“Saya dah tua. Dah lama saya berlakun. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kawin dah beranak dan dah sembahyang.
Kalau P. Ramlee berlakun siapa nak tengok. Nanti budak-budak universiti tanya apa kelulusan P. Ramlee tu.”
- Petikan temubual dengan P.Ramlee,1968.
-----------------------------
"Buku Membedah P.Ramlee ini bukan buku biografi atau pun ulasan teknikal filem. Namun ianya lebih kepada catatan-catatan pengalaman peribadi aku menonton filem-filem P.Ramlee. Apa yang aku nampak dan aku rasakan."
Daniyal Kadir menggarap P. Ramlee dengan kemas dari awal hingga akhir. Kecuali satu filem (antara 15 filem yang dibedah) agak kurang memuaskan, aku pun tak ingat dah filem mana.
Aku percaya, buku ini akan menjadi bahan rujukan para sarjana di IPT satu hari nanti. Sama ada menjadi 'bibliografi', nota kaki, atau bahan kritik. Hanya buku yang bagus layak dikritik.
Satu je persoalan yang bermain di minda, adakah Daniyal Kadir cuba menyelaraskan P. Ramlee sesuai dengan zaman sekarang; atau zaman sekarang menyelaraskan P. Ramlee dalam filemnya. (Aku tak tahu nak buat ayat soalan macam mana berkenaan ini).
Hanya satu masalah buku ni, buku ini tak la tebal mana, tetapi berharga RM25. Buku DuBook lain ada yang lebih tebal dari ini, tetapi berharga RM20. Adakah ia kerana tajuknya? Atau gambar depannya? Atau isinya? Atau penulisnya? Atau majikannya yang berjambang? Atau kerana keLiaran dan KeAngkuhan DuBook itu sendiri?
Akhir sekali; Kalau kau tak berminat dengan buku alternatif pun, paling kurang buku ini kau kena baca.
Aku ada sedikit perasaan skeptikal sebelum memulakan pembacaan.
Bukan. Bukan skeptikal dengan buku ini, tetapi lebih kepada teori pemaknaan sesebuah filem. Kerana bagi aku, filem hanya hiburan. Maksud yang mahu disampaikan, selalunya boleh "dibaca". Apatah lagi, kebelakangan ini filem yang melambak di pasaran tempatan bukan lah yang bermutu. Filem-filem luar pula, aku lebih gemarkan filem yang bercorak fiksi.
Itu lah maksud filem. Hanya hiburan.
Tetapi, semenjak melihat promosi buku ini di laman sosial, aku teruja mahu mendapatkannya. Dengan nama "P Ramlee", itu cukup menjadi desakan kuat pada aku untuk segera memesan buku ini.
Dan kala membaca prakata buku, tiba-tiba aku teringat kisah beberapa tahun yang lampau. Ketika aku dihantar berkursus BTN. Ya, BTN. Yang ada sesi menyanyi lagu "anak kecil main api" itu. Antara aktiviti kursus itu, kami dikehendaki menyediakan nama dan logo kumpulan, dan perlu memberi makna setiap pilihan kami.
Ya, memaknakan sebuah logo.
Imbas kembali itu, membuat aku sedikit sedar bahawa pemahaman aku terhadap filem selama ini agak terkongkong. Filem, kalau dihasilkan oleh pencinta seni seperti P Ramlee, sudah pasti ada makna. Bukan kosong. Sedangkan aku yang pada suatu ketika masih belum mampu membeli pakaian sendiri sudah sibuk mahu memberi maksud sebuah logo, adakah tidak ada asas logiknya P Ramlee membuat filem tanpa cerita?
Dan, aku semakin teruja untuk meneruskan pembacaan.
Walaupun Daniyal menyebut sedari awal bahawa buku ini hanyalah berdasarkan pandangan peribadi, bagi aku Daniyal masih menjalankan tanggungjawab untuk mengkaji dengan baik. Hampir kesemua filem yang "dikaji", sudah menjadi "darah daging" aku. Jadi pembacaan menjadi lebih mudah.
Jelas, P Ramlee banyak memasukkan unsur patriaki dan feudal dalam filem-filemnya. Unsur yang aku lihat, masih relevan sehingga hari ini. Masih boleh digunapakai.
Cuma untuk filem "Ali Baba Bujang Lapok", aku teringat pernah mendengar/membaca bahawa frasa "hari Sabtu setengah hari, Ahad public holiday" merujuk kepada union yang ditubuhkan oleh pekerja studio jalan ampas untuk menetapkan hari bekerja hanya 5 hari seminggu. Ini kerana ketika itu P Ramlee mengarah filem tidak mengikut masa, jadi antara tujuan union itu ditubuhkan untuk meringankan beban pelakon.
Dan P Ramlee membalas tindakan union ini apabila berdialog dengan "orang kaya" (dalam filem yang sama) yang memaksa mereka merompaknya dan jika tidak, orang kaya akan memanggil penyamun lain. P Ramlee membalas "kalau tuan memanggil lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan!"
Hihihi! Tahu siapa "penyamun" yang dimaksudkan? Sejauh mana kebenaran hal ini, Wallahualam. Mungkin tuan Daniyal boleh perbetulkan sekiranya ini salah.
Keseluruhannya buku ini menarik untuk dibaca. Ternyata, P Ramlee membuktikan kehebatan beliau dalam filem-filem yang diarahkan. Bagaimana? Bacalah buku ini. :)
Terim kasih Don (Daniyal Kadir) yang pos buku ini pada aku. Don adalah kenalan yang aku kagum. Seorang yang tekun dalam benda yang dia suka, dan bagus pula.
Membaca buku ini membuatkan aku yang membesar dengan filem-filem P Ramlee yang sering ditayang di tv dan kegilaan kami anak beranak membeli CD filem P Ramlee - berfikir dan tenggelam dalam kupasan Daniyal.
Kami anak beranak, adik beradik sampai dah hafal dialog dalam filem-filem P Ramlee akibat menontonnya berkali-kali dan kadangkala aku harus akui, menonton filem tidak sama dengan menghayati. Kami mungkin menontonnya sebagai hiburan tetapi terlepas pandang.
Daniyal harus dipuji atas usaha beliau membawa pendekatan - "kita jangan hanya menonton, tetapi harus menghayati".
Kita perlukan lebih banyak buku yang memaparkan buah fikiran tentang filem, buku dan sebagainya bagi menyuburkan daya intelektual dan budaya ilmu dalam negara.
Buku ini sebuah buku yang bagus, dan perlu dibaca selari dengan tontonan filem-filem P.Ramlee bersama Shaw Brothers di Singapura di mana filem-filemnya itu penuh dengan kritikan sosial, budaya dan politikal yang disampaikan secara tidak langsung mahupun sinikal. Bagi saya, karya-karya P.Ramlee ini tidak akan mati ditelan arus zaman bahkan essencenya akan relevan sampai bila-bila.
Terbaik! Terbaik! Terbaik! Seronok baca buku ni. Tak sangka banyak perkara yang berjaya dibedah oleh penulis dari filem2 P. Ramlee. Walaupun aku rasa tak semuanya 100% betul sebab kalau kita fikir balik betulkah Arwahyarham P. Ramlee fikir sejauh itu? Tapi sesiapa yang mengenali insan seni bernama P. Ramlee pasti akan mengakui betapa geniusnya beliau dalam berkarya. Rasa seperti nak menonton kembali beberapa filem arwah untuk mengulit kembali nostalgia.
Kalau minat P. Ramlee, minat buku Di Sebalik Tirai Layar dan 120 Wayang Melayu. Bolehlah layan buku ni, memperkayakan lagi ilmu pengetahuan kita tentang sejarah filem melayu dulu2.
Aku baca buku ini, dan terbaca dialog-dialog yang ditampilkan Sdr. Daniyal dalam filem-filem P. Ramlee. Ia seakan berbunyi dan terngiang di telinga bagaimana dialog-dialog itu disampaikan. Ternyata filem-filem P. Ramlee masih membekas, walaupun aku sudah lama tidak menonton filem seniman agung itu.
Dalam buku ini juga, baru aku mengetahui asal usul terma perkataan "Aduka", "Taruna" dan "Masharakat Chantek". Rupa-rupanya ini adalah terma dari filem-filem P. Ramlee. Suatu info yang menarik untuk aku.
Jika anda peminat P. Ramlee, anda harus dapatkan buku ini. Aku sudah beli lama, baru berkesempatan membaca baru-baru ini. Ia akan mengembalikan kenangan anda pada skrin tivi hitam putih waktu menonton dengan mak ayah anda suatu ketika dulu.
(Tadi dah tulis reviu sebenarnya tapi tiba-tiba hilang, kena tulis balik huhu)
Buku ni antara buku yang saya amat teruja untuk beli. Saat mula diterbitkan, memang menghitung hari bilalah boleh balik beli buku ini, atau pesan kepada sesiapa nak mai UK tolong belikan. Akhirnya balik Malaysia sekejap Disember 2015, terus beli buku ini. Sebab banyak buku lain juga nak dibaca, buku ini dibaca selepas lebih kurang sebulan membelinya.
1. Buku ini hanya ulas filem-filem P Ramlee semasa di Shaw Brothers. Dapat fahamlah kenapa penulis pilih filem-filem ni saja sebab memang kebanyakan filem-filem di Singapura jauh lebih berkualiti berbanding filem-filem P Ramlee di Studio Merdeka. Secara peribadi, saya suka juga karya P Ramlee di Studio Merdeka contohnya Ahmad Albab, Keluarga 69 dan Do Re Mi. Lawaknya saya suka, tapi saya faham lawak-lawak dalam filem sebegini macam tak boleh diterima sangat di peringkat umum/antarabangsa.
2. Ada sebahagian ulasan yang kita dah boleh agak terutamanya untuk filem-filem yang temanya sudah sedia maklum - contohnya Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat. Apa yang menariknya, penulis tak sekadar ulas klise cikai semata-mata. Penulis tokok tambah dan ulas dari sudut yang kita sendiri pun tak perasaan (contohnya dalam Antara Dua Darjat - isu busuk/wangi).
3. Tak dinafikan ada ulasan yang kita rasa macam 'Hmm, betul ke?". Sebabnya penulis tak rujuk atau nyatakan orang-orang lain yang sependapat dengannya (ada satu dua hujah penulis quote dari buku lain). Tapi apa-apa pun ini bukan kertas jurnal akademik dan ianya sekadar ulasan. Apa yang penulis ulas pun memang make sense. Mungkinlah dalam bidang kaji filem apa yang dikatakan penulis dalam buku ini sudah pun dikaji dan diselidik sebelum ini.
Ada juga saya pernah baca kertas jurnal berkenaan Seniman Bujang Lapuk tapi penulis tak sentuh sangat apa yang diceritakan dalam jurnal ni. Mungkin penulis tahu tapi tak nak masukkan dan nak fokus kepada bab-bab tertentu saja.
4. Kebanyakan tema yang penulis sentuh adalah dari aspek kemasyarakatan dan pertembungan golongan bawah-atas. Tema ini memang kegemaran P Ramlee dan kita dapat lihat dalam filem-filem Studio Merdeka seperti Sabaruddin Tukang Kasut dan Ahmad Albab.
Tahniah buat penulis atas ulasan mantap dan bahasa yang semua orang boleh baca. Tak terlalu akademik dan isinya pun padat. Harap ada buku selepas ini membicarakan hal-hal lain berkenaan P Ramlee.
Filem-filem seniman P Ramlee memang relevan sampai saat ini. Buktinya ialah akulah salah seorang manusia yang akan tengok/dengar cerita P Ramlee setiap kali nak masak. Haha. Korang jangan terkejut. Ya kadang aku dengar saja dialog cerita P Ramlee masa masak sebab aku masih manusia biasa yang boleh fokus satu kerja dalam satu masa. Jadi sebabkan itu aku berikan telinga aku untuk dengar haha. Tangan & mata buat kerja.
Sebenarnya, mungkin P Ramlee banyak berikan hint tersorok dalam filemnya. Wallhualam sejauh mana yang beliau fikirkan pada ketika itu. Cuma kita takkan perasan sebab P Ramlee letak hint tersebut dalam sindiran dan jenaka. Jadi, kadang kita gelakkan sesuatu yang hakikatnya mungkin terjadi pada ketika itu. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya. Malahan, saya rasa banyak pengajaran dari sudut kemanusian yang kita boleh pelajari dalam filem beliau.
Saya percaya orang kita memang tak open minded jika isu sensitif dimasukkan dalam filem untuk dijadikan tontonan. Berbeza dengan negara lain. Kadang cerita polis corrupt dan sebagainya pun dieorang tak kisah pamerkan haha 😎
Satu percubaan yang baik dari penulis dengan mengupas sehabis baik setiap satu filem dari seniman P Ramlee. Mungkin ada penambah perisa atau jangkaan sendiri. Namun, masih tetap boleh difikirkan logik scene-scene yang dinyatakan. Saya ingatkan akan diselitkan sejarah hidup P Ramlee, muziknya ke atau perkara lain. Rupanya hanya kupasan filem saja. But, its okay. Masih seronok untuk dibaca.
P Ramlee masih seorang seniman yang serba boleh. Salute 🫡
Buku ni buku pertama aku baca mengenai PRAMLEE. Ada apa dalam buku ni? Ada jawapan kepada setiap filem yang telah dipilih oleh penulis untuk di kupas. Walaupun penulis nyatakan itu hanya ulasan peribadi, aku percaya penulis dah jalankan beberapa kajian tentang apa yang akan di tulis oleh beliau.
Banyak aku tahu dan dapat input mengenai filem pramlee dalam buku ni. Aku suka baca setiap ulasan filem dalam ni tambahan pula semua filem yang di ulas aku dah tengok berulang kali. Tapi bila aku baca baru aku macam "aaaaaa patutla", "aaaaa yeke!!" , "aaaa baru faham dan dapat catchup". Baru aku rasa aku dah tengok filem pramlee dengan mata hati.
Korang kena baca! untuk peminat filem pramlee! Dah jadi salah satu buku "kegemaranisme" aku!
Awalnya, saya fikir penulis terlalu ingin memberi makna kepada setiap visual dan bagaimana P. Ramlee membentang cerita. Namun lama-kelamaan saya tak dapat nafikan, penulis mempunyai pemerhatian yang teliti dan P. Ramlee memang seorang yang tukang cerita yang bijaksana pada zamannya.
Antara contoh menarik - seperti di bawah. Dipetik daripada filem 'Tiga Abdul', lihatlah bagaimana 'senget' potret Wahab dan Wahib, mencerminkan perilaku buruk mereka. Manakala potret Wahib dalam keadaan sempurna, berbeza dengan abang-abangnya.
Terdapat banyak lagi kupasan menarik dalam buku ini. Peminat filem-filem P. Ramlee mungkin perlu baca sekali seumur hidup.
Sedikit kecewa kerana ia hanyalah catatan-catatan peribadi penulis (penulis ada menyatakan dalam prakata) Pandangan dalam buku ini adalah semata-mata pandangan dan kurang argumen sokongan untuk menyokong pandangan pandangan penulis. Bahasa yang digunakan juga agak repetitif dan tidak ada kepelbagaian dalam kosa kata.
Tapi di satu sisi yang lain, kupasan kupasan penulis amat menarik untuk diteliti dengan lebih lanjut. Apa apa pun, saya masih gembira dengan penulisan ini, buat saya mahu menonton kembali filem filem P.Ramlee.
Saya membeli buku ini kerana ia berkait dengan seniman yang saya minati iaitu P.Ramlee.
Renungan saya,P.Ramlee yang berdarah bangsawan Acheh melambangkan jiwa bangsawan yang dekat dengan rakyat marhaen (mengkritik dan menyuarakan suara terpendam masyarakat melalui filem).
Mungkin sebab itu dalam karya beliau banyak menyanggah golongan feudal yang sombong.
Pernah tak kau beli buku, lepas tu kau rasa "Dem, rugi rm25." This book is not one of those. Pembedahan yang mencakupi semua aspek. Sama ada kita perasan atau terlepas pandang. A good read.
p/s : baca buku nie buat aku nak baca buku 120 malay movies. dem.
Bedah P Ramlee dan The Thieves of Riyadh adalah dua buah buku yang berbeza tetapi mempunyai persamaan yang jelas. Buku berkenaan filem arahan dan lakonan P Ramlee ini diterbitkan oleh Dubook Press manakala The Thieves of Riyadh diterbitkan oleh sebuah badan penerbitan di London.
Persamaan yang jelas pada kedua buku ini di mana buku ini membedah dan mengeluarkan isi perut filem p Ramlee yang banyak mengkritik golongan atasan tidak kira sama ada raja, sultan, bangsawan, agamawan, pemimpin politik, orang kaya dan yang berpangkat di dalam menindas orang bawahan.
Perkara yang sama diperkatakan di dalam buku The Thieves of Riyadh ini, ianya berkisarkan pemerintahn keluarga As Saud yang membentuk Negara Arab Saudi yang ada pada hari ini. Negara yang didirikan di atas timbunan mayat-mayat bangsa Arab sendiri. Sebuah kekuasaan yang secara terangnya zalim namun masih dianggap bangsa yang mulia dan sentiasa mendapat tempat di dalam masyarakat kita ini.
Di dalam filem P. Ramlee dapat diperhatikan banyak isu yang disampaikan oleh beliau. Dari perihal penindasan terhadap golongan miskin bawahan, perihal berkahwin sehingga tiga isteri ataupun mencari nama anak yang tidak berhenti menangis. Tetapi apa yang telah disentuh oleh penulis buku ini Daniyal Kadir adalah kritikan P Ramlee secara sinis terhadap bangsa Arab melalui filem - filemnya seperti Tiga Abdul, Ahmad Albab, Ali Baba Bujang Lapok serta banyak lagi.
Ini bertentangan dengan kebiasaan orang Melayu yang meletakkan bangsa Arab pada kedudukan yang agak istimewa disebabkan bangsa Nabi Muhammad adalah berbangsa Arab, maka apa sahaja yang berkenaan Arab itu adalah baik dan suci belaka. Letakkan sahaja istilah Arab pada nama produk anda dan ianya akan laris di pasaran.Boleh cuba sendiri jika ragu-ragu.
P Ramlee secara terang-terangan di dalam filemnya memperlihatkan yang bangsa Arab itu tidak ada bezanya dengan bangsa lain malahan mungkin lebih teruk. Ini digambarkan dengan watak Tuan Sidiq Segaraga, Abdul Wahab dan Abdul Wahib di dalam filem Tiga Abdul sebagai seorang yang gila harta, pemutar belit, penipu, pencuri, pemeras tetapi bodoh juga akhirnya. Jika masyarakat menggangap segala yang datang dari tanah Arab itu adalah baik, itu adalah tidak tepat. Tidak semuanya sesuai diserapkan di dalam masyarakat ini. Tidak semuanya berkenaan Arab itu adalah sunnah ataupun sunat dilakukan.
Di dalam filem Ahmad Albab pula terdapat satu dialog yang terkenal iaitu "ini jubah Yahudi mabok mana pulak yang kau pakai ni?" ini disebut oleh bapa mertua lakonan A.R Tompel yang memarahi Syawal lakonan P Ramlee setelah dimalukan di depan orang ramai. Jika diperhalusi ini adalah satu lagi kelebihan masyarakat kita di dalam tidak menerima kelemahan sendiri. Segala kelemahan akan disalahkan ke atas pihak ketiga sama ada Yahudi, Kristian, Amerika mahupun Cina DAP untuk mengelakkan diri sendiri mengakui kelemahan itu. m Arab Saudi diasaskan oleh Raja Abdul Aziz Ibn Saud pada tahun 1932. Beliau mempunyai isteri dan anak yang ramai. Di antaranya Raja Abdullah yang memerintah pada 2005 hingga 2015 dan digantikan oleh Raja Salman, mereka adalah adik beradik. Sistem pemerintahan Arab Saudi adalah bersifat kekeluargaan dan bukan seperti kekhalifan seperti yang disangkakan. Malahan mereka mendakwa mereka adalah penjaga dua tanah haram iaitu Mekah dan Madinah.
Mereka mengamalkan ajaran Wahabiah dan telah merobohkan banyak tempat-tempat pengebumian Nabi, keluarga Nabi dan sahabat serta imam-imam penting Islam kerana tidak mahu tempat tersebut dilawati kerana bertentangan dengan ajaran Wahabiah itu tadi. Mereka juga tidak sehaluan dengan Syiah mahupun Sunnah. Tidak menjadi kepentingan siapa yang sebenarnya mengikuti ajaran sebenar Islam namun ianya bukanlah alasan untuk menindas manusia lain yang berbeza pegangan.
Di dalam buku ini juga diceritakan wajah sebenar pemimpin Arab dan keluarganya itu yang dikatakan penjaga Mekah dan Madinah. Wajah-wajah kejam, tamak, dengki dan hina ini diterangkan dengan jelas. Bagaimana tanah Hijaz dan Najdi dirampas untuk dijadikan tapak negara peribadi mereka sendiri. Bagaimana hasil minyak mentah dibolot oleh keluarga As Saud ini serta wang hasil ibadah haji yang diraih melalui jutaan jemaah haji yang datang setiap tahun sering diulang di dalam buku ini.
Jemaah haji dipanggil oleh mereka sebagai kambing yang tidak ada kerja lain dari menyusahkan mereka untuk diuruskan ketika musim haji padahal mereka lupa dari sumber mana harta mereka yang melimpah ruah itu. Harta yang mereka habiskan dengan judi, arak, pelacur, bot mewah, kereta mewah, istana-istana besar dan segala nikmat dunia yang penyembah Arab di sini tidak dapat gambarkan dan fikirkan. Malahan merekalah juga bersahabat baik dgn Amerika dan membeli senjata dari mereka kerana takut dengan kebangkitan rakyat menentang kerakusan mereka.
Keseluruhannya kedua buah buku ini menjelaskan tentang kebobrokan bangsa Arab yang disanjung tinggi itu sehingga dibawa ke dalam kehidupan masyarakat kita ini.Buku ini jika diperhalusi akan menyedarkan yang tidak perlunya menyadur budaya sendiri dengan budaya bangsa lain kerana sesebuah bangsa itu boleh berdiri dengan megahnya dengan budayanya sendiri.
Pernahkah anda terfikir, kenapa filem-filem karya Tan Sri P.Ramlee masih mendapat sambutan sehingga kini walaupun lebih lima dekad beliau meninggalkan kita? Apa rahsia yang membuatkan filemnya menjadi malar hijau?
Buku ini membongkar rahsia-rahsia yang digunakan oleh beliau dalam menyunting filem. Filem-filemnya mengandungi banyak mesej yang tersirat. Jika kita amati, pengajaran yang disampaikan dalam filem-filemnya itu masih relevan sehingga sekarang. Pengarang buku ini, Daniyal Kadir mengetengahkan 15 filem arahan P.Ramlee yang tidak asing lagi untuk kita seperti Penarik Becha (filem pertama arahannya), Semerah Padi dan Tiga Abdul. Filem-filemnya ni sangat bermutu kerana setiap adegan mempunyai maksud tersirat yang nak disampaikan. Contohnya dalam filem Pendekar Bujang Lapok, semasa mereka ingin mencari rumah Pendekar Mustar, tiba-tiba mereka ternampak satu sekolah orang-orang tua. Sudin menyebut, "alif, mim, nun wau. alif tendang wau. sarkas daa." Mungkin bagi kita yang mendengar buat pertama kali, kita merasakan itu satu jenaka tetapi hakikatnya P.Ramlee memberikan satu sindiran yang tajam kepada politikus. Cuba kita perhatikan huruf-huruf jawi tersebut. Alif mim nun wau = amno. Ini menunjukkan P.Ramlee memang tidak sebulu dengan parti politik itu kerana 'perjuangan' mereka ibarat sarkas semata-mata.
Di akhir bab, pengarang memasukkan satu temu bual P.Ramlee di hujung-hujung usianya. Akan akan berasa sedih membaca bab ini kerana P.Ramlee umpama melepaskan rasa kecewa dalam hatinya. Usahanya membangunkan anak bangsa melalui seni seperti tidak dihargai masyarakat.
Hmm...semoga roh arwah bersama dengan orang-orang yang beriman. Al-fatihah (dibaca).
Saya gemar menghabiskan waktu menonton dan "membaca" filem-filem luar (Filem luar tidak bermaksud semata-mata Hollywood-kerana Hollywood bukan industri filem terbaik di dunia-Hollywood hanya berkelebihan dari segi dana membuat filem dan kualiti masih dapat disaingi oleh negara-negara lain). Saya hampir jarang menonton filem-filem tempatan kerana kualiti yang semua kita harus akui dengan jujur; kebanyakannya agak mendukacitakan akhir-akhir ini (Maaf, ini pendapat peribadi). Buku ini; Membedah P Ramlee yang ditulis oleh Daniyal Kadir sedikit sebanyak telah menunjukkan keseriusan daya fikir beliau dan kejayaan beliau mendedahkan "tanda-tanda" yang telah digunakan P Ramlee. Saya berharap penulis bernama Daniyal Kadir ini dapat dilibatkan secara langsung atau tidak langsung dalam dunia perfileman negara kerana beliau mempunyai pengetahuan yang diperlukan dan tidak salah untuk memberi peluang kepadanya. Filem yang baik adalah mengenai kepandaian memasukkan "tanda-tanda", sementara filem yang buruk adalah filem yang tiada "tanda-tanda" (Kebanyakan filem kita kini tidak mempunyai "tanda-tanda" yang menunjukkan isu besar di sebaliknya). Selamat. Tahniah.
Membedah P. Ramlee. Buku ni bukanlah 100% biografi Arwah, cuma mesej yang ingin di sampaikan oleh Arwah dan di zahirkan di dalam setiap filem - filemnya. Diselitkan sedikit perjalanan hidup Arwah dalam buku ni. Ada juga sedikit cebisan temubual bersama Arwah yang pada aku boleh dikira agak "rare" di bahagian belakang buku.
Buku ni sekadar apa yang penulis 'nampak' dalam setiap filem arahan atau lakonan Arwah. Sama ada tersurat atau tersirat, dan aku pasti hangpa yang tengok filem P. Ramlee berpuluh - puluh kali pun takkan nampak apa yang penulis 'nampak'. Aku berani kerat jari (jari ayam).
Tulisan-tulisan penulis dalam buku ni tak terlalu berat untuk hangpa nak baca dan paham, juga tak terlalu ringan sangat sampai hang malas nak berfikir. Di detailkan jalan cerita oleh penulis dengan penuh ilmiah. Ya, detail ya amat. Macam mana detailnya aku malas nak habaq, hangpa beli sendiri.
Macam kita semua sedia maklong, filem-filem Arwah P. Ramlee memang banyak mesej dan teladan. Setiap mesej dalam filem itu diperincikan oleh penulis.
Hangpa kena tengok filem-filem PRamlee sebgai pengarah dan kemudian baru boleh digest luahan dan pemikiran saudara penulis. Tajuk buku tertulis nama gah PRamlee sudah cukup buat aku tanpa berfikir mencari-cari di toko-toko buku dan akhirnya aku hubungi sendiri penulis.
Idea yang menarik untuk membedah karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Walaubagaimanapun penerangan dalam keluarga buku ini terlalu ringkas dan sepatutnya boleh dikembangkan dengan memgambil kira sumber rujukan yang lain
Buku ini bukan menceritakan tentang peribadi P. Ramlee atau mengupas kehidupan beliau, tetapi kupasan mengenai filem-filem karya beliau (mengikut tafsiran Daniyal Kadir) memang cocok dengan tajuk buku ini "Membedah P. Ramlee".
Biasanya kita tonton cerita P. Ramlee, kita hanya akan gelak dengan jenaka yang disajikan dalam pelbagai watak dan jalan cerita namun mungkin ramai dikalangan kita tidak terfikir pun maksud atau mesej disebalik cerita yang digarap oleh P. Ramlee itu sendiri mengikut tafsiran penulis.
Seperti yang tertulis dalam buku ini, P. Ramlee banyak memasukkan elemen anti feudal dan penindasan mengikut kasta dan memerli sistem tertentu. P. Ramlee merupakan genius filem Melayu, orang seni biasanya akan selit elemen tersirat didalam karyanya dan ini mebuatkan ceritanya tak lapuk dek zaman dan generasi. Aku rasakan sudah tidak akan ada lagi P. Ramlee yang seterusnya sampai kiamat.
Buku yang bagus kepada sesiapa yang meminati Allahyarham P. Ramlee, membuka minda & membuatkan kita sendiri berfikir.
Jalan yang dipilih seseorang dalam melunaskan tugas-tugas hidup kadang-kadang terkait kehidupan orang lain yang jauh dari mengenali orang itu sendiri. Kadang-kadang orang itu bukanlah orang yang kita kenal secara peribadi dan hidup jauh dari garis masa kita sendiri.
Itulah yang dilakukan oleh seniman agung nan satu ini. Beliau hidup jauh dari kita semua, dari sudut masa dan jarak kilometer. Kita mustahil untuk bertemu dengan beliau. Tapi apa yang beliau tinggalkan pada kita dalam bentuk naskhah-naskhah filemnya sedikit sebanyak membantu kita intuk mengenali beliau.
Karya yang penuh dengan anjakan paradigma pada zamannya, memberi gambaran sempurna tentang kehidupan masyarakat sekitarnya.
Kelunakan seni dialog dan kata-kata yang diucapkan oleh beliau dan para pelakon yang lainnya memberi impak dalam hidup kita.
Terima kasih P. Ramlee. Terima kasih Daniyal Kadir. Sesungguhnya buku ini membuatkan aku lebih rapat dan lebih mahu mengenali seniman agung ini.
Daniyal Kadir cuba dengan sedaya upaya menterjemahkan apa maksud yang ingin disampaikan oleh P. Ramlee secara alegori dan sarkastik. melalui susunan filem dan niali nilai yang ada didalam filem dengan memperincikan pelbagai elemen. Namun buku ini bukanlah sebenarnya ingin menjelaskan siapa P.Ramlee namun lebih kepada hanya penterjemahan disebalik maksud setiap filem P.Ramlee.
Jika awak mengharapkan buku ini tentang memoir, tidak. Buku ini bukan tempatnya.
Buku ini mengupas tentang pandangan dan olahan cara penulis berfikir tentang mesej-mesej yang disampaikan oleh P. Ramlee dalam filem-filem beliau. Dan fokus buku ini tentang ulasan filem yang diterbitkan di bawah Malay Filem Production (MFP).
Cerita-cerita P. Ramlee sudah lama saya tinggalkan, dan tidak semua saya saksikan. Tetapi selepas pembacaan saya terhadap buku ini, saya jadi seronok dan ingin menonton filem-filem arahan beliau.
Dalam buku ini, saya dapat saksikan ketajaman kritikan yang diberikan P. Ramlee kepada orang-orang kita tetapi berbentuk secara halus. Sewaktu saya membesar dahulu, saya selalu memandang P. Ramlee sebagai orang-orang agama tetapi hakikatnya beliau cumalah anak seni yang berpontensi meluahkan segala isi hatinya tentang pemerhatian beliau terhadap orang sekeliling.
Jika ditanya kepada saya tentang filem yang paling saya sukai mestilah Pendekar Bujang Lapok kerana jenaka yang disampaikan beliau itu menyentuh hati kecil saya sewaktu kanak-kanak, tetapi saya rasa jika saya menonton cerita ini pada umur sekarang, pandangan saya pasti berubah.
Buku ini saya syorkan untuk mereka yang sudah lama meninggalkan filem-filem beliau, buku ini bukan untuk mereka yang ingin mencari kisah hidup P. Ramlee.
“Saya dah tua. Dah lama saya berlakun. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kahwin dah beranak dan dah sembahyang."
"Kalau P. Ramlee berlakun, siapa nak tengok. Nanti budak-budak universiti tanya, apa kelulusan P. Ramlee itu?"
******
Di waktu sahur Ramadan kali ni, filem-filem P. Ramlee kembali disiarkan di astro Citra seawal jam 4.30 pagi.
Aku sudah lama tidak menonton filem-filemnya dan menonton tv juga sebenarnya.
Lalu, aku teringatkan buku Membedah P. Ramlee ini. Pernah dibuat sesi bedah buku ini bersama Bang Daniyal Kadir di UM masa belajar dulu.
Filem-filem P. Ramlee mempunyai banyak mesej yang mendalam ada kalanya bersifat kritik sosial dan sekaligus membawa kita semua untuk selami pemikirannya melalui filem yang tidak pernah "lapok" ditelan zaman.
Kesedihan dan kesayuan jiwa P. Ramlee dihimpunkan dalam bab akhir buku ini dan menyedarkan kita yang membaca untuk sedar bahawa beliau sebenarnya adalah pahlawan yang mati di medan pertempuran seni budaya menentang kapitalisme.
Al-Fatihah buat Lagenda Seniman Tanah Air, P. Ramlee.
Penulis berjaya membawa pembaca ke satu tahap baru untuk menghayati karya P. Ramlee dengan lebih mendalam. Penyampaian yang sangat baik malah memberikan pandangan dari sudut seni dan pemahaman filem yang tidak terjangkau. Penulis membuat saya menonton semula semua karya-karya P. Ramlee dan melihat dari sisi penulis dan lebih memahami pembawakan kisah dari P. Ramlee.
Benar, filem-filem P. Ramlee mestilah dilihat dari kaca mata seorang pengarah yang berjaya dengan maksud tersirat dan tersurat. Penulis memberi gambaran betapa halusnya karya seni yang dibawa P. Ramlee dan betapa gigih dan tekunnya tugas seorang pengarah, bukan sahaja harus membuat penyelidikan yang mendalam kearah satu topik yang ingin difilemkan, malah mentafsirkan kepada gambar dengan dialog dan aksi.
buku ini telah mengubah pandangan saya terhadap filem-filem p.ramle di mana pada pandangan saya filem-filem p.ramlee dulu hanyalah untuk hiburan semata-mata yang penuh dengan lawak-lawaknya yang tiada mesej. Apabila saya membaca buku ini saya dapati filem-filem p.ramlee sebenarnya ada mesej yang tersendiri iaitu dari segi kritikan sosialnya yang berkaitan dengan darjat, kritikan terhadap sikap masyarakat itu sendiri yang malas dan beberapa lagi kritikan. Ketika membaca buku ini juga, saya sedar sebenarnya jenaka-jenaka yang dibawakan oleh p.ramlee itu mempunyai mesej yang ingin disampaikan seperti yang saya beritahu sebentar tadi tetapi disesuaikan dengan keadaan masyarakat ketika itu.