Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kumpulan Puisi: Amukan Hati

Rate this book
Amukan Hati memuatkan sebanyak 45 buah sajak nukilan penulis yang tidak asing lagi dalam negara, Sri Diah, Ternyata sajak-sajak yang terkandung dalam Amukan Hati ini pasti menyentuh jiwa pembacanya kerana Sri Diah bijak bermain dengan isu semasa yang pernah terjadi seantero dunia dengan olahan yang tersirat mampu membawa pembaca bersama-sama menyelami isi hatinya. Fahamilah dan hayatilah bait-bait indah percakapan melalui sajak-sajak Sri Diah. Sesungguhnya Amukan Hati dari wanita ini pasti akan mengoncang perasaan anda!

"Sebelum Allah murka elok kita berdiskus tentang budi
Atau kita kehilangan nur hingga hari mati
Tuhan, tolong sakiti kami, baru kami rasa nikmat sihat
Dan kembali pulang ke kamar peribadi, menimbang hati."

46 pages, Paperback

First published January 1, 2015

9 people want to read

About the author

Sri Diah

26 books15 followers
Nama sebenar Radhiah bte. Shaharuddin. Tinggal di Kuala Lumpur. Nama Suami: Ahmad bin Saabun. Jumlah Anak: 3 Orang (Anis Khalilah bte. Ahmad – 13 tahun; Anas Iqbal bin Ahmad - 10 tahun; Anas Suhaimi bin Ahmad - 7 tahun). Jawatan: Senior Editor di Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Alamat: Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Akademik: Sekolah Rendah Jalan Pasar 2 (Pudu); Sekolah Menengah Putrijaya (Pudu) – SRP; Sekolah Menengah Aminuddin Baki – SPM; Universiti Sains M’sia - Pengajian Seni Kreatif. Pengalaman Bekerja: 1982 – 1983 Pembantu Farmasi; 1983 – 1984 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS); 1985 Editor Buku di Karya Bistari KKSB; 1985 - 1987 Penyunting di akhbar Bacaria; 1987 - 1990 Editor di akhbar Bacaria; 1990 - 1977 Editor di majalah Nona; 1997 – 2000 Managing Editor di majalah Mingguan Wanita; 2000 - Editor Kanan. Kerjaya di Kump. Karangkraf Sdn. Bhd: Memulakan kerjaya di KKSB sejak 1984; Kini bertugas sebagai Managing Editor dan sekali gus menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Penerbitan KKSB bagi merangka, mengkaji dan melaksanakan kepentingan serta aspirasi syarikat. Kini mengendalikan 30 majalah terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (25%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
1 (25%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
November 4, 2015
Sisi kewanitaan dan ketimuran sangat ketara dalam kumpulan puisi novelis popular dan antara tulang belakang Karangkraf ini - meski acapkali juga beliau lantang mengungkapkan sajak yang mengkritik sikap dan tindak-tanduk kepolitikan.

Secara keseluruhannya, bahasa puisinya sangat menghampiri ranah prosa, sekali gus masih boleh diperhalusi untuk mencantas tunas yang memiliki nada 'popular'nya.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
December 31, 2025
Pertama kali membaca puisi-puisi karangan Sri Diah.

Bahasanya indah, isinya jelas dan boleh difahami maksudnya.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.