Ariasha Cinta Castra sedar perasaannya kepada Bayu semakin bercambah hari demi hari. Namun, kaumnya cuba menghalang kerana mereka tahu, di hujungnya tiada bahagia. Apa yang terjadi 19 tahun lampau antara Prawisna Jiwa dan Nasfisha mungkin akan berulang. Namun, Ariasha sudah bersedia. Bukan semata-mata demi Bayu, tetapi demi keamanan seluruh Tanah Ini.
Penzalim yang Sunyi, Indera Bumi kini di tangan Pemusnah Jiwa, tuannya yang sebenar. Mengapa Pemusnah Jiwa merampas Indera Bumi daripada Bayu? Apakah ingin menuntut haknya kembali atau ada tujuan lain? Kini, siapa lagi yang dapat menghalang amukan Sang Penunggu, Pengawal dan Penghalang Kebangkitan ini?
Biar hatinya lurus dan tulus, namun ia tidak mampu menjamin ketenangan jiwanya. Dasyuria, Sedinggi, Dakawa akan bertembung di medan perang. Antara manusia dan bala tentera Sigorong – kebaikan akan menentang kejahatan.
Mampukah Bayu Adi Jata menahan dirinya daripada pengaruh Lambang Kekejaman dan Penzalim yang Sunyi? Siapa akan terus hidup dan siapa yang akan terkorban?
Kenapa 3 bintang, sedangkan buku ini best..? Sebab kisah Bayu/Bayang masi tergantung.. Dalam Indera Bumi, Bayu bertarung membantu dua negeri yang diserang musuh yang turut memiliki keris Takluk Jagat.. Musuh yang ditentang bukan sembarangan.. Aksi perlawanan antara mereka sampai ke kemuncak bila Puteri Bunian terkorban dan Bayang muncul.. Bagaimana Bayang menjadi Bayu, yang ini tidak diterangkan.. Penulis menggantung cerita.. Katanya ada yang ke tiga.. Sama samalah menunggu.. Yang pasti Bayu dan Zilastra sangat mewarnai cerita dalam Indera Bumi ini.. Terutama sekali gelagat Bayu yang lurus bendul..
Novel epik Indera Bumi ni adalah sambungan kepada Takluk Jagat. Pengembaraan Bayu Adi Jata diteruskan dan lebih mencabar.
Dalam Indera Bumi, ia lebih berkisarkan peperangan. Kira dah kemuncak dah. Banyak aksi pertarungan antara angkatan gelap dan juga pasukan gabungan dua negeri disajikan dalam sambungan kedua ni. Geng bunian pun turut serta membantu pahlawan² dari Dasyuria dan Sedinggi. Hebat-hebat hikmat dan jurus yang dipamerkan. Sultan dan permaisuri negeri pun bukan calang-calang. Ikut sama bertempur dibantu pembesar dan panglima yang handal-handal.
Sementara tu, Bayu Adi Jata yang dibantu sahabatnya Zilastra Helang Kencana punya misi yang tersendiri untuk merampaskan kembali kedua-dua senjata hikmat yang terlepas daripada genggaman.
Memang epik lah. Semoga ada penerbit filem yang sudi melabur wang untuk membuat versi layar perak pula.
Peperangan 3 penjuru di antara Dasyuria, Sedinggi dan Dakawa telah bermula. Dakawa telah membina satu ketumbukan tentera yang sukar dikalahkan kerana ilmu pendamping mereka. Kelana Bayu dan Zilastra juga sudah sampai ke penghujungnya.
Geli hati betul dengan kepelbagaian watak dalam naskah ini. Dengan Cindai Biru yang berperang membawa belanga dan lesung. Dengan Bayu yang kelam kabut. Tergelak-gelak SH membaca naskah ini. Dengan Zilastra yang takutkan hantu.
SH suka bilamana penulis menampilkan watak-watak pemuda tapi penuh semangat dalam melindungi tanah air daripada dikuasai oleh pihak yang tamakkan kuasa dan bergelumang dengan ilmu sesat. Malah watak-watak orang muda ini bukan sekadar handal bersilat namun juga bijak dan berani dalam merangka strategi. Biasanya watak-watak sebegini ditampilkan sudah agak matang dan berusia.
SH suka dengan adegan pertempuran di dalam naskah ini. Ceritanya dan caranya sampai ke hati SH. Seolah-olah menyaksikan pertempuran itu di depan mata. Seolah-olah SH sedang menonton drama pendekar yang popular sekitar tahun 90 an dahulu.
Pelbagai rahsia di dalam naskah Takluk Jagat sudah terungkai di dalam naskah ini. Banyak persoalan telah pun terjawab. Namun pengakhiran cerita ini masih begitu. Tergantung. Geram betul SH membacanya. Ingatkan dah berakhir di naskah ini tapi seolah-olah ada pula sambungannya. Tapi pengakhirannya memang menyakitkan hati dan mengundang tanda tanya.
Sebuah kisah epik yang hebat. Cuma mengalami sedikit masalah ketika membaca naratif aksinya sehingga perlu mengerahkan imaginasi pada tahap yang melangkaui kebiasannya untuk membayangkannya.
Ketaksubkan penakluk Dakawa terhadap Taklut Jagat dan keinginannya untuk menguasai Tanah Ini telah membuatkan dia jauh tersesat sehingga sanggup mengumpul ribuan bala tentera berpendamping sigorong. Demi mengumpul angkatan gelap ini, ramai perempuan tidak mengira usia telah dibunuh di negeri Sedinggi.
Setelah mengetahui masalah yang dihadapi oleh negeri Sedinggi itu, Sultan Amiladdin telah membawa angkatan tenteranya untuk turut berperang bersama negeri tersebut demi melawan bala tentera Sigorong. Di dalam pertempuran ini, Bayu dan Zilastra juga telah turut serta. Demi menjaga Tanah Ini, Pemusnah Jiwa juga telah menuntut sumpahnya pada kaum bunian.
Pertempuran berlangsung begitu sengit hingga menyebabkan kematian puteri bunian. Dek kerana kematian puteri tersebut, Bayu Adi Jata ditabalkan sebagai Sang Penunggu, Pengawal dan Penghalang Kebangkitan yang baru menggantikan Pemusnah Jiwa dengan nama Bayang Ajal Jata.
Pertempuran berakhir dengan terlepasnya Raja Sigorong yang pergi meninggalkan tubuh Penakluk Dakawa manakala angkatan gelap Sigorong pula hampir kesemuanya berjaya dihapuskan oleh Bayang Ajal.
Dipenghujung novel ini juga terdapat babak di mana Bayu pulang ke tempat asalnya dan memperkenalkan isterinya Ariasha Cinta Castra, si puteri bunian kepada Pak Mali, Mak Cah dan Syasyira. Dari sini saya dapat mengagak bahawa puteri bunian itu sebenarnya tidak meninggal pun ketika pertempuran tersebut.
Ya, seperti biasa buku ini juga tergantung ceritanya. Penulis sendiri mengatakan akan ada Takluk Jagat 3. Dalam banyak-banyak watak di dalam kedua-dua buah naskhah ini, saya begitu terhibur dengan gelagat Cindai Biru. Leteran dan kata-kata dia yang begitu celupar dan bersahaja itu memang betul-betul mencuit hati. Persahabatan antara Bayu dan Zilastra juga sangat harmoni dan menghiburkan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pengakhiran cerita seolah gembira, adakah sekadar penghilang gundah gulana di jiwa?
Mungkin penulis ingin pembaca menggunakan imaginasi sendiri supaya pengakhiran cerita menjadi logika. Sob sob. Sedih. Sebab tak tahu kenapa cinta ariasha kembali tanpa penerangan sebenarnya.
Sambungan novel Takluk Jagat. Pastikan anda baca Takluk Jagat dahulu sebelum baca Indera Bumi.
Jika Takluk Jagat menyaksikan pengembaraan Bayu Adi Jata menjejak keris warisan yang hilang, novel ini pula melihat Bayu diuji sebagai seorang pendekar muda.
Lebih kurang separuh buku ini berlatarkan perang yang melibatkan tiga wilayah. Di sinilah kita dapat lihat para pemimpin dan pahlawan berjiwa besar beraksi. Selain aksi-aksi berani, pembaca juga akan tersentuh dengan paparan nilai setiakawan, kekeluargaan dan cinta di kalangan watak-watak utamanya.
Ada unsur humor dalam karakter Zilastra dan sahabatnya Bayu yang naif. Juga si Cindai Biru yang keanak-anakan.
Bahasa yang digunakan penulis juga tersusun cantik. Menyerlahkan jiwa nusantara dalam karya ini.
Terasa seperti sama- sama berada di medan perang!! Kebanyakan persoalan dalam naskhah sebelum ini akhirnya terungkai. Namun begitu masih ada yg seolah tergantung. Mungkin kerana penulis mempunyai rancangan utk menulis naskhah seterusnya.
Gaya bahasa mudah tidak meleweh menjadikan tempo pembacaan tidak terganggu.
Rasanya macam tergantung? Saya ada search kat google buku Cinta Ariaasya? Or am I tripping? Tapi ni bukanlah baru- baru, ini berapa tahun lepas tapi baru nak tulis review so tak berapa ingat sangat.
assalamualaikum..wow seperti taklut jagat.. novel ni juga perlukan imaginasi tahap tertinggi untuk membayangkan suasana jalan cerita novel ni..bagi saya ia tidak menghampakan walau ada beberapa kali ketika membaca ibarat saya scan..part yg plg best mestilah part peperangan antara dasyuria,sedinggi menentang angkata penakluk dakawa dan pertarungan sengit bayu dan penakluk dakawa betul² buat saya tak lepae buku ni..hehe..kalau dpt novel ni di adaptasi menjadi filem mmg best..ala² lotr skit..apa pun saya puas hati dengan novel ni dan saya bgi 3.5 bintang untuk novel ni..