"Sabar, ya.” Ucapan yang mudah dilafaz tetapi sulit untuk dilakukan. Andai mampu dihitung pasti tidak ramai yang berjaya mendidik sabar di hati. Tambahan pula jika diuji dengan kesukaran yang pahit untuk ditelan. Bibir pula tidak henti menyebut sabar tetapi hati enggan menerima. Inilah hakikat.
Benar, sabar itu payah, sabar itu melelahkan dan sabar itu duri dalam denai kehidupan. Walaupun ia diwarnai dengan keluh kesah dan pengharapan yang belum pasti, tetapi teruskanlah bersabar kerana kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat daripada ALLAH SWT.
Sabarlah Wahai Hati merupakan naskhah istimewa yang membantu kita untuk mendidik sabar dalam mengharungi rona kehidupan. Yakinlah, selagi kita mengharapkan ALLAH pasti tiada perkataan ‘kecewa' kerana sesungguhnya sabar itu indah. “Ya ALLAH… jadikan kami golongan hamba-MU yang sabar…”
Berapa kali dibaca pun, kisah kegemilangan kerajaan Islam Andalusia tetap menyegarkan dan membangkitkan semangat. Cuma tidak mampu menahan gelora resah, sedih dan kecewa keajtuhan Granada tahun 1492 dan bermulanya reconquista menghalau dan membunuh umat Islam.
Penulis membawa maklumat yang menarik tentang pembukaan benua Amerika yang dikaitkan dengan umat Islam terutamanya dari Andalusia dan Semenanjung Iberia. Banyak fakta dibawa penulis yang mendedahkan bahawa Amerika bukan dibuka oleh Christopher Columbus tetapi oleh orang Islam.
Travelog penulis ada banyak gambar, peta dan bukti dari segi penulisan tentang kembara Islam bersama Ilmu dan menyebabkan tempat lain pun berkembang maju.
Islam datang seperti air yang mengalir dan memberikan kehijauan pada kawasan yang disekitarnya. Namun datang penjajah merosakkan dan menghilangkan bukti, warisan dan teknologi yang ada masa tersebut turut terkubur.
Kenapa wajib baca buku ni ?
✅️ Banyak peta2 dan gambar2 berinformasi.
✅️ Banyak bukti artikel kaitan dari segi bahasa, this mind blowing😆🤧
✅️ Penulisan penulis tak membosankan, seperti kita travel bersama2 dengan penulis dan macam ada banyak lagi penulis nak share sebenarnya.
✅️ Buku ni terbitan 2015, so buku lama tak pasti stock ada lagi tak. But please grab cepat..seriuos best baca.
✅️ Betulkan mindset anda Christopher Columbus bukan yang pertama sampai ke Amerika, ada banyak bangsa lain yang dah sampai cuma catatan mereka ada yang sudah dimusnahkan dan serangan penjajah yang merampas rumah orang lain. (Typical perangai penjajah)
Bangsa yang mempunyai identiti adalah bangsa berjaya. Sedih rasanya disebabkan Portugis menyerang Melaka, kita, bangsa Melayu langsung tidak ada punya untuk dbanggakan. Tapi buku ini bukanlah menceritakan tentang alam Melayu, namun kerana Melaka sangat berkait rapat dengan Islam di Granada, sedikit sebanyak ianya mempengaruhi kedaulatan dan kejatuhannya. Kejatuhan Granada pada lewat kurun ke 15, menyebabkan kuasa Eropah lain seperti Portugis, Sepanyol dan British menjajah kebanyakan negara di dunia untuk menguasai dan mengambil hasil bumi mereka.
Eropah merompak hasil ilmu Muslim Granada, dan membunuh Muslim, dan mempergunakannya untuk kepentingan mereka. Saintis pelayaran Muslim telah dulu menguasai laut dan melakukan kembara untuk dakwah dan perhubungan sesama manusia seawal kurun ke 9. Hebatnya ciptaan oleh al-Idrisi banyak membangunakan Tamadun Islam. Tetapi kini dunia mengatakan Muslim itu pengganas, tidakkah mereka tahu bahawa Tamadun Islam lah yang membawa keamanan selama lebih 800 tahun sebelum orang Eropah menjatuhkan kerajaan Islam dan membentuk serta menjadikan dunia ini kacau bilau. Mereka meculik dan menjadikan orang Afrika sebagai hamba selama lebih 500 tahun! Padahal, ramai tokoh ilmuwan datang dari negara Afrika.
Namun, sejarah kekejaman mereka tidak diwar-warkan, malah seolah-olahnya didiamkan.
Sememangnya penulis dapat membawa kita sebagai pembaca untuk mendalami kejayaan kerajaan Andalus! Memang hebat dari sudut perkembangan ilmu pengetahuannya. Teruja kita sebagai pembaca mengetahui betapa gahnya Islam dalam meneraju hampir setiap pelusuk ilmu.
Penulis dalam buku ini menyelitkan gambar-gambar sepanjang pengembaraan beliau mendalami kejayaan kerjaan Andalus. Rasa kita sebagai pembaca “join” penulis mengembara! Memang menarik sebab kita akn lebih faham gambaran penceritaan yang dibawa oleh penulis.