Naskhah ini diinspirasikan daripada khutbah Ustaz Nouman Ali Khan. Ia diterjemahkan secara verbatim (word by word) bagi memberikan aura bahawa pembaca benar-benar sedang mendengar khutbah beliau secara langsung. Ia sudah pasti memberikan 'rasa' yang berbeza berbanding membaca terjemahan yang diolah semula.
Menghimpunkan sepuluh buah khutbah. Setiap satunya mengulas secara mendalam ayat-ayat Al-Quran yang terpilih. Menggunakan gaya 'bahasa khutbah'. Penerangan yang diberikan memberi lenggok unik yang tersendiri. Diharapkan juga ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca.
Nouman Ali Khan is a Muslim speaker and the CEO and founder of Bayyinah Institute, an Arabic studies, educational institution in the United States.
His early education in Arabic started in Riyadh, Saudi Arabia and continued in Pakistan. His serious Arabic training began in 1999 in the United States. He has been teaching Modern Standard and Classical Arabic at various venues for several years with over 10,000 students nationwide.
Nouman Ali Khan teaches about the religion of Islam through his video speeches. He also frequently speaks at Islamic Circle of North America Conventions about Islam, family, and other life topics.
Ustadh Nouman does not participate in any fundraiser event in any capacity. He does not accept requests for video, audio or written endorsements of islamic projects, institutions & programs. Reasoning from Br. Nouman: “Even though I would love to engage, I simply don’t have time to look deeply into all the projects, their history & their contributions. I don’t feel comfortable endorsing anything without thoroughly knowing each and every aspect of it. Regardless, I appreciate all the different inspiring efforts taking place through out the world and pray for their success.”
Dunia memerlukan lebih ramai Ustaz Nouman Ali Khan. Penerangan beliau mengenai Al-Quran sangat mencerahkan. Ibrah dan pengajaran daripada satu baris ayat Al-Quran mampu dibahaskan selama 2 jam.
Walaupun pastilah kuliahnya lebih mengujakan daripada sekadar membaca buku, apalagi terjemahan bahasa namun isinya sangat bermakna. Dan saya sangat suka apabila di akhirnya setiap artikel, pembaca sama-sama berdoa agar isi khutbah itu bukan sekadar tulisan, namun dimanifestasikan dalam kehidupan pembaca. (sebab artikel ini semuanya intisari khutbah Jumaat, maka haruslah ada doa sebelum solat.)
Buku ini sangat perlu diulangbaca berkali-kali. Saya doakan semoga Ustaz Nouman sentiasa diberikan kesihatan dan kesempatan dalam usaha memberi kefahaman/basirah kepada seluruh umat Islam.
Inspirasi Khutbah Nouman Ali Khan (Buku terbitan Karya Bestari)
Buku ini menghimpunkan perkongsian ringkas ketika memberikan khutbah oleh Ustaz Nouman Ali Khan, dengan fokus pada satu ayat Al-Quran yang kemudian dikembangkan dengan ayat-ayat lain yang berkaitan.
Setiap bab bukan sekadar huraian, tetapi turut disertakan contoh serta refleksi untuk diri kita.
Saya sangat suka gaya penyampaian Ustaz Nouman Ali Khan. Beliau membantu kita memahami ayat-ayat yang sering kita dengar, tetapi dengan mesej yang jelas, mendalam, dan sampai terus ke hati.
Bacaan ini benar-benar memberi harapan — untuk bangkit selepas jatuh, untuk terus berusaha menunaikan amanah yang Allah berikan, dan untuk memperbaiki diri tanpa putus asa.
Antara tadabbur yang paling saya suka ialah tentang lebah, kisah pemuda Al-Kahfi, enam kunci orang berjaya, pilihan yang Allah beri, dan ayat tentang Allah yang sentiasa dekat dengan hamba-Nya.
Nota penting: Jangan skip pendahuluan buku ini. Ada panduan yang sangat berguna untuk memahami keseluruhan isi.
✨ Cadangan ikhlas untuk pihak penerbit: Buku ini sangat bermanfaat, tetapi sayang kalau ramai terlepas pandang kerana wajah persembahannya terlalu “serius” berbanding isinya. Mungkin boleh direvamp semula dengan rekaan kulit lebih segar, warna-warni yang ceria, dan ditambah ruang khas untuk catatan atau tadabbur pembaca sendiri. Dengan pengisian yang begitu menarik, rugi kalau buku ini tidak sampai ke lebih ramai orang. 🥰
Ayat-ayat yang dipilih sebenarnya biasa kita dengar, tetapi melalui sentuhan Ustaz Nouman Ali Khan, ia dikembangkan dengan contoh terdekat dan cara penyampaian yang memahamkan serta menghidupkan makna.
Kesimpulan: Buku Inspirasi Khutbah Nouman Ali Khan ini bukan sekadar koleksi khutbah ringkas, tetapi sumber tadabbur yang menyentuh hati.
Ia membuka ruang untuk kita memahami mesej Al-Quran dengan lebih dekat, praktikal, dan relevan dengan kehidupan seharian.
Ia mengingatkan bahawa setiap kita pasti jatuh, tetapi Allah sentiasa dekat, sedia menerima doa dan usaha hamba-Nya.
Tugas kita hanyalah untuk terus berusaha menunaikan amanah, memperbaiki diri, dan tidak pernah berputus asa daripada rahmat-Nya.
Pendek kata, buku ini sangat berharga untuk dijadikan teman bacaan refleksi diri — kecil tapi padat dengan pengisian, dan mampu memberi nafas baru dalam perjalanan iman kita. 🌿
Hasil usaha terjemahan yang sangat bagus. Moga mengalir pahala buat yang gigih melakukan kerja-kerja terjemahan ini ke Bahasa Melayu.
Nouman Ali Khan sentiasa memberikan sesuatu yang baru buat pencinta Al-Quran. Beliau menggalakkan kita berfikir dan tidak simplistik dalam berinteraksi dengan Al-Quran.
"Penyucian terbahagi pada dua bahagian. Penyucian pemikiran dan penyucian hati. Al-Quran mengajar kita bagaimana untuk berfikir, maka ia secara langsung menyucikan pemikiran dan hati kita.
Cara orang Muslim berfikir adalah berbeza daripada orang lain kerana kitab Allah iaitu Al-Quran membentuk cara kita berfikir.
Ayat daripada surah Al-Mulk, mereka ditanya ketika memasukinya (neraka), "Bukankah telah datang kepada kalian seorang pemberi ingatan dan amaran?". Antara jawapan mereka ialah, وقالوا لو كنا نسمع او نعقل 'sekiranya kami dahulu mendengar ATAU memikirkan.'
Ayat ini tidak menggunakan 'sekiranya kami memdengar DAN berfikir'.
Perkataan 'atau' digunakan dalam ayat ini. Penggunaan istilah yang tepat pada tempatnya dalam Al-Quran sangat hebat. Kesan menggunakan perkataan 'atau' memberikan persoalan kepada kita, "Adakah kita sudah mendengar atau sekurang-kurangnya adakah kita telah berfikir?
Agama-agama lain memberitahu anda supaya percaya dan bukannya berfikir atau bertanya. Tetapi Allah memberitahu kita supaya kita MESTI BERFIKIR dan bertanya soalan, dan kemudian barulah kita percaya. Maka, belajar dan selidiklah! Sebab itu tidak pelik jika Al-Quran kerap menekankan 'Tidakkah kamu berfikir?'
Dapat bayangkan gaya penyampaian ustaz Nouman Ali Khan sepanjang saya membaca buku ni. Banyak pesan yang terpahat di hati. Antaranya;
1. Jangan jadi seperti sebahagian umat Islam yang bermudah-mudah dengan amal/dosa atas alasan bahawa kita tak perlu risau dengan neraka sebab umat Islam pasti akhirnya akan dapat masuk syurga juga. Kena ingat, neraka sangat perit walau sesaat berada di dalamnya.
2. Jika susah nak buat sesuatu amal kebaikan, jangan cari alasan untuk tak buat. Sebaliknya mintalah bantuan Allah dan berdoalah supaya diberikan kemudahan.
3. Sentiasa jaga tingkah laku. Kena selalu ingat, Allah tu dekat.
Sebagai seorang peminat kepada talk-talk Nouman Ali Khan, saya rasa buku terjemahan ini berjaya menyampaikan mesej dengan tidak meninggalkan gaya bahasa yang digunakan oleh Ustaz Nouman Ali Khan dalam khutbahnya.
Tidak dapat dinafikan kerana sudah terbiasa dengan talk in English. sampai sambil membaca otak ini gigih menterjemah kembali ke bahasa Inggeris sambil memikirkan the exact words yang beliau gunakan dalam talk beliau.
semoga pembacaan ini dapat meningkatkan kecintaan kita kepada Al-Quran.