Kecewa dikhianati kekasih hati, Kang Hae Jin nekad membunuh diri di perairan Malaysia. Takdir ALLAH telah mengatur segalanya. Dia diselamatkan keluarga nelayan, Pak Cik Hanifah.
Fatimah Al-Zahra, anak Pak Cik Hanifah sering membayanginya siang dan malam. Lemah lembut pada fizikalnya, namun sukar hendak mendekatinya menjadikan gadis itu istimewa pada pandangan Kang Hae Jin. Menjadikan dia terlalu ingin hendak mengenali gadis itu.
Saat hati sudah sayang, perpisahan dipinta sebagai pilihan. Kang Hae Jin kembali ke Korea. Saat perpisahan, rasa rindu dan sayang makin membara, namun terhalang dek perbezaan budaya dan agama. Juga sikap Zara yang makin mendingin menyebabkan dia dirundung rasa kecewa.
Sampai bila Kang Hae Jin perlu menghadapi rasa resah dan gelisah di hatinya? Mampukah Kang Hae Jin bertahan? Berjayakah dia menempuh ujian cinta yang diatur ALLAH buatnya?
Cerita cinta yang menarik.. Kisah Sepet lelaki Korea yang kaya tetapi miskin kasih sayang dan cuba membunuh diri tapi diselamatkan oleh keluarga Zara yang serba kekurangan tapi penuh kebahagiaan.. Keluarga Zara dan Azuan mengajar Sepet erti kehidupan dan peluang kedua.. Cinta antara Sepet dan Zara juga hanya terjalin di penghujung cerita.. Novel ini bukanlah menhisahkan cerita cinta yang sweet bersemut tapi tetap menarik dibaca.. Penulis berjaya menyentap perasaan Sha sebagai pembaca dengan teguran-teguran yang sinis dan padu mengenai kehidupan, agama dan juga kasih sayang.. Siapa kata melalui novel tak boleh berdakwah dan menegur..
Bukan mudah untuk menulis kisah cinta perbezaan agama. Banyak persoalan akan timbul. Bagi saya, penulis bijak agar plot perbezaan agama itu tidak terlalu berat. Memang Hae-jin terpikat pada Zahra tetapi hatinya lebih kuat terpaut pada Islam. Tanpa Zahra di sisi sekalipun, Hae-jin tetap akan memilih Islam.
Plot sampingan sekadar mengisi ruang kosong agar kisah Hae-jin dan Zahra ini tidak terlalu bosan. Maka wujudnya watak Eka dan Soonie yang turut menjadi penghalang. Paling kejam antara dua itu tentulah Eka. Taksub sungguh dia dengan oppa. Eka ni antara contoh terbaik untuk sasaeng fan.
Pendapat jujur saya, kulit depan tak menarik. Kalau sendiri tu mungkin okey tapi kalau diletakkan bersebelahan novel lain yang menggunakan warna pastel, maka tenggelamlah novel ni. Tajuk pun macam tak sesuai. Ada ke si Hae-jin ni sediakan kimchi atau dok minta nak makan kimchi? Paling sesuai, Imamku Mr Sepet sebab itulah gelaran yang diberikan pada Hae-jin.
Pada awalnya, aku agak skeptikal dengan novel ini berdasarkan tajuknya. Namun, tidak sangka selepas mula membaca, aku kena akui bahawa novel ini best! -ada banyak unsur keagamaan, tapi tidak berat, tidak 'try hard', tidak 'menunggang' kata-kata islamik. Ia blend dengan jalan cerita. -jalan cerita yang tidak membosankan, fast pace, padat dan babak cerita yang tidak meleret. -watak Eka tu, tabik spring kat penulis. Walaupun singkat kemunculannya, cukup menggelodakkan jiwa. Geramnyaaaa!!! Rasa nak benam kepala dia dalam air laut, hahaha.
Keseluruhannya, puas hati. Terima kasih Cik Puan penulis kerana menghasilkan karya yang bagus.
Boleh la cerita dia..more to islamic n pengajaran..patut percen percintaan dkt blkg buku tu kena letak 50% keagamaan 70% hehehe...kisah kang hae jin.aka sepet seorg artis terkenal kmpulan wax 2 dtg utk mmbuat persembahan terakhir dmlaysia krn kekecewaan n kecurangan soonie kekasih hatinya dia nekad utk bunuh diri.tp diselamatkn oleh pakcik hanifah ayh fatimah al-zahra aka zara..selama dia di rumah zara mcm2 benda dia belajar dr dduk mkn atas lantai,psl islam,kerja sbg nelayan..dari mnjd seorg yg bengis n cpt mrh dia makin syg dgn keluarga zara..azuan bdk berusia 12thn yg mnghidap kanser otak banyak mengajar sepet erti kehidupan dn kasih syg..apa yg dia xde masa jd KHJ dia dpt masa jd sepet iaitu keluarga n kasih syg.kehilangan sepet dn ayh zara membuat hae jin sedih tp tabah mengharungi.eka sepupu zara dpt tau khj masih hidup mula cuba memikat.bila ditegur dan dijaga batasnya oleh zara,eka berang hingga dihalau keluar dr rumah zara.dia nekad utk menghebohkan kepada media.tp dibantu oleh kwnnya izzat dn sofea utk kmbali ke korea semula.sekembalinya ke korea dia dihantui dgn bayangan muslim dan kerinduan terhadap zara dn adik kmbrnya..dia cuba utk berbaik semula bersama soonie tp hidayah ALLAH dtg menerjahnya utk mnjd seorg muhammad ali....sweet jer cara dia pikat zara..dgn bg surat n jam tgn sbyk 10 biji satu per satu...hehehe..tpppp..baca la sndri apa jd..sy bg 3/5
suka buku ni. cinta yang berlandaskan islam & ada pengajaran yg sangat baik.
kisah si sepet yg mulanya dimomokkan dengan kejahatan dan kekejaman penganut agama islam yang akhirnya tersentuh dgn layanan baik sebuah keluarga. setelah mengenali keluarga Zara, dia sedar ternyata islam adalah agama yang amat indah dan di saat tinggal bersama mereka dia mengenal erti betapa sukarnya mendapat rezeki dan dari situ dia mula kenal erti kehendak dan keperluan serta sebuah pengorbanan.