdk pernah menghampakan, penulis kembali dgn naskah LENGLOI sebuah naskah seram yg bg sy tdk puas membacanya, misteri lot 55 yg sgt mengujakan, diolah dgn baik, plot yg kemas membuatkan sy tdk mampu memberhentikan pembacaan, hanya memerlukan beberapa jam utk menghabiskan naskah ini, ternyata hasil karya penulis amat menepati citarasa, lot 55 penuh dgn misteri tersendiri, satu persatu kejadian berlaku tnpa ada siapa mengetahui sejarah hitam lot 55, kehadiran seorg wanita berkebaya hitam menjadi misteri, semua penyewa lot 55 terganggu dgn kehadirannya hingga ada yg terkorban nyawa, tp misteri lot 55 masih blm berjaya dirungkaikan, semua persoalan akan terjawab pada penghujung cerita, sebuah naskah yg baik bg sy, cuma ada beberapa part yg sy kira agak simple dan menjadi persoalan, tp semua itu tdk mencacatkan pembacaan, tahniah buat penulis kerana karya anda tdk pernah mengecewakan sy, jika anda peminat naskah seram, naskah ini harus ada dlm koleksi anda
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
February 5, 2016
Pendapat : Tahniah ya, MK.. Naskah ni pun tak mengecewakan, saya dapatkan novel ni..sebab sangat2 berpuas hati dengan 'Puja', cuma naskah ni..kurang seram sikitlah berbanding 'Puja'. Kata MK, kisah ini berdasarkan kisah benar..dan kerana saya seorang yang penakut, saya hanya baca novel ni pada siang hari saja..malam saya baca novel lain. Tapi, bila sampai bab2 terakhir..saya baca juga sehingga lewat malam, sebab nak sangat tahu kesudahannya, sudahnya..saya tidur dalam keadaan terang benderang..haha... Jalan cerita tak meleret-leret dan mudah faham..Saya suka hubungan antara kaum yang akrab antara penghuni kawasan lot kedai tersebut.

Pengajaran : 1. Sikap tamak dan dengki buat seseorang itu hilang pertimbangan untuk membezakan baik & buruk. 2. Jauhi sihir kerana menyesatkan dan merosakkan hubungan sesama manusia. 3. Bagi orang islam hantu tak wujud, itu semua kerja jin yang cuba menyesatkan dan roh tidak akan boleh menjadi hantu..

Review : Kisah misteri di sebuah lot kedai bernombor 55 bermula apabila sikap tamak dan dengki menguasai diri sehingga sanggup membuat apa saja untuk tujuan sihir..dan kerana sihir penyewa di lot 55 diganggu hantu yang dipanggil lengloi. Lim yang kehilangan kekasihnya, Suzy..yang hilang secara tiba2..tidak pernah berputus asa mengharap. Pelbagai cara digunakan untuk menyingkirkan gangguan lengloi di lot kedai itu, tapi..semuanya menemui jalan buntu. Lengloi tetap kejam membunuh satu persatu penghuni di situ..selagi dendamnya tidak selesai.
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
June 19, 2025
Lengloi.

Bila baca review orang lain baru sedar haah betul lah cerita ni memang 1 Malaysia. Cina, India dan Melayu. Hah Nepal pun ada (if you know you knowww) hahhahaha. Boleh agak siapa Lengloi tapi tak sangka sekejam tu.

Bila baca bab akhir akhir Allah sedihnya. Tergamak ya buat macam tu. Jadi perempuan ni susah, tak buat apa pun orang benci eh. Bernafas pun orang benci. Ada ja nak buat yang tak baik. Ending yang agak puas bagi saya sebab semua dapat pembalasan. Tapi nak lagi teruk please. Kalau boleh nak kena seksa lagi dengan Lengloi. Biar mati kena seksa.

Semoga kita dijauhkan dari sifat tamak dan dengki. Rezeki masing-masing sudah tertulis. Kalau ada orang yang lebih daripada kita, bersyukurlah kita masih ada rezeki. Terima kasih penulis.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
January 6, 2016
Aku berjaya habiskan buku ni dlm masa satu hari dan aku hanya membacanya pada waktu siang sahaja. Maklumlah aku ni bukan tergolong dalam kategori berani. Cover novel ni agak seram bagi aku. Kisah hantu yang menjadi penunggu sesuatu tempat sudah selalu didengari dan banyak dipaparkan di dalam drama atau filem. Sama juga dengan novel ni,kita sudah boleh agak siapa hantunya cuma kita tidak tahu mengapa dia mengganggu dan punca kematiannya. Di akhir cerita baru terjawab segala persoalan. Cuma aku masih tidak paham kenapa Suzy menjadi hantu yang sangat jahat sehingga membunuh orang yang tiada kena mengena dengan kematiannya.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
April 12, 2020
Best giler ler kalau tanya saya. Ada sikit bias jugak kot sebab sayer irang Melaka huhu. Tapi buku-buku Maria Kajiwa yang ni bukan yang pertama saya baca. Siapa yang pernah baca buku tulisan Maria Kajiwa tahu lah, lenggok penceritaan dia power. Kekadang kisahnya simple dan common sense jer pun tapi dilorek-conteng, dihumban atas bawah, dilanggar gohead gostan, dikasik cat color merah darah bagai oleh Maria Kajiwa, jadi seram 🙀 Tak caya cuba baca.

Akak ni, siap try lagi masak ayam Pongteh. Dah sejak awal masa Si Jacky dengan Budi buat kerja giler lagi, asyik disebut ayam Pongteh. Memang laa depa dok citer lauk tu buat hidangan hantu tapi Kak tak pernah dengar sebelum ni, so Kak tanya ler Acik Google dia tunjuk gambar dan resepi yang nampak macam tak susah maner. Kebetulan Si tauchu dah lama bertapa dalam peti ice Kak. Sedap jugak lauk ayam Pongteh tuh. By the way, kiranya Si Jacky tu sengaja bawak Budi ke Lot 55 untuk jamu Lengloi ke? Chilarker jugak la dia kan?

Hantu dalam cerita Lengloi ni, sangat tragis punca kematian Dia tau. Saya tertanya-tanya juga, Lengloi ke yang menyebat Budi? Ke ada hantu lain? Dan Si Beng muntah darah, sebab dibuat dek Muthu atau sebab dibalas dek Lengloi?

Anyway, korang yang belum baca eloklah dicari buku ni memang tak nyesal. Dalam kekalutan semua orang ada juga hari-hati yang baik, dan dalam ramainya kita tahu kontraktor yang tidak jujur, ada juga yang baik hati dan taat perintah Allah. Kiranya hero dalam cerita ni ialah Jiyad ke Pak Cik Kasim atau Lim, korang rasa? Sweet la pulak Jiyad-Ina.

Dalam satu page ni, ada something yang teramat lah straight forward common sense - bagaimana nak elak dari marah-marah, marah orang, marah diri sendiri, nak elak dari berada dalam kemurkaan Allah SWT? Senang saja, "jangan marah". Ada Hadis Rasulullah SAW mengenai marah ni. Sila baca 😀

#StayCalmAtHomeBacaBuku
#malaysiamembaca
#becalmathomemalaysia
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
December 8, 2023
Lot 55 yang dikatakan sering mencari korban. Bermula dengan kedai makan yang dikelolakan oleh Muthu yang ditimpa misteri apabila masakan yang baru dimasak basi. Dan masalah bertambah teruk hingga ada yang tercedera dan terkorban. Bau darah dan bau busuk sering dapat dihidu di lot kedai tersebut.

Sedih dan marah apabila membaca kisah manusia berhati hitam yang dengkikan kejayaan orang lain hingga sanggup bermain dengan ilmu hitam malah mengorbankan orang yang tidak bersalah dalam proses itu.

Terdapat 3 kaum terbesar di Malaysia di dalam naskah ini. Dan SH rasa penulis menulis dengan begitu cantik tanpa memberi impak yang tidak baik pada mana-mana kaum. Kelihatan harmoni dan cantik penulisannya. Halus dan teliti dalam menjaga sensitiviti kaum yang terlibat dalam naskah ini.

Sebuah naskah yang bagi SH cukup rencah dan perasaannya. Marah, sedih, seram, kecewa, pasrah semuanya bergaul cantik di dalam naskah ini. Tapi SH memang rasa sedih dan sakit hati dengan apa yang terjadi di penghujung cerita. Sampai hati sungguh mereka.

Walaupun santau dan ilmu hitam ini sering kali SH dengar di kalangan orang Melayu namun naskah ini memberi sudut pandang yang sedikit berbeza. Tak kira kaum. Yang penting hati kena bersih. Andai hasad dengki bermaharajalela, maka tak mustahil sihir dijadikan alat pemuas hati yang hitam.

Cuma ada sedikit kesilapan dan pertukaran watak yang buat SH rasa agak terganggu. Ada di 3 4 tempat dan di watak-watak yang berlainan.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 6, 2019
4.5 star.

Sebenarnya novel ni boleh dapat 5 bintang. Tapi pada awalanya dia agak slow. Soo aku cut 0.5 star. Hahah kejamnya. Padahal sikit je. Sebenar nya bagi aku la, prolog atau bab2 awal sangat memain peranan untuk seorang pembaca meneruskan pembacaannya dalam sesebuah buku. So dalam novel ni, permulaannya agak slow bagi aku. Aku nyaris dah letak untuk stop bacaan. Tapi aku paksa balik. Dan akhirnya habis. Hanya dalam masa 2 hari.

Berkisarkan sebuah kedai yang beralamt lot 55 yang sering menimbulkan tanda tanya pada orang sekitarnya apabila sering muncul seorang gadia memakai kebaya pendek berwarna hitam. Kadangkala ia menyerupai seorang gadis yang cantik. Ada ketika dia menunjukkan wajah sebenarnya yang telah terbakar hingga menampkkan tulang serta akan mengeluarkan bau darah yang hanyir dan daging terbakar. Tiapkali aku membaca part ini, pasti aku terasa loya.

Setiap orang yang menyewa atau berniaga di lot 55 pasti akhirnya akan mengalami tragedi yang sadis. Pada awalnya kedai itu dimiliki oleh lelaki India bernama Muthu. Dia serta isterinya menjual pelbagai jenis makanan. Hingga menimbulkan rasa tidak senang hati pada peniaga cina bernama Beng kerana kedainya kurang pelanggan setelah Muthi berniaga di situ. Pelbagai perkara buruk terjadi pada Muthu sehinggalah dia mati dalam kebakaran di kedainya.

2 tahun kemudian, seorang gadis menyewa kedai itu untuk dijadikan butik pakaian muslimah. Dia turut menjadi mangsa pada penunggu kedai itu yang turut dikenali sebagai lengloi. Dia akhirnya menutup kedai tersebut tanpa sempat untuk berniaga kerana pembantunya meninggal akibat dihempap papan iklan.

Setahun kemudian, ada seorang peniaga menyewa kedai itu untuk dijadikan hotel. Dan dia telah mengupah seorang kontraktor untuk mengubahnya. Disitulah permulaan untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik kejadian yang menghantui mereka. Akhirnya mereka mengetahui puncanya.

Sedihla bila orang tak bersalah dijadikan mangsa kegilaan manusia. Dek kerana hasad dengki mereka sanggup melakukan apa saja . Patut roh itu tidak tenteram sebab dilakukan sedemikian rupa. Huh. Kalau ikutkan novel ini daripada kisah sebenar. 4 tahun penulia merangka dan mengumpul cerita untuk dijadikan sebuah novel. Tabiklaa.
229 reviews16 followers
March 20, 2017
*5stars

Jarang2 saya dapat habiskan mana2 buku hanya dalam masa 1 hari. Tapi buku nie mmg sgt susah nak berhenti. Tak ada satu bahagian pun yg membuatkan saya rasa, "nak berhenti sekejapla,xleh hadam". Tak ada bahagian itu.

Saya nie jarang2 baca buku thriller atau seram, kecuali buku2 RAM. Tak pernah cuba dan kurang berani nak mencuba. Takut kecewa. Tapi Maria Kajiwa buatkan saya, bermula hari nie, nak cari setiap buku karya anda.*tepuk2

Jalan cerita simple sgt. Ada entiti seram di Lot 55. Lepas 2 kehilangan Suzy. Cerita pulak berkisar tentang penghuni yg silih ganti menyewa Lot 55. Simple kan? Tapi jalan cerita yg kemas. Walaupun ada unsur flashback, saya xrasa confius langsung. Setiap watak, saya igt jelas. Setiap kemunculan Lengloi buat saya pandang belakang. Aduh berhantu sgt Lengloi nie. Penghujungnya, disimpulkan kemas. Kiranya bila disimpulkan 2 saya rasa "ooo, sbb nie la". Giteww.

Kesimpulannya, yg pengecut mcm saya nie,mohon baca siang2. Kalau duduk sensorng 2. Xyahla baca. Seram sungguh.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
January 8, 2016
Ini novel pertama penulis yang aku baca.

Penulis berjaya ayak perasaan aku sampai ke titik terakhir novel ni. Seramnya bukan main-main punya seram. Sampai nak tidur, aku baca Ayat Qursi. Serius. Belum pernah aku buat lagi. Plot ke plot, diatur sangat kemas. Penggunaan bahasa penulis mudah faham dan mudah. Aku tak jumpa sebarang kekurangan. Kalau nak dicari yang tak logik, ini novel seram. Apa-Pa boleh jadi.

Cuma satu je. Sebab seram novel ni dah sampai limit jantung aku boleh terima debarnya, aku baca dialog je. Sikit-sukit je aku penceritaannya. Tak boleh blah. Sumpah takut.

Tahniah penulis! Tahniah!
Profile Image for Farae Ferre.
13 reviews6 followers
November 29, 2016
Assalammualaikum...
Buku ni tersangat best sampai tak mampu nk hentikan bacaan..
plot cerita disusun sangat kemas, dan banyak juga terselit pengajaran dalam novel ni.
part seram tu memang WIN! sampai termasuk dalam mimpi saya. serious! tengok cover pun dah seram okay.
apa yang saya kagum, nilai persahabatan yang ditunjukkan walaupun berlainan bangsa.
overall, buku ni memang best, padat dan tak rugi beli buku ni! memang menepati citarasa saya yang suka novel seram..

Good job Maria Kajiwa!
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
May 3, 2017
Oh, myyyyy! I don’t like the cover haha. Ni kalau nampak muka depan terus rasa nak tutup buku haha.

Good job MK. Apa yang harus aku kata. Cerita seperti ini memang ‘makanan’ beliau. Tiada apa yang kurang cuma ya, kerana aku sudah dapat mengagak siapa ‘Lengloi’ tu di awalnya, jadi bintang berkurang satu.

Namun, ianya masih tidak mengecewakan. Genre seram/misteri ini masih berjaya mengikat aku ke titik penamatnya tanpa perlu melangkau pembacaan. Apatah lagi aku cukup bersemangat mahu merungkai rahsia di sebalik kedai bernombor 55 itu.

Jalan cerita disusun dengan teratur, tidak terlalu terburu-buru. Masing-masing akan sama-sama terasa seramnya. Dan, dek kerana mahu menonjolkan plot masa yang berbeza, penulis akan mencatat tarikh dan masa di awal setiap bab. Jadi tidak akan berlaku kekeliruan.

Dan, bila rahsia kematian itu diketahui, tidak dapat tidak aku turut merasa akan kesakitannya. Ngerinya dilapah hidup-hidup. Oh, Tuhan! Memang manusia itu lebih kejam daripada haiwan. Kasihannya Suzy.

Penutupnya aku cukup lega, puas hati. Semua yang terlibat sudah menerima balasannya. Adilkan percaturan Tuhan? Cuma ya, kita ini ada masanya cepat sangat mengalah, berputus asa dengan dugaan yang mendatang. Hidup perlu senantiasa percaya, tanam dalam hati, bulatkan keyakinan -- Tuhan bersama si dia yang teraniaya.

Sedikit nasihat, mungkin elok kalau tidak dibaca di tengah malam. Bukan apa, takut ada yang memerhati! Jaga-jaga! Haha :P
Profile Image for Ai Ar.
19 reviews5 followers
June 11, 2016
Lengloi.....

Buku ini habis dibaca dlm tempoh 17 jam!!

Misteri yg menyelubungi sesiapa shja yang menjalankan perniagaan di Lot 55..semuanya berakhir dengan tragedi yang menyayat hati... kematian demi kematian yg terjadi telah mewujudkan satu hubungkait yg sukar untuk dirungkai.....sehinggalah ke bab2 akhir.... kejutan!!!...nak tahu?? Beli dan bacalah...

Sebuah kisah yg benar2 menyeramkan....segala macam rasa yg datang bila sy melayari kisah2 ini.... satu buku dengan pelbagai kisah....semua kisah berkait rapat antara satu sama lain....semua kisah boleh buat anda tak senang duduk.....ini baru betul2 seram!! Pengakhiran cerita yang sangat tidak dijangka dan mendebarkan.....

Watak2 yg terdiri dari pelbagai bangsa yang hidup dlm keadaan harmoni telah menggambarkan betapa indahnya sebuah perpaduan.....mereka saling melengkapi....

Setiap rasa seram yg menggamit jiwa sering diterapkan dengan kata2 pengukuhan rohani agar sentiasa berpegang teguh pada ke Esaan ALLAH...apa pun yg terjadi semuanya adalah dengan kehendakNya..... coretan kata2 nasihat yg diilhamkan penulis sgt terkesan buat sy......Alhamdulillah...

Terima Kasih Kak Maria Kajiwa atas perkongsian kisah benar ini....... sejujurnya, debaran Janji Julia telah berjaya ditewaskan.....Lengloi telah menjadikan karya ini buku yg paling atas kedudukannya dalam senarai buku terbaik sy......
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
October 23, 2015
menurut puan penulis, kak Novelis Maria Kajiwa, ianya berdasarkan kisah benar. kalau betul, memang ngeri lah.... tak boleh bayangkan mangsa diseksa sebegitu rupa.. siapa yang mengikuti hasil penulisan puan penulis, memang boleh tahu gayanya penceritaannya. cantuman kisah-kisah watak memang teliti dan cantik garapannya...idea memang best.. cuma kan... hmmm.. taktaulah kenapa dengan rasa hati ni. ramai kata seram, lagi seram dari puja... maaf kak maria... seram tu tak sampai dalam hati. rasa ingin tahu memang membuak-buak walaupun dari awal pembacaan rasa macam boleh agak apa yang jadi cuma sampai akhir memang tak terasa keseramannya...

lot 55, sering berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. siapa saja yang membuka perniagaan di situ pasti jadi mangsa.. bermula dengan muthu, pada awalnya perniagaan makanannya lancar tapi bila gangguan berlaku, makanannya basi, pelanggan nampak makhluk mengerikan dan akhirnya muthu mati dalam kebakaran.. kemudian ain yang mahu membuka butik di situ.. lengloi mula mengganggu sehingga ain mengalah.. apa yang berlaku sebenarnya?.. lim, jacky, beng, gark, pak cik kasim dan suzy... watak-watak yang menguatkan jalan cerita.. siapakah mereka?.. siapakah lengloi?.. kenapa dia mengganggu?... sila beli dan baca karya hebat ini...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
March 29, 2016
Membaca Lengloi membuatkan Sha seperti berada di Melaka..
Melaka memang dekat di hati..
Novel ini mengembalikan nostalgia semasa di Melaka..

Emosi yang mampu Sha simpulkan untuk novel ini adalah kesedihan yang melampau.. Sedih yang teramat sangat.. Menyelusuri rasa kehilangan dalam diri Lim dan Aunty May membuatkan perasaan Sha penasaran.. Sha x pernah begitu emosi membaca novel seram tapi Lengloi membuatkan Sha berada dalam emosi yang memberat.. X mampu Sha bayangkan kesakitan yang dilalui Lengloi.. Ngeri.. Ngilu..

Hanya kerana dengki manusia sanggup berubah menjadi kejam seperti raksasa.. Dengki dengan kejayaan manusia lain.. Dengki dengan kemajuan bisnes manusia lain mengundang malapetaka pada yang x bersalah.. Dengki itu juga telah mewujudkan kesedihan yang tidak bertepian..

Ketakutan dalam cerita ini dapat Sha rasai pada mereka yang tidak bersalah.. Seram.. Memang seram tapi perasaan sedih lebih banyak mengganggu berbanding perasaan seram.. Entah kenapa Lengloi terlalu melekat di hati..
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
November 12, 2015
selain dari rasa 'seram' tu ..
saya suke sangat suasana muhibah dalam cerita ni ..
zaman sekarang susah nak nampak orang Melayu , Cina & India akrab macam zaman dulu2 ...

dalam dunia ni ada banyak benda yang kita x terfikir manusia sanggup buat hanya semata2 sebab iri kan orang lain

full bintang untuk naskah ni . Tahniah Puan Penulis :)
sangat2 berbaloi untuk dimiliki sebab ada banyak pengajaran dalam naskah ni ..
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
April 14, 2019
Memang seram! Baca plak time duk sorang kat umah, malam2...pergh! Meremang gak ar. Buat lagi seram tu, dah habis baca tu ada plak notes yang ni based on true story. Adoi, bertambah seram. Terbaik MJ. First buku MJ yang I baca, and definitely akan cari buku2 lain karya MJ. Sedih sangat bila dapat tau apa yang jadi sebenarnya, kenapa lengloi ni datang mengganggu.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
October 18, 2015
Diinspirasikan daripada kisah benar menjadikan kisah ini hidup. Plot penceritaan yang teratur dan elemen seram yang dikisahkan sangat menjadi buatkan saya tidak senang duduk membaca kisah ini. Tahniah buat Maria Kajiwa!
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
August 17, 2025
Lengloi – Maria Kajiwa

Seperti selalu, penulisan Maria Kajiwa tidak pernah mengecewakan. Setiap helaian penuh teka-teki, penuh bayangan hitam yang membuatkan kita salah meneka. Aku sendiri pernah menuduh Lim—kononnya dia dua wajah. Namun sangkaan itu meleset, kerana kebenaran yang terbongkar jauh lebih ngeri daripada apa yang terlintas di fikiran.

Cerita ini bermula dengan satu serangan yang membuat aku menyangka ia kisah pemujaan, tetapi rupa-rupanya bukan. Ia kisah kehilangan Suzy yang hilang tanpa jejak, kedai Muthu yang diganggu, lalu satu demi satu nyawa melayang di Lot 55. Awalnya aku percaya Suzy dibunuh Lim—tetapi aku silap. Hakikat yang terbentang di penghujungnya lebih menghiris jiwa, kerana ia bukan tentang hantu semata, tetapi tentang betapa kejamnya manusia.

Di sebalik seramnya, novel ini sarat dengan nilai persahabatan, namun turut memperlihatkan sisi gelap manusia yang dikuasai dengki. Dengki yang begitu dalam sehingga sanggup menjadikan nyawa sebagai cagaran demi memenuhi matlamat terkutuk. Ada yang rela melihat orang lain rebah, hanya kerana tidak sanggup melihat sinar mereka menyala.

Lengloi bukan sekadar kisah seram, tetapi cermin wajah manusia yang berbalut hasad. Membaca helaian terakhirnya membuat dada terasa sesak—antara ngeri dan pilu, antara takut dan sayu.

Aku dengar ada yang berhasrat mengangkat karya ini ke layar perak. Jika benar, aku hanya berharap agar roh kisah ini tidak dikhianati. Kerana Lengloi adalah antara naskhah terbaik Maria Kajiwa—penuh seram, penuh luka, dan penuh kebenaran yang terlalu pahit untuk ditelan.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
March 27, 2018
4.5 bintang untuk naskah Maria Kajiwa. Daripada 4.5 bintang tadi, 0.5 untuk cover depan yang simple tapi straight forward menunjukkan novel ini adalah novel seram. Baki 4.0 adalah untuk idea dan plot cerita yang digarap dengan jayanya berpandukan sebuah kisah benar. Cumanya bagi aku, novel ini tidak ketara sangat unsur suspennya lebih-lebih lagi setelah siapa lengloi itu sudah boleh diagak. Namun, pembacaan tetap diteruskan kerana aku mahu tahu apakah punca segala gangguan yang bersilih-ganti di Lot 55.
Profile Image for Alif Fitri.
12 reviews2 followers
March 31, 2021
Mampu membuatkan rasa hendak terus membaca disebabkan rasa ingin tahu akan apa yang terjadi di Lot 55 dibongkarkan di akhirnya cerita yang membuatkan semua kejadian yang berlaku sebelum-sebelum itu mempunyai perkaitan yang sangat dekat. Penceritaan yang agak ringkas dan laju kerana banyak melompat daripada satu bahagian ke satu bahagian yang lain tapi tidaklah terlalu memeningkan kerana mudah difahami.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
February 22, 2017
Puas hati... terasa gak la seram yerr wpon bulu roma tak menegak.. he he!!

Dah agak mesti d sebabkan kematian Suzy ... tapi nak tahu gak macam mana kematian yerrr... cam mana Suzy boleh hilang & mati buat diri asyik tertanya² jerr sepanjang pembacaan. Sampai tak boleh nak lepas sekejap pon novel ni sbb nak tahu sampai ke titik "tamat". he he!! :)
Profile Image for Farhanah Atiqah.
Author 1 book8 followers
December 21, 2017
Lengloi ialah novel pertama novelis Maria Kajiwa yang saya baca.

Garapan ceritanya yang kemas, teliti, dan penuh dengan info-info berkaitan kehidupan masyarakat sekeliling menunjukkan yang penulis membuat kajian yang mendalam berkenaan adat resam dan pantang larang sesuatu kaum. Watak-watak yang diperkenalkan dalam cerita ini juga daripada pelbagai bangsa, sesuatu yang jarang saya lihat di dalam novel Melayu.

Pada saya, apa yang menyokong cerita ini dengan kukuh ialah persahabatan di antara kaum yang pelbagai seperti persahabatan di antara keluarga Muthu, Lim, dan Pak Cik Kassim. Walaupun akhirnya salah seorang daripada mereka pergi, persahabatan ini tetap berterusan. Saya benar-benar terharu dengan apa yang dilakukan oleh Lim untuk ahli keluarga sahabatnya.

Selain itu, penulis juga berjaya menyelami emosi setiap watak dengan baik. Saya terkesima dengan kedalaman emosi setiap watak yang ditunjukkan. Karakter watak yang berbeza ragam dan sikap membuatkan watak itu hidup dan tidak kelihatan seperti watak 2 dimensi.

Cara misteri di dalam cerita ini dileraikan juga menarik, walaupun saya sudah dapat mengagak apa yang sebenarnya telah menimpa Suzy.

Keseluruhannya, novel ini sememangnya layak mendapat 5 bintang.
Profile Image for Narti Nai Yamin  CS.
9 reviews
November 9, 2015
Siapa Lengloi dapat di agak dari awal cerita, iaitu roh Suzi.. (Sebab mungkin sy dah banyak membaca cerita misteri) Walau bagaimanapun, cara kematian Suzi tetap menjadi tanda tanya dan mengapa hantu itu berlaku kejam terhadap org2 yg di kenalinya seperti Muthu.. Misteri jalan cerita yg terbaik, menyeramkan, tempat2 yg wujud dan kisah benar yg pernah berlaku.. Iya, itulah airtangan novelis yg sy minati Maria Kajiwa..

Lim.. Seorang yg peramah, mudah mesra, sifat bertolak ansur dan suka menolong walau pada org yg baharu di kenali beliau.. Sebenarnya, menyerap dari jiwa penulis itu sendiri.. Seperti apa yg saya pernah kenali, begitulah Maria Kajiwa seadanya..

Untuk Lengloi, dengan berbesar hatinya sy nobatkan 4½ bintang.. Sy baca 2x sebelum membuat review ini..
Profile Image for Encik Novel.
5 reviews
February 3, 2016
Bagi EN, novel ni sangat seram (seram habis). Nak tidur malam pun EN tengok kiri kanan takut dengan si Lengloi ni. Muka hangus, bau darah.. Mak aii... bulu roma pun boleh naik. Jalan cerita Novel ni, sangat teratur dan tidak meleret-leret. Nilai persahabatan sangat jelas ditonjolkan. Tidak dilupakan juga dengan nilai Kasih sayang sesama insan tidak kira agama, kaum Melayu, Cina dan India bersatu dalam novel ni. Tragis betul kematian yang berlaku. Tahniah kepada penulis..
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
October 28, 2015
superb! memang dah agak siapa Lengloi cuma entah ler prefer layan jalan cerita sampai habis. cuma tak sangka pula Gark, Beng and Jacky sengkokol.

kesian pula pada Suzy... rasa perghh sakit betul masa ending tu...

cover buku ni memang seram, selalu terbalikkan... hahaha... so extra bintang...

tetiba teringin nak baca Puja dari Maria Kajiwa.. tunggu...
Profile Image for Erniefaizal.
23 reviews
November 20, 2015
Satu lagi naskah seram dari penulis kesayangan, Kak Maria Kajiwa. Berlainan kali ini, saya tahu siapakah LENGLOI dari awal lagi. Cuma apa yang berlaku kepada Suzy hanya terjawab di akhir cerita.

Ramai yang komen cerita ini seram. Jadi tunggu apa lagi? Bacalah!

Semoga Kak Maria terus sukses dan menjadi penulis prolific novel seram-misteri-thriller.
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
March 30, 2016
Puas hati!
Jalan cerita yang senang untuk difahami...
Nampak kemesraan antara kaum Melayu, Cina dan India.
Plot seramnya tetap dapat dirasai walaupun entitinya tak banyak keluar tapi rasa suspen tuh sentiasa ada.. Tanda tanya kenapa kejadian itu terjadi...
Betapa sabarnya si ibu menunggu anaknya pulang.

Terbaik dan tahniah untuk kak Maria Kajiwa
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
February 20, 2016
memang meremang gak la baca cerita ni. mana taknya, ambil masa 4 tahun nak mengrarang nih. i prefered this one compare to Puja. Cumanya, saya rasa agak meleret kerana pengulangan kejadian -kejadian yang sama untuk sesiapa yang cuba membuka kedai di Lot 55 tuh. Overall, memang terbaik!
Displaying 1 - 30 of 64 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.