Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kasut Hitam Topi Pink

Rate this book
“Manalah aku cabar kau. Kau tu yang tak berani. Mulut je cakap besar tapi pengecut. Sungguh.. Sampai sekarang aku tak faham apa motif kau serang aku dekat sini ni! Kau ingat muka kau kacak sangat ke sampai asyik nak muncul dekat depan aku ni?” ~ Chomel Mayesa
“Pengecut kau kata aku? Eh, kau ni memang nak kenalah. Jangan panggil aku Zaif, kalau aku tak buat kau melutut dengan aku!! ~ Zaif Affendy”

Menjadi tukang kasut!
Chomel Mayesa, menyambung legasi arwah ayahnya menjadi tukang kasut. Tidak pernah peduli dengan pandangan orang lain. Apatah lagi dengan lelaki bernama Zaif Affendy. Perkenalan secara tidak sengaja dengan Zaif Affendy yang merupakan pelanggannya telah memulakan segalanya. Zaif, sombong dan bongkak. Zaif juga yang pembersih dan cerewet tahap kritikal! Zaif yang selalu menyakitkan hati.

Salah faham mula timbul bila Chomel membantu Catilya, teman wanita Zaif yang hampir terjatuh dan dalam masa yang sama Zaif telah terlihat aksi mereka. Kerana terlampau sayang pada Catilya, timbul rasa cemburu. Zaif mula curiga dan menuduh Catilya curang kerana perwatakan Chomel yang seperti lelaki tetapi suka memakai topi berwarna pink!

“Oii… Sudahlah Mat! Orang dah tak hendak, buat apa tersua-sua. Terima saja kenyataan dan tak payah jadi orang yang bebal.”~ Chomel Mayesa
“Diamlah, tomboi! Nama aku Zaif lah, bukan Mat tau!”~ Zaif Affendy

Dek kerana tak tahan dengan perangai cemburu melampau Zaif, Catilya telah mengambil keputusan memutuskan hubungan antara mereka. Pergaduhan besar mula tercetus kerana Zaif menyangka Chomel adalah punca segala-galanya.

Akan berpenghujungkah perseteruan antara mereka? Sedangkan pantai lagi berubah bila dipukul ombak, inikan manusia yang punya pelbagai rasa. Antara marah dan suka, banyak bezanya.

711 pages, Paperback

First published April 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Nuril Bahanudin

9 books19 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (61%)
4 stars
4 (19%)
3 stars
3 (14%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
79 reviews1 follower
July 8, 2023
Chomellllllllll, kau mmg comel di hatiku. Hahahaha

Kisah tarik tali chom dgn tok kebayan mmg cukup buat saya terhibur. Hilang stress keje bila baca. Cuma penat sikit la nak pegang novel ni. Tebal nau. Hahaha

Kesian catilya. Jadi mangsa keadaan. Tapi, hebat la minah ni. Walaupun dia amik masa, dia masih bangkit.

Chom ni beruntung dapat kawan² yang baik. Circle of friends dia kecik je. Tapi bagus kawan² dia ni. Sentiasa support each other.

Kesimpulannya, bacalah buku ini. Saya suka 🙈

Berbaloi beli rm5. Hahaha
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
April 23, 2020
Aduh!!!🤦🏻‍♀️watak Zaif Affendy. Lepas berubah 360°, tahap merajuk dia mengalahkan perempuan. Part tak boleh tahan, bila dia bagi tahu Tan Sri Ahmad yang dia nak lari dari rumah. Dalam Epilog, Catilya & Soya ada hubungan. Alangkah baiknya, jika penulis sudi kembangkan cerita Catilya & Soya dalam satu novel yang lain. 🙃
52 reviews
June 13, 2016
Sesungguh di luar jangkaan.

Membayangkan cerita yang penuh keremajaan. Rupanya kisah masyarakat yang penuh pengajaran.
Sedap. Tidak menghampakan..
Displaying 1 - 3 of 3 reviews