Adrian Imran tidak dapat melupakan Fiona Insyirah sejak dia menjejak kaki di bumi Adelaide. Dia mahu gadis lembut itu menjadi isterinya. Dia mahu bahagia seperti sahabatnya, Yusuf yang mengahwini Maryam Huda tanpa apa-apa halangan.
“Ya Allah, hatiku berbisik bahawa dia adalah jodoh yang solehah buatku…Nikahkanlah aku dengannya.”
Harapannya tinggi untuk memiliki gadis itu.
“Mereka sudah lihat foto kamu, Im. Mereka suka kamu. Daddy dan Mommy buatkan perancangan ini untuk kebaikan kamu. Kamu boleh tetapkan tarikh dan masa sendiri bila majlis akan dilangsungkan.”
Imran dilema dengan kehendak ibu bapanya supaya dia mengahwini gadis yang tidak pernah dikenalinya.
“Saya sedang berusaha untuk cari calon saya. Sebab itulah saya menyebut nama Insyirah. Dia calon yang terbaik, kan?”
Imran tetap cuba menjadikan impiannya satu kenyataan tanpa tahu sahabat baiknya, Thaha turut menaruh hati terhadap Insyirah.
Isteri Untuk Dia merungkai peranan persahabatan yang luar biasa dalam mendepani cabaran-cabaran nafsu anak muda dan dilema cinta, sebelum memilih cinta sejati sebagai titik permulaan memperbaiki agama dengan perkahwinan.
3 stars because the writing isn't really enticing for. butttt terdapat bnyk pengajaran and mesej yg for me teramatlah relevan pd masa skrg di mana anak2 muda gilakan kahwin awal so +.5
juga merupakan novel kedua (or ketiga) yg mention ttg haramnya porno. I feel like more Islamic novels should mention this more sbb porno is a current problem but most of us just sweep it under the carpet.
ada mention psl pendidikan anak2, etc. also yg paling best is that dia ajar yg laki patut independant before entering marriage. for me, ini amat important sbb even skrg calon dream wife most lelaki is mother/sex slave.
Mother/sex slave = perempuan yg manage everything for the man di samping menjadi pemuas nafsu.
mashaAllah Goodread indeed. I'd recommend to those yang mencari, dah ada calon, bakal bernikah mahupun sudah bernikah untuk baca buku ni.
SubhanaAllah inputnya bukan la sesuatu yang baru tapi kadang2 benda kecil2 yang dipandang enteng kita. Bestnya andai dipertemukan dengan kakak senior yang penyayang macam kak Sajidah dan suami. :P
Hampir2 tak percaya dengan endingnya.
Cuma satu, saya lebih suka dengan penceritaan yang tidak menceritakan ciri2 fizikal kecantikan kepada watak2 yang dibawa. Mengambil contoh tulisan ustazadh Fatimah Syarha yang tidak menekankan watak 'hero heroin' yang cantik, putih mulih gebu. Rasanya la. #sekadarpendapat :)
Bacaan yang terlalu sederhana, berbanding dengan perkongsian penulis di Facebook dan dua buah buku yang sebelumnya yang biasanya akan memberi kesan yang positif dalam kehidupan.