Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Novel ini adalah yang terakhir. Semua orang dalam dunia ni akan mati. Selamat membaca dan semoga terhibur...

320 pages, Paperback

First published November 15, 2015

10 people are currently reading
246 people want to read

About the author

Ismi Fa Ismail

31 books339 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
89 (55%)
4 stars
46 (28%)
3 stars
16 (9%)
2 stars
8 (4%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
February 17, 2016
Tahniah pada penulis sebab menghasilkan cerita ni. Nak-nak, untuk Seruan Terakhir. Bukan calang-calang orang yg mampu hasilkan cerita macam ni. Watak Kemboja yg hanya sekadar tempelan dlm trilogi Jangan Baca Novel Ni boleh dikembangkan menjadi seorang wanita luar biasa yang boleh melihat kematian seseorang sebelum kematian yg sebenarnya berlaku.

Latar masa dlm ST adalah antara tahun 2016 - 2066. Ya, tempoh yg sangat panjang. Memang benar, sy ada baca yg mana akhir zaman nanti, dunia akan kembali pada zaman dulu-dulu. Dalam ST, Fitriyah yg berumur 30 tahun tak kenal pun apa itu iphone dan kamera digital.

Masa baca Seruan Kedua, saya kurang faham apa yg terjadi pada Syam. Jadi, dalam ST, m/s 217, diceritakan apa sebenarnya yg terjadi pada Syam. Ada watak baru muncul seperti Fitriyah, Ithar, Firdhausi, etc. Saat mana penulis gambarkan kematian Fitriyah adalah sangat2 sedih & kejam. Begitu juga dengan Abdullah (berhubungan dengan Ithar).

Bila nak sampai ke m/s terakhir, lega... Sebab dah berjaya habiskan siri Seruan dan ada sesuatu yg dijelaskan oleh penulis melalui watak Kemboja.

"Ada TUJUH semuanya. Bukan ENAM. Tapi TUJUH." - Akan ada kesinambungan atau trilogi yg lain ke? Ke, sy yg tak faham maksud ayat ni.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 21, 2016
saya kira, trilogi kali ini lebih tersusun kemas plotnya, berarah tuju garapannya berbanding trilogi #jangan baca novel ini.

kesinambungan antara 1 buku dengan buku berikutnya dilakar seadanya, walaupun melibatkan perkembangan watak2 yang berbeza.

tidak banyak yang hendak diulas, cuma pada buku ketiga, kurangnya perkembangan watak serafina membuat sedikit tertanya apa yang jadi kepada sang ratu, walaupun boleh meneka melalui plot dan kehadiran watak2 antagonis yang ada.

apa pun, buku ini masih menarik kerana memperingatkan tentang keadaan hari kiamat kelak.

tahniah untuk penulis.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,547 reviews41 followers
May 14, 2020
Saya baca semula kerana ingin baca buku Yang Ke 7. Kali ini, saya dapat appreciate buku ini lebih baik. Entah mengapa sebelum ini saya bagi tiga, rasanya lebih kepada tak puas hati sebab dah hujung dulu found out ceritanya tergantung. Sangat lah immature nya saya. Kali ini, mungkin juga sebab sambungan ada di tangan ni, nak baca selepas ni 🤓 bagi good review. Memang hebat, deserve 5 bintang. Betapa orang yang takut jadi kejam. Betapa orang yang selfish, hipokrit, jumpa geng, boleh jadi penguasa yang ditakuti malah disegani. Betapa twisted nya keadaan bila orang yang fitrahnya songsang, taat perintah Allah dan sangat baik hati menyantuni anak-anak yatim dan orang tua, diminta kembali ke fitrah jika tidak mahu di siksa dan dilaknati. Abdullah juga terima nasib yang mengerikan. Part ini saya bimbang nak sebut banyak sebab saya tak cukup Ilmu. Serafina tu siapa asalnya ya? Mungkin ada ceritanya dalam Seruan Pertama atau Kedua tapi saya dah tak ingat. Sekarang saya tak sabar nak sambung baca Yang Ke 7. Jangan IFI gantung lagi sudah lah. Ohh Iya satu benda saja saya fikir tak patut, bila Kemboja dalam kurungan MEREKA, dia sentiasa berfikir demi kelangsungan hidup dan bagi memberikan nya pedoman supaya terus kuat, penulis samakan zikir dengan dadah. Sesuatu yang keeps Kemboja going, without which dia akan hilang misi hidup. Mungkin lebih sesuai jika zikir yang menemani hari-hari Kemboja itu disamakan dengan 'udara' atau 'nafas' atau 'cahaya'? Pandangan saya saja la. Other than that, cerita Seruan Terakhir first class.
=====

My earlier Review
👇
Baiklah kalau gitu. Masih ada sambungan. Rasa yang sama bila baca Akhir dalam trilogi Jangan Baca Novel Ni. Ingatkan dah selesai tapi belum. Novel Seruan Akhir ini juga tinggi tahap wow factornya bagi saya. Penceritaan keadaan dunia (Malaysia saja rasanya) selepas gegaran ketiga, sebelum tiupan Sangkakala pertama. Memang menakutkan terutama part di mana manusia berkongsi malam dengan pelbagai makhluk kegelapan yang sewenang-wenangnya membunuh dan berkongsi hidup bermasyarakat dengan manusia yang tidak berhati perut. Mood saya dingin bila Dayang dan Awang tiba-tiba dinyahkan dari kehidupan. Saya harap Munir-Armina akan menggantikan dengan senario dua insan bercinta namun tiada. Mereka sepatutnya memburu anak yang bakal lahir dari penyatuan Munir-Armina, namun belum ada dalam siri kali ini. Fitrah Fitriah yang dijelaskan hanya beberapa hari sebelum nafas akhirnya, begitu memeranjatkan. Saya fikir Imam akan jadi watak utama dalam siri ini, meneruskan legasi Kemboja, namun dia hanya watak sampingan. Banyak penjelasan untuk persoalan dalam Seruan Kedua namun lebih banyak persoalan baru timbul. Budak lelaki anak orang kaya yang beli darah 7minit daripada 3 orang lelaki jahat tu, siapa dia? Kiranya apa yang terjadi adalah mimpi Kemboja atau dia time travel beberapa detik sebelum / selepas tiuoan Sangkakala Pertama? Tiupan nafiri yang melanda dalam fikiran 70 orang termasuk Han, dan kemudian suara-suara yang mengganggu mereka, sebenarnya apa maksud dan kena mengena dengan waktu akhir? Seruan untuk apa?
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
July 25, 2016
SERUAN TERAKHIR
Watak watak baru yang behubung kait diperkenalkan supaya mereka boleh digambarkan menjalani konflik fasa gelap dunia. Terlihat kebijaksanaan penulis mereka cipta sistem di zaman itu dengan memperkenalkan dua parti/kumpulan pimpinan REBEL dan PURITY (sila baca mandat 2 parti tersebut), pengenalan kepada zon zon kawasan kehidupan, sistem hospital bersalin, sifat para pengikut, hukuman hukuman terhadap manusia dan harga Al Quran memberikan kesan dan perasaan yang unik pada pembaca apabila dunia digambarkan sudah melangkah ke tahun 2030.
Watak dan rahsia ‘Bunga Dari Neraka’ digarap dengan begitu kemas dan membuahkan persoalan semasa bagi pembaca yang matang, begitu juga konflik perasaan Abdullah dan Ihtar. Saya tidak akan mengulas banyak tentang resah jiwa persoalan ini kerana ia menyentuh hal manusia sejagat yang terang terang sudah wujud, kamu harus membacanya. Interesting and smart way of conflict retelling.
The Wailing women?
Secara bijak direka oleh penulis untuk memeriahkan lagi penceritaan. Kenapa bijak? Kerana saya berpendapat walaupun ianya naskah fiksyen, ia penuh dengan falsafah manusia yang seolah olah buta dan lemah jiwa dalam menjalani hidup. Dalam penceritaan yang kasual dan lancar, penulis tidak lupa untuk mempamirkan kebolehan beliau untuk berpuisi dan bersyair, sengaja dimudahkan agar setiap baik itu memberi gambaran rasa. Ismi secara bersahaja mahu pembaca faham bila dunia digambarkan terlalu moden/terkebelakang dalam jangka waktu sedang menuju kehancuran, suasana pilihan di Malaysia agar pembaca jadi lebih dekat pada cerita. Kenapa menara berkembar tinggal satu? I phone/telefon pintar yang disita? Apa dia kamera digital? Semua itu saya anggap sebagai gabungan penceritaan kasual yang bijak. Toleransi sesama manusia ketika itu menjadi sangat ribut!
Pembaca akan dibawa ke detik di mana Serafina yang tidak dimakan usia bersama ayahnya berarak untuk menemui manusia dan bantuan yang diusahakan oleh Pohon dan Khalifah Adib (kamu pasti ingat pada Adib dalam novel jangan baca novel ni), penulis mahu mengambarkan bahawa gabungan antara dua entiti yang diciptakan dari api dan tanah, seraya mengingatkan pembaca bahawa bukan hanya mereka yang diciptakan oleh Allah Yang Maha Esa.
Ditamatkan dengan Epilog yang sangat menawan, penulis berkisah tentang Kemboja dan Atif sambil membawa kembali watak watak dalam 2 tajuk awal. Sebagai penulis Muslim, Ismi banyak berlegar di sekitar surah surah Al Quran sebagai garis pandu kisah. Namun, semuanya bukan secara melulu, surah surah tersebut kelihatan sangat bermakna dan cantik dalam set kotak ini. Sebagai penamat, surah Luqman 1311:34 digunakan sebagai kesimpulan seluruh penceritaan secara tidak langsung menenangkan manusia bahawa dalam apa apa hal sekalipun HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
468 reviews42 followers
March 24, 2024
Naskah kali ini lebih menumpukan kepada kisah 50 tahun mendatang. Di mana Adib, Fahim dan Imam sudah dewasa malah masing-masing memegang jawatan penting dalam negara.

SH memang geram dengan penguatkuasa PURITY. Pendekatan yang diambil untuk menghukum orang salah di mata mereka amat lain dan keterlaluan. Kononnya tidak ingin ada orang berdosa di muka bumi ini tetapi malah menggunakan peramal untuk membuat sebuah keputusan besar.

Pengakhiran cerita ini juga memeningkan SH. Tiba-tiba ada pula imbas kembali.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
January 1, 2017
walaupun penceritaan lebih dahsyat kali ini tapi tenang rasa sepanjang pembacaan. gambaran zaman akan datang. Betapa musnahnya kediaman manusia masa itu hasil dari kerakusan manusia sekarang. Yang rakus dari banyak segi, kemahuan, kehendak,cita-cita, sifat... Semua saling berkait merosakkan apa saja yang ada.. Kerosakan yang harus diwarisi, tak dapat tidak oleh generasi akan datang. Betapa kasihannya anak-anak kita....

Kemboja, apa saja yang dinampak, semua premonition mula menjadi nyata. Dikala bumi mula rosak, bumi mula di datangi oleh makhluk dari alam lain.. Setiap watak mula dikisahkan apa fungsi mereka. Sebenarnya banyak kekejaman yang dikisahkan. Kasihankan anak cucu kita nak dapatkan ubat pun payah, nak dapatkan makanan pun amatlah mahal.. Nak miliki Al-Quran amatlah mahal harganya.. Betapa teruk ditindas hingga muncul ciri kepimpinan yang ekstrem.. Sehingga.... kedengaran sangkakala pertama...

Banyak sebenar pengajaran boleh pembaca peroleh. Walaupun cik penulis Ismi Fa Ismail bawak pembaca mengembara jauh, imagination beyond boundaries tapi hakikatnya semua dari dunia dan kehidupan yang nyata.. Setiap watak yang ada mewakili banyak sifat manusia sekarang. Fitriyah contohnya, perempuan jelita yang punya sifat penyayang dan amat sayangkan adik-adiknya juga punya sisi gelap. Tapi, orang lain tak boleh sewenang-wenang jatuh hukum. Siapa kita nak jatuh hukum kata orang tu salah orang ni jahat?.. Tahniah untuk siri SERUAN ini cik penulis. Tapi, macam belum habis ya, baru nak bermula saja gayanya?.. Aarrgghhhh......
Author 3 books4 followers
October 12, 2015
komen saya tentang novel ni..cover meletop..dan xsabar nak baca sebab nak tahu apa yang akan berlakuuuu
Profile Image for Mackenyu Chiba.
21 reviews
May 16, 2016
walau persoalan dr segi ideologi putih dan kelabu, tp the whole concept was poorly excecuted. some even confusing
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
March 28, 2017
Selesai sudah trilogi Seruan. Tak reti nak ulas panjang-panjang. Hehehe... sedar tak sedar trilogi ini banyak mengingatkan dan menyedarkan. Pegi lah kamu baca trilogi ni. Sekian.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
December 19, 2023
Tersangat gila. Tak tahulah Seruan Terakhir ni nak letak level berapa dia punya mindfck! Diluar kotak sungguh! Jika Seruan Kedua semuanya berlaku dalam masa 20 hari, kali ini ia berlaku dalam tempoh 50 tahun. Dunia dah terlampau gila. Masih ramai yang mati dalam ni. Ada watak yang penulis dah bagi banyak perhatian, sampai aku pun rasa, dia ni akan jadi penyelamat ni, tapi tak! Dahlah kena twist dengan penulis, lepas tu diakhiri dengan penuh kejam. Ada TUJUH semuanya. Bukan ENAM, tapi TUJUH.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
March 16, 2017
SERUAN TERAKHIR - Ismi Fa Ismail

Wlupun pd awalnya rasa mcm teruk..... teruk sgt keadaan muka bumi, dgn wujudnya dua parti politik yg berlainan. Ditambah lg dgn MEREKA diketuai oleh Ratu Kegelapan yg kekal dlm bentuk kanak2 tp kejam. Akhirnya sy leh menarik nafas lega, sgt2 lega apabila Kemboja buka mata dia dipayungi oleh Atif. Aduhai sblm tu terasa penyeksaan yg sgt panjang sungguh, penderitaan yg x tahu bila akan berakhir. Bagus tindakan Kemboja tu, rupanya masih ada harapan utk menghirup udara segar.

Fitriyah..... sgt2 memeranjatkan hakikatnya n terasa sgt sedih n derita sgt penyeksaan yg diterima beliau sepanjang saat akhir nyawa beliau dicabut. Sebenarnya ada hint ttg Fatriyah nie diawal penceritaan namun sbb asyik terbehenti pembacaan sy itu yg betoi2 surprise sy rasa bila mengetahui sape beliau sebenarnya.

Sukar utk disampaikan bagaimana seronoknya novel nie, apakata korang baca n nikmatinya sendiri. Kita akan betoi2 dibawa ke mana pun suasana yg digambarkan penulis. Perkataan terakhir terlintas sblm beberapa helaian terakhir adalah LEGA n sgt2 lega sebenarnya.

#ifienterprise
#seruanterakhir
#ismifaismail
#seramlicious
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
March 18, 2016
Ada tujuh semuanya. Bukan enam.
Trilogi Jangan Baca Novel Ini : 3
Trilogi Seruan : 3

Okay, jadi bertabahlah menunggu buku terakhir, buku ketujuh.

Tak pernah menghampakan. Tapi trilogi seruan ni banyak kali buat aku meleleh dari trilogi jangan baca novel ini. Dan tidak ku sangka ada elemen-elemen cerita-cerita tentang itu yang diketengahkan oleh Ismi. Terbaik. Sedih. Marah. Cinta. Adeh..semuanya bercampur.

Plot twist dia memang tak tahan, banyak kali. Bulat-bulat aku terkena, kena tipu, tapi aku suka. Hahaha. Part gore dia memang terbaik. Aku harap Ismi terus maju jaya dan menghasilkan lebih banyak novel-novel terbaik macam ni. Salute!
Profile Image for Herinza Syadza.
32 reviews
July 1, 2017
Buku ini benar-benar memainkan perasaan dan emosi saya. Perjalanan merentas masa yang begitu cepat sekali membuat saya berkira-kira umur setiap watak dan relevannya mereka hidup di masa tersebut. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.

Menginsafkan. Sorotan agama dalam buku ini mengingatkan kembali pada Hari Kiamat, membuatkan saya muhasabah diri sendiri atas khilaf yang pernah dilakukan.

Hebat, cukup hebat. Tetapi ada tujuh semuanya?
Profile Image for Kiranim.
29 reviews
April 11, 2016
Walaupun rasa tertipu dengan ending of this story.. tapi jalan cerita tetap awesome dan menakjubkan. tak semua author boleh fikir jalan cerita yang di luar kotak. kadang kadang terpaksa stop baca kejap sebab nak fikir kenapa dan kenapa. ayat kat last page tu macam ada sambungan. lagipun cerita macam tergantung. tak sabar nak tunggu the 7th novel. ismi fa ismail daebak!!!
Profile Image for Nadhiah Aida.
512 reviews27 followers
April 7, 2016
tujuh kesemuanya tujuh ... bukan enam ... setiap jalan cerita susah nak digambarkan ...
entah korang beli and baca jer lah ... serius tak rasa menyesal ...
rasa .... sungguh nyata sekali .... kemboja ... pohon ... fitriyah, adib, atif, dalilati, nurjannah, imam, dayang, awang, sirna ..
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
September 15, 2016
best sgt2,susunan jln critenya sgt cntik,ralit baca smpai x sedar dh nk smpai kepenghujung...fullstar utk trilogi ni....ADA TUJUH SEMUANYA,BUKAN ENAM TAPI.....TUJUH...misteri sgt,apekah akan ada yg keTUJUH??Tunggu....
Author 2 books29 followers
April 23, 2016
aku suka ideanya.
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
January 12, 2020
Untuk seluruh siri ini, buku yang ke-6 inilah yang paling mengganggu fikiran dan plot twist pada pengakhirannya uish (please get this book out of reach from children like seriously).

Spoilers from this point
Dalam siri ini, rentas masa seolah-olah dipercepatkan sehinggalah tidak masuk akal ketika membaca... dunia menjadi kalut dengan perbezaan parti politik yang mempunyai fahaman yang berbeza dan menghukum orang tanpa belas kasihan atas nama agama, pembukaan pintu neraka yang menyebabkan syaitan masuk ke dunia, dunia yang telah hilang serinya akibat peperangan dan ketamakan manusia dsb. Walau bagaimanapun, mesej utama yang disampaikan penulis sangat ketara: di dalam buku ini ada watak-watak yang dilahirkan lelaki tetapi membesar menjadi lebih perempuan, dan lelaki yang cinta sesama lelaki, walaupun watak-watak dihukum dan diseksa sehingga mati (saya trauma membaca pengakhiran mereka T.T) tetapi apa yang penulis juga sampaikan dalam perbualan mereka dengan orang tersayang mereka, cinta itu benar, dan hanya Tuhan sahaja yang mempu memberikan ujian sebegini dan menghukum di akhirat. Manusia tidak berhak untuk menjadi Tuhan dan menghukum orang.

Dunia telahpun kiamat, kerana sikap manusia yang telah terpincang dari sikap kemanusiaan yang luhur. Tiba-tiba ada pula plot twist pada pengakhirannya bahawa ini semuanya mimpi buruk Kemboja yang mempu meramal kematian. Adakah ini akan berlaku, atau tidak? Kemboja sedari bahawa dia mampu menggunakan kuasanya untuk membolehkan orang-orang di sekitarnya melihat gambaran2 hukuman yang bakal diterimanya sekiranya seseorang itu membuat jahat. Dan inilah yang dia mampu buat untuk mengelakkan datangnya hari kiamat.

(Ketika baca buku ini saya ternampak buku yang ke-7 di kedai buku. Kira bertuahlah saya kalau tidak mesti tak boleh nak move on ketika ketahui ada sambungannya lagi!)
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
Dear Ismi,

Finally. Manage to finish this trilogy. MARAH, GERAM, SEDIH, KETAWA, GEMBIRA, TAKUT semua perasaan bercampur baur. Sangat terkesan dengan RAHIMI walaupun watak sebentar cuma. SYAM, FITRIYAH.

Ya, DUNIA semakin TUA. Menghukum seseorang seperti MEREKA adalah TUHAN. Yg nampak berIMAN hanyalah luaran. Golongan yang dilaknat ALLAH semakin berleluasa. Yang berSALAH dipandang BETUL. Yang BETUL diSALAH tafsirkan. Manusia semakin ALPA, semakin jauh dari AGAMA ALLAH. Allahuakhbar. Ya, DUNIA semakin TUA.
Ya, DUNIA semakin TUA.

Membaca jangan hanya untuk mendapatkan ceritanya sahaja. Dapatkan juga ILMUnya. Ismi terima kasih untuk trilogi ini. Awak dikurniakan Allah s.w.t bakat berkarya yang sangat luarbiasa. Soalan saya untuk awak seperti biasa, MACAM MANA AWAK BOLEH TERFIKIR SAMPAI MACAM NEH EH?? "Ada TUJUH semuanya. Bukan ENAM. Tapi TUJUH. "

Saya akan tunggu yang KE-TUJUH.

ps: Tak mahu jadi spoiler. So nak tau cerita sebenar sila beli dan baca sendiri. Harap maklom.
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
April 5, 2021
secara jujurnya.... trilogi seruan ni x kene pada jiwa aku yg suka pada thriller dan mncabar... bagi aku, seruan pertama dan seruan kedua amatlah slow dan mematikan mood aq untuk mmbacanya.... punyalah mati mood aq, smpai aq biarkan buku seruan kdua trbngkalai agak lama... lamanya tmpoh trbngkalai tu , aq tlh habiskan bbrapa buah komik dan bbrapa novel fixi.... nk kata , hilangnya mood ntuk mmbaca dua buku ni....sbbnya, buku ni tlalu celaru... mmbuatkan aq CELARU... byk bnde yg TIDAK TAHU... dan aq rse mmg itu yg pnulis itu mahukan.... KETIDAKTAHUAN dan KECELARUAN... tapi dlm sruan trakhir... mood baca dtg balik, sbb ade unsur , thrill, baru sdap sket nk baca.....

walau ape pun, tahniah buat pnulis dri generasi trkemudian ... ye , tahun 2021 baru tamatkan trilogi jbni dan seruan... ye, sye anak milenia.....tpi sdikit kiciwaa... ade yg ktujuh, dan aq msih blom mndpatkannya..... walau ape pun, aq masih akan support karya tuan pnulis...
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
February 13, 2021
"..Bahawa untuk setiap keindahan yang wujud di dunia ini, akan adanya keburukan. Untuk setiap kebaikan, akan ada kejahatan. Sehinggalah sampai waktu...cahaya dan kegelapan akan menjadi satu"

Tambahan watak Fitriyah, Ikthisar, Abdullah +++

Permulaan hari kiamat (?) Manusia dibahagikan tempat, zon putih dan zon kelabu.
Profile Image for Aini.
43 reviews6 followers
December 22, 2017
Ada tujuh semuanya, bukan enam tapi tujuh. Haaa ape yg tujuh? Di tengah-tengah novel aku dah rasa mcm merepek. Tapi bila penulis bongkar perkara-perkara yang kau tak sangka, tepuk dahi terus. Plot twist dia mmg power. Tahniah penulis! Ini baru enam. Saya tunggu yang tujuh. ; )
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews8 followers
March 18, 2019
Ending yg xdpt diramal, salute habis for idea Ismi Fa, let's read yg ketujuh pulak... Serius tak rugi beli, baca & simpan as collection 😊👍👍👍 malas nk review pnjg2, hanya yg baca yg akan memahami...
4 reviews
March 30, 2020
Buku ni ending dia... Hahaha rupanya tak real pun mimpi je kot🤣🤣🤣terbaiklah
Profile Image for Karikatur Diktator.
30 reviews
October 2, 2018
Kupasan berkenaan watak fitriyah dan ithar sedikit keterlaluan bg sy. Pada hemat sy seharusnya kita perlu mendekati dan membimbing golongan tersebut tetapi bukan dgn cara mengiyakan dan menerima perbuatan songsang mereka. Kita sebagai hamba Nya perlu faham dan beza kan antara fitrah dan ujian.. Jangan disebab kan sesuatu perkara tidak memihak kpd kita, kita mula berani mempertikai kan ketentuan Nya. Allah swt tuhan sekalian alam, segala kejadian atas kehendak Nya.. Walau sebesar mana pun ujian siapa kita utk menafikan?? Sama2 lah kita beringat, wallahualam.
Apa pun sekalung tahniah utk penulis kerana kerana menghasil kan karya2 yg hebat.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.