Novel ini adalah kisah berangkai dari Trilogi: Jangan Baca Novel Ni". Dan semua watak di dalam novel ini akan mati. Selamat membaca dan semoga terhibur...
Naskah ini merupakan sambungan dari trilogi Jangan Baca Novel Ni. Ia kembali dengan kisah Dr Dayang dan pesakitnya. Seramai 70 lebih orang telah membuat aduan tentang mendengar musik di telinga mereka. Dan ini membuatkan mereka resah akan keadaan mereka sendiri.
Untuk novel kali ini ada banyak garis masa yang berbeza digunakan. Hampir juga SH pening sebab agak tidak tersusun garis masanya. Tetapi setiap pertukaran garis masa ditulis dan dinyatakan dengan jelas di awal penceritaan. Cuma SH je yang selalu terlupa.
Mungkin kerana ini naskah yang pertama, masih banyak persoalan yang ditinggalkan menanti jawapannya. Dan banyak benda yang memeningkan kepala SH dalam naskah ini. Tentang suara, tentang pokok merah, tentang kejadian di Italy dan sebagainya.
Novel ni adalah novel kesinambungan trilogi jangan baca novel ini. Eh banyak plak perkataan 'novel' dalam ayat pertama tadi. Peduli kan. Yang pentingnya, novel tulisan IFI ini bagus. Aku dah lama habiskan pembacaan trilogi JBNI. Jadinya, bila baca seruan ni kenalah sedikit sebanyak gigih recall balik apa yang patut. Huhu... Selesai seruan yang pertama. Nak teruskan yang kedua dan ketiga plak. Tak sabar nak tahu perkembangan cerita seterusnya.
weird yet so amazing!.. sesiapa yang biasa baca novel karya cik penulis Ismi Fa Ismail pasti tahu cara olahan yang menakjubkan buat pembaca meremang sorang-sorang bila baca. tenggelam dalam pembacaan sudah semestinya.. semuanya adalah perkara yang luar jangka tapi menjurus sebenar pada satu perkara utama.. buat yang pertama ini, banyak tentang kematian...
doktor dayang dalam proses mengenalpasti apa sebenarnya yang berlaku pada pesakitnya. semua mengalami simptom yang sama- mendengari irama dari alat muzik nafiri. semua mereka mendengar irama yang sama walhal mereka dari serata pelosok tanah air. dan umur mereka berbeza, asal pun berbeza.. siasatan demi siasatan, membawa dayang bertemu dengan kemboja.. buat pembaca novel JANGAN BACA NOVEL INI mesti tahu tentang watak kemboja ini. diceritakan juga tentang mula wujudnya watak magdalena yang akan turut sama ada dalam kalangan pesakit doktor dayang...apa berlaku sebenar pada kesemua pesakit itu?... ke manakah mereka semua tiba-tiba menghilang?
sebenar terus terang, saya taktahu macam mana nak kupas novel ini dengan ayat. anda pembaca sebenar kena beli dan hayati.. cerita masih tergantung... seruan kedua akan menyusul..... siapakah IMAM?
SERUAN PERTAMA: Dimulakan dengan begitu baik sekali. Merakam kebolehan penulis bermain dengan prosa prosa indah untuk menggambarkan layangan watak seperti dalam mimpi. Lokasi asing dan garapan awal ini bayangannya sama seperti pembukaan filem fiksyen seram. Pembaca akan terus terbayangkan suasana suram dan gotik, itulah kelebihan berkhayal penulis Ismi Fa Ismail. Objek objek seram yang dipilih 7 ekor anjing ganas dan 7 wanita tukang kerja sangat menarik sekali. Dibawakan sekali watak watak penting dari triloji Jangan Baca Novel Ni untuk memeriahkan seruan pertama, tanpa menganggu pemahaman jalan cerita terkini. Kisah kisah misteri kehilangan, melewati kawasan asing dan pohon berbunga merah. Lanjutan dari pesakit muda Serafina pembaca akan mula berkenalan dengan watak watak lain lagi yang sangat mengharukan. Setiap mukasurat tidak akan membenarkan kamu berehat dari suasana tegang pengkisahan. Kemboja dan Atif kembali untuk menggelirukan kamu lagi sehingga tamat seruan pertama yang bertumpu pada bunyi Nafiri dan pencarian makna lambang. Penceritaan bijak yang tidak mahu melengah lengahkan mukasurat pada pembaca.
Buku ke4 dari penulis yang telah aku baca. Novel ini adalah kesinambungan dari trilogi jangan baca novel ini. Kali ini menceritakan tentang penyiasatan Dr Dayang dan Dr Suraj tentang fenomena misteri yang melanda di dalam negara dan luar negara. Kematian misteri yang melibatkan pesakit beliau hampir mematahkan semangat Dr Dayang. Penglibatan Dr Dayang dalam keadaan misteri ini mungkin boleh menyebabkan beliau terkorban. Terlampau banyak misteri yang belum terungkai dalam buku yang pertama ni. Misteri pokok berbunga putih yang hanya ada sekuntum bunga merah. Misteri kelahiran Serafina. Misteri kehilangan pesakit Dr Dayang termasuk Han dan misteri simbol yang ada di perkampungan orang asli . That's why ada buku yang kedua dan ketiga. Nak tahu misteri terjawab ke tidak kenalah baca next book..
Aku agak kecewa dengan diri sendiri sebab agak lambat mengenali dan membaca karya Ismi Fa Ismail. Pada penghujung Jangan Baca Kombo Ni buat aku mempersoal, adakah tiada lagi yang seterusnya? Nah, Seruan Pertama! Misteri baru disulam secara berselang-seli dengan sedikit misteri lama. Seram dan puaka diperincikan dengan sangat terang - ini yang bikin meremang. Walaupun buku ini dihidang tanpa pembahagian bab, pembacaan langsung tak rasa lewah ataupun penat. Ayuh Seruan Kedua!
Ya, beberapa watak dalam SERUAN PERTAMA (SP) ni, mati. Penyebab kepada kematian mereka masih belum dikenalpati, jadi saya perlu juga baca kesinambungannya; SERUAN KEDUA. Buku ni nipis je dan format font bukan guna font biasa, jadi memang dalam sehari atau 2 hari dah siap baca. Halaman awal saja, ada diceritakan watak yang mana agama dianutinya adalah Kristian. Jadi, nak tak nak memang akan dihadapkan dengan gereja. Tapi, sikit je la.
Cuma, terfikir literally, seruan ni, kita akan alaminya satu hari nanti?
ok..saya ialah manusia dalam kalangan 50 yang sudah membaca seruan pertama ni..bila baca novel ni..wow!! banyak suprisenya..banyak watak baruuu.. kemboja jumpa pohon :') bestnyaaa.. kalau boleh nak ST and SK hardcover juga :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kesinambungan dari trilogi novel Jangan Baca Buku Ini, Tiada Tajuk, dan Akhir. Aku dah buat review tentang ketiga-tiga buku tu, dan nampaknya Seruan Pertama ni masih lagi berjaya membawa elemen seram dan gelap yang wujud dalam buku pertama.
Mula-mula aku baca buku ni, aku penuh dengan tanda tanya, suspen, dan excited nak tahu apa yang dah jadi sebenarnya di sebalik konflik-konflik yang ditonjolkan. Aku selalu kagum dengan Ismi Fa Ismail sebab boleh berimaginasi dengan menggunakan alam sekitar, macam dalam cerita orang putih, bermain dengan unsur-unsur yang subtle. Warna, pohon, pemandangan, binatang dan sebagainya. Unsur alam dalam buku ni sangat kuat, dan juga ianya amat mengagumkan bilamana penulis berjaya menyelitkan unsur seram dan misteri dan mengembangkannya di sebalik unsur alam tersebut.
Aku suka bila baca tentang Magdalena, sebab penulis boleh menyelitkan elemen seram Barat dalam buku ni dengan baik. Seriau je rasa bila mengenangkan apa yang sebenarnya Magdalena boleh buat dan siapa asal-usul dia sampai dia terlalu mistik dan berbahaya. Penulis juga jelas tidak sayangkan watak, dan itu adalah sesuatu yang sangat baik. Penulis akan memperkenalkan satu watak, mengembangkan watak tersebut sehingga kita jadi attached dengannya, kemudian dia akan mematikan watak itu dengan cara yang agak heartless.
Fokus dalam cerita ni adalah Doktor Dayang dan Magdalena, juga fokus pada kes pelik Code Trumpet serta pesakit-pesakitnya. Kemudian kita juga ada Syam yang berani, 5 orang pesakit yang mati, dan juga sedikit selingan tentang pasangan Kemboja dan Atif. Walaupun banyak watak diperkenalkan, tapi fokus cerita tetap pada konflik apa sebenarnya kejadian di sebalik Code Trumpet dan apa kaitannya dengan Magdalena/Serafina. Ending tentang Doktor Dayang yang masuk ke dalam pintu Putih tu pun sangat menarik dan buatkan kita tak puas baca.
Overall, buku ni memang dark and gothic. It deserves 5 stars
Sambungan dari trilogi pertama... Watak Dr Dayang menjadi lebih penting dalam siri ini... Watak-watak lain seperti Kemboja dan Atif juga dibawa masuk dalam siri ini...
Ceritanya mengisahkan 72 orang yang akan mendengar bunyi alunan nafiri secara tidak sengaja dan bila-bila masa sehinggakan menimbulkan tekanan perasaan kepada beberapa orang dan mengundang maut... Dari nafiri sehinggalah ke simbol unik yang ada di atas alat muzik itu, sebuah kampung orang asli yang pelik berjaya dikenal pasti dan berkait rapat dengan 7 orang tersebut.
Magdalena, atau Sherafina... siapakah dia sebenarnya...? Kenapa setiap orang baik dibalas dengan kematian atau kecederaan oleh budak ini?
Kematian itu sungguh menyepikan... Tapi kesepian adalah ketenangan.. Insan tersenyum itu adalah indah Maka .. Kematian itu indah..
"Dunia ini hnyalah persinggahan, bila kita mati, barulah kehidupan kita bermula.."
Terlalu banyak watak, kadang-kadang mengelirukan. Heheee
Maria - seorang gadis lima belas tahun ditemui mati dalam keadaan perut terbelah luas. Di hadapan rumah tempat gadis itu ditemui tujuh mayat wanita. Masing-masing tidak berkepala. Joseph - Daripada Italy, usia lebih kurang 80-an. Menjaga Magdalena Serafina adalah magdalena. (Berambut merah) Dr. Dayang Dr. Suraj - Dr. Dayang ambil alih pesakit Hadi , Ikhwan,Fauzan, Azizul, mati Kemboja & Atif
Menghabiskan masa selama 7 jam untuk bacaan ini. Sebagai peminat tegar sejak Jangan Baca Novel Ni, sambungan kepada trilogi tersebut amatlah dinanti-nanti. Terima kasih kepada promo PBAKL yang lalu, 3 buku RM50! *heart eyes*
Seruan Pertama, seperti buku sebelumnya menguji kesinambungan watak yang lalu, mengikat cerita menjadi satu. Sukar untuk mencari penulis seperti IFI yang boleh mengaitkan semua watak-watak sehingga menjadi tidak asing lagi.
Tidak sabar untuk menyambung bacaan di Seruan Kedua!
Saya baca Akhir, novel ketiga dari trilogi Jangan Baca Novel Ni, lima bulan lepas. Lama dah... yang saya ingat, saya teruja dan terkedu dengan kreativiti penulis melakar cerita-cerita dalam buku pertama dan kedua trilogi JBNN. Novel Akhir walaubagaimanapun, meninggalkan kepeningan.
Seruan ialah sambungan trilogi JBNN. Saya cuba lapangkan dada dan pasang kuda-kuda positif membacanya. No expectation untuk ketemu jawapan kepada banyak persoalan yang ditinggalkan di belakang novel Akhir. Otak tak boleh cerna. Mungkun belum dapat tune. So, kena sambung dengan Seruan Kedua.
Sambungan dr trilogi Jangan Baca Novel Ini, permulaan kita dikenalkan dgn satu watak baru iaitu ibu kpd Magdalena n seterusnya pasal kelahiran Magdalena yg misteri n creepy juga.
Masih berkisar pasal lagu yg bunyinya dr Nafiri yg mengikut kepercayaan melayu didendangkn jk ada bencana atau kematian. Org yg boleh mendgr lagu itu di Malaysia shj sudah ada 77org atau dh boleh dipanggil satu jamaah, x termasuk di luar negara. 5 org terkorban tanpa sbb n kelima2 mempunyai byk persamaan.
Ada plak pasal teka teki yg bermain difikiran kita mengenai simbol pelik yg terdpt di serata temp tertentu, cth plg dekat di Nafiri iaitu alat muzik itu sendiri yg setelah disiasat bagai membawa maksud 'ada tujuh semuanya'. Tak abis kumpul jwpan Dr Dayang plak hilang bila dia cuba menjejak ke maner hilang org atau pesakit beliau yg boleh mendengar lagu itu.
Ada kejutan utk watak Serafina, watak x terduga kejutannya, disusun baik bila Dr Dayang terperanjat bila melihat bapa Serifina... Opssst terlupa agak mengerikn ek makhluk yg terhasil dr upacara MENUKAR ??? Apakah rahsia yg ada di perkampungan org asli di atas bukit berhampiran kg kelima2 mangsa yg meninggal ???
Buku pertama dr Trilogi Seruan yg berkaitan dgn Trilogi JBNI. Kisah siasatan pesakit yg mendgr bunyi muzik nafiri dan jugak simbol misteri oleh Dr Dayang dan Dr Suraj. Watak baru diperkenalkan iaitu Magdalena aka Sefarina. Watak kedua penting iaitu Kemboja yg dpt melihat kematian. Isi cerita dan penyampaian yg mudah utk difahami :)